KIRITO : THE TRUE LEGEND [LON...

By KhaiShif

204K 19.4K 2.5K

(KARYA KELAPAN KHAISHIF) Asli daripada : Khaishif Beautiful cover by : Khaishif NO COPY! ⚠️ Kirito Sasaki... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
PENGENALAN WATAK ( I )
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
PENGENALAN WATAK ( II )
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45

BAB 38

3.2K 404 50
By KhaiShif

"Good morning," Rambut Miyako yang menutup matanya di selak perlahan. Dengan senyuman yang cukup manis Kirito menyapa gadis itu.

Manakala Miyako yang baru saja mencelikkan matanya tersentak apabila tangan kasar milik Kirito menyentuh kulitnya. Lama dia berkeadaan sebegitu sehinggalah dia seakan tersedar dengan siapa dirinya berhadapan.

"Kirito..." Ujarnya perlahan. Cukup perlahan sehinggakan mereka berdua sahaja yang mendengarnya.

Kirito mengangguk. Mengiyakan apa yang berada difikiran gadis musang di hadapannya.

"Betulkan awak ni Kirito?" Ulang Miyako yang masih tidak dapat mempercayai apa yang berada di hadapannya. Seakan mimpi yang menjadi nyata.

Kini mata merah menawan itu dapat dia tatap lagi sepuasnya.

"Ya, ni aku. Aku dah bangun," Jawab Kirito tenang sambil mendepakan tangannya.

Gadis musang itu tersenyum lebar setelah mendengar penjelasan lelaki di hadapannya. Dia gembira. Lantas segera tubuh tegap Kirito didakapnya erat. Cukup erat sehingga tidak mahu dilepaskan.

"Awak dah bangun! Saya rindu awak! Sangat-sangat rindu awak tahu!" Ujar Miyako gembira.

"Ya, aku tahu. Aku pun rindu kau," Balas Kirito. Belakang badan Miyako di gosok lembut. Semestinya gadis itu takut kehilangannya kerana dia adalah satu-satunya harapan Miyako untuk hidup normal seperti sebelum kematian seluruh penduduk kampungnya. Kirito faham rasa kehilangan itu seperti apa. Dia pernah merasa hal yang sama.

"Bila awak sedar?" Soal Miyako setelah pelukannya di lepaskan.

"Lepas kau tidur semalam," Jujur Kirito sambil menggosok kepala Miyako.

"Kenapa tak kejut?"

"Aku tahu kau mesti letih kan? Aku tak naklah ganggu masa rehat kau." Ujar Kirito sambil mengelus pipi Miyako lembut sehingga menimbulkan kemerahan di kedua pipi gadis itu.

"Terima kasih sebab tak tinggalkan saya," Balas gadis musang sambil menunduk. Tidak mahu bertentang mata dengan Kirito yang menatapnya dengan tatapan yang meredup.

"Aku dah janji dekat ayah kau supaya jaga kau elok-elok. Dan aku tak akan lupakan janji tu," Dahi Kirito sengaja dia dekatkan dengan dahi Miyako sambil mata yang terpejam rapat.

"Sekarang kau pergi mandi. Aku nak sapa yang lain pulak. Okey?" Ujar Kirito sambil bertentang mata dengan gadisnya.

"Jadi saya orang pertama yang jumpa awak?" Soal Miyako yang telah terpukau dengan keindahan mata Kirito.

Sebelum menjawab soalan gadisnya itu, terlihat Kirito tersenyum lagi sehingga menampakkan giginya yang tersusun rapi.

"Yup! Kau orang pertama,"

CUP!

Dahi Miyako di kucup lembut. Menghantar rasa cinta dengan suara hati yang menjerit suka.

"Kalau macan tu saya mandi dulu tau. Tunggu saya kita sarapan sama-sama," Ujar Miyako yang teruja tanpa menyembunyikan lagi reaksi kegembiraannya.

.
.
.
.
.

Setelah setengah jam menanti Miyako untuk bersiap, Kirito datang menghampiri gadis itu lalu mengambil tangan Miyako untuk di pimpin.

"Jom kita jumpa yang lain," Ujarnya.

Miyako akur. Genggaman pada tangannya di balas lalu keduanya beriringan ke ruangan makan untuk bergabung dengan yang lain.

"Yo, mengkarung selamat pagi!" Sapa Kirito ramah apabila menyedari kehadiran Shiki yang sedang memasuki ruangan makan untuk bersarapan.

