Rise of The Greatest Heroes |...

De aimyzqz

537 55 104

Yuzuki Taiga,seorang pelajar muda yang tidak memiliki sebarang kuasa sering dipandang rendah dan dibuli menda... Mais

Shinjyu Academia Arc|Chapter 0:Yuzuki Taiga:Origin
Chapter 1:A Secret Power
Chapter 3:The Protector
Chapter 4: Unexpected Reunion
Chapter 5: Yuzuki's Trial
Chapter 6: Declaration Of War
Kyoto Training Arc|Chapter 7:Hero Legacies
Chapter 8:The Seventh Seat
Chapter 9:To Kyoto Trip!
Chapter 10:Surpass Our Limit
Chapter 11:Medusa
Chapter 12:Those Who Are Willing To Fight
Chapter 13:Duel Of Strength
Chapter 14:Rage On! The 9Th Pillar!
Sport Festival Arc|Chapter 15:Matsumi's Decision
Chapter 16:The Battle Begins!
Chapter 17: Bonds
Chapter 18:Greed
Special Chapter:Shinjyu Academy High Story:Seven Mystery Tales In Shinjyu
Chapter 19:Ryuki Satoru:Origin
Chapter 20: Metamorphosis
Chapter 21:True Intention
Chapter 22:One Last Time
Chapter 23:World-Level Capabilities
Chapter 24:Yuzuki vs Musashi
Chapter 25:The Dream yet To be Dreamed.

Chapter 2:A Will and The Truth

27 2 2
De aimyzqz

"Ergh.. dekat..mana ni?"

Yuzuki memandang sekeliling namun tiada sesiapa kecuali dia seorang.

"Dia dah bangkitkan semula Pyro-force?"

"Adakah pemuda ni jelmaan semula 'orang tu'?

"Tak salah lagi,memang dia."

Pelbagai suara misteri kedengaran di sekitar bilik menyebabkan Yuzuki mengalami sakit kepala.Suara-suara tersebut ibarat berlegar-legar dalam kepalanya.

"Pergi....PERGIII!!"

Yuzuki tersedar dari lenanya.

"Dah bangun ye?"

Yuzuki menoleh kearah suara yang baru sahaja menegurnya.Ternyata pemilik suara tersebut ialah seorang pelajar senior.

"Apa?..dekat mana ni?"

Yuzuki masih keliru dengan keadaan tangan dan kakinya yang berbalut serta kesan calar-balar di mukanya.

"Kau cuba untuk pergi selamatkan seseorang masa letupan makmal terjadi.Tindakan berani,tak sayang nyawa ke?"

Lantas itu,Yuzuki terimbas kembali apa yang berlaku.

"Lelaki tu..dia pelajar sekolah ni! senior sekolah.."

"Kami tahu."

Belum sempat Yuzuki menghabiskan ayatnya,lelaki tersebut sudah menjawab.

"Kau sekarang dekat bilik rawatan.Kau dah ada dekat sini sejak petang tadi."

Lelaki tersebut menjelaskan apa yang berlaku.Yuzuki terkejut.

"Sekarang kau dah sedar..nampaknya aku dah boleh balik."

"Siapa kau?"

Keadaan menjadi senyap seketika.

"Cuma pelajar tahun kedua."

Itu sahaja jawapan yang keluar dari mulut pelajar lelaki tersebut sebelum meninggalkan bilik Yuzuki.Tak lama kemudian,seorang pelajar perempuan masuk ke dalam biliknya.

"Kau dah sedar?...lepas minum ubat ni kau dah boleh balik,lagipun dah malam ni."

Yuzuki masih keliru dengan keadaannya.Juga tertanya-tanya siapa yang menjaganya semasa dia tidak sedarkan dirinya.

"Oh ye..nama aku Nana Hatsume,pelajar tahun kedua kelas 2D..yang tadi tu pulak Daichi Hajime.Pelajar tahun kedua..kelas 2K."

"Senior..oh,saya Yuzuki...Taiga Yuzuki.Sila beri tunjuk ajar!"

Nana memeriksa kecederaan Yuzuki.Dia juga menutup kesan-kesan luka dengan pembalut luka.

"Baik,dah takde masalah..kau dah boleh balik."

"Maaf sebab menyusahkan.Terima kasih banyak-banyak."

Yuzuki terus menyarung baju yang disediakan dan beredar.

_____________________________________

Keesokkan harinya,Keadaan di kelas 1A agak riuh oleh kerana pelajar-pelajar khusyuk bercerita tentang kejadian yang berlaku tempoh hari.

"Kenapa bising sangat ni?"

Baru selangkah ingin masuk ke kelasnya,kelas menjadi sunyi seketika sebelum kebanyakkan dari mereka pergi ke arah Yuzuki.

"Ehh ehh kenapa pulak ni??"

Yuzuki gemuruh oleh kerana rakan sekelasnya mendekatinya walaupun baru sahaja berkenalan.

"Hey kau Yuzuki kan? selamat berkenalan..aku Naoh Fudo.Panggil je Naoh."

"Yuu..nama aku Ayame Himejima..selamat berkenalan!"

Ada antara mereka yang terus memperkenalkan diri mereka.

