KIRITO : THE TRUE LEGEND [LON...

By KhaiShif

202K 19.4K 2.5K

(KARYA KELAPAN KHAISHIF) Asli daripada : Khaishif Beautiful cover by : Khaishif NO COPY! ⚠️ Kirito Sasaki... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
PENGENALAN WATAK ( I )
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
PENGENALAN WATAK ( II )
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45

BAB 37

3K 373 53
By KhaiShif

Di sebuah ruangan yang hanya berlatarkan warna putih, terlihat seorang sosok manusia terbaring lemah dalam keadaan yang tidak sedarkan diri.

Hinggalah beberapa detik berlalu pergi, perlahan-lahan kelopak mata manusia itu terbuka. Walaupun tidak semua, anak mata merahnya tetap kelihatan juga.

"Urgh!" Keluh Kirito. Matanya cuba di celikkan tetapi terasa berat, begitu juga dengan tubuhnya.

"Oh, kau dah bangun." Sapa suatu suara yang kedengaran garau.

Mendengar suara yang tak asing di telinganya, buatkan Kirito yang masih cuba menganalisis suasana mencelikkan mata seluasnya.

"Siapa kau?" Soal Kirito yang terkejut setelah melihat wajah pemilik suara tadi.

"Aku Razvan."

Senyumannya lebar sehinggalah menampakkan kedua gigi taring yang tajam. Matanya merah garang dengan tatapan yang menusuk. Wajahnya terlihat lebih matang daripada Kirito yang sekarang. Jambang halus di dagu tidak ketinggalan menghiasi wajah.

Dia Razvan, Sang Raja penguasa kegelapan. Tidak punya belas kasihan mahupun perasaan. Dia penakluk Edona, sebuah kerajaan syaitan suatu ketika dahulu.

"Razvan? Hey, tu nama akulah!" Bentak Kirito. Dia lantas bangun menghadap raja di hadapan. Walaupun masih terkejut dengan pengenalan lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Razvan.

"Tapi nama kau Kirito kan?" Balas Razvan hairan. Dia yang sedang duduk di sebuah singgahsana terlihat mengerutkan dahi.

"Ah! Itu.. Er.." Kirito ketap bibir rapat. Sedar diri sebenarnya.

Razvan tersenyum sinis apabila dirinya ternyata benar.

"Aku adalah kau jadi tak perlu nak berdebat sangat. Aku juga diri kau yang dulu yang tidak punya kemanusiaan." Ujar Razvan tanpa perlu dipinta.

"Kau adalah aku?" Soal Kirito sambil membetulkan duduknya dengan bersila.

"Ya.. Kita sama adalah sama,"

"Ooo.. Handsome juga aku yang dulu ni," Bisik Kirito perlahan sambil mengusap dagunya dan juga menatap Razvan sedalamnya.

"Kau tengah fikir apa tu?" Tegur Razvan yang tidak selesa dengan tatapan mata Kirito.

"Tak ada apa-apa. Cuma tertanya apa tujuan kau berjumpa dengan aku?" Dalih Kirito.

"Aku datang untuk sampaikan sesuatu untuk kau." Jawab Razvan yang tidak mengesyaki kelakuan aneh dirinya yang muda.

"Apa dia?"

Razvan tersenyum saja sambil menatap Kirito yang duduk bersila di hadapannya.

"Sebelum tu kau di alam bawah sedar yang paling dalam. Jadi jangan tanya lagi dekat mana kau sekarang ni," Ujar Razvan setelah menyedari dirinya yang muda ini rajin bertanya suatu ketika dahulu.

"Ooh.. Kenapa aku boleh ada dekat sini?"

Baru je cakap tadi Kirito rajin bertanya.

"Kau kehabisan kuasa kau."

Kirito mengangguk perlahan. Baru dia perasan aliran kuasanya sangat perlahan pada ketika itu.

"Memang patut kau kehabisan kuasa kau. Kau guna sihir yang tak sepatutnya kau guna sewaktu umur kau sekarang ni." Sambung Razvan lagi sambil bangkit dari singgahsananya.

"Hehehe... Aku tak tahu pulak dia punya impak sampai macam ni. Oh, ya. Dah berapa hari aku tak sedarkan diri?" Kirito tersengih. Tahu dia salah.

"Ikut masa sekarang, kau tak sedarkan diri dalam masa seminggu macam tu kalau tak silap,"

"Lama juga eh,"

"Yup.. Memang lama dan sekarang ni aku nak kau ikut aku," Jawab Razvan pantas.

"Okey.."

Keduanya berlalu pergi sekali gus berpindah dimensi.

.
.
.
.
.

Berbalik di sebuah istana milik Asteria yang sudah pulih dari kehancuran setelah seminggu peristiwa penaklukan kerajaan itu berlalu. Terlihat kerajaan itu seakan hidup semula apabila keriuhan dari para rakyatnya kedengaran di setiap penjuru negara.

