His Eternal Love

By irenicmia

5.5M 300K 77K

[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shoppin... More

โ‚Šโโœโ›“โ‹ฎI N A R A โŒ’โŒ’
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Epilog
irenics
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3
Special Chapter 4

Bab 22

74.6K 4.6K 165
By irenicmia

ZAYN melangkah masuk ke dalam pejabat Adrian sebaik sahaja dia dipanggil masuk. Di tangannya terdapat beberapa buah dokumen dan kertas-kertas penting.

"Ada apa-apa masalah ke, Zayn?" Tumpuannya mula dialihkan ke arah Zayn yang berdiri di hadapan.

"Tak ada benda serius cuma saya rasa something fishy.." Kata Zayn serius.

Adrian mengangkat sebelah keningnya ke arah Zayn dengan perasaan yang ingin tahu.

Black yang turut berada di kerusi berhadapan dengan Adrian itu menumpukan perhatian kepada penerangan Zayn.

"Nombor yang bos suruh saya trace tu lokasi terakhirnya ialah di Kafe Encik Shah. Mungkin kebetulan tapi pada pandangan saya, bukan kebetulan semata-mata sebab lokasi terakhir nombor tu sama dengan lokasi terakhir Cik Inara." Terang Zayn panjang lebar.

"A stalker?"  Adrian bertanya sekadar ingin memastikan tekaannya.

" Exactly! Saya syak seseorang cuma buat masa sekarang biar saya siasat sepenuhnya dulu."

Adrian menganggukkan kepala lalu tumpuannya kembali teralih kepada kertas kerja yang berselerak di atas meja.

"Ah Zayn, bagitahu Firdaus untuk maklumkan semuanya kepada saya tanpa ada tercicir satu maklumat pun."

Zayn mengangguk lalu badan ditundukkan sedikit sebelum dia mula melangkah keluar.

"You know you can trust me, Adrian." ujar Black sebelum melangkah keluar dari pejabat Adrian.

Adrian sudah mula tidak senang duduk. Tali leher yang menjerut lehernya itu dilonggarkan kemudian dia terus menyandarkan tubuh pada kerusi pejabatnya. Sebuah keluhan terlepas daripada mulutnya.

Stalker?

Sudahlah sudah 2 minggu dia tidak berjumpa dengan Inara. Hal ini kerana dia amatlah sibuk dengan projek-projek besar kebelakangan ini. Nasib baik dia sudah meminta Firdaus untuk memaklumkan segala perkara yang terjadi kepada Inara. Jadi, tidaklah dia berasa susah hati. Ya, Firdaus merupakan personal informer nya..

Ah dia perlu segera mengikat Inara.




USAI mengenakan dress berwarna nude di tubuh, Inara menilik tubuh dan wajahnya di cermin dengan senyuman. Macam biasa, tak perlu diberitahu pun dia sudah tahu bahawa dia sememangnya cantik.

Mata Inara jatuh pula pada selendang yang tergantung di pintu almarinya.

Teringat pula perbualan antara dirinya dan Adrian beberapa hari lepas.

"Dah tu you nak cakap I tak cantik ke?"

"You cantik. Tapi lebih cantik kalau you berhijab." Inara mencebikkan bibir tatkala Adrian bersuara sedemikian.

Faham bahawa Adrian mahu dirinya berubah secara perlahan-lahan.

"It's okay. Just take a baby step. I tak akan paksa you berubah." Adrian tersenyum kecil.

Lagipula, dia bukanlah siapa-siapa. Sedangkan Tan Sri Irshad, bapa kepada Inara juga tidak memaksa anaknya untuk berhijab, inikan pula dia yang hanyalah sebatas tunang kepada gadis itu.

"No. Tapi you memang nak I pakai tudung, kan?"

"I don't mind, love. Kita slow slow berubah. I pun ada banyak benda yang perlu dibaiki." Mahu cakap lebih-lebih, dia masih bukan sesiapa. Dia hanyalah seorang tunang. Bukannya suami.

Inara tersenyum kecil. Dia mahu berubah. Siapa sahaja yang tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik?

Tetapi dia takut akan pandangan orang terhadapnya. Dia takut akan tafsiran yang akan dilemparkan terhadapnya.

