AKU tak suka tinggal di sini dan bersekolah di sini kerana hari pertama aku bersekolah di sini aku sudah melihat lelaki lain rapat dengan Aynaa Hannani.
"Aynaa!"
Aku menoleh memandang Aynaa yang dikelilingi dengan tiga orang lelaki yang sudah tentunya jauh- oh, tak. Aku lebih kacak berbanding mereka!
Tapi, aku tak suka dengan sifat Aynaa yang senang dibuat kawan ditambah pula dengan kecantikkan dia yang membuatkan ramai lelaki mendekati. Kenapa kau perlu jadi cantik, Aynaa? Kenapa kau tak hidup bersendirian tanpa perlu diganggu sesiapa? Aku benci tengok kau rapat dengan lelaki lain.
"Kita jumpa esok, Aynaa!" Ujar salah seorang lelaki itu.
"Um! Assalamualaikum", Pamitnya seraya membuka langkah mendekatiku.
Aku hanya mengekorinya keluar dari pagar sekolah. Seraut wajahnya dipandangku sekilas.
Dia senyum.
"Oi, kau tak sedih ke terpaksa berpisah dengan Raifa dan lain - lain?" Soalku padanya.
"Sedih. Tapi, nanti aku boleh berjumpa mereka semula. Sekarang, aku tak sabar nak balik sebab nak jumpa opah dan atuk. Lepas tu, aku nak masak makanan untuk mereka". Balasnya ceria.
Me-mereka?!
"Kau tak maksudkan tiga keparat tu kan?" Soalku tegas.
"Eh, apa maksud kau keparat? Aku cakap pasal Charming. Mereka tu sangat baik dengan aku hari ni".
Aku rentap lengan Aynaa.
Masih ada tulisan itu di tangan Aynaa dan aku sangat - sangat benci melihatnya.
"Kenapa kau tak padam?"
"Tak apa. Balik nanti aku padamlah. Lepas lah, Affan. Kau genggam tangan aku kuat sangat. Sakit..." Aynaa cuba merentap tangannya daripadaku tetapi aku mengeratkan lagi genggamanku.
"Sakitlah Affan!"
Drastik, tanganku direntap kasar. Aku mengangkat wajah memandang Abang Aden yang berdiri dihadapan kami berdua bersama - sama seraut wajah yang serius.
"Jangan kau berani nak sakitkan Aynaa!" Tegasnya.
Aku mencebik.
Tubuh Aynaa dilanggarku kasar sehingga Aynaa terjatuh ke dalam pelukan Abang Aden.
Menyampah aku.
Hari saja perempuan dalam kelas aku tak habis - habis bercakap tentang Charming. Urgh, bukan keajaiban pun tentang mereka kerana mereka juga lelaki biasa!
Perempuan semua bodoh. Pantang nampak lelaki kacak.
+++
RIUH dapur dengan suara ketawa Aynaa dan Abang Aden yang sedang masak bersama - sama. Abang Aden betul menjaga Aynaa sama seperti apa yang dijanjikan pada Aynaa.
Aku tak fahamlah kenapa Aynaa beria sangat nak masak untuk mereka.
Aku bangkit menuju ke dapur.
Aku nampak Abang Aden sedang mencalit icing pada pipi gebu Aynaa membuatkan Aynaa ketawa.
Wah...
Abang Aden beritahu aku jangan sentuh Aynaa. Sekarang, dia sendiri yang ambil kesempatan ke atas Aynaa.
Kebodohan apakah ini?
"Haram dengan halal pun tak boleh beza ke?" Sergahku tiba - tiba.
Mereka berdua nampak terkejut.
"Apa maksud kau ni, Affan?" Soal Aynaa keliru.
Abang Aden menjungkit bahu.
"Mula - mula tadi aku nampak kau orang pegang tangan. Lepas tu, kau pergi cium pipi Abang Aden dan sekarang Abang Aden main cuit - cuit kulit kau. Apa kau tak sedar ke tentang halal dan haram? Kau ni memang pelacur kan?"
Bak!
Terasa sakit kepalaku tiba - tiba kerana diketuk dari belakang.
Aku menoleh memandang opah yang sedang menayangkan muka singa sambil memegang sudip kayu.
Ah, pasti opah ketuk kepala aku.
Sakitnya!
"Opah!" Aku mencebik geram.
"Apa? Kau pandai - pandai nak kutuk cucu - cucu kesayangan aku kan? Pandai - pandai aje nak hina Aynaa pelacur!" Opah ketuk lagi kepala aku.
"Aduh!"
"Op-opah..." Aynaa nampak risau.
