His Eternal Love

By irenicmia

5.5M 300K 77K

[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shoppin... More

โ‚Šโโœโ›“โ‹ฎI N A R A โŒ’โŒ’
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Epilog
irenics
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3
Special Chapter 4

Bab 16

79.9K 5.1K 546
By irenicmia

INARA dan dua orang rakan setianya, Sarra dan Firdaus akhirnya sampai ke lokasi yang dituju. Seperti biasa, mall besar itu diterokai oleh mereka. Setiap butik terkenal dan mahal dimasuki oleh mereka dan sudah tentu, setiap tangan mereka menggengam tali daripada beg-beg kertas butik berjenama.

"Eh nyah nyah nyah...Kau tengok tu! Tu bukan tunang kau ke?" Firdaus yang berada diantara Sarra dan Inara menepuk-nepuk bahu rakannya.

Jari telunjuk Firdaus dihalakan ke arah Irham dan seorang perempuan yang cantik bertudung sedang memasuki kedai barangan bayi.

Nampak sahaja kelibat Irham, terus Sarra mengeluarkan telefon bimbitnya lalu nombor tunangnya didail.

"Kat mana?"

Dan kelibat Irham kelihatan di luar kedai bayi tersebut. Seakan menjawab panggilan daripada tunangnya secara bersembunyi daripada kekasih gelap.

Terus sahaja Sarra melangkah ke arah kedai barangan bayi tanpa sempat dihalang oleh Inara dan Firdaus.

"Daus! Kenapa kau bagitahu?!" Inara tidak berpuas hati lalu bahu firdaus dipukul olehnya.

"Manalah aku tahu nok! Sakitlah!" Kaki Inara dipijak oleh Firdaus. Rasakan!

"Nok nok! Aku tumbuk karang!" Baru sahaja Inara mahu melangkah, namun Firdaus sempat menyekat langkahnya.

"Nyah! Tunggu lah dulu. Kita ada benda kena settlekan nanti.." Kata Firdaus sambil mata galak melihat Irham dan Sarra yang sedang melangkah keluar dari mall tersebut dalam keadaan yang agak tidak baik.

Kiranya, perempuan yang bersama dengan Irham sebentar tadi masih tidak tahu bahawa Irham sudah tiada disitu..

Pandangan Firdaus ke dalam kedai barangan bayi membuatkan Inara tersenyum herot. Tahu sangat apa yang Fiffy fikirkan.

Dan disitulah bermulanya Diva I&F bermula.

"Opps sorry sengaja.." Fidaus menutup mulutnya tanda terkejut sambil kaki kanannya diangkat separas punggung manakala lehernya dibengkokkan 90 darjah ke arah kiri.

"Are you blind?" Wanita yang dilanggar oleh Firdaus secara sengaja itu sudah mula naik angin. Kalau dia terlanggar biasa tidak apa, Ini rasanya memang sengaja!

"Erm..No but yes? hoho..." Sekali lagi Firdaus menutup mulutnya.

Barangan yang berterabur di atas lantai akibat daripada perlanggaran yang disengajakan oleh Firdaus tadi dikutip oleh Inara. Tidak kisah kalau perampas itu pakai tudung sekalipun, tetap perampas kan?

Jari runcingnya pantas mengambil kad kredit yang terkeluar daripada beg tangan milik wanita tadi. Sempat dia mengerling nama yang tertera pada kad bisnes milik perempuan tersebu.

Amy Amanda.

Inara tersenyum penuh makna lalu menghulurkan beg tangan tersebut. Nama ini lah yang disebut oleh Irham ketika dia bergaduh dengan daddy.. Lagi senang kerja dia mahu mengorek rahsia Irham.

Tanpa menunggu lama, Amy terus meninggalkan Inara dan Firdaus. Tidak betah mahu berlama-lamaan dengan pondan.

Bahu Firdaus dilanggar oleh Amy dengan kuat.

"Sakitlah bodo!" Keluar suara jantan tulen milik Firdaus. Bahunya yang dilanggar digosok-gosok.

"Dapat tak?"

Inara menayangkan satu kad kredit dihadapan muka Firdaus dengan senyuman kemenangan.

Apa lagi? Shopping lah!

"Nyah, kau rasa Sarra dah balik dengan abang kau ke?"

"Ye la kot..Jom lah kita nak singgah rumah anak yatim pula ni."  Kata Inara sambil menayangkan beg-beg plastik yang dipegang olehnya. Barang-barang dan pakaian-pakaian yang dibeli oleh mereka berdua menggunakan kad kredit Amy.

Sekurang-kurangnya dapat lah juga pahala daripada jadi pemusnah rumahtangga, tak begitu?

Niat tidak menghalalkan cara.




TERCUNGAP-CUNGAP Adrian mencari nafas selepas sahaja habis menumbuk boxing bag dihadapannya. Black yang juga turut berada di sebelahnya dikerling.

Tidak semena-mena sebuah tawa kecil terletus keluar daripada bibir Black. Adrian juga turut menghamburkan tawa.

"Pasal perempuan?" tanya Black apabila melihat wajah Adrian yang seakan bingung dengan perasaan sendiri.

"Yes," jawab Adrian kemudian tangannya yang masih memakai sarung tangan tinju itu mula menumbuk kuat boxing bag dihadapannya.

Saat itu, wajah Inara terpampang di kotak mindanya. Dia mahukan Inara, namun dia tidak mahu terburu-buru.