Shiki tersentak mendengar sapaan yang agak biadap itu. Lantas dia yang berkeadaan membelakangi Kirito menoleh perlahan. Mahu melihat siapakah gerangan yang tidak beradab itu. Namun setelah menyedari siapakah itu, anak mata Shiki terlihat membulat apabila menyedari Kiritolah yang menyapanya. Bahkan terlihat lelaki itu sedang berbahagia dengan Miyako. Gadis yang sejak kebelakangan ini kelihatan sedih.

"Eh, hidup lagi kau rupanya? Apa khabar?" Soal Shiki yang cuba untuk bersabar.

Kirito tersenyum paksa. Sakit hati pula ditanyakan soalan sebegitu.

"Baik-baik je. Kau pulak mengkarung? Sihat tak tu?" Balas Kirito.

"Aku sihat je. Hahaha, eh jom sarapan! Kau kan dah lama tak sedarkan diri mesti lapar kan?" Ujar Shiki yang sudah berapi dengan kemarahan.

"Haah, jom sarapan. Nanti kebuluran pulak," Bidas Kirito.

Shiki tertawa seraya menjeling Kirito tajam.

Di ruang makan pula, terlihat yang lain sudah berkumpul untuk bersarapan. Kotaro dengan riak yang tak bersahabat. Yosuke dengan riak bekunya dan Asmodeus yang sentiasa ceria dengan keperibadian comelnya. Manakala Zen dan ayahnya hanya melayan kerenah kebudak-budakan mereka. Adakalanya bergaduh adakalanya diam seribu bahasa.

"Wow merahnya," Komen Kirito yang menyebabkan dia menjadi tatapan semua.

"Kirito!" Sapa Noaki yang tampak teruja dengan kehadiran Kirito.

"Yo, selamat pagi!" Balas Kirito seraya mengambil tempat duduk di hadapan Kotaro.

"Macam mana keadaan kau sekarang?" Soal Asmodeus.

"Semakin membaik," Jawab lelaki bermata merah itu tenang seraya menoleh ke arah Kotaro.

"Tak nak cakap apa-apa ke?" Soal Kirito apabila matanya sempat menangkap riak wajah Kotaro yang sedikit teruja dengan kehadirannya.

"Tak ada," Balas Kotaro dingin.

"Tak rindu aku ke? Seminggu kita tak jumpa tau?" Ujar Kirito lagi. 

Kotaro menggeleng perlahan dengan wajah bekunya. Di pihak Kirito pula, dia yang melihat riak beku adiknya itu tak semena meledakkan tawanya.

"Jual mahal," Bisik Kirito.

"Jadi rakyat Asteria dah balik ke tempat mereka Tuanku?" Soal Kirito yang telah serius. Matanya melirik ke arah Zen yang  bakal ditabalkan menjadi raja tak lama lagi.

"Ya.. semua kerana kau semua. Terima kasih, " Ujar Zen ikhlas bersama senyuman yang nipis.

Kirito mengangguk. Gelagatnya yang penuh kewibawaan seperti seorang raja buatkan tiada siapa yang berani menyampuk di dalam perbualan mereka. Lelaki bermata merah itu tampak mempunyai auranya tersendiri.

"Korang pulak bila nak balik?" Soalnya lagi buatkan Yosuke menjungkit keningnya.

"Kalau boleh secepat mungkin," Jawab Yosuke tenang.

Kirito mengangguk.

"Kejap lagi kita balik lepas sarapan ni... apa pandangan Tuanku Hael?"

Tuanku Hael tersentak apabila dirinya terkait sama.

"Itu pilihan kamu... kami tak ada hak nak halang. Tapi kalau boleh lepas pertabalan Zen nanti dalam jam 9 pagi," Jawab Tuanku Hael. Bukan mahu menghalang tetapi Kirito sudah terlalu banyak membantu mereka. Jikalau lelaki bermata merah itu sudi bolelah dia kenalkan ke seluruh rakyat jelatanya nanti.

Kirito tersenyum nipis.

" Kalau macam tu kami akan bertolak selepas hari pertabalan nanti," Putus Kirito. Sebagai seorang raja pada suatu ketika dahulu, pengalamannya sudah cukup untuk mematangkan diri.

"Korang tak apa-apa kan? Kita balik nanti biar aku yang hantar," Tambahnya lagi.

"Kau hantar?" Soal Kotaro agak sedikit terkejut.

"Ya...,"

.
.
.
.
.

Bila Kirito kata mahu menghantar mereka, Kotaro tidak menyangka pula lelaki itu akan menggunakan teleport ke kerajaan Esfahan. Tidakkah lelaki itu tahu kerajaan mereka itu jauh? Seketika timbul rasa risau di hati Kotaro. Dia risaukan keadaan Kirito memandang teleport bukanlah magic yang senang untuk digunakan sekiranya penggunanya tidak cukup kuat.