"Eh, bedebah. Allah bagi otak letak di dalam kepala sebab ada akal yang berguna. Masalahnya, kenapa sekarang kau pergi letak otak tu kat kepala lutut? Aden dan Aynaa boleh bersentuhan sebab Ayeen dah susukan Aden masa Aden kecil!" Opah ketuk kepala aku lagi.
Ey, menyesal aku datang ke sini!
Aku mencebik.
"Er... Tak apa opah. Aynaa maaf-"
"Jangan menyampuk. Kamu pergi sambung memasak dengan Aden. Opah nak menguruskan si bedebah ni". Bangkang opah sebelum Aynaa sempat mahu mencelah.
Aynaa mengemam bibir.
"Maaf dan baik, opah". Akur Aynaa seraya menarik Abang Aden kembali memasak.
Abang Aden senyum mengejek padaku.
Wah, Abang Aden dah pandai main kasar!
"Kamu mari sini!" Opah menarik kasar telinga kananku.
"Aw-awww sakit opahhhh!"
Opah menarik aku menuju ke arah ruang tamu kemudian aku dipaksa duduk di atas karpet.
Aku duduk melutut macam orang bersalah.
Aku tak salah pun. Cucu dia tu yang salau sebab tak beritahu aku apa - apa tentang status dia dengan Abang Aden.
"Kamu ni memang melampau betul. Berani kamu buat anak perempuan aku menangis. Dia telefon aku beberapa hari lepas sebab mengadu tentang kamu. Kamu memang nak kena hukum!" Marah opah.
Aku mencebik.
Pak!
Opah ketuk bahu aku menggunakan senduk kayu.
"Sakitlah, opah".
"Kenapa lah Aynaa ni buta sangat? Apa je dia nampak pada kau ni? Nak kata kau hensem aku rasa anak si Shah kawan Deen tu lagi hensem dari kau dahlah sebaya dengan kau je. Kalau nak kata kau baik perangai kau ni lagi teruk dari ba alif ba ya". Rungut opah.
Aku diam.
Aku hensem je.
"Assalamualaikum, singa. Abang dah balik!" Sekarang, suara atuk pula kedengaran.
"Uuu, kenapa berlutut ni? Ada lakonan semula tentang pemancungan tentera Jepun ke?" Soal atuk dengan penuh minat sambil memandangku.
"Pergilah hantar barang masuk ke dapur. Sayang nak basuh otak budak ni bedebah ni".
"Oh my Allah, jangan kata macam itu, sayang. Nanti baby dengar!" Ujar atuk dengan nada cemas seraya berlutut lalu menekup telinga pada perut opah.
Aku melopong melihat tindakkan spontannya.
"Kesian baby".
Opah memulas kuat telinga atuk. Wajahnya mula memerah.
"Urgh, jangan buat lawak bodoh boleh tak?! Pergi dapur SEKARANG!"
"Alamak singa dah mengamuk! Bye, Affan!" Kalut atuk mencicit lari menuju ke dapur.
Ap-apakah?!
Aku memandang opah yang menghela nafas.
"Dasar orang tua gatal. Tak habis - habis fikir pasal anak. Lutut pun nak bergoyang". Rungut opah.
Sejurus itu, opah memandangku.
Pandangan matanya itu tajam.
Gulp!
"Kau. Jangan ingat kau tetamu kau boleh berlagak macam raja. Memandangkan perangai kau ni teruk jadi aku akan pastikan kau mendapat balasan yang setimpal. Aku akan hukum kau dua minggu. Kalau dua minggu kau berjaya tahan dengan hukuman aku. Aku akan benarkan kau bawa Aynaa balik ke rumah parents kau orang semula. Kalau kau tak berjaya untuk tahan kau boleh berambus".
Aku memandang opah.
"Kenapa opah buat Affan macam ni? Opah tak tahu ke yang Aynaa tu cinta mati pada Affan? Kalau opah seksa Affan macam ni nanti Aynaa ak-"
"Eh, bedebah. Kau tengok muka aku sekarang". Seperti yang diarahkan, aku memandang seraut wajah opah.
"Ada aku kisah?" Soalnya sambil menayang muka poker face.
Pergh.
Sakit pulak hati aku dengan perangai sarkastik orang tua ni.
Aku betul - betul lega sebab Aynaa tak turun perangai dia.
"Sekarang, kalau kau tak mahu rasa betapa nikmatnya kena hempuk dengan kuali kat dapur lebih baik kau pergi solat. Sampai bila hidup kau nak bertongkat langit?!"
Dia mula membebel lagi!
Aku terus bangun.
"Affan pergi sekarang juga".
"Solat dengan Aden. Kau ikut dia pergi masjid. Sekarang, pergi bersiap!" Suara opah mula memetir.
Mahu atau tak aku terpaksa juga akur.
Nampaknya aku memang kena hidup dalam sangkar singa selama dua minggu.
Heh, aku takkan kalah!