[√] Beautiful Mess || Seo Cha...

By changbingyu_

10.6K 1.9K 2.1K

Dua manusia yang terpaksa berkahwin atas permintaan mengarut mak ayah masing-masing!! Macam-macam hal yang be... More

prolog
cast
SATU🌌
DUA🌌
TIGA🌌
EMPAT 🌌
LIMA 🌌
ENAM🌌
TUJUH🌌
LAPAN🌌
SEMBILAN🌌
SEPULUH🌌
SEBELAS🌌
DUA BELAS🌌
TIGA BELAS🌌
EMPAT BELAS🌌
LIMA BELAS🌌
ENAM BELAS🌌
TUJUH BELAS🌌
LAPAN BELAS🌌
SEMBILAN BELAS🌌
DUA PULUH🌌
DUA PULUH SATU🌌
DUA PULUH TIGA🌌 (ending 🌈)
🌈Author's note🌈

DUA PULUH DUA🌌

300 52 48
By changbingyu_


Setahun kemudian (kali ni kita pergi jauh sikit)

"Aduh penatnya" Minjung terus bersandar di  sofa setelah baru balik daripada temu duga.

Hari semakin berlalu dengan sangat pantas dan kini, mereka telah pun menamatkan pengajian mereka sebagai pelajar universiti beberapa bulan yang lepas.

"Eo? Chagiya awalnya balik?macam mana interview?" Soal Changbin dan mengambil tempat disebelah isterinya.

"Eung, okay je cuma penat sikit" jawab Minjung dan terus bersandar di dada bidang milik Changbin. Tangan tidak lupa juga untuk memeluk erat pinggang milik lelaki itu.

"Hmm kesiannya dia penat" Changbin membalas pelukan Minjung dan mengusap lembut kepala gadis itu.

"Ermm sikit je penat..tapi bila dah tengok muka awak terus hilang penat saya" Minjung mengeluarkan kata-kata manis kepada Changbin dan membuatkan lelaki itu tertawa kepadanya.

"Ish kenapa!!! Tak kelakar la" Minjung melepaskan pelukan dan memandang Changbin dengan wajah cemberut.

"Tak ada la..sejak bila awak jadi manusia semanis gula ni??" Soal Changbin dengan sisa tawanya.

"Eish tch entah la" Minjung kembali memeluk Changbin.

"Macam mana..dapat tak kerja?" Soal Changbin.

"Ermm entah la..diorang cakap nanti diorang call balik haihh..susah rupanya cari kerja ni" ujar Minjung dan melepaskan keluhannya.

"Itu la..orang suruh kerja dengan saya taknak..berlagak..menolak" kata Changbin dan membuatkan Minjung melepaskan pelukan lagi lalu mencebik.

"Bukan taknak, cuma tak takut ke nanti orang cakap apa?" Minjung membuat andaian sendiri.

Bukan untuk mencari alasan dia tidak mahu bekerja di bawah lelaki itu malah dia takut akan pekerja lain akan mengutuknya dan mula bergosip tentang halnya. Mungkin dari segi suka berkepit dengan suami atau takut mengongkong..itu sahaja.

"Kenapa cakap macam tu? Siapa nak kutuk awak?meh sini saya sepak dia laju-laju" Changbin acah ingin menyepak orang dan membuatkan gadis itu ketawa.

"Tak ada siapa yang berani kutuk awak sayang..sebab awak kan garang..awak ada hak untuk marah diorang..mesti diorang takut dengan awak" kata Changbin sambil memegang dagu milik Minjung.

"Tch! Apa-apa je la..dah la saya nak mandi" Minjung segera masuk ke dalam bilik untuk membersihkan dirinya.

___××___

"Seo Changbin!!!!!" Lantang suara Minjung memanggil lelaki itu.

"Haih mana manusia ni? YAHHH SEO CHABGBIN!!!"

1....2.....3

Lelaki itu langsung tidak memunculkan dirinya dan membuatkan Minjung sendiri perlu pergi melihat apa yang lelaki itu sedang buat di dalam bilik.

"Yah Seo Chang- aishh patut la pekak" Minjung melangkah masuk ke dalam bilik dan terus berdiri di sebelah Changbin yang sedang leka bermain telefonnya sambil mendengar lagu menggunakan airpodsnya.

Changbin yang sedar akan kehadiran gadis itu terus menanggalkan airpods dan memandang gadis itu.

"Apa?" Tanya Changbin apabila melihat gadis itu sedang mencekak pinggang di sebelahnya.

"Tengok apa tu? Saya panggil awak langsung tak dengar" kata Minjung.

"Oh, mianhae chagiya" Changbin menarik tangan Minjung menyuruh duduk di sebelahnya. Tangan kanan memeluk erat pinggang gadis itu manakala tangan kiri sibuk mengscroll screen telefon.

