BABY GIRL MR ICEBERG EDISI RA...

By CtNorLiana

176K 4.2K 494

🌼 BGMI EDISI RAYA ❀️ Random part : "Hmm, hubby..." "What?" "Puasa dah dekat. Lagi tiga hari je." Arya me... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 5
RANDOM TEASER #1
PROMOSI HARI MALAYSIA (EBOOK)

BAB 4

8.6K 774 32
By CtNorLiana

"LAMA lagi ke?"

Arya yang baru selesai menarik zip pada beg pakaian Aidan menoleh. Melihat seraut wajah Rayyan, bibirnya tersenyum. "Hubby..."

"Lagi 15 minit kita nak gerak dah. Kau tak siap pun lagi," ujar Rayyan mendatar. Tubuhnya disandarkan pada tepi pintu. Mata merenung tepat ke arah si isteri. Aidan sedang lena di atas katil.

"Dah siap kemas dah. Saya salin baju sekejap ya. Tunggu tau." Arya bingkas bangun daripada duduk di atas karpet berbulu itu. Pintu almari pakaian dibuka. Dia membelek-belek pakaian yang tergantung di dalam almari itu. Sehelai blouse berbunga halus dicapai bersama sehelai palazo. Kemudian, bergegas dia melangkah ke bilik air.

Rayyan yang masih berdiri di muka pintu itu hela nafas perlahan. Perlahan langkah diatur menuju ke arah di mana beg pakaian Aidan berada. Dicapai tangkai beg bersaiz sederhana itu lalu dia keluar semula dari biliknya.

Sebelum dia turun ke tingkat bawah, dia sempat menuju ke bilik seseorang. Daun pintu berwarna coklat gelap itu diketuk beberapa kali.

"Who?" Suara Daniel menjerit daripada dalam bilik.

"Hurry up! Lima minit kau tak turun, kau tinggal!" balas Rayyan dalam nada menjerit.

"Baik abang! Two minutes!"

Rayyan mendengus kecil. Tidak mahu menunggu, dia melangkah ke arah tangga. Anak tangga dipijak satu persatu sehingga tiba di tingkat bawah. Pintu utama dituju. Kasut kesayangannya yang berada di atas rak dicapai dan disarungkan ke kaki. Setelah itu, kereta miliknya yang sudah diparkir di halaman rumah dituju. Pintu bahagian penumpang belakang dibuka lalu diletakkan beg pakaian Aidan di tempat duduk.

Pin pin!

Bunyi nyaring hon itu membuat Rayyan tersentak. Tubuhnya ditegakkan. Dia memandang ke luar pagar. Melihat kereta yang berhenti di hadapan pagar rumahnya itu, terus dibuka kunci pada pagar automatik rumahnya itu. Kereta berwarna merah itu terus masuk ke dalam perkarangan rumahnya itu dan berhenti benar-benar di sebelah keretanya.

"Nak gerak dah ke?" soal Rafiq sebaik cermin kereta bahagian penumpang diturunkan.

"Tunggu anak bini aku, dengan Daniel," balas Rayyan. Tubuhnya disandarkan pada badan kereta. Sesekali dia kerling jam yang melilit pergelangan tangannya.

"Bini kau tahu tak kitorang nak ikut?" Isyraf yang duduk di bahagian pemandu menyoal.

Rayyan diam sejenak mendengar soalan yang diajukan. Oh, dia terlupa mahu bagitahu Arya tentang itu. Apa agaknya reaksi isterinya kalau tahu dua sahabatnya itu ikut mereka. Jadi rimau tak?

"Hubby!"

Segala yang bermain di fikiran Rayyan hilang apabila mendengar jeritan itu. Bebola matanya beralih daripada terus merenung kereta Rafiq. Kelihatan Arya dan Daniel sedang melangkah ke arahnya.

"Dah. Tak ada apa tinggal kan?" soal Arya sebaik dia tiba di sebelah suaminya.

"Eh, mana aku tahu. Kau yang kemas semua benda. Pastikan tak ada apa tinggal. Aku malas nak patah balik nanti," ujar Rayyan berbaur amaran.

"Rasanya tak ada kot. Jomlah gerak." Arya bergerak ke bahagian penumpang hadapan. Namun niatnya yang mahu masuk ke dalam kereta terbantut apabila sedar ada kereta lain di situ. "Hubby..."

Rayyan yang baru buka pintu kereta pandang ke arah Arya. Keningnya diangkat menggantikan soalan.

"Kenapa diorang ada?" soal Arya menunjuk ke arah kereta di sebelah suaminya itu.

Rayyan toleh sedikit. Kemudian dia pandang semula ke wajah Arya. "Diorang nak ikut sekali. Boleh?" soalnya terus.

Dahi Arya berkerut halus. "Ikut? Balik kampung saya?"

"Yes."

"Seriuslah? Kenapa nak ikut pula..." gumam Arya sambil garu keningnya. Pelik pula.

"Nak rasa suasana kampung. Biar jelah. Sekurangnya aku ada kawan nanti. Tak adalah krik krik je kat sana." Selamba Rayyan menjawab. Tidak menunggu balasan daripada Arya, dia terus masuk ke dalam perut kereta.

Sementara Arya masih lagi tercegat di tempatnya. Tidak lari matanya daripada memandang ke arah kereta berwarna merah itu.

"Arya, masuk! Nak gerak ni!"

Mendengar suara Rayyan, Arya hela nafasnya. Malas mahu memikirkan apa-apa, dia masuk ke dalam kereta.

"Dah? Ada apa-apa tinggal?" soal Rayyan menginginkan kepastian.

"Tak ada. Semua dah cukup," balas Arya. Tali pinggang keselamatan dipakai.

Rayyan angguk kecil. Melalui pantulan cermin pandang belakang, dia memandang Daniel. "Kau, ada apa-apa tinggal tak?" soalnya kepada si adik.

Daniel yang sedang melayan Aidan melihat kartun di telefon bimbit angkat wajah. "Abang tanya apa?"

"Ada barang tinggal? Kalau ada, pergi ambil. Aku malas nak patah balik nanti," jelas Rayyan.

Daniel diam sejenak. Beberapa saat kemudian, dia geleng kepala. "Semua cukup dah."

"Good. Boleh gerak?"

"Sure! Let's go! Balik kampung!" Arya menjerit teruja.

Tergeleng kepala Rayyan melihat telatah si isteri. Dia toleh ke kanan. Menggunakan bahasa isyarat, dia berbicara dengan Rafiq yang berada di dalam kereta di sebelah keretanya itu. Setelah itu, barulah keretanya dipandu keluar daripada perkarangan rumah agam itu.

"Hubby..."

Rayyan berdehem pendek menjawab panggilan daripada Arya. Pandangannya ditumpukan pada jalan raya.

"Hmm, saya lupa nak cakap. Rumah kampung saya tu ada dua bilik je tau."

Dahi Rayyan berkerut sedikit. Sekilas dia menoleh ke arah Arya. "Dua bilik?"

"Iyalah. Saya mana ada adik beradik lain. Jadi, dua bilik jelah. Satu bilik arwah parents saya, satu lagi bilik saya," jelas Arya.

Rayyan terangguk-angguk kecil. "Jadi, apa masalahnya dengan dua bilik?"

Arya mengiringkan sedikit tubuhnya menghadap Rayyan. "Jadi, Daniel kena kongsi bilik dengan Tuan Rafiq dan Isyraf lah. Kita tidur bilik arwah parents saya. Daniel bilik saya. Tapi, biliknya kecil. Kalau diorang tak nak kongsi bilik, tidur kat ruang tamu jelah. Bentang toto," jelasnya.

Rayyan diam sejenak. "Daniel..."

"Yes?" Daniel menyahut tanpa memandang ke arah abangnya.

"Kau dengar apa Arya cakap?" soal Rayyan. Dia memandang sesaat ke belakang.

"Apanya?" soal Daniel dengan wajah blur. Kali ini, barulah dia memandang wajah abangnya.

Rayyan mengeluh kecil. "Kat kampung Arya, kau kena kongsi bilik dengan King, dengan Raf. Boleh?"