"Kau?" tanya Adrian pula. Dia berhenti sejenak, kemudian dia memandang Black yang sedang menumbuk boxing bag tersebut.

Memang ini apa yang selalu dilakukan oleh mereka. Jika Black tertekan, lelaki itu akan mengajaknya ke gym persendirian ini.

Dan jika dia tertekan, dia yang akan mengajak Black.

Black pula hanya membiarkan soalan Adrian berlalu bagaikan angin. Tidak mahu menjawab. Bukan tidak selesa, namun dia memang sejenis yang tidak akan membuka apa-apa perihal dirinya.

Tambahan lagi, apa yang menjadi bebanan otaknya sekarang adalah kisah lampaunya.

Wanita itu.

Wanita itu yang menjadi bebanannya. Setiap masa, fikirannya menerawang kepada wanita itu.

"Shoot your shot, bro." Selepas menuturkan ayat tersebut, Black terus melangkah keluar daripada kawasan gym tersebut membuatkan Adrian terpinga-pinga.

Adakah.. Black baru sahaja memberikannya nasihat tentang cinta?

Lama Adrian mendiamkan diri sebelum dia kembali ke lokar dan telefonnya diambil. Log panggilan dibuka lalu nombor telefon Inara didail olehnya.

"Hai..."  Tidak sampai beberapa saat panggilan disambungkan, terus sahaja Inara bersuara.

Tak malu sungguh perempuan ni..

"Assalamualaikum." Suara Adrian yang garau dan agak seksi disebabkan senaman itu membuatkan Inara terdiam.

Pergh sentap makan dalam. Rasa macam kena sindir..

Inara pula sudah tergedik-gedik apabila mendengar suara sexy milik Adrian. Sindir tak sindir, apa yang menjadi perhatiannya sekarang ialah suara seksi milik Adrian itu!

"Waalaikumussalam encik sayang. Kenapa call?"  Sengaja buat tidak berminat padahal dari tadi lagi dia menunggu panggilan daripada Adrian.

"Bukan you suka ke kalau I call you? You kan suka I?"

Inara menggigit jarinya. Kenapa tiba-tiba Adrian jadi cakap banyak ni? Selama ni kerek nak mampus! Bercakap pun jarang bagaikan ada emas sahaja di dalam mulutnya.

"Haa memang lah suka. Siapa cakap I tak suka.." Dengan tidak malunya Inara menjawab. Buat apa nak cover lagi? Lagipun dia sudah meluahkan perasaannya dia tempat parkir haritu.

Adrian ketawa kecil. Inara mengetap bibirnya menahan senyum. Gelak pun seksi!

"Are you free tommorow? Cause I ingat nak jumpa you.."

"Yes! Yes! Ofcourse! Always free. Anytime and anywhere." Bersungguh suara Inara.

"Kalau macamtu kita jumpa time lunch. I'll pick you up at your office.."

Inara mencebik. Baru sahaja dia rancang tidak mahu masuk pejabat esok. Nampaknya, terpaksalah dia gagahkan diri jua demi Adrian.

"Alright! See you. Goodnight.."

Selepas berkata sebegitu, Inara menepuk mulutnya yang derhaka. Kenapa awal sangat goodnight kau? Kan dah tak boleh nak call lama-lama!

"You mengantuk dah ke?"

"Tak! Eh haah mengantuk.." Sekali lagi mulutnya ditepuk. Kenapa derhaka sangat ni?!

Jawapan Inara membuatkan Adrian menganggukkan kepala. Lagipun sudah lewat.
"Alright. Goodnight."

Adrian tersenyum memandang skrin telefonnya yang sudah tertutup. Baru sahaja habis berbual dengan Inara. Esok mereka akan makan tengah hari bersama-sama.

Sejak pertama kali bertembung mata dengan Mikaeyla di restoran, hati Adrian sudah terpaut.

Pertemuan yang kedua pula tidak dijangka mereka berdua akan bertemu kembali. Namun kali ini Mikaeyla memperkenalkan diri sebagai Inara. Siapa sangka gadis yang selama ini dicari oleh Adrian ialah gadis cantik yang terkejar-kejarkan dia?

Selepas bertemu dengan Mikaeyla, perempuan yang diidamkan olehnya sejak dari beberapa bulan yang lepas.. Dia merancang ingin mengenali Mikaeyla dengan lebih dekat.

Siapa tahu setelah beberapa kali dia pergi ke Salon tersebut akhirnya dia dapat tahu bahawa Inara dan Mikaeyla ialah orang yang sama.

Entah kenapa dia jadi bodoh tidak dapat mengecam wajah Inara sedangkan selama ini, Inara sering menganggunya. Tapi boleh jadi juga kerana Mikaeyla yang dijumpainya haritu memakai kaca mata..

Rupa-rupanya, perempuan yang selama ini dicari oleh Adrian ialah Inara.

Mimpi indah lah kau Adrian hari ini!

Continue Reading

You'll Also Like

1.1K 168 18
Bila 7 otak sel bergabung, bermulalah kisah kanak-kanak ribena. เน‘เผถ----Amitiรฉ โ†’ Persahabatan ----เผถเน‘ Tahun pertama di Private school tidak mudah sepert...
86.9K 8.4K 44
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
33.4K 3.6K 30
+ terima kasih sebab jadi isteri saya. I love you until my last breathe. Ikuti kisah suami isteri iaitu Kim Taehyung dan Park Hana. > First Fanfic >...
1.2M 54.9K 76
๐‚๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ญ๐ž๐ | ๐‡๐Œ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...