Thriller : Wais Ayden ✓

By dsyaf_

395K 34.4K 3.2K

Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia buk... More

AKAN DATANG
1 | Yang ke-999
2 | Misi
3 | Dimulakan
4 | Agama Islam
5 | Red Is Back
6 | Suasana
7 | Tuan Ran
9 | Hampir Tertangkap
10 | Mimpi
11 | Hazril
12 | Keliru
13 | Puasa
14 | Lawatan Mesra
15 | Bom
16 | Wallpaper
17 | Majlis
18 | Kejutan
19 | Flashback
20 | Semakin Hampir
21 | Dalam Bahaya
22 | Sekali Lagi
23 | Gagal
24 | Senyum
25 | Amarah
26 | Hebat
27 | Raya
28 | Nur
29 | Pecah Rahsia
30 | Rimas
31 | Sempit
32 | Melawat
33 | Hayat
34 | Sakit
35 | Kali Terakhir
36 | Bang Bang!
37 | Jauh
38 | Rahsia
39 | Air Mata
40 | Hutan
41 | Risau
42 | Emosi
43 | Rakit
44 | Perasaan
45 | Marwah
46 | Kehadiran Marleeq
47 | Terkedu
48 | Percaya
49 | Terbongkar
50 | Ditipu
51 | Telah Tiba
52 | Licik
53 | Perjuangan
54 | Rahsia
55 | Tangisan

8 | Serbuan

7K 614 37
By dsyaf_


"Tuan Ran marah?" Ayden mengerut dahi.

Panggilan yang dibuat oleh Farhad membuatkan dirinya tak senang duduk, sudah lama nama Tuan Ran tidak didengari. Lelaki itu gemar hilangkan diri dan muncul secara tiba-tiba.

Misteri.

"Dia nak kau tambah misi, dapatkan cip dari Malik dan culik anak perempuan Malik."

Arahan Farhad sekali lagi membuatkan Ayden bingung, kenapa Tuan Ran nak anak perempuan Malik pula?

"Kenapa Tuan Ran nak si Marwah pula?"

"Manalah aku tahu syaithon, kau ikut jelah. Ni Affendi suruh sampaikan pada kau, ingat bunuh Malik, ambil cip, culik anak Malik."

Tup!

Panggilan ditutup, kenapa nak Marwah? Wanita itu ada menggodam sistem mereka ke sampai Tuan Ran nak dia?

Jam menunjukkan tepat pukul satu tengahari, kejap lagi Malik pasti akan ke rumahnya untuk ajaknya ke masjid dan mengaji.

"Assalamualaikum Wais!"

Ha kan dah datang!

Ayden pantas menggapai baju melayu lalu dipakai, songkok yang diberi oleh Farhad diambil lalu disauk ke kepalanya.

Sempat dirinya meneliti diri sendiri dihadapan cermin sebelum berlalu keluar, kang meroyan pulak orang tua tu.

"Lambat! Meh cepat, kamu bawaklah motor harini, ustaz nak rilek."

Wais hanya tersenyum lalu mengambil alih tempat Malik, tapi hanya tuhan yang tahu di dalam hatinya.

Sial punya orang tua!

Eh sekejap, hanya tuhan yang tahu? Wais ada tuhan? Cepat-cepat kepala digeleng lalu motor dibawa laju.

"Slow sikit Wais, kang mati tak sempat bertaubat."

***

"Bunga buat Awa." Ucap Hazril ceria.

Bunga yang diberi oleh Hazril disambut baik, sejak sekolah mereka berkenalan dan bersahabat baik.

Tipu jika dia tidak suka akan Hazril, seorang yang tampan, juga mempunyai hati yang baik, jika dia inginkan pertolongan tak pernah sekalipun Hazril menolak.

Saat Hazril melamarnya, itulah detik terindah.

"Hey, mengelamun pulak. Jom kita pergi makan."

Senyuman Hazril dan lesung pipit sentiasa menjadi idaman wanita diluar sana.

Namun senyuman itu hilang, dan wajah Hazril dipenuhi darah.

"Ril!" Marwah memandang sekeliling.

Wajah diraup, rambut dibetulkan. Hazril.. bisik hatinya, sungguh dia rindu.

Rindu kepada seseorang yang takkan kembali. Senyuman terukir, kalau sahaja Hazril masih hidup, mungkin kini mereka bergelar pasangan suami isteri.

Almari dibuka, terdapat baju pengantin yang masih baru di dalam plastiknya. Perlahan jari menyentuh manik-manik di busana itu.

"Ril, Awa akan cari orang yang langgar Ril. Awa sayang sangat dekat Ril."

Almari ditutup, jam di dinding menunjukkan pukul enam petang, tuala dicapai lalu tandas dituju.

Malam ini ada misi, nasiblah dia terjaga. Malam ini akan dikerah otaknya untuk menggodam dan sebagainya.

Selesai membersihkan diri dan solat, seluar longgar berwarna hitam dipakai, begitu juga baju. Tak perlu melawa, dia nak pergi kerja bukan nak jalan-jalan.

Sebaik sahaja solat maghrib, lokasi dituju. Kalau dia mati pada misi ini, dia berserah.

***

Ayden melangkah masuk club yang diberitahu oleh Farhad, katanya Affendi mahu berjumpa.

Bunyi kuat dentuman lagu yang berdetak tidak memberikan dia apa-apa reaksi.

Dia sudah biasa.

Sebaik sahaja tubuh Affendi, Xen dan Zara menyapa pandangan, laju langkah kaki diatur. Tapi langkah terhenti apabila dia melihat seorang wanita yang mencurigakan.

Dia sudah lama bekerja sebagai pembunuh, dan firasatnya jarang salah. Namun reaksi wajah dikawal.