"Kongsi bilik?"

"Ya. Rumah saya tu bilik tak banyak. Ada dua je. Awak kongsi dengan Tuan Rafiq dan Isyraf." Arya mencelah.

Daniel terangguk-angguk seperti burung belatuk. "Okaylah. Tak kisah pun."

Arya hela nafas lega. Mujur adik iparnya itu jenis tak banyak songeh.

Beberapa minit kereta itu bergerak di atas jalan raya, suasana di dalamnya mula sunyi. Rayyan fokus memandu. Daniel dan Aidan sedang leka di belakang. Bosan termenung, Arya pantas mengeluarkan telefon bimbitnya. Layan Facebook jelah mampu.

"Abang..."

Tumpuan Rayyan teralih sedikit apabila suara Daniel kedengaran. "Apa?" soalnya acuh tak acuh.

"Laparlah. Nak makan," ujar Daniel sambil menggosok perutnya dengan tapak tangan.

"Arya, ambilkan coklat dalam laci dashboard. Bagi kat Dan," arah Rayyan kepada isterinya. Dia sudah masak dengan perangai adiknya yang kuat makan itu. Jadi, apabila hendak berjalan jauh, dia akan sentiasa memastikan di dalam keretanya itu ada makanan. Coklat, roti, biskut atau apa-apa saja yang boleh dimakan.

Arya tidak membantah. Dia membuka laci dashboard. Seperti yang diarahkan, coklat diambil lalu dihulurkan kepada Daniel.

Daniel sengaja tidak menyambut. Bibirnya mencebik sedikit. "Abang..."

"Kenapa Dan? Aku kan tengah memandu ni. Nak apa-apa, minta kakak ipar kau," ujar Rayyan, geram.

"Singgah McD boleh tak? Teringin nak makan Chicken McDeluxe," pinta Daniel tanpa menghiraukan apa yang dikatakan oleh abangnya tadi.

"R&r jauh lagi dan. Kita baru mula berjalan. Selangor pun belum keluar lagi kau dah minta macam-macam," omel Rayyan. Kepalanya digeleng perlahan. Macam-macam perangai.

"Dan nak air milo." Lirih Daniel berkata.

"Tahanlah dulu. Aku malas nak berhenti mana-mana," balas Rayyan.

"Tapi..."

"Daniel Louise..."

Mendengar nama penuhnya disebut, tidak jadi Daniel ingin menyambung ayatnya. Tubuhnya disandarkan pada kerusi. Kedua tangannya disilangkan di dada bersama bibir yang sudah muncung itik.

"Awak makanlah coklat ni dulu. Boleh?" Arya yang menjadi pemerhati sejak tadi bersuara.

"Tak nak."

"Ambillah. Buat alas perut," ujar Arya, cuba memujuk.

Daniel buat tidak endah. Sengaja dia menolehkan kepalanya memandang ke luar tingkap.

"Daniel..."

"Dah Arya. Biar dia. Jangan layan sangat manja dia tu," ujar Rayyan. Coklat di tangan Arya dicapai lalu dimasukkan semula ke dalam laci dashboard.

Arya kaku sendiri dengan tindakan suaminya itu. Bibirnya diketap rapat. Wajah Rayyan dipandang. Kemudian dia toleh sedikit ke belakang untuk memandang Daniel. Muram saja wajah lelaki itu. Kasihan. Tapi... Entahlah. Bak kata Rayyan, biarkan. Jadi, biarkan saja.

****

DERINGAN panjang telefon bimbit membuatkan fokus Rayyan pada pemanduan sedikit terganggu. Dek kerana telefon bimbitnya berada di dalam poket seluar, terpaksalah dia berhenti seketika di bahu jalan.

"Hubby? Dah sampai ke?" Arya yang baru tersedar daripada tidur menyoal dengan suara yang serak-serak basah.

Rayyan toleh sesaat ke sebelah. "Belum. Aku nak jawab call sekejap," ujarnya lantas mengeluarkan telefon bimbitnya yang tidak henti berdering daripada tadi. Melihat nama yang tertera di skrin, dahinya berkerut. Tidak tunggu lama, simbol hijau disentuh. Dilekapkan telefon ke telinga.

