(S2) Dragon: The Next Heir ✔

By Fiya_san

53.5K 4.4K 634

Book 2 of fantasy series. [Book 1: Phoenix: The Legend Power] [Book 2: Dragon: The Next Heir] Setelah keamana... More

Bab-1:Her
Bab-2: Meeting
Bab-3: Wertaz Land
Bab-4: Ariyan
Bab-5: Rayana
Bab-6: Dewi
Meet them
Bab-7: Fight!
Bab-8: Drizzela
Bab-9: Fate
Bab-10: Lily the Phoenix
Bab-11: Nightmare
Bab-12: Hydra
Bab-13: Darkland Secret
Bab-14: Lost History
Bab-15: Battle
Bab-16: The Anchor
Bab 17: Pirates
Bab-18: First Meet
Bab-19: Heart
Bab-20: Sweety Khai
Bab-21: Yin Yang
Bab-22: Roux The Rose
Bab-23: Crown
Bab-24: True Love
Bab-25: Dark Knight
Bab-27: Poison
Bab-28: Earth
Bab-29: Old Friend
Bab-30: Truth
Bab-31: Come Back
Bab-32: Boyfriend?
Bab 33: Birthday
Bab 34: Alert
Bab-35: Attack
Bab-36: Awakening
Bab-37: Ancestor
Bab-38: His POV
Bab-39: Love?
Bab-40: Draggy
Bab-41: Rael
Bab-42: Jealous?
Bab-43: Tribe
Bab-44: Spirit Forest
Bab-45: Auction
Bab-46: The Alpha
Bab-47: Preparation
Bab-48: Karl
Bab-49: Love and War
Bab-50: Farewell- [End]
Side Story 1
Side Story 2
Book 3

Bab-26: Camylia

830 68 17
By Fiya_san

BIBIR merahnya terjongket sedikit sehingga menaikkan pipi putihnya yang pucat. Keningnya pula sangat tajam seakan-akan diukir dengan sangat kemas. Iris merahnya menyala disaat dia merenung cahaya bulan purnama. Cawan elegan dihiasi corak seramik diangkat dan digoncangkan perlahan beberapa kali sebelum bibir merahnya bertemu kaca. Air merah darah diteguk tanpa segan silu.

"Your Majesty,"

Camylia menoleh kearah punca suara yang menyapa gegendang telinganya.

"Yes? Any problem?" Matanya yang tadi merenung bulan dikalihkan kearah pemilik suara tersebut. Terus diajukan soalan walaupun dia sudah mengetahui kerana apa lelaki itu hadir.

"The Prince...,"

Lelaki itu berjeda seketika lalu menarik nafas mencari kekuatan untuk meneruskan ayatnya yang terhenti.

"He's back. The Prince is back."

Camylia melepaskan ketawa puas.

"Finally! My ingredients is complete. Thankyou, you can go now." Camylia bangun dari tahktanya. Gaun merah yang labuh sehingga meleret dilantai tidak dihiraukan. Lelaki itu menunduk tanda hormatnya kepada Camylia.

Sang Ahli Sihir.

Lelaki itu memusingkan tubuhnya kebelakang. Namun sebelum dia memulakan langkahnya, satu tombak hitam sudah tertusuk tepat di bahagian jantung. Matanya terbeliak.

"Aku dah tak perlukan kau. Tugas kau mengintip Putera sudah tamat. Now you have to go. Forever." Camylia meninggalkan lelaki itu mati sendirian. Dia berlalu pergi kearah suatu tempat. Tidak lama selepas itu, dua ekor harimau menjamah daging manusia segar tersebut sehingga tidak meninggalkan apa-apa. 

"Putera... Raikarl," gumamnya lalu ketawa sinis. "The one who will end this. Kalau kau tak lahir ke dunia ni, aku pun tidak ingin menjejakkan lagi kaki aku ke dunia hina ini."

Periuk hitam Camylia mula berasap.

"Kalau bukan sebab engkau, Irene takkan hidup."

