𝖑𝗅𝗂𝗇𝖽 𝖣𝖺𝗍𝖾

By -YOGURTIN

1.3K 268 147

Nanti la aku edit sinopsis More

1
2
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15

3

101 22 15
By -YOGURTIN

Setelah penat dia menangis di tasik. Badan direbahkan ke atas katil.

Fotonya bersama Haidar ketika zaman sekolah masih tergantung elok di dinding. Mukanya yang sangat gembira ketika itu diamati lama.

Rindu mahu kembali senyum seperti dulu. Senyuman Haidar yang manis. Setiap hari bangun, mesti nampak senyuman itu. Membuat harinya begitu bersemangat.

Raniyah mula membersihkan dirinya.

Haruman yang enak menusuk ke hidungnya.

" Mama, Nenda " sapa Raniyah.

Kerusi ditarik lalu mencedok mee goreng seafood ke pinggan.

" Amboi, so how your date with Nadim ? "

Datin Melda mengambil tempat di sebelah anaknya.

" He so bored "

Mee disuap ke dalam mulut. Sedap.

" Oh okey, so we should continue to the second one ? "

Datin Melda sudah bersepakat dengan Nenda untuk mencarikan calon suami buat Raniyah. Dia tidak mahu anaknya bujang hingga ke tua.

Raniyah memandang ke arah Nenda.

" Anak siapa pula kali ni ? "

Macam dia tidak tahu taste Nendanya. Kalau boleh , nak dari keluarga yang berada.

" Nenda dah bincang dengan dia. He said that he don't want you to know him before you go date "

Nasib sahaja syaratnya mudah, kalau tak memang dah lama dia reject.

Raniyah sudah mendecit. Lebih bagus dia tak perlu pergi.

" After dinner, go upstairs and rest. You need a lot of rest , Elaika " pesan Datin Melda.


Raniyah terfikir diatas katil, tak kan dia nak pergi date yang diatur oleh Nenda dan Datin Melda sampai tua?

Eish mohon dijauhkan. Memang sah sah dia kena reject.

" Penat lah jadi Raniyah Elaika "

Mukanya ditekup dengan bantal. Menghilangkan segala amarahnya.

Notifikasi telefonnya berbunyi , menandakan ada chat masuk.

" Esok shooting dekat Kota? Bukan aku dah apply cuti ke? "

Tidak puas hati. Dia sudah ambil cuti selama seminggu untuk merehatkan minda. Tapi ...

Ada bagusnya juga , dia tidak perlu pergi blind date. Matanya sudah bersinar.

Memang orang kata rezeki orang bujang.

Tapi shooting apa di kota sampai 4 hari 3 malam? ada majlis ke.

Bagasi yang berada tidak jauh dibuka lalu mengisi baju kedalamnya. Tidak sabar ingin jejak jauh dari sini.

Kakinya melangkah ke arah Datin Melda yang sedang menonton televisyen bersama Nenda.

" Esok Elaika akan gerak ke Kota. Ada shooting dekat sana "

Muka Nenda yang sudah berkerut itu makin berkerut.

" Kan Nenda dah suruh kamu ambil cuti "

Raniyah mengeluh.

" Ye, tapi tadi manager kata model tak cukup orang so dia suruh Elaika join. Nak tak nak memang kena pergi la "

Alasan. Dia ada diberi peluang sama ada ingin ikut atau tidak. Tapi bila mengenangkan hidupnya yang tidak tenteram disini, dia lebih rela bekerja dari duduk dirumah.

" If that so, Elaika dah pack all your stuff ? " soal Datin Melda prihatin.

" Dah siap "

Mata helangnya perasan pandangan Nenda yang dari tadi memerhatikan tindak tanduk nya.

" Kenapa Nenda pandang Elaika macam tu "

" Then how your date? Tak kan nak cancel macam tu je? "

" Kalau Nenda tak nak cancel, Nenda je lah yang pergi. Nanti Elaika dapat atuk baru "

Selorohnya.

" Tak pun biar Mama je yang pergi " matanya sempat menoleh sekilas ke arah Datin Melda yang berada disisinya.

Tak pasal-pasal peha dia menjadi sasaran Datin Melda.

Orang buat lawak pun nak marah.

" Nanti dekat sana kalau ada yang berkenan jangan lupa bawak balik " pesan Nenda.

" Nenda nak apa? Fridge magnet or else? " soal Raniyah sengaja.

" You know what I mean Elaika "

Badannya di rebah ke atas katil. Mindanya mula memainkan peranan. Dia ingin berangan buat seketika waktu.

Angin yang sempoi menyapa pipinya. Kain labuh itu mula mengembang ditiup angin. Pemandangan di laut ini memang lawa.

Sedang dia menikmati pemandangan pada waktu malam ini, dia terlanggar seseorang.

" Hoi, mata mana mata! Jalan guna mata lah"

Pemuda itu menghemburkan marahnya.

" Maaflah, saya lupa guna mata sebab saya guna kaki "

Muka Raniyah masih menunduk. Tidak berani untuk dia mengangkat muka memandang jejaka di depannya.

" Kenapa diam?" soal Raniyah. Tadi bukan main marah dia macam mana bulet , sekarang diam macam tunggul kayu.