Tiada lagi penderitaan dari rakyat mahupun raja kerajaan itu. Bahkan mereka seakan melupakan kejadian yang pernah berlaku dahulu.

Jauh ke dalam istana kerajaan Asteri pula, di dalam salah satu bilik milik istana itu. Terlihat seorang lelaki sedang berbaring seakan sedang tidur lena walaupun hakikatnya ialah tidak sedarkan diri.

"Sudah seminggu awak. Kenapa awak tak bangun lagi?" Soal seorang gadis iaitu Miyako. Gadis musang yang setia menanti kehadiran lelaki bermata merah di sisinya.

"Miyako jom makan!" Jerit Halena gembira.

Pintu bilik yang menempatkan Kirito Si mata merah di terjah selamba oleh Halena. Bakal ibu kepada kandungannya itu terlihat gembira saja apabila menjumpai Miyako.

Miyako tersenyum sambil menatap wajah Halena yang turut tersenyum lebar. Sejak pertemuan mereka yang pertama kalinya Miyako sudah tahu bahawa Halena adalah seorang wanita yang periang dan mesra orangnya. Disebabkan itulah, Miyako tidak takut untuk meluahkan rasa hatinya sekiranya dia merindui kehadiran Kirito. Halena jugalah satu-satunya tempat Miyako meletakkan segala rasa hatinya terhadap Kirito.

"Okey.." Jawab Miyako perlahan.

"Nanti dia bangunlah tu. Awak sabar sikit je lagi okey?" Pujuk Halena. Dia perasan akan perubahan riak wajah Miyako. Pasti gadis itu sedang merindui Kirito. Tebak Halena di dalam hati.

"Mhmm.." Miyako cuba tersenyum. Tetapi senyumnya tidak selebar dulu.

"Yoshh! Kita makan!" Sungguh bersemangat Halena semata-mata untuk memujuk hati Miyako.

"Hahaha.. yosh! Makan!" Sahut Miyako pula yang terhibur dengan telatah ibu mengandung yang satu ini.

Setelah saling bergurau senda, kedua wanita itu pun melanjutkan perjalanan mereka untuk ke ruangan makan dan bersama yang lain.

"Macam mana?" Sapa Lucas yang di sertakan dengan soalan.

Halena tersenyum bersama gelengan di kepala.

"Oh.." Jawab Lucas pendek. Tidak memanjangkan perbualannya.

"Nanti dia sedarlah tu. Sekarang kita makan dulu okey?" Celah Asmodeus yang datang sambil menatang hidangan.

Miyako tersenyum nipis. Sejak berkenalan dengan abang angkat Ken itu, dia ada menyedari persamaan antara Asmodeus dan Shiki. Kedua mereka tampak tenang walaupun Kirito sudah seminggu tidak sedarkan diri. Kelihatannya keduanya seakan sudah tahu mengenai hal ini dari awal lagi.

"Kejap! Tuanku Hael dekat mana?" Sampuk Kotaro yang menyedari ketiadaan raja kerajaan Asteria itu.

"Zen pun tak ada ni. Dorang masih bincang pasal pertabalan raja nanti ke?" Naoki yang duduk bersebelahan dengan Shiki menegur pula.

"Agaknya macam tulah," Sahut Yosuke bosan.

"Bukan hal kita tak payah masuk campur," Celah Shiki yang sudah melahap hidangannya. Kalau tunggu raja dengan putera Asteria tu memang kebulurlah dia.

Serentak Kotaro, Naoki dan Yosuke menatap Shiki yang sedang menjamah hidangannya dengan tenang bersebelahan Lucas. Lelaki yang bagi mereka sangat misteri. Mana tidaknya, aura di sekeliling Shiki sangatlah kuat dan hal itu telah menunjukkan bahawa Shiki bukan orang yang biasa-biasa.

Barangkali kekuatan Shiki sudah setaraf dengan seorang raja. Tidak seperti Kirito yang aura kuasanya tidak dapat dirasakan kehadirannya. Bahkan tiada siapa di kalangan mereka dapat menebak jumlah kekuatan lelaki itu.

"Saya sudah..," Ujar Miyako perlahan. Makanannya yang berbaki sedikit di tolak ke hadapan. Dia masih tidak berselera untuk makan kerana ketiadaan Kirito.

"Miyako?" Tegur Halena perlahan.

Miyako tersenyum saja sebelum beredar pergi. Mahu menatap wajah lelakinya. Dia mahu menjadi orang pertama yang berada di sisi Kirito setelah lelaki itu sedar nanti.

"Biarkan dia Halena. Kau habiskan makanan tu. Nanti kebulur pulak anak aku," Ujar Lucas yang turut sama berada di meja makan itu.

