WILDAN โœ“

By novday

179K 11.9K 1.2K

Genre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . ๐“๐จ ๐ญ๐ก๐ž ๐ฆ๐š๐ง ๐ฐ๐ก๐จ... More

SINOPSIS
โ PROLOG โž
WILDAN | 01
WILDAN | 02
WILDAN | 03
WILDAN | 04
WILDAN | 05
WILDAN | 06
WILDAN | 07
WILDAN | 08
WILDAN | 09
WILDAN | 10
WILDAN | 11
WILDAN | 12
WILDAN | 13
WILDAN | 14
WILDAN | 15
WILDAN | 16
WILDAN | 17
WILDAN | 18
WILDAN | 19
WILDAN | 20
WILDAN | 21
WILDAN | 22
WILDAN | 23
WILDAN | 24
WILDAN | 25
WILDAN | 26
WILDAN | 27
WILDAN | 28
WILDAN | 29
WILDAN | 30
WILDAN | 31
WILDAN | 32
WILDAN | 33
WILDAN | 34
WILDAN | 35
WILDAN | 36
WILDAN | 37
WILDAN | 38
WILDAN | 39
WILDAN | 40
WILDAN | 41
WILDAN | 42
WILDAN | 43
WILDAN | 44
WILDAN | 45
WILDAN | 46
WILDAN | 47
WILDAN | 48
WILDAN | 49
WILDAN | 50
WILDAN | 51
WILDAN | 52
WILDAN | 53
WILDAN | 54
WILDAN | 55
WILDAN | 56
WILDAN | 57
WILDAN | 58
WILDAN | 59
WILDAN | 60
WILDAN | 62
WILDAN | 63
WILDAN | 64
WILDAN | 65
WILDAN | 66
WILDAN | 67
WILDAN | 68
WILDAN | 69
โ™ก
WILDAN | 70
โ EPILOG โž
Q&A
AX801

WILDAN | 61

1.9K 136 6
By novday

Masih imbas kembali :)






   Belakang tapak kanan yang gatal digigit nyamuk digosok perlahan. Dari tadi hampir setiap permukaan kulitnya yang terdedah menjadi sasaran kumpulan nyamuk yang berngeng-ngeng di sekelilingnya.

   Habis gatal dan pedih kulitnya namun itu tidak menghalang Adam daripada meneruskan intipannya.

   Sudah hampir setengah jam dia bertinggung di sebalik kotak yang sebesar peti sejuk itu untuk mengintip kumpulan lelaki yang menculik Alisa tadi.

   Mereka sekarang berada di sebuah pelabuhan kecil yang nampak seperti baru membangun. Kehadiran lampu mentol yang disangkut pada dawai dan bumbung-bumbung kayu bot membantunya melihat keadaan sekeliling.

   Jeti sederhana besar mengunjur ke laut. Di kiri dan kanannya berderet bot dan perahu pelbagai saiz beralun-alun bergerak mengikut pergerakan ombak malam. Ada juga beberapa kapal nelayan yang saiznya lebih besar daripada saiz motorboat yang berada di situ.

   Salah satu daripada kapal itu ialah kapal kumpulan penculik yang menculik Alisa. Tadi Adam melihat salah seorang daripada mereka menaiki kapal tersebut sebelum turun kembali beberapa minit yang lepas.

   "Let's go."

   Adam menajamkan pandangan matanya.

   Jelas pada penglihatannya tiga lelaki tersebut yang mula bergerak untuk menaiki bot. Salah seorang daripada mereka memikul Alisa yang tidak sedarkan diri di atas bahu seperti memikul guni. Adam mengetap bibir menahan amarah yang meruap. Jelas pada matanya tangan lelaki itu yang merayap pada kaki gadis itu sebelum dimarahi lelaki di sebelahnya.

   Tangan kanan digenggam kuat membentuk satu kepalan erat. Meluap-luap nafsu untuk menghancurkan muka lelaki gatal itu. Miang! Pencabul!

   Nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan-lahan. Mencari semula kewarasan diri yang semakin hilang.