Mukanya di dongak. Memang dasar pendek.

' gosh, Nenda. My heart is flying '

Dadanya berombak laju apabila memandang wajah lelaki didepannnya ini.

Macam ni ke gaya orang dilamun cinta?

Dah lah tall, kulit tak cerah tak gelap, mata dia yang hitam pekat. Yang paling penting, badan dia sado. Kalau dia tidak malu, mahu saja dia pengsan disini.

" Dah puas belum scan badan saya? Kalau belum saya tambah lagi 5 minit tapi kena bayar bukan free "

Setelah lama lelaki itu mendiamkan diri, dia mula bersuara.

" Perasan. Badan pun macam ikan sardin "

Tanpa memandang kiri kanan, dengan selambanya Raniyah mengutuk tuannya badan.

Lelaki itu mula merapat. Raniyah sudah gementar.

Badannya di cempung lalu dibaling ke dalam laut.

Terus matanya terbuka dan mimpi tersebut hilang dari mindanya.

Seluruh badan Raniyah basah berpeluh. Seram betul mimpi tadi.

" Allahuakbar, teruknya mimpi. Harap tu semua mainan tidur "

Tidak lama lepastu , Raniyah mula sambung melenakan diri.

Tapi lelaki di dalam mimpinya memang punya rupa yang tampan.

Tangannya mencapai jam yang berada diatas meja sebelah katil. Jarum sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Subuh !

Tergesa-gesa dia masuk ke dalam bilik air untuk berwuduk. Takut jika tertinggal solat.

Bagasi besar berwarna coklat cair dibawa turun ke ruang tamu.

" Tersenyum dari tadi, suka lah tu. Tak perlu pergi Blind date "

Datin Melda menyakat anaknya yang tidak lekang dari tersenyum.

" Yes, aman sikit " diakhiri dengan gelak tawa.

" Jaga diri dekat sana, jaga tingkah laku "

Pesan Datin Melda setiap kali anaknya pergi outstation.

Raniyah bagai buruk belatuk, hanya menangguk setiap kali Datin Melda memberi pesanan yang sudah di hafal olehnya.

Selesai mengisi perut, Raniyah memulakan perjalanannya ke Kota dengan bismillah.

Hampir dekat 2 jam dia memandu. Akhirnya Raniyah mengambil keputusan untuk merehatkan diri di perhentian RnR.

" Ya allah, penuh betul parking sampai tak ada kosong "

Sudah banyak kali dia pusing hanya untuk mencari parking.

Setelah lama dia pusing, akhirnya ada sebuah parking yang sudah kosong.

Signal sudah dinyalakan dan stereng ingin di pusing ke kanan. Hampir sahaja keretanya terlanggar dengan sebuah kereta hitam yang masuk ke dalam kotak parking kereta.

" Apa ni ! Eh aku yang dapat dulu, kau yang masuk. Memang nak kena "

Pintu kereta dibuka lalu melangkah mendekati pemilik kereta hitam itu. Hati dia sudah panas ditambah lagi dengan cuaca di Malaysia yang sudah panas.

" Eh encik, saya yang jumpa dulu tempat ni " Terus diserbu pemuda itu.

" So? "

" So, encik perlu alihkan kereta ni "

Pemuda tersebut memandang Raniyah dari atas hingga bawah.

Raniyah yang sudah rasa tidak tenteram itu menyilangkan tangan ke dada.

' Dah kenapa mamat ni pandang aku semacam. Tau lah aku model yang lawa di abad ni ' Raniyah mula membuat andaian sendiri.

Tidak lama, pemuda didepannya gelak lalu menghulurkan tangan, ingin berkenalan.

" Sorry lah , saya tak salam dengan yang bukan mahram "

Raniyah tersenyum sinis terhadap pemuda didepannya.

" Wow, sepanjang aku hidup lah kan, orang yang macam kau ni tak kesah berpegang or peluk dengan bukan mahram "

" Dengan cara pemakaian kau yang tak tutup aurat, dedah sana sini "

Pemuda didepannya menanggalkan cermin mata hitam lalu di sangkut ke kocek bajunya.

Panas hati dengar ayat mamat depan ni.

" Hey dengar sini ya , tak semestinya orang yang pakai baju tak tutup aurat tak ada maruah nak peluk pegang jantan yang tak ada hubungan sah."

" Awak fikir saya ni apa? Pelacur dekat club ke?"

Hati dia sakit, sedih apabila di hina.

Tidak tunggu lama, Raniyah mula meninggalkan RnR tersebut. Sedih bila dihina sebegitu.

" Aku ada salah cakap ke ? "

Continue Reading

You'll Also Like

5.3M 206K 46
"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafi...
7.4K 322 13
LEON & AYANA SOFEA "Banana muffin tu pilihan yang baik. Tapi tak manis sangat ke untuk orang yang.... manis macam awak?" - Leon "A-awak? Buat apa ka...
2.5M 77.8K 43
1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Ma...
12.5K 1.1K 38
Siti Aminah telah mendirikan rumahtangga selama 4 tahun bersama lelaki yang dicintainya Ilham Alif. Selama perkahwinan 4 tahun itu hidup Siti Aminah...
Wattpad App - Unlock exclusive features