"Saya tahulah!" Cebik Halena apabila ditegur suaminya itu.

"Ehem! Kami golongan single sila hormat," Ujar Shiki yang memerhati tindak tanduk pasangan itu.

"Betul tu! Hormat," Sokong Asmodeus.

"Tah dia ni. Tak baik menunjuk," Balas Shiki lagi.

Kotaro, Noaki dan Yosuke yang berdiam diri mengangguk setuju. Sudah lama mereka memerhati pasangan itu. Bila datang rasa gatal tu mulalah nak menunjuk. Marah ni marah!

"Wisteria nak tambah lagi?" Suara emas seorang Ken yang sedari tadi berdiam diri kedengaran bertanya.

Wisteria di sisi menggeleng perlahan kepalanya. Sejak mereka sampai di Asteria lagi Ken memang melekat je dengan dia. Tak tahu mengapa? Kadangkala buatkan Wisteria berasa malu sendiri.

"Ni seorang ni lagi. Hormat golongan single dekat sini," Tegur Shiki. Eh, tak faham betul! Perlu ke menunjuk?

"Jealous cakap. Tahu tak laku," Bidas Ken selamba.

"Amboi, kau! Kalau tak di fikirkan kau ni adik Asmodeus memang dah lama aku penggal leher kau tu," Shiki ketap gigi geram.

"Try lah kalau berani," Sinis Ken. Matanya tajam memanah Shiki yang berada di hadapannya itu.

Shiki mendengus apabila baru saja dia ingin membalas, Asmodeus datang untuk mencelah. Buruk sungguh perangai adik Asmodeus ni!

"Shiki dahlah tu. Budak-budak, macamlah kau tak pernah rasa darah muda kan?" Pujuk Asmodeus tenang.

"Budak-budak? Umur korang ni berapa?" Sampuk Noaki yang sedari tadi berdiam diri.

Shiki dan Asmodeus menoleh serentak.

"Aku tak ingat umur aku berapa. Dah lama sangat ni, tiga ribu tahu kot?" Balas Shiki selamba.

"Huh? Tiga ribu tahun?" Tersedak Kotaro yang berada di samping Noaki kerana terkejut yang amat.

"Kenapa? Tak pernah jumpa orang setua tu ke?" Shiki jungkit kening tinggi. Hairan sungguh.

"Elf pun tak hidup selama tu. Kau rasa?" Jawab Kotaro.

"Oh, patutlah." Shiki tersengih. Namun tidak lama setelah kakinya di pijak Lucas.

"Auch! Kau dah kenapa?"Adu Shiki. Di jeling Lucas yang berada di sebelahnya sebagai amaran. Namun Lucas membalas tenang dengan sengihan.

"Jangan kepo sangat, " Tegur Lucas.

"Haih, yelah-yelah." Balas Shiki akur.

Tindakan Shiki yang berubah drastik itu tanpa sedar sudah menarik perhatian Oki yang berada di dalam badan Yosuke. Puas dia berfikir siapakah gerangan Shiki ini. Auranya yang berbeza sudah pasti berada jauh di atas Oki.

"Siapa kau Shiki?" Bisik Oki.

.
.
.
.
.

Di dalam bilik yang menempatkan Kirito pula. Terlihat Miyako menggenggam erat tangan lelaki itu. Bimbang jika dia akan kehilangan lelaki itu setelah ibu dan ayahnya. Bimbang jika dia tidak mampu untuk bersua muka lagi dengannya.

"Sedarlah awak. Saya rindu," Bisik  Miyako. Sudah puas dia menangis tetapi Kirito masih belum kuat untuk menyekat air mata itu. Tidak seperti sebelum ini.

"Kirito..,"

Miyako menghela perlahan nafasnya lalu seperti selalu, dia akan tidur untuk menemani Kirito.

Perlahan-lahan Miyako mengatur postur badannya yang berada di kerusi, lalu wajahnya disembunyikan di balik lengan Kirito yang matanya masih terpejam.

"Selamat malam Kirito,"

"Hmm... Selamat malam," Sahut seseorang. Tidak lama selepas Miyako lena ke alam mimpi.

Dia tersenyum nipis. Di usapnya rambut  gadis itu perlahan sebelum ubun-ubun Miyako di kucup.

"Terima kasih sudi tunggu aku," Bisiknya di cuping telinga Miyako, lalu pipi gadis itu pula menjadi sasaran kucupannya.



Continue Reading

You'll Also Like

376K 1.1K 16
cite aku treka dan tulis time 1st mco dulu
85.9K 11.6K 163
Di sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan...
16.3K 90 5
kisah menceritakan tentang kehidupan aku yang pertama kali kena batang orang lain
70.7K 240 13
HANYA SEKADAR HIBURAN SEMATA-MATA