   Huh.

   Intipannya diteruskan. Kali ini Adam bergerak perlahan-lahan mendekati timbunan kotak kayu. Badannya yang tinggi dibongkokkan supaya tidak disedari oleh lelaki-lelaki itu. Sampai sahaja, sekali lagi kumpulan itu diintai. Masih berjalan sambil berbual dengan gembira tanpa menyedari keadaan sekeliling.

   Bagus!

   Kiri dan kanan dipandang. Terus matanya tertancap pada satu lagi timbunan kotak yang lebih kurang sama dengan tempatnya bersembunyi sekarang.

   Kepalanya dijengah, mengintai keadaan sekeliling. Pada kiri dan kanan jeti yang selebar hampir dua puluh meter itu, terdapat beberapa timbunan kotak yang sama seperti timbunan-timbunan tadi. Setiap timbunan itu disusun dengan kemas setinggi hampir empat atau lima kaki.

   Ada tiga timbunan di sebelah kanan dan empat buah timbunan di sebelah kiri termasuk tempat Adam bersembunyi sekarang. Setiap satunya disusun berselang seli kiri dan kanan.

   Adam menarik senyuman senget.

   Now we have a pattern here.

   Kanan. Kakinya berlari laju ke sebuah timbunan kotak di sebelah kanan. Sampai, belakangnya disandar pada kotak itu. Kepala dijengul keluar. Selamat.

   Kali ini Adam berlari ke kiri pula. Entah di mana silapnya, kakinya tiba-tiba tersadung tali pukat yang tersadai di situ menyebabkan tubuhnya terjatuh ke tanah.

   Buk!

   Pantas Adam bergolek ke belakang kotak. Nafas yang tidak teratur distabilkan semula.

   Salah seorang penculik tadi berpaling. Matanya tajam melingas ke sekitar kawasan jeti tersebut. Dia ada terdengar sesuatu tadi.

   "Why?" Ketuanya bertanya. Pelik apabila lelaki itu tiba-tiba berpaling ke belakang.

   "I heard something," katanya. Timbunan-timbunan kotak dan tong yang berterabur diperhatikannya tanpa lepas.

   "It's nothing, Max. Let's go," ajak ketuanya sebelum bergerak ke kapal yang dicuri petang tadi.

   Max menolak pipi dengan lidahnya. Rasanya dia tidak salah mendengar tadi. Memang ada sesuatu yang berada di sini.

   Adam mengetap bibir rapat. Tali pukat yang tersadai di tengah jeti dipandang tajam. Ee, nak juga interframe!

   Max masih tidak puas hati. Kakinya mula diangkat untuk mendekati timbunan kotak yang berdekatan namun suara ketuanya mematikan niatnya.

   "Stop that Max. We don't have much time left. We have to meet King as soon as possible. I'm sure he will be so pleased with this gift."

   King?

   Adam mengerutkan dahi. King itu...atau ada King lain? Jika King itu, jenayah yang melibatkan Alisa ini sememangnya berbahaya. Berbahaya kepada dirinya dan pastinya bahaya kepada gadis itu.

   Keluhan berat Max lepaskan. Sekali lagi keadaan sekeliling diteliti. Nampaknya dia tersalah dengar. Langsung tiada kelibat benda bergerak dan bunyi pun. Yang kedengaran hanyalah bunyi bayu laut dan ombak yang sayup-sayup kedengaran.

   Badannya dipusing ke belakang mengikuti langkah ketuanya. Kembali berborak dan bergelak tawa seperti tiada apa yang berlaku.

   Keluhan lega Adam lepaskan. Peluh yang merenik di dahi dilap. Fuh, selamat!

   Badannya yang bersandar naik melutut. Melalui celah antara kotak dia dapat melihat lelaki-lelaki penculik itu mula memasuki kapal nelayan sama yang dinaiki oleh salah seorang daripada mereka tadi.

   Tulisan yang terukir pada tepi kapal itu dibaca.

   Shark123.

   Adam menghafal nama itu di dalam mindanya. Disimpan kemas dalam kotak memori.

   Sebaik sahaja yakin mereka semua sudah memasuki kapal tersebut, Adam mula merangkak mendekati timbunan kotak yang terdekat. Pergerakannya tidak terhenti di situ sebaliknya terus merangkak ke timbunan kotak terdekat dengan tempat kapal tersebut berlabuh. Sesekali dia terpaksa menyorok apabila lelaki-lelaki itu bergerak di bahagian luar kapal.

   Sampai sahaja di hadapan kapal itu, Adam segera menyeluk poketnya lalu mengeluarkan satu objek kecil. Objek itu kemudiannya dilekatkan pada badan kapal itu dengan berhati-hati.

   Cukup tinggi daripada terkena aras laut namun masih dalam keadaan terselindung daripada penculik-penculik itu. Selesai, kakinya dibawa laju melangkah jauh dari kapal itu.

   'Saya harap awak selamat, Alisa. Don't worry. I'll come and save you as fast as I can.'

   Dalam kegelapan malam, satu kelipan cahaya merah mengikuti pergerakan kapal Shark123 membelah laut.


≿━━━━༺❀༻━━━━≾


   "Haih, penat," keluh Adam. Badannya teroleng-oleng mengikut gerakan kapal yang membuai. Langit gelap tanpa bintang ditatap gusar.

   Risau akan keadaan gadis yang berada dalam tawanan penculik. Mereka lelaki, ramai pula itu. Manakala Alisa pula perempuan, seorang pula itu. Setahunya, gadis itu tiada kemahiran mempertahankan diri. Pasti susah untuk melawan jika apa-apa berlaku.

   Dada yang berdetak tidak menentu diusap perlahan. Doa dititip dalam hati berharap Allah menjaga gadis itu walau di mana pun dia dibawa.

   Dia yakin penculik itu tidak akan mengapa-apakan Alisa. Mengikut apa yang didengarinya tadi, berkemungkinan besar mereka menculik Alisa untuk diberi kepada orang lain, untuk mendapat bayaran.

   Jadi semestinya mereka tidak akan menyentuh tawanan mereka. Mungkin.

   Jika diikutkan hatinya, mahu sahaja dia menyerang mereka untuk menyelamatkan Alisa. Namun dia tidak sebodoh itu. Dia dapat melihat pistol yang tersisip kemas pada pinggang lelaki-lelaki itu tadi. Mencari maut namanya jika menyerang secara membuta tuli.

   Sekurang-kurangnya dia perlu membuat persediaan awal dengan membawa peralatannya sendiri.

   Beg sandang yang dipikul kemas dibuka perlahan sebelum melihat isi-isinya. Sejenak senyuman nipis terukir pada bibir yang terlindung di sebalik topeng. Nampaknya ada hikmah dia tidak sempat menyimpan barang camping semalam.

   Alhamdulillah, Allah mudahkan urusannya.

   Baru sahaja mahu bangun, bunyi sesuatu di belakang menaikkan bulu roma.

   Zap!

   Kemas!

   Tangannya cekap menangkap objek yang dihayun dari belakang. Objek tersebut dirampas kasar dari pemegangnya sebelum badannya dipusing pantas.

   Seorang lelaki separuh abad yang berpakaian kasual menangkap retina mata. Mukanya tampak garang.

   "Siapa kau?" Lelaki itu menyoal kasar dalam bahasa Siam.

   Adam mengeluh lemah. Pasti lelaki itu salah faham dan menganggapnya sebagai penceroboh.

   "Relax, relax. Aku tiada niat jahat," katanya selembut yang mungkin.

   "Apa kau buat dalam bot aku?"

   "Aku mahu tumpang sekejap saja," terang Adam. Kedua-dua tangan diangkat paras bahu, tanda tidak membawa bahaya.

   Lelaki itu terdiam.

   "Duduk," katanya sepatah sebelum bergerak ke tempat duduk. Tempat duduk kosong di sebelah ditepuk dua kali.