"Yosuke nanti bila dah sampai jangan lupa lapor dengan ayah aku tau," Pesan Kirito yang telah menghasilkan dua buah teleport dari unsur kegelapan.

"Habis tu kau?" Soal Yosuke hairan.

"Balik rumahlah kan kau ketua." Balas Kirito selamba.

Yosuke mendecit.

"Korang pulak... buat masa sekarang ni tinggal dengan aku," Ujar Kirito seraya melirik ke arah Ken, Asmodeus dan Wisteria.

Asmodeus mengangguk. Siap untuk melayani rajanya seperti dahulu.

"Dah korang boleh masuk sekarang," Arah Kirito seraya menolak tubuh Noaki.

"Kejap! Kejap! Kau betul-betul okey kan sekarang ni?" Soal lelaki itu risau.

Kirito mengangguk perlahan. Celah mana pula yang tak okey tu?

"Aku risau teleport ni bukan magis yang boleh bawa main tau," Luah Noaki sebagai seorang sahabat yang prihatin.

"Aku okey.. kau masuklah," Jawab Kirito tenang manakala yang lain hanya memerhati. Dia juga tidak lupa untuk mengusap kepala Kotaro memandang lelaki itu pendek separas bahunya. Sejahat-jahat Kotaro dialah peneman masa kecilnya dulu.

"Jangan sentuh aku!" Ujar Kotaro dingin.

"Yelah.." Dengus Kirito. Dia menghantar satu per satu rakan seperjuangannya ke dalam portal. Sehinggalah tiba giliran Yosuke.

"Kau yang sepatutnya jadi ketua dalam misi ni," Ujarnya seraya menumbuk dada Kirito perlahan sebelum di masuk ke dalam portal.

Kirito tersengih mendengarnya.

Setelah kesemua rakannya telah masuk ke dalam teleport, Kirito berpaling semula ke arah Shiki dan yang lain pula.

"Korang masuklah dulu. Aku dengan Shiki ada hal lain nak buat," Arahnya.

"Awak nak pergi mana?" Soal Miyako risau.

Kirito tersenyum nipis.

"Aku tak boleh bagi tahu," Jawab Kirito sambil mengusap lembut kepala Miyako.

Miyako mengangguk meskipun hatinya cukup risau akan keadaan lelaki itu.

"Tolong Lezabel sembuhkan budak tu," Bisik Kirito. Miyako akur lantas dia mengatur langkah untuk memasuki portal yang sedang menunggu dan di ikuti dengan Asmodeus serta adik angkatnya dan Wisteria.

"Korang pulak masih nak tinggal dekat sini atau nak balik?" Tanya Kirito seraya menatap Lucas dan isterinya.

"Tak keberatan ke kalau kita orang balik?" Soal Lucas kembali.

"Tak.. lagipun bini kau mengandung kan? Kerja kau pulak dah siap. Balik jelah," Ujar Kirito.

Lucas akur serata menuntut isterinya memasuki portal yang bersambung terus ke rumah mereka.

"Jadi tugas apa yang penting sangat tu?" Soal Shiki setelah sekian lama mendiamkan diri.

"Aku nak buat shield dekat seluruh Asteria." Jawab Kirito sambil memasukkan tangannya ke dalam poket seluar.

"Kenapa?"

"Aku dapat rasa firasat buruk lepas kita pergi nanti,"

Shiki mengangguk. Seketika tubuh lelaki itu bercahaya keungguan dan membesar lalu berubah menjadi seekor naga berkulit ungu.

"Bawa aku ke tengah kerajaan ni," Pinta Kirito setelah naik ke atas badan sahabatnya.

Shiki mengaum sebagai balas lalu terbang ke arah yang di maksudkan.

" Hadiah untuk kau... Zen," Gumam Kirito ketika mulutnya terkumat kamit membacakan mantera sihir purba untuk melindungi Asteria.

ZAPP!

Kilat kebiruan menyambar langit. Lalu sebuah semi-bulatan berwarna biru gelap perlahan-lahan menutup Asteria. Melindungi penduduknya sekiranya ada serangan musuh.

Pada saat itu Zen yang melihat langit tersenyum.

"Terima kasih... Tuanku Razvan,"

Continue Reading

You'll Also Like

268K 1.7K 6
Kisah kehidupan pasangan muda yg berjiran
6.7K 1.1K 112
Aku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadil...
291K 11.3K 63
Apakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beban untuk keluarganya cuba untuk mencari kebahagiaan. Fri...
404K 3.7K 21
Kisah ini adalah hanya rekaan sebagai hiburan para lgbt.Jika anda tidak menyukai ruangan ini boleh pergi ke page lain.Segala kesamaan nama,watak dala...