"Hoi! Asal lambat nau nak angkat?" Suara seseorang menjerkah di hujung talian.

"Pehal?" Sepatah Rayyan menyoal. Sedikit pun tidak menghiraukan jerkahan daripada Rafiq itu.

"Wei, kereta aku rosak ni."

"Hah? Rosak? Kat mana?" Rayyan menoleh sedikit ke belakang. Jelas kelihatan di matanya kelibat sebuah kereta berwarna merah yang berhenti di bahu jalan, tidak jauh dari tempat keretanya berhenti.

"Tak hidup ni. Acaner?"

Rayyan mengeluh pendek. "Tunggu situ. Aku datang." Sejurus itu panggilan dimatikan. Telefon bimbitnya dicampak begitu saja di atas dashboard.

"Kenapa hubby?" soal Arya ingin tahu.

"Kereta Rafiq buat hal." Mendatar Rayyan menjawab. Perlahan keretanya diundur.

"Buat hal? Habis tu ni hubby nak pergi mana? Kenapa jalan secara undur ni?" Arya menyoal lagi.

"Pergi tolong mamat tulah," balas Rayyan. Releks saja dia memandu keretanya itu secara mengundur sehinggalah tiba berhampiran kereta milik Rafiq. Dia terus keluar daripada perut kereta. Enjin dibiarkan hidup memandangkan Daniel dan Aidan sedang tidur.

Melihat suaminya keluar, Arya turut keluar daripada perut kereta. Berlari anak dia mengejar Rayyan.

"Masalah apa?" soal Rayyan apabila tiba di sebelah Rafiq.

"Entah. Tiba-tiba je semput lepastu mati." Isyraf menjawab bagi pihak Rafiq.

"Dah tahu nak jalan jauh, check lah dulu keretanya sihat ke tak. Kan dah susah ni. Dahlah hari dah gelap ni," omel Rayyan.

"Manalah aku tahu. Selama ni aku lenjan jauh-jauh, okay je. Ni masalah. Nampak sangat kampung bini kau ni banyak malang. Belum apa-apa dah terkena bala," ujar Rafiq selamba.

Arya yang mendengar kata-kata itu membulatkan mata. "Eh, suka hati tuan je cakap gitu."

"Fakta."

Tajam mata Arya memandang Rafiq. Tidak puas hati.

"Habis tu macam mana ni?" soal Rayyan.

"Tunggu. Nanti ada orang datang check," ujar Rafiq.

Rayyan angguk kecil. Tubuhnya disandarkan pada badan kereta Rafiq. Mata memandang ke dada langit. Sudah gelap.

Hampir 15 minit menunggu, sebuah kereta jenis Proton Saga berhenti di belakang kereta Rafiq. Pintu bahagian penumpang hadapan terbuka lalu susuk tubuh seseorang melangkah keluar.

"Yo, kenapa?"

"Check menda ni. Time gini juga dia nak rosak," ujar Rafiq menunjuk ke arah keretanya.

Lelaki itu angguk kecil. Dia terus merapat ke arah kereta milik Rafiq. Bahagian enjin diperiksa terlebih dahulu dan diikuti bahagian yang lain. "Alternator problem ni. Tak apalah. Nanti aku suruh orang angkut pergi bengkel. Apa-apa aku bagitahu. Okay?"

"Yalah. Buatlah suka kau. Asalkan dia baik semula," ujar Rafiq.

"Habis tu kau nak naik apa lepas ni?" soal Rayyan tiba-tiba.

"Apa apanya? Naik kaulah." Selamba Rafiq menjawab. Dia bergerak ke bahagian tempat duduk penumpang belakang. Pintu dibuka lalu beg berisi barangannya diangkat keluar.

Rayyan yang melihat sudah tayang wajah tidak puas hati. Jika Rafiq dan Isyraf naik keretanya... Penuhlah keretanya nanti.

"Nah, kunci. Apa-apa nanti bagitahulah. Cau." Sejurus berkata sebegitu, Rafiq terus berlalu pergi. Isyraf mengikutnya daripada belakang.