"Hehe..er hai semua.."

Yuzuki senyum namun masih keliru dengan apa yang berlaku.Tak lama kemudian,dia ternampak rakannya,Hachiro sedang duduk ditempat duduknya.

"Oi Hachi! buat apa tu!?"

Yuzuki memanggil Hachiro namun dia hanya memandang Yuzuki lalu memperdulikkannya.Yuzuki berasa kekok kerana selama mereka menjadi sahabat,ini adalah kali pertama Hachi mengendahkannya ibarat mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

"Kenapa pulak ni? aku salah cakap ke?"

Sepanjang kelas berlangsung,mereka tidak bersembang apatah lagi memandang antara satu sama lain.

(Waktu rehat)

"Yuzuki,lepas habis sekolah..boleh jumpa aku dekat gelanggang G?"

Yuzuki tergamam seketika.

"Err..boleh apa salahnya.."

Lantas dengan itu,Hachiro tanpa berkata apa-apa terus duduk ditempatnya.

"Baru sekarang dia bercakap dengan aku..kenapa agaknya ye?"

Tingkah laku mereka sebenarnya sudah diperhatikan oleh rakan-rakan mereka.

"Kenapa dengan diorang? bergaduh ke?"

Soal Matsumi.Miyuki,Ayame dan Naoh juga turut memerhatikan tingkah laku mereka berdua.

"Lepas habis sekolah ni baik kita senyap-senyap ikut diorang."

Naoh memberikan cadangan.Mereka mendengar lalu bersetuju dengan rancangan Naoh.

_____________________________________

(6.55 PM|G-Court)

"Err..Kenapa ni??"

Yuzuki menyoal namun Hachiro tidak memberi sebarang respons.

"Bagitau aku,..Kuasa apa yang kau ada sebenarnya?"

Hachiro kelihatan tidak berapa mesra dengan Yuzuki.Naoh,Matsumi,Miyuki dan Ayame mengintai dari sudut gelanggang agar Yuzuki dan Hachiro tidak perasan akan kehadiran mereka.

"I-itu.."

Yuzuki berasa serba salah oleh kerana dia perlu menyimpan rahsia tentang kuasanya itu.

"Sepanjang kita berkawan..Kau tak pernah ada kuasa yang sehebat tu pun...macam mana..macam mana kau tiba-tiba boleh jadi kuat!?"

Hachiro meninggikan suaranya seolah-olah menengking Yuzuki.

(flashback)*

"Yu-Yuzuki ke yang buat semua ni..?"

Rakan-rakan Yuzuki serta guru-guru yang ada disitu terkejut.Akibat dari hasil tumbukan Yuzuki,daya yang kuat seperti angin yang kuat tercipta sehingga terhasilnya lubang besar di dinding makmal.Impak yang terhasil menyebabkan serangan tersebut tembus sehingga dinding makmal yang terakhir.

"Pelajar tu..makmal ni bersebelahan tangga.Ada dua makmal lain disebelah..."

"Semuanya tembus,sampai kita boleh nampak keadaan jalanraya.Dia cuma pelajar tahun pertama..tapi ada kekuatan macam raksasa.."

Mereka semua terkejut melihat keadaan makmal.

______________________________________

"Dah tak ada apa-apa lagi yang perlu kita cakapkan."

"Nanti..Hachi! aku taknak kita bergaduh.."

Hachi tidak mengendahkan Yuzuki lalu menyerang dengan kuasanya.

Konno Hachiro,memiliki kebolehan melumpuhkan musuhnya apabila bertentang mata.Kelemahannya adalah apabila gangguan terhasil pada mata,berhadapan dengan musuh yang menggunakan tempur jarak jauh dan titik buta.

Hachiro mengaktifkan kuasanya keatas Yuzuki.Yuzuki tidak dapat bergerak.

"Tak guna,aku tak dapat bergerak."

Hachiro mengeluarkan dagger miliknya lalu menuju terus kearah Yuzuki.Rakan-rakan yang memerhatikan mereka sejak dari awal lagi keluar dari tempat persembunyian mereka lalu cuba untuk menghentikan pergaduhan.

"Berhenti,Hachiro!"

Matsumi menjerit namun Hachiro tidak mengendahkannya.Hampir sahaja Hachiro ingin mencederakan Yuzuki,seorang pelajar senior tiba dengan sekelip mata sahaja menghentikan pergaduhan mereka.Tangan kanan pelajar tersebut menutup mata hachiro agar kuasanya terbatal dan Yuzuki dapat dilepaskan.Tangan kirinya pula memegang kolar baju Yuzuki.

"Oi..Oi,baru pelajar tahun pertama dah buat kecoh ye?"

Pelajar tersebut tak lain dan tak bukan adalah Daichi Hajime,pelajar menengah rendah tahun kedua.

"Kelajuan yang melampau."

Naoh terkejut melihat senior mereka muncul secara tiba-tiba entah dari mana.Matsumi,Miyuki dan Ayame juga memberi tindak balas yang sama seperti Naoh.
Sebaik sahaja keadaan reda,mereka semua duduk dihadapan Daichi yang sedang berdiri memandang mereka.