Dia mencampakkan serbuk kuning ke dalam periuknya.

"Kalau bukan sebab Irene, Naga takkan lari daripada aku."

Dia menambah lagi ramuannya.

"Kalau bukan sebab Naga, semua dalam dunia ini takkan saling berbunuhan untuk mendapatkan kuasanya!"

Cecair didalam periuk itu meletup.

"Berikan racun ini untuk Putera. Pastikan dia telan. Kalau aku tidak nampak kesan satu bulan terawal ini, engkau aku bunuh," katanya dengan angkuh kepada seorang lagi hambanya yang bernama Louise.

"Racun itu akan mula berikan kesan sepenuhnya selepas satu tahun. Selepas itu, dia akan mati pada hari aku merampas kembali loket kristal, Irenes Crystal." Sempat dia berpesan kepada Louise. Jejaka itu tidaklah tua dan tidaklah muda. Sangat segak berpakaian pakaian seorang pemburu.

Selepas Louise meninggalkan kawasan Camylia, satu suara menerjah di minda Louise.

'Jangan.'

'Jangan lakukannya.'

'Taatkah dikau pada Pemerintah sebenar.'

'Jangan.'

Louise hanya diam.

"Camylia...," Satu suara merdu menyapa. Pantas Camylia berpaling.

"Ahli sihir terhandal. Tiada siapa dapat menandingi sihirnya. Walau diambang kematian sekalipun. Namun sayang, Camylia tidak mempunyai fikiran yang bijak."

Seorang gadis remaja berambut merah menjelma bersama cahaya.

"Kau tak perlu tunjuk pandai dihadapan aku. Aku sudah hidup berjuta tahun deminya." Camylia mendengus.

"Camylia... Kau mahukan loket kristal itu?" Soalan yang Camylia anggap bodoh diajukan terus kepadanya. Tawa daripada gadis misteri tersebut terletus kuat.

"Masih banyak lagi yang kau belum tahu. Tentang kuasa lagenda ini." Camylia memusingkan tubuhnya menghadap gadis tersebut lalu melemparkan bebola hitam kearahnya dengan ganas dan tidak terkawal. Namun perbuatannya sia-sia.

Gadis berambut merah itu telah hilang bersama angin.



LOUISE mematahkan ranting-ranting kayu yang menghalang laluannya sepanjang berada didalam hutan. Sesekali dia menjengah ke langit apabila mendengar burung gagak yang tidak berhenti-henti berkicau.

Dia berdiri kaku dihadapan istana gah yang sangat elegan dihiasi penjuru pintu gerbang dengan patung batu burung Phoenix dan dipenjuru sebelahnya pula merupakan patung Naga.

Botol racun disembunyikan kedalam kantung.

Langkah kakinya disambung dan tubuhnya hanya menembusi pintu gerbang yang masih tertutup. Dayang dan askar yang lalu-lalang tidak dihiraukan olehnya. Seperti halimunan.

Ya, halimunan yang dapat menembusi objek legap.

Dia berdiri disebalik dinding sambil mengintai kearah apa yang berada disebalik dinding. Jika dirinya bertemu keluarga Diraja, berkemungkinan besar kuasanya tidak akan berkesan kepada mereka. Kerana mereka lagi istimewa dan tiada siapa mampu melampaui batas keluarga Diraja Api.

"Hey, Ryan!" Permaisuri Luna menjerit nama Ryan dengan menggunakan suara yang kecil. Tidak mahu menganggu orang lain yang melakukan kerja didalam Istananya.

Louise mendiamkan dirinya saat Ryan muncul ditengah dewan ruang makan.

"Where's the Prince?" soal Permaisuri Luna terus apabila melihat Ryan dihadapan matanya. Ryan menggaru keningnya yang tidak gatal sambil irisnya meliar di segenap ruangan mereka berada sehingga matanya tertancap pada satu tubuh yang dia tahu itu bukan susuk tubuh Raikarl. Namun dia hanya menarik senyuman sinis yang nipis.

