Captain Luth Haiyyan (NEW VER...

By syza_ra

1.5M 65.1K 4.1K

*Bab 1-10 takkan ada perubahan. Bab 11 baru di edit menjadi chapter baru Aaira Nasrin | Luth Haiyyan Sempadan... More

New Update
CLH 1
CLH 2
CLH 3
CLH 4
CLH 5
CLH 6
CLH 7
CLH 8
CLH 9
CLH 10
CLH 11
CLH 12
CLH 13
CLH 14
CLH 15
CLH 16
CLH 17
CLH 18
CLH 19
CLH 20
CLH 21
CLH 22
CLH 23
CLH 24
CLH 25
CLH 26
CLH 27
CLH 28
CLH 29
CLH 30
CLH 31
CLH 32
CLH 33
CLH 34
CLH 35
CLH 36
CLH 37
CLH 38
CLH 39
CLH 40
CLH 41
CLH 42
CLH 43
CLH 44
CLH 45 (NV)
CLH 46 (NV)
CLH 47 (NV)
CLH 48 (NV)
CLH 49 (NV)
CLH 50 (NV)
CLH 51 (NV)
CLH 52 (NV)
CLH 54 (NV)
CLH 55 (END)
Special Chapter (RAMADAN)
Special Chapter (RAYA)
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 1
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 2

CLH 53 (NV)

24K 989 47
By syza_ra

SUDAH hampir lima belas minit Aaira berdiri di depan pintu bilik dia dan Luth, hatinya berbelah bahagi sama ada mahu masuk atau tidak, tapi yang lain sudah tunggu di meja makan.

Tadi masa nak mandi dia beri alasan pada mama yang Luth sedang guna bilik air dan dia mandi di dalam biliknya yang berada di tingkat atas. Sekarang apa pula alasan dia nak bagi, takkan dia nak cakap yang Luth dah tidur.

Luth ni pun kalau marah sangat dengan dia jangan la sampai berkurung dalam bilik macam anak dara

"nak ketuk ke tak?" sudah berulang kali soalan ini keluar dari mulutnya namun sampai sekarang dia tiada jawapan

"ala ketuk je la nanti mama bising pula" belum sempat tangannya ingin mengetuk permukaan pintu, ia sudah terbuka dari dalam.

Figura Luth berkerusi roda membuatkannya bibirnya tersenyum 'cool Aaira, buat macam tak ada apa apa yang berlaku tadi'

"Luth, jom kita makan, mama dengan papa dah tunggu dekat meja makan" Aaira yang baru sahaja ingin menolak kerusi roda suaminya namun Luth lebih pantas bergerak sendiri tanpa mempedulikan Aaira

"sabar Aaira, sabar. Kau punca segalanya jadi kau kena tanggung perbuatan kau" dadanya di usap lembut, cuba menenangkan dirinya. Wajahnya di maniskan dan dia mengikut Luth di belakang

"papa ingatkan lama lagi kami berdua kena tunggu" perli dato Hairth namun papanya itu tetap tersenyum

"maaf pa, Luth ke tandas tadi itu yang lama sikit" ucap Luth

"tak ada apa la papa bergurau, dah jom kita makan" dato Harith menadah tangan untuk membaca doa diikuti ahli keluarga yang lain

"tadi aunty Dahra kirim salam pada Aaira,  dia ada tanya kenapa Aaira tak datang lepastu mama jawab Aaira jaga Luth" Aaira menjawab salam

"mana satu anak dia yang kahwin ma?" dia kenal puan Dahra dan suaminya, mereka merupakan kawan kepada mama dan papa

"Hazriq, cantik mama tengok isteri dia. Aunty Dhara kata menantu dia ada kacukan arab" tak sangka lelaki yang dahulu dia suka sewaktu umur lima tahun sudah bernikah, ingat lagi waktu dia meluahkan rasa cinta pada lelaki itu dan di tolak oleh Hazriq. Rasa nak tergelak bila mengingat kembali kejadian itu. Tipikal cinta monyet.

Dia pun kecil kecil dah pandai ada rasa suka pada anak orang  'Aaira, Aaira'

"dah kenapa kamu menggeleng sambil tersengih sengih ni" datin Haisyah menegur

"tak ada apa la ma" kepala yang tak gatal di garu

"dia teringat la tu zaman kanak kanak dia dengan Hazriq" papa memang dapat menebak apa yang ada dalam fikirannya.

