METANOIA [C]

Da yuyun309

26K 2.5K 108

Kisah seorang gadis malang yang hidup dalam penuh penderitaan, kesakitan dan kekosongan. Tanpa kasih sayang... Altro

Chapter 1
Chapter 2 - Scarlet
Chapter 3 - Like father, like daughter
Chapter 4
Chapter 5 - The color of Scarlet
Chapter 6 - Darkness
Chapter 7 - Stranger's place
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10 - Scarlet and Magic
Chapter 11
Their Styles
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31: It's a 'GoodBye'
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Extra - Lillian Maigness
Extra - Lillian Maigness (2)
Extra - Scarlet

Extra - Yulia Astra

425 47 4
Da yuyun309

Ditengah-tengah keramaian kota Astela, ibu negara bagi Sevalon, sebuah festival telah diadakan. Hampir kesemua penduduk merayakan malam yang meriah dan bising itu.

Tak kira usia, dari muda sehingga tua, mereka bersenang-senang bagaikan sudah lupa hari esok.

Tak jauh dari keramaian itu, dicelah-celah lorong antara dua bangunan, seorang wanita sedang menuntun seorang lelaki tua yang tak boleh berjalan lurus. Badannya penuh dengan bau minuman keras.

"Saya.. hik.. Masih nak minum.." Kata lelaki itu dengan badannya yang tak boleh duduk diam.

"Abang masih nak minum? Kalau macam tu.. Bagi saya semua duit abang.. Boleh saya belikan.." Wanita itu mula menggunakan wajah cantiknya. Tak lupa juga untuk menggoyang-goyangkan badannya untuk menggoda lelaki tua itu.

"…… AMBIK SEMUA!"

Tanpa berfikir panjang, satu kantung duit miliknya terus diberikan.

"Hehehe.." Wanita itu mengambilnya dan meninggalkan lelaki tua yang sudah tak tertidur diatas tanah kotor.

"Banyak ni je?" Wanita itu mengeluh melihat isi kantung itu. Hanya beberapa duit gangsa yang dia jumpa.

"Cih.. Baju dah cantik tapi takde duit langsung."

Dia berjalan sambil merungut.

BAM

"Ow.." Disebabkan matanya sibuk memandang bawah, dia melanggar seseorang.

"Hei.. Tengok lah jalan.." Wanita itu terdiam melihat lelaki yang dilanggarnya.

Rambut coklat panjangnya diikat. Dan matanya memandang wanita itu.

"Cik Yulia?" Tanya lelaki itu.

"!

Ah, maaf. Rasanya awak salah orang." Jawap wanita itu dengan muka tak bersalah.

"Rambut merah jambu, mata biru. Awak memang Yulia."

"A-ah.. Ya, saya Yulia.. Maaf, saya salah dengar tadi. Haha." Yulia menggaru kepalanya.

"Ikut saya ke ketua kampung."

"!"

'Ketua kampung? Tak boleh macam ni..'

"Um.. Abang.. Saya rasa kita.. Ada salah faham sikit.." Yulia menunjukkan badannya kepada lelaki itu.

"Godaan kau takkan berkesan untuk aku."

"! Ah.. Um.

APA TU?"

"?"

"Lari.." Yulia pun berlari meninggalkan tempat itu.

"…… hah.." Lelaki itu mengeluh kerana tertipu dengan helah tadi.
____________

Yulia mengembungkan pipinya kesal. Sekarang, dia sedang duduk dikerusi dihadapan salah satu ketua kampung di Astela.

Dia tak menyangka dengan senangnya dia boleh ditangkap oleh lelaki tadi.

"Dari mana dia muncul tadi??" Fikir Yulia.

"Saya Davean Astra, Hero Rank B dari Villon." Lelaki yang menangkap Yulia tadi mengenalkan dirinya kepada ketua kampung.

"Saya dah tangkap Cik Yulia, yang sudah dapat banyak aduan dari penduduk Astela." Sambung Davean.

"Eh?? Aduan apa? Saya tak buat apa-apa benda buruk pun!" Yulia pula bersuara.

"Cik Yulia. Saya dah terima banyak aduan yang awak mencuri duit dari lelaki-lelaki waktu mereka mabuk." Kata ketua kampung.

"S-saya tak curi.. Saya.. Minta kat duit kat diorang. Dan diorang pun bagi saya.. Tak salah kan?"

"Ah. Tu.." Ketua kampung tak dapat melawan. Tak disangka oleh Yulia, Davean juga bagaikan setuju dengan pernyataannya.

"Ehem.. Memandangkan Cik Yulia tak bersalah.. Cik Yulia boleh dilepaskan."

"Hmph.." Yulia bangun sambil membuat muka merajuk.