"Karl ada dekat belakang Istana di tasik. Katanya tengok Ikan lagi seronok." Sempat Ryan menabur fitnah. Matanya yang melihat Permaisuri Luna tadi kini dialih perhatiannya kepada tubuh Irene yang kalut dengan tiaranya. Kening Ryan dikerutkan sedikit.

"Ni dah kenapa?"

Irene tersengih.

Disaat kawasan itu mula kosong, Louise mengambil peluangnya. Botol racun itu dikeluarkan dan dihalakan kearah minuman yang dia sudah pasti milik Putera Raikarl.

Ruang makan hanya sunyi tanpa suara. Hanya bunyi sudu garfu berlaga dengan pinggan sahaja kedengaran.

"Maafkan patik jikalau menyusahkan Tuanku Permaisuri." Raikarl berkata. Sambil itu dia meletakkan kedua alatan besi tersebut di kiri dan kanan pinggan.

"Tidak mengapa. Beta pun sudah lama mahu menjemput Putera Raikarl kemari. Sayangnya, Raja Khai tidak bersama kita sekarang kerana urusan Kerajaan." Permaisuri Luna menjawab sekaligus menyuarakan perasaannya. Raikarl melepaskan nafasnya dan tersenyum nipis lalu mengangguk.

"Terima kasih juga kerana jaga Tuan Puteri yang selalu cuai ni selama ini."

Terus Irene berpaling. "Apa dia?"

"Kalau boleh patik tinggalkan sahaja dia ni sendirian." Raikarl berkata.

"Jap." Irene masih memproses. Ryan menggaru kepalanya. Ah sudah.

"You don't need to understand. Your brain is already stupid to process it." Dengan seloroh Raikarl berkata kepada Irene.

"Bonda pergi dulu ya. Nanti Rin jangan lupa latihan Rin petang nanti. Guru Rin selalu mengadu kepada Bonda yang Rin suka ponteng," ujar Permaisuri Luna dengan sengaja mahu malukan Irene dihadapan Raikarl. Dia tahu Irene tidak suka memperlihatkan dirinya tidak berdisiplin dihadapan orang lain.

"Bonda!" Permaisuri Luna ketawa terkekeh-kekeh.

"Me too." Ryan pula meninggalkan mereka. Irene mula merasakan ini semua agenda mereka berdua.

"You know what? Kalau boleh aku memang taknak datang sini, kalau bukan sebab Ryan." Raikarl tidak mahu Abangnya mengerjakan dirinya kerana dia tahu tahap kuasa Ryan bagaimana.

"Eh, kalau boleh aku nak sambung tidur je la." Irene menjawab.

Tiba-tiba mata Raikarl berpinar. "Argh!"

Pantas Irene menahan Raikarl daripada jatuh. Louise yang memerhati dari tadi mula meninggalkan Istana mereka.

Louise mengeluh perlahan. "Maafkan Patik, Tuanku."

"Pengawal!" jerit Irene dengan kuat. Dunia Raikarl mula nenjadi hitam.

♚♚♚

To Be Continued...

Read•Comment•Vote

(Louise Hilton)

Continue Reading

You'll Also Like

3K 376 39
Kayra Adreana seorang gadis yg berumur 18 tahun diburu seorang lelaki yang datang dari dunia yg berbeza iaitu thorn world atau lebih dikenali dunia v...
68.9K 3K 12
"Saya Tahu Saya Nerd ! Tapi Tak Perlu Mainkan Perasaan Saya! saya Pun Ada Perasaan!" - Hani "Maafkan Aku.." - Jackson *** Author : KimKeiKei__ COMPLE...
139K 11.6K 38
Gamers. I wish to be one of them. And I want to meet her. Quinn Eden. Semoga kita akan berjumpa. (all the characters and Photos belong to their owne...
135K 10.7K 59
Kelangsungan hidup. Good vs evil, courage dan heroism, pemberontakkan dan banyak lagi konsep dalam hidup ni mengambarkan sikap seseorang. Lagi-lagi p...