Aaira ketawa seolah olah mengiyakan kata kata dato Harith namun renungan tajam yang di hadiahkan Luth padanya serta merta mematikan ketawanya

'dah kenapa pandang aku macam nak makan, takkan cemburu kot' Aaira buat tak tahu, nasi yang berbaki di dalam pinggan di habiskan






"SIAPA Hazriq?" tak ada angin tak ada ribut tiba tiba sahaja Luth menyoalnya

"kenapa tanya?" soalan berbalas dengan soalan. Itu memang sikap Aaira

"tersenyum senyum awak bila mama sebut nama dia, tak baik fikirkan suami orang lagi lagi bila awak sendiri dah ada suami" Aaira menyembunyikan senyum

'beritahu dia, sejak bila captain Luth Haiyyan pandai cemburu' Aaira membuat muka serius

"mana ada, tak baik menuduh lagipun saya anggap dia macam kawan je" dulu ya la dia suka Hazriq tapi sekarang dia dah ada Luth. Suaminya sepuluh kali ganda lebih kacak dari Hazriq

"yela tu" Luth menarik selimut dan berpusing membelakangi Aaira

'dia ingat aku nak pujuk...memang tak la' Aaira juga tidur membelakangkan Luth, tak sampai dua minit Luth bersuara

"tak baik tidur membelakangkan suami" dia di tegur.

Aaira berpusing "yang awak tidur membelakangkan saya tu tak apa pula" dia protes

"sekarang saya dah tidur menghadap awak" jawapan Luth buat bibir Aaira terkunci.

Sebenarnya Luth ni marah atayu tidak padanya, confuse Aaira. Tadi bukan main dingin, sekarang macam dah kembali pada Luth yang asal

"sebenarnya awak marah saya ke tak?" Aaira menyoal, Luth diam

"awak rasa?" bila Luth tidak memanggilnya menggunakan nama entah kenapa hatinya sakit, dia tak suka Luth membahasakan dirinya dengan kata ganti nama

"awak marah sebab biasanya awak mesti panggil saya dengan panggilan Aaira" Aaira menunduk, wajahnya mula keruh.

Luth paling tak suka bila Aaira mula murung atau sedih di sebabkan oleh dia,   dia sudah berjanji pada dirinya untuk tidak mengecewakan Aaira

"Aaira sayang" tangannya menyentuh kepala Aaira, rambut isterinya di usap lembut. Jari kelingking menolak dagu Aaira supaya memandang wajahnya

"saya tak marah Aaira tapi saya kecewa dengan sikap Aaira yang suka suka hati saja rahsiakan kandungan ini daripada pengetahuan saya" mata Aaira berair, ya dia kekhilafannya

"tapi saya juga tahu niat isteri saya ni baik sebab dia tak nak saya risau dalam keadaan mengandung dia kena jaga saya" Aaira terkejut

"maac...macam mana awak tat...tahu?" Luth menghadiahkannya senyuman paling indah, senyuman yang paling dia rindui selepas agak lama tidak melihatnya

"saya kan suami Aaira, saya tahu apa yang ada dalam hati dan fikiran Aaira, semua yang Aaira buat untuk saya dan saya hargai semua tu" dia menyapu air mata Aaira

"tapi sayang, tak adil untuk saya bila semuanya Aaira sanggup korbankan untuk saya, habis Aaira ingat saya tak sanggup berkorban untuk Aaira dan anak kita" Aaira menangis lagi, tubuh Luth di peluk erat

"maafkan saya Luth, maafkan saya sebab tak bagitahu awak tentang kandungan ni" Luth membalas pelukan Aaira, belakang isterinya di gosok

"janji dengan saya lepasni tak ada lagi rahsia, apa apa terus bagitahu saya, okay?" Aaira mengangguk dalam pelukan.

Setelah agak lama, pelukkan mereka mula renggang

"saya rasa macam ada satu benda je lagi yang Aaira sorokkan dari saya" dahi Aaira berkerut

"sorok? sorok apa?" wajah Aaira bingung

"sebelum saya bangun tu apa yang Aaira cakap dekat saya" dia termenung memikirkan setiap ayat dan perbuatannya.

