DARYAN DELISHA | COMPLETED |...

By nisaamuttalib

197K 15.6K 762

[ S H O R T S T O R Y ] - 3rd | KNOWN AS MY WIFE | ________________________ Cinderella ? Ada lagi ke perkataa... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 20

BAB 19

8.6K 742 51
By nisaamuttalib

"Esok kita kahwin!"

Huk! Huk!

Delisha tersedak nasi. Berair airmatanya menahan rasa perit dan Faez segera menghulurkan air untuk kakaknya. Daryan masih selamba menyuap nasi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku di meja makan itu. Delisha terbatuk-batuk. Sungguh, dia sangat-sangat terkejut.

"Awak ca...cakap apa tadi?" Delisha memandang wajah tunangnya.

"Kita kahwin esok. Majlis simple je. Kita nikah dekat pejabat agama dan majlis resepsi kita buat nanti. Aku kena balik Italy. Ada masalah sikit dekat sana" ujar Daryan dengan sedikit penjelasan.

Dia bukan saja-saja nak ajak anak orang kahwin mendadak macam tu sekali. Dia sudah bincang dengan Tan sri Hanz dan Mama Aisyah. Mereka bersetuju sahaja dan buat mana yang wajib sahaja. Majlis nikah boleh tangguh dahulu.

"Tak mendadak sangat ke? Muka saya pun ada lebam lagi ni. Tak ke tok kadi nanti tanya saya macam-macam? Elok-elok boleh kahwin terus tak jadi. Dia ingat awak dera saya..." balas Delisha dengan wajah seriusnya. Tangan kirinya menyentuh kesan luka di tepi bibirnya.

Daryan memandang Delisha dengan wajah kosongnya. "Aku tembak dia sampai mati. Kita cari tok kadi lain" mudah betul dia memberi jawapan.

Delisha dan Faez melongo mendengar jawaban dari Daryan. Sangat-sangat di luar akal mereka. Apa? Ingat Malaysia tak ada undang-undang ke? Suka hati nak tembak orang sana sini. Delisha tidak habis fikir macam mana kelaknya kehidupan dia bersama dengan lelaki itu.

"Aku dah settle semuanya. Kau jangan risau, papa dah uruskan hal dekat pejabat agama sana. Mama dah uruskan pasal makan-makan. Kita sedekah dekat rumah anak yatim dan jiran-jiran. Kau cuba get ready to be my wife je esok."

Sungguh, Delisha hilang kata-kata. Menguis nasi yang masih berbaki di dalam pinggannya. Faez pula memang sudah maklum, jadi dia tidak terkejut sangat. Cuma, dia belum bersedia lagi untuk berjauhan dari kakaknya.

"Berapa lama kita dekat Itali?"

"Tiga tahun"

Mata Delisha membulat besar. Tiga tahun, masa yang cukup lama. Daryan yang sudah selesai makan, mengelap mulutnya. Memandang wajah muram cik tunang. Dia faham, pasti gadis itu belum bersedia berjauhan dari keluarganya.

Tetapi, Daryan tiada cara lain. Pakciknya di Itali menghubunginga untuk mengambil alih syarikat mendiang bapanya di sana. Menguruskan harta warisan dan menstabilkan syarikatnya di sana. Dia perlu masa tiga tahun untuk menguruskan segalanya di sana sebelum betul-betul menetap di Malaysia.

"Kau jangan risau, tiga bulan sekali kita balik jenguk mama dan papa. Aku janji" ucap Daryan dalam nada lembutnya.

Wajah Delisha kembali cerah. Dia mengangguk kecil.

"Baiklah. Saya akan ikut awak ke sana" putus Delisha dengan senyuman kecilnya.

Daryan menghela nafas lega. Betullah kata Tan sri Hanz. Memujuk Delisha sangat senang. Mengingatkan Delisha juga agak nakal. Daryan harus mencari cara untuk menjinakkan Delisha nanti.









































Airmata Delisha laju turun ke pipi apabila kalimat 'sah' kedengaran cukup lantang dari para saksi yang hadir di pejabat agama itu. Dia kini sudah bergelar isteri kepada Daryan. Tidak sangka, di pagi jumaat dia sudah sah bergelar isteri dan satu tanggungjawab cukup besar akan dipikul olehnya tidak lama lagi.

