Luciano Rial Family sedang dalam perjalanan pulang ke Malaysia.Family ini mempunyai Jet peribadi milik mereka sendiri demi memudahkan segala urusan jika melibatkan hal di luar negara.
Mereka sedang berehat di sit masing-masing,semuanya dah kepenatan setelah dua hari menyelesaikan urusan di Italy.Tujuan Luciano Rial Family ke sana adalah untuk mencari musuh mereka yang dari dahulu hingga sekarang sentiasa mengancam untuk membunuh mereka semua.Kalau nak tahu family mafia ni jugak yang menghancurkan ladang kerbau milik Caso Crown iaitu rakan business Luciano Rial Family.Semuanya atas sebab rasa tidak puas hati dan dendam.
"Did he forgot everything we gave him before this?" Tuan Franc menanyakan soalan tersebut kepada Tuan Matt.
"He really mean it Franc.If he said he's gonna kill us he will do.Look what he did to Caso Crown family"jawab Tuan Matt. Tangannya sedang memegang gelas air fresh orange untuk menghilangkan rasa kering tekaknya.
"If I know this will happen,I won't kick him out of this family"balas Tuan Franc dengan nada yang marah.Sakit hati bila fikir apa yang mamat tu dah buat untuk Luciano Rial Family.
"You're wrong Franc.If we keep him things will getting worse.Mamat tu tetap akan tikam belakang kita walaupun family sendiri"kalini Tuan Matt membuka tablet yang berada dihadapannya.
"Fuck.Dia tak kenal lagi siapa Luciano Rial Family"muka Tuan Franc dah merah tahan marah.
"Macam mana kalau dia sentuh budak-budak tu?"tanya Tuan Matt.Tangannya sibuk scroll gallery untuk mencari gambar.
Tuan Franc terdiam.Kepalanya masih serabut fikirkan tentang perkara ni.Sebabtu lagi cepat diorang semua masuk academy lagi bagus.
"Kau tengok gambar ni,mamat ni sanggup bunuh kawan rapat dia sendiri dan orang tu kawan kita Franc.Our friendships broke because of him.Dia pegang semua rahsia kita!"Tuan Matt menunjukkan gambar mereka semua ketika waktu remaja dahulu yang lama disimpan.Hanya itu sahaja bukti betapa kuatnya persahabatan Luciano Rial Family dahulu.
"Kau bayangkan kalau dia bocor semua rahsia ni dekat budak-budak tu?Ingat diorang nak percaya kita lagi?Sekarang pun dah berani melawan"sambungnya lagi.Panas hati Tuan Matt bila cerita pasal benda ni.Bagi Luciano Rial Family ni semua mimpi buruk buat mereka.
"Anak kau yang mulakan dulu,dia yang berani langgar undang-undang kita Matt"marah Tuan Franc.Bila teringat tentang Frez yang berjaya mengubah undang-undang Luciano Rial Family membuatkan dia tak senang duduk.Punya susah dia bina senang je budak-budak tu ugut mereka semua.
"Dia bukan anak aku.Yang kau patut risaukan sekarang adalah Camila.Kau bayangkan kalau dia tahu family dia sekarang bukan family dia yang betul?Camila je harapan kita untuk teruskan Luciano Rial Family ni!"balas Tuan Matt.Nafas dia naik turun terangkan semua perkara tu kepada rakan baiknya.
"Tutup mulut kau tu Matt!Kau jugak yang paksa aku untuk bunuh diorang semua!"Tuan Franc dah tak tahan dengan semua benda yang keluar dari Tuan Matt.
"Aku paksa? Kau boleh tanya family yang lain macam mana cara kau layan Gianna and Marco dulu"balas Tuan Matt dengan jelingan tajam.
"Tak,sekarang ni kenapa kau ungkit semua benda ni?!"jerit Tuan Franc.
"Kau cemburu dengan apa yang Marco ada sampai kau sanggup bunuh orang yang paling kau sayang Franc"jawab Tuan Matt dengan nada yang sedikit hampa.Kalau boleh semua dalam Luciano Rial Family tak mahu ingat benda tu lagi.Peristiwa yang mengubah sikap Luciano Rial Family.
"Duduk dekat tempat aku baru kau faham apa yang aku rasa!"makin banyak benda yang Tuan Matt ungkit makin sakit hati dia.
"Masalah sebenarnya adalah kau Franc.Kau yang tak boleh move on dengan apa yang Gianna buat dekat kau"kalini Tuan Matt mengubah tempat duduknya ke arah belakang.Malas nak berborak lagi.Nanti tak pasal gaduh besar.
"Fuck!"Tuan Franc menendang sit dihadapannya.Kalau boleh semua benda Tuan Franc nak sepak tapi dalam flight,pergerakan dia terhad.Tuan Franc paling pantang kalau orang lain ungkit kisah lama dia.
Siapa Gianna and Marco ni? Mereka berdua ni adalah ibubapa kandung kepada Camila Carley.Ya, parents Camila sekarang adalah family angkat yang mengambil tanggungjawab membesarkan Camila.Sebab tu mereka memaksa Camila untuk suka dunia Mafia tak kira apa cara sekalipun.Cara layanan mereka juga sangat teruk,antara tujuan mereka setuju untuk jadi parents Camila adalah sebab persahabatan mereka dengan Gianna dan Marco ketika dahulu.
Gianna Carmella merupakan Ibu kandung Camila Carley.Rupa parasnya sangat cantik dan unik.Sama seperti anaknya,berkulit sawo matang dan mempunyai mata yang berwarna coklat cair.Tapi Gianna Carmella meninggal ketika Camila berumur 1 tahun dan yang paling menyedihkan Ibu Camila mati di tangan Tuan Franc sendiri.Kenapa Tuan Franc sanggup bunuh salah sorang dari Luciano Rial Family ni?Padahal diorang semua kawan rapat?
Kalau nak tahu Gianna Carmella ni adalah kekasih lama Tuan Franc.Kira dari sekolah menengah dah bercinta sampai mereka besar.Tuan Franc dah ada niat nak melamar wanita yang paling dia sayang tapi semuanya musnah.Gianna Carmella ambil keputusan untuk menolak lamaran Tuan Franc dan menerima orang baru dalam hidupnya iaitu Marco Flavio Zane.Kenapa tiba-tiba hati Gianna berubah?Semuanya atas sebab silap Tuan Franc yang sentiasa panas baran dan itu membuatkan Gianna tak mahu teruskan lagi.Bayangkan belum kahwin lagi dah pernah naik tangan?Siapa je tahan kan?
Berbeza dengan Marco.Sikapnya yang sangat lembut dan layanannya sangat berbeza dengan Tuan Franc.Walaupun mereka semua ni Mafia,sekurangnya ada jugak sedikit belas kasihan dalam diri.Bila Tuan Franc dapat tahu Gianna lebih memilih kawan baiknya iaitu Marco berbanding diri dia,mula timbul dendam.Tuan Franc fikir daripada buang Marco dari Luciano Rial Family lebih baik dia bunuh sahaja lagi bagus.Oleh sebab itu Tuan Franc ambil keputusan membunuh rakan baiknya dan tanpa sengaja tangan Tuan Franc terbunuh orang yang dia sayang.
Ketika peristiwa itu jadi hanya Tuan Franc dan Tuan Shawn yang masih belum berkahwin.Masing-masing terlalu sibuk dalam uruskan urusan family mafia ni.
.................................
"Kau tahu sebab apa aku bawak korang dua datang sini?!"tanya Tuan Franc sambil menghalakan pistolnya ke arah Marco.
Diikat tangan dan kaki Marco dalam posisi duduk di atas kerusi dan Tuan Franc mengheret Gianna duduk bersebelahan dengan suaminya. Dengan tujuan supaya Gianna tengok dia balas dendam didepan mata.
"Franc what are you doing!!!"jerit Gianna dengan tangisan yang kuat.
"Jangan risau baby,I nak sentuh husband you sikit je"balas Tuan Franc dengan gelak tawa kecil.
"Kalau kau nak balas dendam sekalipun aku rasa ni bukan caranya Franc"tegur Tuan Matt yang sedang berdiri dibelakang.Semua Luciano Rial Family menyaksikan apa yang Tuan Franc lakukan.
"Jangan masuk campur urusan aku!!!!Tujuan aku suruh korang datang sini untuk tengok betapa bencinya aku dekat mamat tak guna ni!Mamat ni sama je dengan pengkhianat dalam family kita!"kalini Tuan Franc melepaskan satu tembakan ke arah kerusi yang Marco duduk.Salah satu kaki kerusi tersebut telah patah dan ianya membuatkan Marco jatuh tersungkur di atas lantai.
"Franc I merayu dekat you please jangan buat Marco macam ni!"rayu Gianna dengan penuh tangisan.
"Kenapa you nak bela sangat mamat ni?Kenapa you pilih dia berbanding I?Kenapa!!!!!!!"jerit Tuan Franc dengan kuat.Urat dia semua dah tegang menahan marah.Hati dia sakit bila tengok bekas teman wanitanya lebihkan orang lain berbanding diri dia sendiri.
"Baru sekarang kau nak bunuh aku?"tanya Marco dengan nada yang lemah.Badan dah sakit akibat terhentak jatuh kerusi tadi.
"Hati aku bertambah sakit bila tengok korang berdua dah ada anak!!!"Tuan Franc memijak tangan kanan Marco yang sedang terbaring dengan kuat sekali.
"Kenapa kau tak bunuh aku sebelum kahwin lagi!!!Aku dah anak baru kau berani nak buat semua ni?!"jerit Marco.Tangisan mula jatuh di pipi.Bila fikirkan tentang anak dan isterinya membuatkan hati dia sebak.Marco tahu ajalnya sudah sampai.Rakan baiknya tetap akan bunuh dia harini jugak.
"Sepatutnya kau rasa beruntung sebab aku bagi kau tengok muka anak kau sebelum kau mati"bisik Tuan Franc sambil menghalakan pistol ke arah kepala Marco.
"Kau bukan manusia Franc,tapi kau binatang!!"jerit Marco.Badan dia sudah menggigil menahan rasa takut.Bila-bila masa sahaja rakan baiknya akan tembak kepala dia.
"You nak apa I sanggup buat Franc!!cakap saja you nak apa semua I buat!Lepaskan Marco please,you nak hukum kitaorang berdua pun I tak kisah please jangan bunuh Marco!"Gianna memeluk kaki Tuan Franc dengan penuh tangisan.
"Betul you boleh tunaikan?"tanya Tuan Franc dengan nada yang lembut.Dibelai lembut rambut Gianna yang berada dihadapannya.
"I sanggup buat apa saja Franc please!"rayu Gianna. Pandangannya dihalakan ke arah suaminya.
Apabila Tuan Franc lihat wanita kesayangannya masih memandang muka Marco membuatkan Tuan Franc hilang kawalan.Wanita yang dia sayang selama ni sudah menjadi milik orang lain.
Tuan Franc melepaskan satu tembakan ke arah kepala Marco.
"Sayanggg!"melihat suaminya sedang terbaring dan dipenuhi dengan darah membuatkan Gianna berlari dan menghampiri tubuh suaminya.Dipeluk erat dan Gianna tanpa henti mencium dahi suaminya.
"Matt call ambulance right now!!"arah Gianna kepada Tuan Matt.
"Arghhhhhhhhhh!"tanpa sengaja Tuan Franc telah melepaskan satu tembakan ke arah Gianna.
"Franc what are you doing!!!"Tuan Matt terus berlari dan menuju ke arah Gianna.Melihat darah yang banyak keluar dari tubuh badan Gianna membuatkan Tuan Matt membuka bajunya dan membalut luka agar dapat menghentikan pengaliran darah tersebut.
Tuan Franc hanya melihat insan yang paling dia sayang mati didepan mata.Badannya kaku dan tak mampu bergerak.
"Jagakan Camila"itu adalah kata-kata terakhir yang keluar dari mulut Gianna sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya.
Marco juga telah terbunuh beberapa minit sebelum pemergian isterinya.
"Kau sedar tak apa yang kau dah buat ni!!!!"jerit Tuan Matt.
Luciano Rial Family yang lain hanya melihat tanpa mampu berkata apa. Masing-masing berada dalam keadaan takut.
"Panggil orang untuk bersihkan semua ni"sebelum meninggalkan ruang tersebut,Tuan Franc membelai lembut tubuh Gianna yang sudah dipenuhi darah.Dia sendiri tak tahu sama ada hati dia rasa bersalah ataupun tidak ketika berada disamping Gianna.
Tuan Franc terus meninggalkan ruang tersebut.
.....................................
Selepas dari kejadian itu Tuan Franc mengambil keputusan untuk mengubah undang-undang Luciano Rial Family.Iaitu dilarang sama sekali bercinta antara satu sama lain tak kira walaupun apa pun yang terjadi.Semuanya berpunca dari kisah lama yang menghantui Tuan Franc sehingga sekarang.Salah satu sebab kenapa Tuan Franc tak suka melihat orang lain merayu dikakinya kerana perbuatan tersebut sama seperti apa yang Gianna pernah buat kepadanya.Sebab itu Tuan Franc sering bersikap kejam walaupun dengan family dia sendiri.
So macam mana?Rasa geram tak dengan Tuan Franc ni?Sebab dia sorang orang lain terlibat sama.
Don't forget to vote okiee! Thank you for supporting me!❤️