Dan dia juga takut jika dirinya tidak mampu untuk istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara yang membawanya ke arah kebaikan.

Tipulah jika Adrian langsung tidak menegurnya. Perangai nakalnya, tidak semenggah dan tidak malunya itu. Sudah banyak kali Adrian menegurnya, namun itu tidak bermaksud Adrian tidak suka akan kelakuannya.

"Inara! Adrian dah sampai tu." Suara Puan Sri Frida kedengaran menyentakkan lamunan Inara Mikaeyla.

"Coming!" Sepantas kilat, tas tangan berjenama mahalnya itu dicapai lalu tombol pintu bilik dipulas olehnya. Seketika, langkah Inara terhenti.

Matanya terarah pada sehelai selendang yang tergantung di almari pakaiannya.

Sorry, Adrian.. Tapi I tak bersedia.





MATANYA Inara melilau ke arah sekeliling mencari kelibat Adrian. Mereka kini berada di sebuah hotel bagi menyempurnakan majlis pelancaran projek kerjasama antara Quoré Holding dan Flaveur Corp.

Flaveur Corp ; Sebuah syarikat yang amat terkenal, kini berada di bawah naungan Harris Ukasyah.

Inara mencebikkan bibir tatkala Adrian terus meninggalkannya untuk berbual dengan Harris. Sudahlah dia tiada kawan disini, lepastu boleh pula Adrian tinggalkannya sendirian.

Tidak menunggu lama, kakinya diatur ke arah tandas. Dia menilik wajahnya di cermin.

Adrian tidak puji dia cantik pun harini..

Huwaa.

Tidak semena-mena bahu Inara terhinjut-hinjut. Air mata yang ditahan daripada tadi akhirnya keluar jua.

"Sampai hati.." gumam Inara.

"Eh cik? Kenapa nangis ni?" tanya seorang wanita yang Inara sendiri tidak kenal. Inara terus memandang ke arah wanita tua itu kemudian sekujur tubuh dihadapannya itu ditilik dari bawah hingga ke atas.

Nampak dari gaya, macam pekerja hotel.

"Boyfriend I tak puji I cantik.." jawab Inara tersedu-sedan.

"Tu je? Nah ni cik, buat lap air mata tu." Wanita itu kemudiannya menghulurkan sebuah sapu tangan kepada Inara.

Dengan teragak-agak Inara menyambut sapu tangan yang agak comot itu.

Hingusnya disapu pada sapu tangan tersebut kemudian dia hulurkan kembali kepada wanita tua itu. "Nah mak cik."

Inara menghulur kembali sapu tangan itu setelah puas menangis.

Mak cik itu memandang jengkel sapu tangan tersebut. Apa gila sangat budak ni lepas hembus hingus, boleh pula kau kasi aku balik?

"Sama-sama, cik.." Sapu tangan itu kini bertukar tangan. Pekerja hotel itu kemudiannya terus bergerak meninggalkan Inara di tandas.

Inara pula terus menilik dirinya di pantulan cermin di hadapan. Nasib baik maskaranya tidak luntur.

Langkah kakinya diatur ke arah dewan hotel kembali. Dia melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi yang terletak di sebuah meja buat yang mempunyai label 'Quoré Holdings'.

"Love, I cari you merata tadi." Suara kacak milik Adrian membuatkannya berpaling.

"I pergi tandas tadi."

"You menangis ke?" tanya Adrian apabila dia melihat puncak hidung Inara yang agak memerah itu.

Lantas itu, Adrian melabuhkan duduk di sebelah Inara.

"You're so stunning tonight sampaikan I lupa nak puji you."

"Alasan." Inara menjeling Adrian. Haih! Bilalah dia akan melangsungkan perkahwinan bersama Adrian.

Bercakap soal kahwin..

Irham dan Sarra telah selamat diijabkabulkan minggu lepas. Alhamdulillah! Bermacam-macam halangan yang ditempuh oleh mereka sejak bertunang, akhirnya mereka telah selamat bernikah.

Sekarang, tinggal giliran dia dan Adrian sahaja. Tapi.. Adrian tidak pernah menyuarakan hasrat untuk memperisterikan dirinya. Atau.. Adrian langsung tidak serius dengannya?