"Apa ni?" Soal Minjung apabila melihat Changbin yang sedang scroll seseuatu di screen telefonnya.

"Saya tengah pilih tempat untuk kita vacation nanti" jawab Changbin.

"Yeke?" Tanya Minjung. Sudah lama dia ingin pergi bercuti tetapi tidak berkesempatan jadi dia agak terkejut apabila Changbin mengajaknya pergi bercuti

"Ermm betul la..kenapa taknak?" Soal Changbin

"Eh nak laa siapa kata taknak?" Minjung merampas telefon dari Changbin dan mula mencari tempat yang menarik.

Changbin hanya memandang Minjung sambil tersenyum. Melihat gadis itu gembira membuatkan dirinya turut rasa benda yang sama.

"Awak dah pilih ke tempat? Saya tengok semuanya menarik hmmm" tanya Minjung dan matanya masih fokus melihat lokasi yang menarik.

"Dah" jawab Changbin pendek dan itu membuatkan Minjung memandangnya.

"Laju betul..nak tengok boleh?" Pinta Minjung sambil membuat muka manja dihadapan lelaki itu. Tangannya merayap dipipi Changbin dan mula menarik pipi gebu lelaki itu.

"Erm tak boleh" Changbin menggeleng kepala sebelum mencium pipi Minjung sekilas.

"Tch kedekut..dah la" Minjung terus keluar dari bilik manakala Changbin pula mengekori dari belakang sambil memanggil nama gadis itu.

"Yah, Minjung-ah~ Lee Minjung! Seo Minjung~Minjung!Minjung! Baby!chagiya~" pelbagai nama yang disebut oleh Changbin malah sedikit pun Minjung tidak menoleh memandangnya.

Akibat hanya menghiraukannya, changbin terus menggunakan cara dengan memeluk gadis itu dari belakang dan mencium pipi gadis itu.

"Mianhae chagiya..saya tak bermaksud pon taknak bagitau awak..nanti kalau saya bagitau awak habis la tak surprise hmm" pujuk Changbin dengan nadanya dibuat manja.

Minjung yang dari tadinya menahan tawa terus meletus kerana tidak tahan dengan telatah Changbin.

"Yahh awak buat-buat merajuk ke?" Changbin terus melepaskan pelukannya dan memusingkan Minjung menghadapnya.

"maaf la..saya saja je nak tengok awak pujuk saya macam mana ahahahahahah" jawab Minjung dengan sisa tawanya yang masih ada.

"Tch! Aishh nasib sayang" ujar Changbin lalu tersenyum.

___××___

"Minho..nak pergi mana tu?" Tanya Puan Shin apabila melihat anak terunanya itu mahu keluar dari rumah.

"Nak keluar jap eomma..kenapa?" Jawab Minho dan memandang Puan Shin yang sedang menggubah bunga di ruang tamu.

"Eomma tanya je..hmm pergi la..jangan balik lewat pulak" pesan Puan Shin dan Minho hanya mengangguk lalu terus keluar dari rumah.

Setelah sampai ke destinasi yang dituju, Minho terus masuk ke dalam kafe dan berjalan ke arah rakannya yang sedang berkumpul.

"Yow" sapa Minho sambil menepuk kuat belakang Chan.

"Auwhh!! Sakit la bangang!" Chan memandang tajam ke arah Minho yang duduk di sebelah Hyunjin. Ingin sahaja dia balas balik tetapi dia hanya biarkan sahaja dulu dan tunggu masa yang sesuai untuk membalas balik.

"Lambat hyung datang...ada hal ke?" Tanya Jeongin.

"Tak ada la..hyung bangun lewat tadi sebab tu lambat" jawab Minho lalu menghirup sedikit air yang berada disebelahnya.

Hyunjin yang berada disebelahnya hanya redha kerana airnya juga yang menjadi mangsa.

"Sedap air ni" ujar Minho dan beri semula air kepada Hyunjin.

"Hmm air free memang sedap..cuba hyung beli sendiri lagi sedap" balas Hyunjin dan Minho hanya tergelak apabila melihat muka Hyunjin yang redhanya tidak boleh bawak bincang.

"Rilek ah..nanti hyung belanja kau" Minho menepuk bahu Hyunjin dan terus lelaki itu tersenyum lebar apabila dengar sahaja Minho mahu belanja dia.

"Mana Changbin? Dia tak kumpul sekali?" Soal Minho kepada yang lain dan mereka hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Yohhh!!" Lantang sahaja suara itu. Masing-masing yang berkumpul di meja itu mula memandang ke arah gerangan tersebut.

"Aish aku benci dia buat macam tu" Minho mengeluh sambil memejam matanya rapat manakala yang lain sudah ketawa.