Mama Aisyah memeluk erat Delisha. Begitu juga Qistina yang menangis berpelukkan di belakang. Pihak lelaki pula tersenyum gembira dan sangat bersyukur kerana hari pernikahan Delisha dan Daryan berjalan dengan lancar sekali. Tan sri Hanz meletakkan tanggungjawabnya kepada Daryan untuk membimbing dan melindungi Delisha.

Mereka memulakan acara sarung cincin dan yang lain. Sebuah pelamin kecil yang indah disediakan oleh pihak pejabat agama untuk pihak pengantin dan keluarga pengantin mengambil gambar. Delisha tersenyum gembira di samping Daryan.

Selesai saja, mereka terus bergegas pulang. Daryan yang masih berbaju melayu putih dan Delisha berbaju kurung putih bergegas menuju ke lapangan terbang dimana pesawat peribadi milik keluarga Daryan sudah menunggu ketibaan mereka di sana.

Eric, lelaki itu tersenyum gembira melihat bosnya bersama dengan Delisha. Dia turut tumpang gembira. Daryan dan Delisha melambai tangan kepada keluarga yang masih menunggu mereka di bawah sana. Penerbangan awal di ambil oleh Daryan kerana dia banyak urusan yang perlu diselesaikan.

"Kau nak rehat atau tidur, pergilah belakang. Ada bilik kecil dekat sana. Nak apa-apa, kau suruh panggil je pramugari tadi tak pun kau tekan tombol hijau tepi kerusi tu. Aku dekat depan. Ada kerja sikit nak buat dekat sana. Kita ada banyak masa lagi nak sampai Itali"

Delisha hanya mengangguk. Dia cukup penat dan ingin merebahkan diri di atas katil. Delisha pergi ke belakang, dan dia cukup kagum melihat sebuah bilik yang cukup mewah tersedia. Di hadapan pula ada ruangan santai dan Daryan duduk di situ mengerjakan tugasan dia dibantu oleh Eric.

Di bahagian depan, Daryan tekun menyemak laporan, kertas kerja dan email yang baru sahaja dihantar oleh kliennya. Eric pula membuat kira-kira melalui data yang diberi oleh Daryan. Mereka berdua melakukan kerja tanpa bercakap kosong. Hanya sesekali suara mereka kedengaran, itu pun jika Daryan yang bertanya kepada Eric.

Delisha mengeliat badannya apabila terasa sesuatu menimpa di pinggangnya. Mata dibuka perlahan-lahan dan tatkala itu lah dia melihat wajah Daryan yang sangat hampir dengan hidungnya tatkala dia menoleh ke kiri. Tepat di belakangnya. Daryan tidur lena sambil memeluk isterinya.

Hati Delisha berdesir lembut menatap wajah tenang suaminya. Tanpa sedar, tangan dia naik menyusuri wajah kacak itu. Wajah yang jelas kepenatan dan diselangi dengkuran halus dari Daryan. Asyik leka menatap wajah itu, Delisha tersedar apabila terdengar ketukan di pintu kabin yang menempatkan bilik peribadi mereka di dalam pesawat itu.

Delisha perlahan merungkai pelukan Daryan dari pinggangnya. Menuruni katil sambil membetulkan baju dan tudungnya yang masih lagi berpakaian sama seperti pagi tadi dan Delisha tidak sempat menukar pakaian. Daryan tidak sedikit pun tersedar dan terlena memeluk bantal disampingnya.

Delisha membuka perlahan pintu kabin itu. Menatap wajah Eric yang tersengih di depan pintu. "Apa kau nak?"

Eric terkekeh kecil. "Garang eh kau sejak jadi isteri ni. Aku nak bagi baju kau dengan Noah"

Kening Delisha berkerut rapat. Noah? Siapa pula tu?

Eric yang faham kerutan di wajah Delisha tersenyum nipis. Lupa pula, isteri bosnya tidak tahu nama lengkap Daryan. Kerana, nama Noah sering dipakai dalam dunia gelap.

"Erm, maksud aku Daryan. Satu lagi, kita ada landing tiga jam lagi. Makanan dah tersedia dekat depan. Kau boleh kejut bos untuk makan sekali sebelum kita take off nanti"

Eric terus pergi setelah menyampaikan pesanannya. Delisha kembali menutup pintu kabin. Membawa dua buah paper bag berisi pakaian mereka. Delisha terpaku melihat Daryan yang sudah bersandar di dinding pesawat dan menatap wajahnya. Entah sejak bila lelaki itu terjadi dari tidurnya.

"Eric datang bagi baju. Kita take off tiga jam lagi dan Eric suruh kita makan" Delisha mengulang kembali apa yang dikatakan oleh Eric.

Daryan tidak berkata apa-apa. Dia membuka baju melayu di tubuh kekarnya. Membuang baju itu di atas kerusi dan mata dia tidak kalih dari menatap tajam wajah tidak keruan Delisha. Rona wajah isterinya membuatkan Daryan berasa ingin mengusik gadis itu.

"Aku taknak makan"

"Habis tu? Awak nak makan apa?" Soalan dibalas soalan. Delisha yang gugup segera mengalih pandangan dia. Tak sanggup dia menatap dada bidang suaminya lama-lama. Boleh cair.

"Aku nak makan kau" bisik Daryan sambil tangan dia merayap dan memaut erat pinggang isterinya. Menarik badan Delisha jatuh dalam pelukkannya.

Mata Delisha membulat besar. Sungguh, perkara ini yang paling dia takutkan. Delisha menahan degup jantungnya. Makin dekat, makin kuat pula jantung dia berdegup. Menahan debaran.

Daryan memandang wajah cantik isterinya. Sungguh, dia sangat bertuah memiliki Delisha yang cantik dari segi rupa mahupun perwatakkannya. Daryan jatuh cinta buat pertama kali. Menatap Delisha secara berhadapan begini, membuatkan dia ingin saja mengucup bibir merah ranum gadis itu sehingga lumat.

"Aw...awak baik pergi mandi! Kita...kita nak makan kan..." ucap Delisha tergagap-gagap. Ingin saja dia menyelam wajahnya di dalam lautan di bawah sana. Melenyapkan dirinya dari terus menjadi bahan tatapan tajam suaminya.

"Aku nak tuntut hak aku!"

Dan suara jeritan bergema di dalam pesawat peribadi itu. Menangkis penuh pasrah serangan bertubi-tubi dari Daryan buat pertama kali. Eric dan dua orang pramugari hanya tersenyum kekok mendengar suara jeritan dari bilik peribadi itu. Eric memutuskan untuk memakai headphone dan memejam matanya. Memasang volume paling tinggi bagi menghilangkan suara-suara syaitan dari bilik sana.

Dua pramugari itu pula memilih untuk pergi ke kabin belakang. Mereka memekakkan telinga dan berbual biasa. Seolah-olah benda itu sudah biasa terjadi. Pasangan pengantin baru. Mereka tidak hairan sangat.



































MANSION RUDOV

Delisha tertegun melihat sebuah rumah bak istana yang sangat besar dan hiasi pokok-pokok disekeliling kawasan sekitarnya. Memiliki tembok yang sangat tinggi dan di atas sana terdapat dua pengawal berjaga dari atas tembok besar itu. Berpuluh pengawal lain yang bersenjata menunduk hormat apabila limousine itu berhenti tepat di hadapan pintu utama. Dua orang butler membukakan pintu untuk Daryan.

Daryan keluar dari limousine itu dengan aura yang sangat mencengkam. Membuatkan para pembantu rumah dan butler itu tidak mengangkat wajah mereka. Daryan sedikit menunduk, menghulurkan tangan kanannya yang disambut lembut oleh Delisha.

Melihat kegugupan isterinya, Daryan segera menarik tangan wanita itu menghampiri dirinya. Eric pula memunggah bagasi mereka dan beberapa beg lain. Dibantu oleh butler di situ. Daryan memasuki rumah mewah itu. Yang dihiasi bermacam jenis hiasan lama dan terdiri dari negara-negara asing. Hiasan yang sangat susah didapati dan mempunyai nilai harga yang tinggi.

Harold Rudov. Lelaki itu duduk santai di sofa dan ditemani oleh kedua anaknya, Jacob Rudov dan Reana Rudov. Pasangan adik beradik yang sangat disegani ramai. Mereka mewarisi sifat kejam papì mereka.