"Korang sedar tak apa yang korang dah buat ni.Yang lain kenapa tak halang?"

"Kitorang ingatkan tak serius,tak sangka sampai jadi macam ni."

Matsumi menjelaskan apa yang difikirkannya.

Daichi menarik kolar Yuzuki dan Hachiro sehingga mereka berdiri.Lalu, menumbuk kedua-dua pelajar tahun pertama tersebut di muka.

"Ingat,kuasa kau berpotensi besar tak bermaksud kau boleh buat semua benda ikut kepala kau!"

Daichi menengking Yuzuki.Yuzuki hanya menunduk kerana rasa bersalah.

"Kau..apa masalah kau?"

Daichi bertanya kepada Hachiro.

"Semuanya salah saya..saya cuma nak lindungi semua kawan saya walaupun kuasa saya ada banyak kelemahan.Tapi lepas dapat tau,kekuatan Yuzuki tiba-tiba melonjak naik,saya rasa marah...Lebih-lebih lagi dekat diri sendiri sebab lemah."

Hachiro meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya.Tanpa disedari,air matanya mengalir.

"Hachi.."

Yuzuki memandang Hachiro dengan serba salah oleh kerana tanggungjawabnya untuk merahsiakan kuasa yang dimilikinya.

"Sorry,Yuzuki.."

Hachiro meminta maaf kepada Yuzuki atas apa yang berlaku berpunca darinya.

"Tak apa lah..kitakan kawan baik."

Yuzuki melempar senyuman kepadanya.

"Aku akan jadi lebih kuat,dan atasi kau!"

Hachiro mengatakan impiannya dengan penuh semangat selepas mengesat air matanya.

"Baguslah..diorang dah berbaik."

Ayame berasa lega.Mereka semua kelihatan gembira kecuali Daichi.

"Selain dari kita yang dekat sini,sebilangan Pelajar menengah atas tahun ketiga dan cikgu-cikgu dah tahu pasal kejadian semalam.Termasuklah unit disiplin dan angkatan kadet polis."

Mereka semua terus terdiam mendengar kata-kata Daichi.

"Kau cakap..pelajar menengah atas,tahun kelima dah tahu!?"

Ayame kelihatan terkejut.

"Kenapa ni?"

Yuzuki bertanya kepada Ayame.Mereka semua turut tertanya-tanya.

"Sebabkan aku nak jadi calon pengawas,aku selidik lah apa je ada dekat sekolah ni.Pelajar tahun pertama,kedua dan ketiga adalah menengah rendah.Pelajar tahun keempat dan kelima pulak menengah atas.Kalau dikalangan pelajar tahun kelima dah tahu, maksudnya.."

"Taiga mungkin akan dibuang."

Daichi menyambung kata-kata Ayame.Mereka semua terkejut.

"Tapi kenapa!?"

Yuzuki berasa cemas.

"Susah nak berurusan dengan pelajar tahun ketiga.First,sekolah ni ada 5 pelajar yang terkuat antara pelajar lain dan yang paling dekat untuk jadi wira hebat.Semua orang gelar diorang 'Big Five'.Kedua,ada antara diorang dalam pasukan kadet polis.

Apa korang ingat sekolah ni sekolah biasa ke?

Sekolah ni ibarat mahkamah kalau kau melanggar peraturan.Pelajar senior bebas buat keputusan sama ada kau layak ada dekat sini atau keluar dari sekolah ni.Cikgu-cikgu hanya berkuasa dalam hal ehwal murid dan apa je berkaitan akademik.Yang lain,terserah dekat diorang berlima."

Selepas memberi penjelasan,Daichi terus pergi meninggalkan mereka.
Mereka semua tergamam dan gemuruh oleh kerana sistem hierarki sekolah tersebut.

Pada mulanya memanglah seronok dapat ke sekolah yang berprestij tinggi.Tapi semuanya berubah bila dapat tahu polisi sebenar sekolah ni.Inilah dia sekolah yang melahirkan wira-wira hebat,sekolah yang jadikan aku dan rakan-rakan seperjuangan aku wira-wira yang hebat.Disinilah semuanya bermula,...

..Akademi Sea Haberd.

______________________________________

*Dagger=Okay klau ada yang taktau, dagger ni macam pedang tapi bersaiz kan pisau.Biasanya digunakan untuk close combat.Huhu

Continue lendo

Você também vai gostar

1M 35.2K 34
Warning : kiss scene/ harsh words Warning 2 : cliche ****** "Aku sayang kau Najwa, tapi aku tak boleh cintakan kau lagi." - Adam ****** "Lepaskan say...
10.1K 149 12
cikgu nina baru pindah sekolah dalaman ni mula hidup cikgu nina berubah
2.3K 201 13
Jinyoung mempunyai crush terhadap kawan Hyemin..tapi dia tidak tau,orang yg selalu menolongnya iaitu Hyemin..mempunyai crush terhadapnya. Let's start...
134K 4.6K 40
By: yanaablossom Take note! -Imaginasi semata-mata -asli dari otak saya -jangan lah tiru,karya saya mana lah hebat mana sampai orang nak tiru -baca j...