"Nasib tak ada orang tau..kalau ada orang dah lama kerusi kosong ni melayang dekat kepala kau Changbin" kata Minho lagi sambil memandang tajam ke arah Changbin yang sedang duduk di sebelahnya.

"Ah mian hyung" ujar Changbin sambil tersengih. Air yang berada di hadapannya diambil lalu dihirupnya sedikit bagi menghilangkan rasa dahaganya.

"Aigo aigo nak mampus budak ni hmmm" kata Chan dan hanya memandang sahaja airnya dikebas oleh Changbin.

"Apa teruk sangat korang ni? Air tak boleh nak order ke? Tadi Minho hyung..sekarang Changbin hyung pulak haihh" kata Felix lalu menggeleng kepala.

"Apa-apa je la..oh ni nak tanya, korang ada buat apa-apa tak hujung minggu ni?" Soal Minho dan yang lain hanya menggeleng kepala tanda tidak ada apa-apa aktiviti yang hendak dibuat.

"Aku ada" Changbin mengangkat tangannya.

"Pergi mana?" Soal Hyunjin

"Bercuti dengan Minjung" jawab Changbin. Dengar sahaja bercuti terus yang lain nak ikut bersama.

"Nak ikut wey..aku lama tak bercutii boleh?" Soal Chan dan medapat gelengan daripada Changbin.

"Hyung aku boleh jadi driver kau tauu..cakap je nak pergi mana aku bawak" pelawa Jisung dan Changbin hanya ketawa.

"Kau merepek apa ni Jisung? Haihh korang ni kacau la aku nak bercuti dengan wife aku pon nak mencelah ke? Shhh jangan sibuk please" ujar Changbin dan yang lain mula membuat muka menyampah. Mentang-mentang dah bahagia.

"Ceh tak ingin pun la nak ikut hyung" Jisung menjeling changbin.

"Amboi tadi siapa cakap nak jadi driver tadi?hmmmmm?" Changbin sengaja mengusik Jisung dan dengan segera Jisung berpaling ke arah lain.

"Ceh perangai tak boleh bawak bincang betul" kata Seungmin lalu menggeleng kepalanya. Dia pun pening hendak melayan kesemua perangai rakannya itu.

___××___

"Suka ria nampak? Ada berita gembira ke?" Soal Yeji apabila melihat riak wajah rakannya yang berseri itu.

"Haah..cuba teka apa dia" Minjung mengangkat keningnya.

"Changbin bagi card credit lebih?" Teka Yeji dan minjung menggeleng.

"Wait- jangan cakap kau mengandung!" Yeji menekup mulutnya sambil membulatkan matanya.

"Yahh awal lagi la ish..apa fikir sampai ke situ" Minjung mengerutkan wajahnya. Tidak sangka yang rakannya akan berfikir sejauh itu.

"Habis tu apa? Kau ingat aku rajin ke main teka teki dengan kau" Yeji menjeling. Malas hendak bermain lagi sedangkan semua yang dia teka tidak tepat.

"Hurmm okay aku bagitau..hujung minggu ni aku nak bercuti dengan Changbin" ujar Minjung sambil tersenyum.

"Lorh bercuti sampai tersenyum macam ni sekali? Hmm ingat kan dapat apa benda..haih apa-apa je la" balas Yeji dan Minjung mencebik. Susah dapat member yang tak happy untuk member.

Tbc

Maybe mlm ni ending dia :)

Continue Reading

You'll Also Like

7.6K 439 16
Pada mulanya tak percaya tapi kalau dah nampak dia bertukar depan mata takkan lah bergurau "Kau tak ingat aku??" "Ingat?? Bukan ke kita baru berjumpa...
84.4K 7.4K 21
Kenapa dia asyik minta maaf? Walaupun bukan salah dia? First story . Baca kalau nak tahu cerita . >_< Start: 28 Mac 2016 ( 5:30 p.m.) End: 29 Mac...
17.9K 519 16
"we meet again my love" -Tengku Adrian Arasyah Seorang jejaka Yang merupakan musuhnya ketika waktu kecil muncul kembali Dalam hidup Mikayla. Dipaks...
26.2K 2.9K 36
|| sᴏʀʀʏ ɪғ ɪ'ᴍ ɴᴏᴛ ᴘᴇʀғᴇᴄᴛ || •• ❝ ᴛɪᴀᴅᴀ ʀᴀsᴀ ʏᴀɴɢ ʟᴇʙɪʜ sᴀᴋɪᴛ ᴍᴇʟᴀɪɴᴋᴀɴ ʀᴀsᴀ ᴋᴇʜɪʟᴀɴɢᴀɴ ❞ START DATE : 6 FEBRUARY 2018 END DATE : 18 MAY 2019 STA...