   Adam menarik nafas lega. Sesiapa sahaja akan tersalah faham dengan kehadirannya yang tidak ubah seperti perompak. Dengan memakai topeng lagi, tiada yang pelik. Kalau dia sendiri pun akan tersalah faham.

   Punggungnya dilabuhkan di atas tempat duduk berkusyen di sebelah lelaki tua itu.

   "Aku Sam." Lelaki itu memperkenalkan diri.

   Senyap.

   Adam mencari-cari nama yang sesuai. Bibir diketap rapat.

   Ting!

   "Aku Win," kata Adam yakin. Dia ada terdengar adik perempuannya bercakap tentang artis Thai itu dengan rakannya.

   Sam mengangguk.

   "Dari mana?"

   "Bangkok," jawab Adam sepatah. Belakang kepala yang tidak gatal digaru.

   "Macam mana kau boleh ada di sini?" Tanya Sam.

   "Itu kau tak perlu tahu. Cuma sekarang, aku nak minta bantuan kau," kata Adam berterus terang. Dia perlukan pertolongan secepat yang mungkin.

   Sam memusingkan badan menghadap Adam yang bersandar malas.

   "Apa?"

   Adam tidak menjawab sebaliknya menyingsing lengan jaket yang dipakai. Skrin jam tangan hitam di pergelangan tangan ditekan-tekan. Selesai, skrin itu ditunjuk pada Sam.

   Sam yang tidak mengerti hanya melihat saja. Terlopong mulutnya mengagumi teknologi canggih itu. Skrin jam tangan tersebut menunjukkan peta navigasi yang biasa dilihat dalam kapal-kapal besar.

   "Apa ini?" Satu titik merah yang berkelip-kelip ditunjuk dengan jari. Koordinatnya tidak jauh dari kawasan pelabuhan ini.

   "Ikut objek tu," arah Adam. Telefonnya dikeluarkan lalu wayar USB diambil dan dua peranti itu disambungkan. Satu aplikasi khas dibuka lalu skrin telefon ditekan-tekan. Beberapa saat kemudian, skrin telefonnya memaparkan apa yang terpapar pada skrin jam tangannya tadi.

   Terperasan bot masih tidak bergerak, Adam mengangkat kepala.

   "Kenapa tak bergerak lagi?"

   Sam angkat kepala.

   "Kenapa aku kena ikut cakap kau?"

   Adam hela nafas.

   Dompet dikeluarkan dari poket seluar lalu dibuka. Beberapa keping duit kertas mata wang Baht ditarik lalu dihulur kepada Sam.

   Duit dan muka Adam yang bertopeng dipandang silih berganti.

   Huluran wang itu diambil lalu dikira-kira. Sam menggeleng.

   "Tak cukup," katanya.

   Adam menahan diri daripada menjulingkan mata. Muka nampak baik tapi perangai...isy!

   Beberapa keping lagi duit kertas dikeluarkan.

   "Cukup?"

   Sam tersenyum lebar. Duit kertas itu diambil lalu dimasukkan ke dalam poket. Enjin bot mula dihidupkan.




.

.

.

Selamat hari raya everyone! 🌎

Continue Reading

You'll Also Like

312K 31.7K 53
2020. Firjani Adiratna akhirnya dapat menghembus nafas lega setelah melangkah keluar daripada Henry Gurney School. Aku bukan tipikal gadis ayu seper...
67.5K 2.4K 45
[KARYA PERTAMA] [COMPLETE] [FANTASY + THRILLER] [PROSES MENGEDIT SEMULA] โ€ผ๏ธWARNING โ€ผ๏ธ (rajinkan diri anda untuk membaca) ๐Ÿ“ขSinopsis ada di dalam. ๐Ÿ“ข...
915K 38.6K 89
Highest Rangking - 1 #crush (28/10/2021) - 1 #onesidedlove (28/10/2021) - 1 #broken (30...
857K 7.4K 11
WN | 01 Nukilan : Wawa Nabilla mula : 1119 cover : stargazell Nia Ameera telah dianiaya oleh ahli keluarganya sendiri sehingga dia dihalau keluar d...