"Ayden." Sapa Affendi.

Ayden pantas membuka butang blazer dan punggung dilabuhkan ke atas sofa empuk yang mewah itu.

"Macam mana lakonan setakat ni?"

"Baik."

Affendi mengangguk mendengar jawapan dari Ayden. Rokok disedut dalam lalu dihembus. Sampul berwarna coklat dilempar ke atas meja.

Ayden memandang Affendi lalu sampul yang dilempar itu diambil. Perlahan-lahan sampul itu dibuka dan..

Surat beranak? Dahi mula berkerut.

Nama : Wais Ayden bin Ahmad Yasir
Tempat Lahir : Hospital xx

Nama Bapa : Ahmad Yasir bin Salaman
Umur : 25 tahun
Keturunan : Melayu

Nama Ibu : Khadijah Yasmeen binti Abdullah
Umur : 22 tahun
Keturunan : Arab

Mata tajam memandang Affendi. Dia benci mengingati kesah lalu, tatkala ibu dan abahnya diseksa.

"Wais, tidur ya? Ibu dan abah ada kerja sayang." Yasmeen mengusap lembut rambut Wais.

Wais yang ketika itu berumur 7tahun memandang si ibu tidak berkelip. Mata bundarnya yang besar seperti kekeliruan.

"Tapi Wais nak ikut ibu dengan ayah."

"Tak boleh sayang, kerja ibu dan ayah adalah kerja yang bahaya. Wais tidur sini dengan paksu ya?"

Ayahnya yang sudah lengkap memakai seragam hitam sama seperti ibu hanya melemparkan senyuman. Sejak kecil mereka hidup berpindah randah.

Menurut cerita paksunya Yahya, ibu berkahwin dengan ayah yang datang dari golongan bawahan dan melakukan jenayah bahkan mereka tidak sedarjat, jadi kerana itu mereka sering dicari. Ibu merupakan keturunan Arab yang kaya raya dan ternama namun hidup seperti kaum Arab Jahiliyyah.

Selepas berkahwin, ayah mula berubah. Mempelajari agama islam, dan perkara itu membuatkan amarah neneknya semakin membara.

Di tambah pula perkahwinan yang tak direstui membuatkan mereka hidup tidak tenang, dicari diburu oleh nenek kandungnya sendiri. Sehinggalah ibu dan ayah mati diseksa.

Depan matanya,

Oleh neneknya sendiri.

Dan hari ini dia membenci agama sendiri atas perlakuan kejam wanita tua itu, neneknya sendiri yang bernama Yasmeena Khan.

Dia benci sebaris nama itu, dan kerana sebaris nama itu dia benci agama islam. Kejam, hanya kerana darjat mereka membunuh dan menyiksa.

Sehingga kini dia memilih supaya tidak percayakan tuhan. Untuk pengetahuan semua, orang pertama yang mati ditangannya adalah Yasmeena Khan, iaitu nenek kandungnya sendiri.

Dia benci, benci islam juga si tua tak guna itu.

"Ayden?" Tegur Affendi tatkala melihat Ayden tidak memberi sebarang balasan.

Kembali ke realiti, diri memandang Affendi, Xen dan Zara.

"Aku tak mahu surat beranak ini. Bakar sahaja." Sampul coklat itu diberi semula kepada Affendi.

"Tak, kau kena simpan. Bila-bila masa je kau perlukan ini. Dan ini, kad pengenalan kau."

Affendi menghulurkan kad berwarna biru itu. Tangan menyambut huluran itu dengan baik.

"Kita tak tahu selicik apa Malik, sepintar apa Malik, andai kata suatu hari nanti dia selongkar beg duit kau, atau barang peribadi kau. Tak adalah dia curiga."

"Semua orang dalam dunia, walau bohsia mesti ada kad pengenalan diri."

Kad pengenalan yang terpapar wajahnya diusap, tulisan beragama islam dilihat lama.

Dia benci islam yang kejam.

Wanita tua yang beragama islam tu bunuh ibu dan ayah depan matanya.

Seketika suasana club menjadi kecoh, Ayden mengetap gigi. Dia sudah agak, dari mula dia sampai, ada sesuatu yang tidak kena.

"Club sudah dikepung, sila serahkan diri dan bertenang!" Jerit satu suara.

Siapa lagi kalau bukan kapten Hanif. Marwah pasti ada disini. Macam mana dia tahu? Apa sahaja tentang Marwah dia tak tahu? Lebih-lebih lagi sejak ketua OH mahukan Marwah, terus dirinya menyuruh Farhad mencari tahu siapa rakan kerja Marwah.

Mask yang dibawa kemana sahaja dipakai, Affendi, Xen dan Zara menepuk bahunya dan terus lesap menghilangkan diri dengan menyelinap ke tingkat atas, mereka ada cara melarikan diri mereka.

Tapi tidak dia, dia masih punya misi.

***





Hambarnya hahaha

Continue Reading

You'll Also Like

101K 18.3K 31
Saat kau merasakan dirimu adalah sebuah beban, ada lagi yang merasakan dirinya adalah beban untuk segala-galanya. Darjat dan angka adalah segala-gala...
21.8K 1.9K 20
Berkahwin dengan artis terkenal malaysia bukanlah impian Aisara. Berkahwin bukannya kerana cinta, tetapi kerana si sang artis telah putus cinta. ...
197K 6.1K 68
Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass window. You have no rights to judge me...
73.7K 4.5K 33
LUKA SERIBU RINDU | YANA AGASSHI Mawar Safiya sungguh bencikan musuh sejak azalinya, Akram Hidayat yang selalu membulinya. Setakat masukkan cicak ke...