Sementara Rayyan masih berdiri di tempatnya. Habislah... Bala sungguh.

"Seriuslah hubby diorang naik kereta kita?" Arya yang berdiri di sebelah Rayyan menyoal.

Rayyan pandang wajah isterinya. Satu keluhan berat dilepaskan. Kemudian, dia pandang pula ke arah lelaki yang berdiri di sebelah kereta Rafiq itu. Riak wajahnya berubah sedikit apabila sedar mata lelaki itu asyik merenung ke arah isterinya. Siap tersenyum lagi. Membuat darahnya menggelegak panas.

"Ray!"

Jeritan garau itu membuat Rayyan tersentak. Kepalanya menoleh sedikit.

"Kau buat apa lagi kat sana? Anak kau menangis ni!" jerit Isyraf dengan kepala yang menjengul keluar dari tingkap kereta.

Mendengar kata-kata Isyraf, Rayyan pandang ke arah Arya. "Pergi masuk kereta," arahnya.

"Hubby?"

"Pergi dulu." Mendatar Rayyan menjawab.

Arya angguk kecil menerima arahan si suami. Tidak banyak bunyi, dia terus melangkah meninggalkan suaminya sendirian.

Rayyan hanya melihat susuk tubuh isterinya pergi. Sebaik wanita itu masuk ke dalam kereta, dia memalingkan semula kepalanya. Lelaki yang asyik merenung ke arah isterinya sejak tadi dipandang tajam. "Pehal kau pandang bini aku macam tu?" soalnya dingin.

Menerima soalan daripada Rayyan, lelaki itu tersentak. Pandangannya terus dialih. Dia berdehem kecil. "Tak ada apa."

Terjongket kening Rayyan mendengar jawapan lelaki itu. Sungguh tidak memuaskan hatinya. Dia melangkah beberapa tapak menghampiri lelaki itu. "Kau ada hati kat bini aku?" Tajam anak matanya merenung wajah lelaki di hadapannya itu.

"Tak. Tak ada. Sumpah." Kelam-kabut lelaki itu menjawab.

Rayyan tergelak sinis. Kolar baju lelaki itu dicengkam. "Kau jangan nak buat hal dengan aku. Kalau tak, nyawa kau melayang. Faham?"

Lelaki itu memberanikan diri untuk memandang ke wajah Rayyan. Melihat anak mata biru kristal itu tajam merenung wajahnya, laju kepalanya mengangguk.

"Good. Just do your work, dude. Adios." Cengkaman dilepaskan. Bahu lelaki itu ditepuk beberapa kali sebelum dia berpaling dan berlalu pergi. Nafas dihela panjang. Jika diikutkan hatinya, kat situ juga lelaki itu akan menjadi arwah. Mujur dia masih dapat mengawal diri.

----
2129 words
[20/04/2021]

Assalamualaikum. New chapter. Maaf sebab lambat update. Bulan puasa ni agak busy. Nak menaip pun susah. Maaf sangat² ya. Maaf juga tak best. Otak lemau 😌🤣

Selamat membaca dan salam 8 ramadan. 🌼

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 3.4K 11
"Mama, adik nak tidur rumah tok boleh?" tanyaku kepada mama. "Boleh. Jaga diri elok2. Esok mama amik" balas mama kepadaku. "Okay mama" jawabku gembir...
55.5K 3.3K 45
𝟷𝚜𝚝 πš„π™½π™³π™΄πš 𝙱𝙴𝙻𝙻𝙴 πš‚π™΄πšπ™Έπ™΄πš‚ κ•₯ π™°π™Όπ™°πšˆπ™° π™΄π™³π™»πšˆπ™½ 100% my brain. Amaya Edlyn- gadis comel dan cantik. Merupakan seorang pelajar di un...
35.9K 1K 28
Mengisahkan tentang Becky seorang CEO yang bengis,garang,dingin dan menakutkan bagi para pekerjanya tapi apabila bersama isterinya ia akan menjadi ma...
6.8K 27 4
cerita khas untuk pengemar ustazah melayu