Kïng.

By -reenn

11.3K 1.1K 777

"Be mine Safira , be part of me. And I'll treat you like a queen." More

𝐊𝐈𝐍𝐆
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16

Prolog

1K 87 20
By -reenn




King | Safira





SAYUP- SAYUP esakkan halus itu memenuhi koklea telinga King. Celik saja mata , belakang tubuh yang terdedah menyapa kornea matanya. Timbul kerutan halus pada dahi King. Mata kembali dipejam , cuba mencerna apa yang sedang berlaku.

Dua saat berlalu , baru lah King dapat mengesan apa yang sedang berlaku. Belakang tubuh yang terdedah itu dipandang lama. Bahu itu terhinjut hinjut melepas tangisan.

King gusar. Apa yang berlaku..  malam tadi terjadi tanpa kerelaan gadis itu?

"Hermosa.." Tangan kekar yang mendarat pada sisi pinggang buat tubuh itu kejung , sedikit pun tidak bergerak. Apatah lagi bila merasakan sisi pipi King bertemu dengan pipinya. Nafas mint King buat dadanya berombak kasar.

"Kenapa menangis?" King menyoal bila tubuh yang mengiring membelakanginya itu terasa keras. Sedikit pun tidak bergerak.

Dua saat berlalu. Soalan King disambut angin.

"Safira Aedrina..." Usapan di pinggir pinggang buat Safira mengigil kecil. Sedar sentuhannya menakutkan gadis itu , King berkerut.

Safira takut akan dirinya?

Safira ketap bibir bawahnya kuat bila sekejap sahaja tubuh sasa King melutut di hadapannya. King cuma menyarung short pants , tanpa baju.

Safira sedikit berundur. King berkerut.

"Fira.. hey what happened..?" Lembut.

Safira menggeleng kecil. Mata dilarikan ke arah lain. Tidak sanggup rasanya menatap sepasang mata cantik milik King.

"You lied." Komen King. Beberapa saat berlalu , Safira masih membisu. Sepatah pun tidak bersuara , dia hanya membiarkan King merenungnya.

King lepas keluhan berat.

"Menyesal?" Kali ini mata Safira tepat menatap sepasang mata hitam milik King.

Diam.

"Saya paksa awak ke malam tadi , Fira?" Safira menggeleng. Ya.. King tidak memaksa. Apa yang berlaku malam tadi atas kerelaan dirinya sendiri. King menggoda dan dia rela. Tanpa memikirkan dua kali bahana dari perbuatannya.

Dan , sekarang. Bila semua sudah diserahkan pada King , barulah dia sedar. Barulah dia menyesal! Stupid Safira!

Tiada siapa yang perlu disalahkan dalam hal ini. Dia sendiri yang bersalah. Dia yang suka rela menyerahkan tubuhnya pada King.

"Then?" Safira diam.

"Fira.. awak buat saya risau. Kenapa? Apa yang saya buat malam tadi buat awak takut?" King menyoal lagi. Gigih mengali jawapan dari Safira. Gusar melihat Safira yang sedari tadi cuma membalas tanpa suara.

Safira geleng lagi.

King mati akal. Jadi.. apa punca Safira membisu?

Tangan King naik untuk menyentuh pipi Safira , tepat tekaannya bila Safira berundur. Duvet yang membaluti tubuh terdedahnya digenggam kuat.

King tarik nafas dalam.

"You scared of me , darling." Fakta. Safira masih membisu.

"Kenapa Safira? Tell me , apa salah saya? Awak menyesal dengan apa yang jadi malam tadi?" King menyoal lagi , tidak mudah mengalah.

Safira menggeleng.

"Come on darling , talk to me. Use your voice." Safira telan liur sekali. Juring mata kembali basah. Perasaannya bercampur baur. Takut , sedih , kecewa , marah dengan diri sendiri , semuanya menjadi satu.

Sedar Safira sedang berperang dengan perasaan sendiri. King sentuh lembut kekura tangan Safira.

Safira terkejut. Baru tangannya mahu ditarik semula , King lebih cekap menarik lembut tangannya.

Tangan halus Safira digenggam King lembut. Perlahan ibu jari King mengusap kekura tangan halus itu.

"Hey.."

"It's me , Safira."

"Kenapa takut dengan saya?" King mencari mata hitam milik Safira. Tunak matanya memandang Safira. Safira telan liur.

"Awak tak salah." Barulah suara Safira kedengaran.

King senyum nipis. Tangan Safira ditarik ke hujung bibir. Dicium sekilas.

"Then? Kenapa awak macam ni?" Lembut nada King memujuk.

"King.." Safira tatap lama wajah tampan milik King. Rambut itu sedikit kusut. Raut wajah King sedikit gusar. Mata Safira kemudian jatuh pada pillar bar necklace yang melilit batang leher King.

KBTS.

Empat huruf yang diukir secara melintang.

"Hm.." Mendengar panggilan Safira buat King senyum nipis , sekadar untuk membalas panggilan Safira.

"Apa yang jadi malam tadi.."

"Tak sepatutnya jadi." King cuma angguk. Tangan Safira yang masih dalam genggamannya diusap lembut.

"Again," King tenung dalam dalam wajah pucat Safira.

"Awak menyesal , Safira?" Lembut. Safira kelihatnya seperti teragak-agak. Entah kenapa ..

"Don't be scared of me darling. Be honest. Tell me what's on your mind."

"Macam mana saya nak faham kalau awak tak berterus terang? Awak tahu saya akan cuba faham awak , kan? You know exactly. Saya nak faham apa yang awak rasa , Fira.."

"So tell me... apa yang awak rasa sekarang." Lembut King memujuk.

"Saya tak akan menyesal dengan apa yang jadi kalau kita ada ikatan yang sah King." King diam. Tidak perlu ulas lebih lanjut , dia lebih dari faham apa yang disampaikan Safira.

"Saya kecewa dengan diri sendiri." King berkerut.

"Why..?"

"Saya tak pandai jaga diri , King." Zap! Kali ini bicara Safira buat King turut tersentak.

"Don't blame yourself , darling." Kekura tangan Safira yang masih digenggamnya digesel lembut dengan puncak hidungnya. 

"Saya yang salah , Fira. Bukan awak. I lost control. Saya yang mulakan semuanya.."

"Tapi kalau saya tak rela , awak tak akan sentuh saya , King." King terdiam.

"Saya yang salah , Fira.."

"Jangan salahkan diri awak , King."

King mengeluh. Sudah! Jadi siapa yang salah?

"Kita sama sama salah , Fira. Enough okay? Stop blaming yourself. Benda dah jadi , nasi dah jadi bubur. We can't turn back time , darling." Safira diam. Semudah itu?

Safira memandang King yang masih melutut di sisi katil tidak percaya. Ya , mungkin ada benarnya. Menangis air mata darah sekalipun tidak mampu mengembalikan apa yang hilang. Tiada gunanya dia menyesal. Tiada gunanya dia menangis. Dia sudah serahkan semuanya pada King secara suka rela. Tiada siapa yang perlu disalahkan melainkan diri sendiri.

Tapi.. bagaimana ke depannya?

"King.."

"Boleh tak kita lupakan apa yang jadi malam ni?" King diam. Sesaat King angguk sambil bibir melakar senyum.

"Sure."

"Saya menyesal , saya kecewa."

King mengeluh.

"Sayang , baru tadi awak minta kita lupakan apa yang jadi malam tadi." Safira terdiam. Ya , akal mahu melupakan. Tapi hati masih mengenangkan peristiwa yang berlaku beberapa jam lalu.

King diam. Sejujurnya dia bukan seorang yang penyabar , kalau saja di hadapannya ini bukan Safira. King yakin , mulutnya akan menuturkan bicara yang menyiat hati si pendengar. Mulutnya cukup berbisa.

"Saya minta maaf." King diam. See? Safira terlalu polos. Tidak pernah terlintas oleh King , gadis polos jauh lebih menarik.

King betulkan duduknya. Ya , dia sudah selamat bersila. Apa fikir tak lenguh kakinya melutut dari tadi?

"Don't be , Safira darling." Tangan Safira diusapnya. King panggung wajah memandang Safira. Tepat.

"Saya yang sepatutnya minta maaf pada awak."

Diam.

"Saya minta maaf , Safira." Ikhlas bunyinya. Safira diam. Cuma keningnya berkerut nipis.

King diam.

"Saya cakap , saya cintakan awak." King menunduk kejap.

"Tapi .. saya yang rosakkan awak." King pandang Safira lama. Safira diam. Bibir berusaha mengukir senyum nipis.

"I'm sorry. I'm not the good one." Sambung King.

"But I really mean my words , I love you Safira.." Safira senyum kecil. Biarlah apa yang jadi malam ini menjadi iktibar pada mereka.

"Saya tahu."

"Kita sama sama salah , King."

"Ya.." King senyum nipis.

"Everybody makes mistakes , darling. Macam tu juga dengan kita." Safira angguk. Mungkin benar apa yang dikatakan King.

"King.."

"Hm..?" Safira tenung lama wajah tampan King.

"Awak .. tak akan tinggalkan saya , kan?" Wajah King direnung penuh berharap. King senyum manis.

"Never once , my darling." Kekura halus itu dicium lembut.

"Saya takut." Safira meluahkan rasa hatinya. King diam. Kening tebalnya berkerut nipis.

"Awak takut? Awak takut saya tinggalkan awak?" King menduga. Laju Safira angguk. Mengiyakan. Wajah manis itu juga berubah gusar. Mungkin sedang membayangkan bila King meninggalkannya.

Berbeza dengan King. Wajah gusar Safira buat King simpan senyum. Comel , itu yang dirasakan King. Jelas menunjukkan yang Safira takut kehilangannya.

Damn .. this girl!

King merenung Safira tidak percaya. Bibir simpan senyum.

"After what we have done? After what you have gave to me?" Safira diam.

"Oh darling , that question shouldn't exist." King senyum. Wajah Safira ditatap lama.

"I won't, Safira." King tabur janji.

"You're mine after all."

"Fully mine. To keep." King koyak senyum manis.

Bibir Safira melakar senyum. Namun cuma sesaat , senyuman pada bibirnya memudar.

"Saya takut. I gave you everything, King." King cuma diam. Hanya mata yang tidak lepas menatap wajah gusar Safira.

"I know , Safira. Same goes to me. I gave you everything."

"Hah?" King ketawa kecil melihat wajah blur Safira.

"That was my first experience." Mata Safira membulat.

"Tipu!"

"What? I'm not darling. I'm telling you the truth. Kenapa awak tak percaya pula?" King lepas tawa halus. Safira diam. Bibir bawahnya digigit perlahan.

"I thought.."

"Nope. That was my first." Potong King. King senyum lagi.

"And I love to share my first experience with you."

Dua minit mereka ditemani sunyi. Safira melayan perasaan , King pula galak merenung segenap wajah manis milik Safira.

"Safira .."

"I promise you , this won't happen next time." Ujar King bersungguh sungguh. Ya. Dia yakin. Cukup lah sekali dia melihat mata itu bengkak selepas apa yang berlaku di antara mereka.
Cukup lah peristiwa malam ini menjadi sejarah hitam di antara mereka. Cukuplah hanya sekali dia merosakkan Safira , gadis yang cukup mengambil tempat dalam hatinya.

Selepas ini , King akan kembali berpegang teguh pada prinsip hidupnya , menjaga dan menyimpan hak miliknya.

Tapi .. apa King mampu?

Continue Reading

You'll Also Like

852K 34.5K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
230K 12K 57
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
566K 23.8K 75
[my first mafia malay story, hehe] Jasmine Nazia Caden Gilbert One of the purest love story I've ever written. Siapa sangka kan, yang seorang dokt...
3.1M 281K 91
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...