Rasanya tak ada apa apa lagi yang dia sorok

"mana ada sa..." bibirnya bersatu dengan bibir Luth

"kenapa awak cium saya" Aaira menutup bibirnya yang telah di cemari oleh Luth

"ada orang tu berani cakap yang dia tak selera tengok bibir saya, jadi itu lah balasan sebab mengata suami" Aaira membuat muka. Jadi Luth nak bermain dengannya, kalau macam tu game on

"jadi sekarang dah pandai cium cium saya, awak ni kan memang nak kena" Aaira menggeletek badan Luth dan Luth membalas, mereka sama sama ketawa

"okay, okay saya surrender" Aaira mengalah, dia mengangkat bendera putih.

Tak sangka pula dalam keadaan Luth cedera, suaminya dapat membalas serangan yang di lancarkan

"main main lagi dengan saya" Luth melepaskan Aaira, mereka sama sama merenung syiling sambil melepaskan lelah selepas peperangan tadi

"awak" panggil Aaira, Luth menjawab

"kalau saya nak panggil awak dengan panggilan lain boleh tak?" Luth memandang Aaira

"Aaira nak panggil saya apa?" Aaira memusingkan badan, wajah Luth di tatap dalam

"awak teringin nak saya panggil awak apa?" dia nak Luth yang menentukan, dia ikut saja

"abang" jawab Luth tanpa ragu ragu

"kalau macam tu jom kita tidur abang" Aaira senyum nakal sebelum menutup lampu bilik.






5 bulan kemudian...

"YA allah mak buyung yang kau beria ria nak panjat pasang tirai bilik aku ni buat apa, biar lah Luth buat" bebel Syafiqah.

Sekarang ini mereka semua sedang bertungkus lumus membuat perisapan untuk majlis perkahwinan Syafiqah yang bakal berlangsung esok

"tapi masa aku nak kawin dulu kan kau buatkan semua untuk aku" Aaira tarik muncung

"ye Aaira aku tahu kau nak balas jasa aku tapi kau tengok lah keadaan kau sekarang dengan perut dah ke depan, ada hati nak panjat tangga" Syafiqah menggelengkan kepala, sejak mengandung ni susah sangat Aaira nak dengar nasihat orang.

Kadang kadang dia kesian tengok Luth, kena layan perangai Aaira. Dia yang tengok pun rasanya kalau dia jadi Luth tahap kesabaran dia dah makin menipis.

Nasib baik la Luth sudah sembuh sepenuhnya dan pasangan suami isteri ini sudah berpindah selepas permohonan Aaira di luluskan dua bulan lepas

"tak apa la sayang biar abang yang  panjat kalau yang rendah rendah tu Aaira buat la" lembut nada suara Luth memujuk Aaira

"betul apa Luth cakap tu, ala kau pasang pasang cadar dengan sarung bantal je, yang lain semua biar Luth buat" dalam diam Syafiqah saja nak kenakan Luth

"ha betul tu yang lain semua biar abang buat, Aaira arahkan je" boleh pula Luth setuju dengan cadangan Syafiqah.

Ini betul sayangkan isteri punya padal sampai sanggup keluar dari bidang  tentera bertukar menjadi penolong pereka hiasan dalam bilik pengantin

"betul ke? saya risau, dah la kaki abang tu baru sembuh. Janji dengan saya yang abang akan berjaga jaga" Luth melihat Aaira, dia rasa comel pula bila isterinya jelas mempamerkan riak risau akan keadaanya

"tapi kalau salah, saya suruh abang buat balik tau" dalam suruh dia berjaga jaga tetap ada amaran yang di berikan

"ya sayang" Luth ikutkan sahaja kehendak Aaira janji bukan isterinya yang memanjat tangga.




Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 65.4K 72
Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Macam mana ni?" -Adara Sumayyah "Wow! Amazi...
1.8M 57.9K 55
[Pattenson Family vol. 1] "Kenapa you benci I sangat? Hina sangat ke I ni di mata you?" - Delyn Fawara - "Yes. Memang kau hina. Nak tahu kenapa...
396K 14.1K 46
Apakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku...
433K 27.7K 53
(𝚁𝙾𝙼𝙰𝙽𝙲𝙴 𝙷𝙾𝚁𝚁𝙾𝚁) ~𝑺𝒆𝒋𝒂𝒖𝒉 𝒎𝒂𝒏𝒂𝒌𝒂𝒉 𝒌𝒂𝒖 𝒔𝒂𝒏𝒈𝒈𝒖𝒑 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒐𝒓𝒃𝒂𝒏?~ Dia hanyalah manusia biasa. Dilahirkan dalam ke...