"Uncle"

Daryan memeluk erat tubuh Harold. Bapa saudaranya yang banyak berjasa kepadanya sejak kematian Tuan William. Mediang papanya. Harold yang banyak mengajarkan bagaimana menghadapi dunia yang sangat kejam ini. Mengajar dia hingga dia mampu menjadi sosok lelaki yang sangat disegani dan dihormati.

"Welcome home, Noah. I'm proud of you, boy" ucap Harold penuh rasa bangga. Tidak sangka, Daryan sanggup memenuhi hasrat dari mendiang abangnya.

"Thank you, uncle. Meet my wife, Delisha..."

Delisha tersenyum kekok. Menunduk sedikit kepala sebagai tanda perkenalan. Harold yang faham, hanya melakar senyumannya. Jacod dan Reana mendekati pasangan suami isteri itu.

"What a beautiful wife you have bro! Aku jeles tahu tak!" Ucap Jacob yang sangat lancar berbahasa melayu tanpa pelat walau sedikit pun.

"Exactly! Delisha, you are so so beautiful. The true beauty that I've been seen before!" Sahut Reana dalam nada terujanya. Sungguh, Delisha sangat cantik di matanya.

Berkulit putih kemerahan. Ketinggian seakan budak sekolah. Bermata bundar dan bibir merah merekah begitu, kulit putih bersih sangat membuatkan Delisha nampak sempur. Reana cemburu melihatnya.

"Reana Rudov! You can call me, Anne!" Reana menyambut mesra kedatangan Delisha. Akhirnya, dia memiliki teman untuk meluah perasaan.

"And this, my annoying brother ever, Jacob! You can call him as JJ"

Delisha mengangguk kecil. Melempar senyuman kepada dua beradik itu. "Nice to meet you all"

"Awhh! What a sweet voice you have girl!" Jacob terpukau. Sungguh, suara Delisha kedengaran sangat lembut.

Reana yang melihat tingkah abangnya hanya mampu menguling matanya ke atas. Sangat lah dramatik seorang Jacob! Daryan menatap datar ke arah sepupunya. Ingin saja dia menumbuk wajah Jacob yang asyik memandang Delisha seakan mahu ditelan hidup-hidup.

"Get a rest you two. Malam nanti kita dinner dekat luar" putus Arnold dalam nada tanpa bantahan.

Daryan segera menarik tangan isterinya naik ke tingkat atas. Jacob memandang Reana di sebelahnya. Membuatkan adiknya menatap hairan.

"I think, I'm fall in love with Delisha!" Ucap Jacob sambil tersenyum-senyum.

Reana mengeleng kepalanya. "You are crazy, bro!"

Jacob tidak peduli kata-kata Reana. Memang, dia jatuh hati melihat wajah Delisha. Sangat lembut dan sopan. Jacob memegang dadanya.

"Sayang sekali, kau dah jadi milik orang. Aku rela melepaskan mu, wahai sayang..."

Buk! Jacob memegang dahinya. Perit mulai terasa. Jacob baru saja ingin membuka mulut ingin memarahi orang yang beraninya membaling alat kawalan TV hingga singgah di wajahnya.

"Don't you dare do like that again!" Penuh amaran, Daryan berkata kepada Jacob.

Reana hanya tertawa melihat kelakuan dua lelaki itu. Memang menjadi kebiasaan mereka berdua bergaduh. Daryan tua tiga tahun dari Jacob dan dia merupakan cucu sulung dalam keluarga mereka.


































Reana membawa Delisha berjalan di halaman mansion rumah mereka ditemani oleh tiga orang pengawal bersenjata. Halaman yang sangat luas umpama padang bola sepak. Bersih dan nyaman. Delisha cukup terpukau dengan keindahan di situ. Baju sejuk di tarik rapat ke badan. Cuaca pada pagi itu sangat dingin dan mencengkam hingga ke tulang.

"Cool?"

Delisha mengangguk kecil. Reana yang faham segera menarik tangan wanita itu mengikutinya. Mereka tiba di sebuah rumah kaca. Reana memasang alat pemanas dan membuatkan bilik kaca itu perlahan-lahan mengeluarkan wap. Delisha duduk di sofa dan memandang suasana bilik kaca itu.

"Ni salah satu tempat fav abang Noah kalau dia datang sini. But, tak selalu dia datang sini..." ucap Reana tanpa dipinta. Dia membuka baju sejuknya dan disangkut di belakang kerusi.

"Anne selalu jugak datang lepak sini. Baca novel, buat assignment sekali dengan JJ"

Jacob awal pagi lagi sudah keluar kerana menghadiri kelas pagi yang tiba-tiba saja dibuat oleh pensyarahnya. Kelam kabut Jacob pagi itu. Arnold pula memilih untuk menghabiskan masa di bilik bacaannya.

"Banyak lagi tempat menarik. You boleh cakap dekat Noah, bawa you pergi jalan-jalan Sicily"

"Kalau Noah tak sibuk, saya boleh ajak dia. Taknak ganggu dia sebab kami dekat sini pun lama. Noah cakap, dia perlu urus syarikat peninggalan mendiang daddy dia. Jadi, kami akan menetap dekat sini..."

Reana membulat matanya. Patutlah kelakuan Arnold lain macam. Papì dia sudah tahu kedatangan sebenar Daryan ke rumah mereka. Kebiasannya, Daryan hanya sekejap saja tinggal di mansion mereka. Selebihnya, lelaki itu suka menghabiskan masa di rumah peninggalan keluarganya.

"Woahh...I'm so suprised! Noah tak ada cakap apa-apa pun dekat I and JJ"

Delisha tersenyum kecil. Dia sendiri tak tahu nak membalas apa. Kerana, riak Reana yang jelas-jelas terkejut itu menghiburkan hatinya.

"Dasar Noah!"

Reana mendengus geram. Ingin saja dia pergi ke syarikat lelaki itu dan menyerangnya secara langsung. Tapi, Reana masih memikirkan kariesnya sebagai seorang model terkenal. Reana tidak mahu menimbulkan kontroversi lagi.

"So you are here, we can hanging out together! Let me list where places that we can go for our first outing! Arghh, so excited!" Reana laju berdiri. Menghampiri rak buku dan menarik satu kertas putis saiz A4.

Delisha diam. Memerhati kelincahan jari lentik Reana menulis di atas kertas itu. Wish list untuk mereka berdua. Reana menulis semua tempat-tempat menarik di Italy. Tidak sia-sia, Daryan membawa Delisha bersama. Dia dapat kawan baru.

Mereka hanyut di dalam bilik kaca itu hingga tidak sedar gelagat mereka diperhati oleh Daryan. Lelaki itu telah pulang dari tempat kerja. Mengenakan persalinan santai pada tengahari itu. Daryan memutuskan untuk tinggal bersama bapa saudaranya.

Tidak mahu keselamatan sang isteri tergugat dengan kehadiran musuhnya. Daryan memilih untuk tinggal bersama keluarga Rudov.

Melihat Delisha yang kembali tertawa ceria di samping Reana membuatkan Daryan tersenyum melihatnya. Sejak peristiwa hitam itu, Delisha sangat sukar tersenyum dan ketawa seperti itu. Satu beban seakan terlepas dari bahu wanita itu. Daryan berharap, senyuman dan tawa Delisha tidak akan hilang. Selagi dia masih bernafas, Daryan akan menjaga Delisha semampunya. Membahagiakan wanita itu sesuai ikatan janji suci mereka selepas diijab kabul. Tanggungjawab dipikul olehnya. Membimbing Delisha dan membahagiakan wanita itu.

"Keep smiling and laughing like that, mi amor..."

Continue Reading

You'll Also Like

1M 46.3K 52
"𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Eian Wazif | Ledy Hara
9.5K 1.2K 15
[SHORT STORY] "Dari kecil, nasib baik jarang menyebelahi aku," -Ratu Alana "Dari kecil juga, aku tak pernah faham apa itu kasih sayang,"-Elaine Dua...
80.3K 433 8
Kisah mengenai Rina dan Suhaimi yang berada didalam satu van bersama 7 lagi lelaki.
203K 10.9K 10
*ੈ✩‧₊˚ Dumb&Dumber Universe >> "𝗧𝗮𝗹𝗸 𝗰𝗵𝗲𝗮𝗽, 𝗜'𝗺 𝗺𝗼𝗿𝗲 𝘁𝗼 𝗮𝗰𝘁𝗶𝗼𝗻𝘀," ❝Aku tak mudah dibuat jatuh cinta. Maka percayalah, kau san...