Davean menunduk meminta maaf kepada ketua kampung dan mengikuti Yulia keluar.

"……"

"……"

"Berapa lama kau nak ikut aku?" Tanya Yulia.

"…… kau.. Ada tempat tinggal ke?"

"?.. Kenapa kau nak tahu?"

"Kau tu perempuan.. Bahaya duduk kat tempat sini berseorangan."

"Kau tak perlu risau pasal aku.. Aku boleh hidup sendiri."

"Dengan menggoda lelaki tua?"

"Ugh.." Hati Yulia rasa tergores. Davean mengeluh panjang melihat Yulia.

"Apa kata kau ikut aku?"

"H-hah? I-ikut kau.. Apa yang.."

"Jangan fikir bukan-bukan. Aku ada restoran sendiri dan aku nak bagi kau kerja. Sekurang-kurangnya kau boleh dapat duit dengan cara bersih, bukan?"

"……"
____________

"Ini rumah penginapan milik aku." Davean menunjukkan rumah papan tiga tingkat yang agak lebih besar dari rumah-rumah lain.

Yulia hanya memandang rumah itu dengan mata kosong.

"Macam mana kita boleh sampai dari Astela ke Villon dalam masa sehari? Bukan ke patutnya ambil masa sekurang-kurangnya 3 hari?"

"Aku guna kuasa aku. Teleport."

"Oh.."

"Jom masuk."

Davean membuka pintu diikuti Yulia dibelakangnya. Mereka berdua berjalan mendekati kaunter dimana seorang lelaki tua sedang berjaga.

"Ayah." Panggil Davean.

"Ah, Dave. Sampai dah?"

"Ya."

"? Siapa gadis cantik tu? Kekasih kau ke?"

"Tak mungkin." Jawap mereka berdua serentak.

"Hahaha. Maaf, maaf. Pakcik gurau je.. Tapi kalau betul, lagi bagus."

"Saya bawa dia kesini untuk bagi dia kerja je.. Kita kurang kakitangan kan?"

"Eh? Kita kurang ke? Tapi, kita tak banyak pelan-."

"Kita kurang.." Davean menyampuk sebelum ayahnya sempat menghabiskan ayat.

"?" Yulia hanya memandang mereka keliru.

Akhirnya, Yulia pun bekerja direstoran Davean sebagai pelayan. Dia juga tak menyangka yang Davean rupanya sangat mahir dalam memasak.

'Memang suami idaman.' Fikir Yulia. Dia menampar dirinya.

Selama Yulia bekerja bersama Davean, pelanggan semakin bertambah setiap hari. Sangat menguntungkan keluarga Astra itu.
____________

Satu tahun berlalu. Restoran di Astra's Inn, nama yang diberikan oleh Yulia, menjadi kosong dan suram.

Davean duduk disalah satu kerusi direstorannya, memandang lantai dengan mata yang sudah merah akibat air mata.

Yulia yang melihat Davean sedih setelah kehilangan ayahnya, menjadi keliru, tak tahu apa yang harus dikatakan untuk menghiburkan Davean.

Yulia juga sedih. Kerana ayah Davean sudah menganggapnya sebagai anak sendiri.

Yulia mendekati Davean dan memeluknya, meletakkan wajah Davean didadanya.

Davean terkejut dengan perbuatan Yulia, namun dia memerlukan satu tangan untuk memegangnya. Tangannya memeluk pinggang Yulia dengan erat.

Hening.

Mereka berdua tak berkata apa-apa. Hanya saling berpelukan.
_____________

"Kau nak kawin dengan aku tak?"

Crash

Yulia menjatuhkan pinggan yang baru dilapnya.

"A-APA MAKSUD KAU? J-JANGAN GURAU LAH!"

Wajah Yulia memerah. Bahkan sehingga ketelinganya.

"Kau nampak aku tengah gurau ke?"

Wajah Davean serius. Namun terdapat sedikit rona merah diwajahnya.

"Uh.." Yulia menggigit bibirnya.

Yulia sedar. Dirinya sudah jatuh cinta kepada Davean. Tapi sejak bila? Dia pun tak tahu.

"Jadi?"

"K-kau yakin dengan aku?"

"Aku yakin."

Continua a leggere

Ti piacerà anche

141K 22.1K 141
[Sila baca book 1 (season 1 & 2) dahulu. Ini adalah book 2 (season 3) sambungan karya itu.] Setelah 3 tahun Irene menghilang dari Verish, dia akhirn...
49.1K 4.1K 37
Perkara yang tidak dijangka telah berlaku pada kerajaan Alveon.Majlis ulang tahun kelahiran para puteri musnah sekelip mata apabila kerajaan tersebut...
418K 64.2K 200
(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan...
140K 15.6K 122
Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham...