Thriller : Wais Ayden ✓

由 dsyaf_

395K 34.4K 3.2K

Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia buk... 更多

AKAN DATANG
1 | Yang ke-999
2 | Misi
3 | Dimulakan
4 | Agama Islam
5 | Red Is Back
6 | Suasana
7 | Tuan Ran
8 | Serbuan
9 | Hampir Tertangkap
11 | Hazril
12 | Keliru
13 | Puasa
14 | Lawatan Mesra
15 | Bom
16 | Wallpaper
17 | Majlis
18 | Kejutan
19 | Flashback
20 | Semakin Hampir
21 | Dalam Bahaya
22 | Sekali Lagi
23 | Gagal
24 | Senyum
25 | Amarah
26 | Hebat
27 | Raya
28 | Nur
29 | Pecah Rahsia
30 | Rimas
31 | Sempit
32 | Melawat
33 | Hayat
34 | Sakit
35 | Kali Terakhir
36 | Bang Bang!
37 | Jauh
38 | Rahsia
39 | Air Mata
40 | Hutan
41 | Risau
42 | Emosi
43 | Rakit
44 | Perasaan
45 | Marwah
46 | Kehadiran Marleeq
47 | Terkedu
48 | Percaya
49 | Terbongkar
50 | Ditipu
51 | Telah Tiba
52 | Licik
53 | Perjuangan
54 | Rahsia
55 | Tangisan

10 | Mimpi

6.7K 592 80
由 dsyaf_


Aku ada buat Trailer Noob, kalau nak ushar bolehlah, nak skip pun boleh SAYANG SUME SUME ♥️

Nak promote acc team MegDiLegacyOfficial, ada banyak contest pasal graphic nanti, jangan lupa follow!


Gari ditangan Red dibuka,

"Kau okey tak?" Soal Zeera.

"Okey, tapi Zeera aku perasan mamat tu naik kereta Honda sama dengan kereta yang langgar arwah Hazril. "

Pergerangan Zeera terhenti, pistol di belakang seluarnya tidak jadi dikeluarkan, pantas wajah memandang Red.

"Red, aku bukan nak cakap apa, mungkin kau salah pand.." Bicara Zeera pantas dipotong.

"Tak! Aku tahu aku tak silap pandang."

Kapten Hanif hanya menghantar isyarat mata kepada Zeera supaya iyakan sahaja apa yang dikatakan oleh Red. Dia tak mahu wanita itu mengikuti misi mereka kerana ini lah, takut Red masih terkenangkan arwah tunangnya.

"Kau tak perasan nombor plat kereta Honda tu?" Muncul Hilman di sisi Zeera sambil menanggalkan baju kalis peluru.

"Tak, aku hanya nampak sisi dan mamat tu dekat dalam. Wajah lelaki tu pun aku tak nampak, sama macam pemandunya."

Salman yang mendengar mengeluh perlahan, licik. Organisasi Hitam licik, susah nak ditumpaskan. Dari dulu sehingga sekarang tak pernah sekalipun pihak polis berjaya berkas mereka.

"Tahniah atas kerjasama semua untuk misi malam ini, awak semua boleh pulang berehat." Ujar Kapten Hanif dan meninggalkan mereka.

"Baik Kapten!"

***

Beg silang dicampak, tubuh dihempas ke atas katil. Esok nak ke tadika pula, jam menunjukkan tepat 1:00 pagi ditenung seketika.

Siapa lelaki itu? Gerak tubuhnya seperti kenal, tapi siapa? Apa kaitan lelaki itu dengan kereta Honda yang melanggar arwah Ril?

Tanpa membuang masa, dengan malasnya tubuh dibawa kearah tandas, dia perlu bersihkan diri dan solat sebelum tidur.

Cermin tandas yang memantulkan wajahnya diperhati, rantai silver yang diberikan oleh abah disentuh, teringat lagi kata-kata keramat abah saat memberikan rantai ini kepadanya.

"Abah berikan rantai ini kerana abah percayakan Marwah, jaga rantai ini seperti nyawa. Jika ada sesiapa mahukan rantai ini jangan pernah bagi."

"Tapi kenapa bah?" Soalnya bingung.

"Marwah akan tahu sebabnya." Ustaz Malik hanya tersenyum lalu kepala anak gadisnya diusap.

Hanya Marwah harapannya, sampai masa dia tahu Marleeq mahukan benda ini atas kepentingan sendiri.

***

Ayden mengunci pintu rumah, sebaik sahaja memastikan Marwah sudah masuk ke dalam rumah, dia pula menolak pintu pagar rumah.

Kalau dia balik serentak, sudah pasti Marwah akan mengetahuinya, sudahlah rumah bersebelahan, sofa dihampiri lalu tubuh dihempas.

Letih.

"Hampir je tertangkap." Bicaranya sendiri.

Mask dimuka dibuka kasar, blazer dicabut dari tubuh, yang tinggal hanya baju kemeja tidak berbutang dan seluar slack berwarna hitam.

Remote aircond dicapai lalu ditekan button on, lengan diletakkan di atas dahi. Sehingga kini masih berlegar dimindanya, atas sebab apa Tuan Ran mahukan Marwah?

Apa Tuan Ran tahu Red itu Marwah? Atau tak? Keluhan dilepaskan. Mata perlahan-lahan dipejam.

Di dunia kejam,
Belas kasihannya terpadam,
Kerana keturunan,
Agama menjadi dendam.

Mata terbuka kembali, namun bukan ruang tamu, tapi satu lorong. Bangunan dipenuhi darah, manusia menjerit tersiksa.

Terasa ada yang menyentuh bahunya,

"Wais Ayden.." Suara itu. Suara yang kerap mengganggu tidurnya.

"Aku diri kau, dan kau diri aku."

Ayden kaku, terasa darah tidak mengalir, denyutan jantung juga mengepam laju.

"Aku adalah kau, aku tak jahat macam kau, aku tak kejam macam kau, dan aku ada agama." Perkataan agama ditekan kuat.

"Kau rasa hidup kau tenang? Dimana-mana bau darah menyapa rongga hidung."

"Berapa banyak nyawa mati ditangan kau?"

"Kau tak takut Allah?" Suara itu terdengar sinis.

Dadanya terasa dipegang, dan berhenti tepat di hatinya.

"Hati kau busuk."

"Macam sampah."

Wais Ayden memejam mata, menahan amarah. Ini hanya mimpi, ini tak ada kena mengena dengan hidup aku. Tolong bangunkan aku.

"Pada siapa kau minta tolong tu Ayden?"

Dan wajah itu muncul tepat di depan wajahnya, serupa. Mereka serupa, cuma versi yang berbeza, Wais Ayden dihadapannya memakai songkok dan berjubah putih bahkan dirinya memakai baju hitam yang dipenuhi darah.

"Pergi." Halaunya.

"Aku adalah kau, dan kau adalah aku. Kita akan bersatu selamanya. Ingat agama kau, kau Islam."

"Diam."

"Aku takkan mati selagi kau tak mengaku agama kau Ayden." Sinis suara itu mengejeknya.

"Diamlah sial!" Tangan menekup telinganya

"Kau Islam Ayden, kau ada agama."

"Bodoh! Diamlah sial!" Kepala digeleng, tak.

Dia tiada agama.

Begitulah dirinya dan mimpi, yang sering menghantui tanpa henti. Takkan ada sehari tidurnya lena.

***

"Dah jumpa dia Red?" Ran memandang tajam kearah Affendi.

Gelengan dari Affendi membuatkan darahnya menggelegak.

"Hey, apa susah sangat hah?! Aku cuma nak Red, susah sangat ke?!" Tengkingnya kuat.

Semua yang berada disitu menunduk, takut dengan suara ketua mereka.

"Farhad." Panggilnya.

Cepat-cepat Farhad mendekati Tuan Ran.

"Kau tak cuba godam maklumat Red?"

"Red atau nama sebenar Siti Marwah binti Abdul Malik. Dia anak Ustaz Malik, Tuan."

Seketika Ran tersenyum sinis, anak Malik? Rancak! Permainan ini semakin rancak, tekaannya tentang Red juga benar.

Hanya wanita itu yang pakar, memang wanita itu boleh diharapkan. Dia mahukan Red untuk berada di sisinya, dan kembangkan lagi Organisasi Hitam ini bersama.

"Aku mahukan Red."

"Tapi Tuan Ran, cip di rumah Malik belum dijumpai." Celah Affendi.

"Bunuh sahaja Malik, dan ugut isterinya." Mata dingin Ran merenung Affendi.

"Tuan Ran, Malik bukan senang nak ditumpaskan."

Tersentak semua di meja panjang itu dengan gelakan Tuan Ran secara tiba-tiba. Zara dan Xen hanya memerhati, Affendi dan Farhad sudah tertunduk, seram. Tasya bersahaja sambil menggigit buah epalnya.

"Aku lebih kenal Malik, memang dia licik. Tapi aku akan pastikan dia mati." Suara Ran berubah.

Matanya membawa sesuatu yang sarat, dendam.

"Hantar Zara dan Xen bantu Ayden. Teruskan lakonan sebulan sahaja, kalau cip itu masih tak dapat bunuh Malik dan bawa Red kepada aku."

Zara dan Xen hanya mengangguk.

"Abang, Tasya nak tanya. Kalau dah bunuh Malik dan bawa Red, bini Malik macam mana?" Soal Tasya tiba-tiba.

Affendi sudah membulatkan mata, berani anak buahnya bertanya begitu kepada Tuan Ran.

Ran berdehem,

"Kalau pasal isteri Malik, Tasya jangan risau. Abang bagi izin Tasya buat apa-apa je okey?" Ran berdiri mendekati Tasya lalu kepala gadis itu diusap.

"Okey!" Balas Tasya ceria.

Ran memperbetulkan topinya, senyuman sinis sempat dilemparkan kepada semua. Langkahnya diatur keluar dari gudang itu.

Abang,

Sudah lama orang tidak memanggilnya dengan gelaran itu. Nafas dihembus, walau apa pun yang terjadi, segala rancangan yang dibuat takkan sesekali dibatalkan.

Walaupun membunuh darah daging sendiri.

***










Arigatou, nyaa..
Abai typo

继续阅读

You'll Also Like

1M 114K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...
403K 23.4K 37
Darvel International High School atau singkatannya Darvel Int.High ialah sebuah sekolah elite yang menjadi idaman para pelajar. Pertembungan antara...
175K 4.2K 11
🌼 BGMI EDISI RAYA ❤️ Random part : "Hmm, hubby..." "What?" "Puasa dah dekat. Lagi tiga hari je." Arya memulakan bicaranya. "Then?" Sepatah Rayy...
Bintangku 由 jae

同人小说

14.5K 1.9K 60
★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada kecil, gadis itu di didik untuk sentiasa b...