"Ehem! May I have your attention, please?" Suara Harris yang menggunakan mikrofon di atas pentas itu menggamit seluruh perhatian yang berada di dewan besar tersebut.

"Ariana." Mata Harris memandang tepat ke arah seorang gadis yang berada di salah sebuah meja. Dia menarik nafas sedalam-dalam mungkin sebelum meneruskan bicara.

"I always adore you. I always love how kind-hearted you are when you're surrounded by people and I always love the positive sides of you."

"I've been keeping an eye on you from a distance. I always miss you even if I don't say anything and I've always loved you in silence. Tonight, I'm standing in front of you to ask for yourself." Boleh kita lihat betapa gugupnya Harris saat ini.

"Will you be my wife, Ariana?" tanya Harris cukup jelas. Kini, seisi dewan yang dipenuhi dengan ahli korporat dan jutawan itu mula bertepuk tangan dengan gemuruh.

Harris kemudiannya berjalan ke arah meja yang terletak betul-betul di barisan hadapan itu dengan memegang sejambak bunga ros.

Jambangan bunga ros berwarna merah itu kemudiannya dihulurkan kepada gadis yang bernama Ariana membuatkan seisi dewan mula bersorak.

Ariana pula hanya terdiam. Dia hanya mengejung di tempatnya tanpa ada niat untuk mengambil huluran bunga ros tersebut.

Lantas itu, dia terus bangun daripada duduknya dan berlari meninggalkan Harris dan seisi dewan terpinga-pinga.

Kini, keadaan di dalam dewan itu berubah sunyi. Tiada lagi sorakkan dan tepukan gemuruh seperti tadi.

Harris pula hanya mematung di tempatnya. Adakah dia baru sahaja ditolak? Di hadapan orang ramai?!

"Kalau I melamar you macam tu, you terima atau tak?" bisik Adrian kepada Inara.

Inara menjuihkan bibir. "Jangan merepek boleh tak?"

Adrian tergelak kecil. Dia kemudiannya bangun daripada duduknya.

"Eh you nak buat apa?" Inara bersuara dengan nada perlahan tatkala melihat Adrian yang bangun daripada duduknya.

Harris yang berada di atas pentas itu kemudiannya terus berlari ke arah Adrian lalu jambangan bunga yang berada di dalam tangannya itu dhulurkan kepada Adrian.

Tidak lupa juga sebuah mikrofon.

"Adrian, you buat apa ni?" bisik Inara apabila Adrian sudah melutut dihadapannya.

"I'm not very adept at expressing my emotions and sentiments using words. But what I really want to say is that I'd like to marry you. I want you to be a part of my soul, my lover, and a mother to my children." Inara pula sudah menekup mulutnya dengan jemari runcingnya.

"Inara Mikaeyla, in the world and in the afterlife, will you be my wife?" lamar Adrian membuatkan seisi dewan kini mula menepuk tangan dengan gemuruh.

Inara mengejung di tempatnya. Terkejut dengan lamaran Adrian yang amat mengejut tersebut. Tanpa teragak-agak, Inara terus menganggukkan kepalanya tanda dia bersetuju.

"Wooooo!!" Seisi dewan kini dipenuhi dengan suara teriakan dan tepukan daripada para tetamu majlis tersebut.

Continue Reading

You'll Also Like

23.5K 2.8K 124
Dibuka untuk cuci mata sahaja.
83.1K 8.1K 43
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
33.4K 3.6K 30
+ terima kasih sebab jadi isteri saya. I love you until my last breathe. Ikuti kisah suami isteri iaitu Kim Taehyung dan Park Hana. > First Fanfic >...
1.1M 39.8K 57
๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ ๐Š๐ง๐จ๐ฐ๐ง ๐€๐ฌ ๐‡๐ข๐ฌ ๐๐ซ๐ž๐œ๐ข๐จ๐ฎ๐ฌ ๐–๐ข๐Ÿ๐ž ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐‡๐š๐Ÿ๐Ÿ๐š๐ณ ๐ƒ๐š๐ข๐ฒ๐š๐ง | ๐ƒ๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š...