SAPTA ADHYASTA

By mynameismas

14.7K 2.1K 1.2K

Tatkala kemurnian jiwa manusia hilang dek dendam dan serakah maka perjanjian dengan Sang Terkutuk pasti akan... More

-1-
-2-
-3-
-4-
-5-
-6-
-7-
-8-
-9-
-10-
-11-
-12-
-13-
-14-
-15-
-16-
-17-
-18-
-19-
-20-
-21-
-22-
-23-
-24-
-25-
-26-
-27-
-28-
- 29-
-30-
-31-
-32-
-33-
-34-
- 35-
-36-
- 37-
-38-
-39-
-40-
- 41-
- 42-
-43-
-44-
-45-
-46-
-47-
-48-
-SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG-
-WALANG KESUMA-

-EPILOG-

212 27 38
By mynameismas

Langit kelihatan tinggi sekali memayungi kawasan berbatu nan tandus tersebut. Juraian awan yang nipis terapung tenang di langit Selatan seakan-akan membiarkan sinar matahari berleluasa menyentuh permukaan tanah keperangan dengan bonggolan batu di mana-mana.

Jabal Arafat. Terletak di arah timur Mekah. Sebuah kawasan berbukit berketinggian kira-kira 70 meter yang didominasi dengan warna keperangan daripada batuan granit.Lebih dikenali dengan nama Jabal Rahmah. Puncak yang menyaksikan junjungan SAW menyampaikan khutbah terakhir kepada umat Islam yang bersama baginda mengerjakan ibadat haji sebelum wafat.Juga tempat pertama Nabi Adam AS dengan Hawa bertemu semula selepas diperintahkan turun ke dunia.

Dari kejauhan, warna perang bukit tandus tersebut hanya diselang-seli dengan bintik putih pakaian ihram para jemaah seakan sekawan semut yang bertatih mendaki bongkahan batuan secara perlahan-lahan.

Meski matahari tegak di atas kepala, angin yang berhembus perlahan-lahan seperti berjaya mengusir haba panas dan menjadikan kawasan tersebut mewah dalam limpahan cahaya matahari tetapi tidak panas seperti kelaziman cuaca di kawasan gurun.

Punat tasbih digital yang melekap pada jari telunjuk kanan ditekan setiap kali langkah diatur menapak permukaan kasar jalan berbatu menuju ke puncak Jabal Arafat.Menggumamkan takbir di dalam hati seiring langkah yang diatur tidak tergesa-gesa.

Seperti memberikan peluang kepada Indah untuk menikmati masanya sendiri, ahli keluarga yang lain yakni ibu-ayah-kakak dan datuk serta neneknya sudah puluhan langkah di hadapan. Mendaki tangga batuan sambil sesekali menoleh ke belakang bagi memastikan anak itu tetap berada dalam jangkauan penglihatan mereka.

Indah yang sememangnya tidak suka bercakap bertukar menjadi lebih pendiam sejak kejadian tersebut. Ketika rancangan menunaikan umrah seisi keluarga itu seperti akan dibatalkan demi melihatkan keadaan Indah yang masih belum pulih sepenuhnya, dia yang paling kuat menentangnya dan berkeras agar rancangan tersebut diteruskan.

Walaupun keadaan fizikalnya tidak membimbangkan tetapi jelas kepada mereka kejadian aneh yang menimpa Indah beberapa bulan lepas itu seakan-akan meninggalkan trauma kepadanya.

Mengalami hal tersebut pasti jauh lebih membingungkan berbanding hanya mendengarnya.Dan bagi Indah sendiri, ia merupakan pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan sepanjang hayatnya.

Indah kadangkala tidak tahu bagaimana hendak menisbahkan hal tersebut dengan logik akal kerana ia berada di luar nalar.Malahan pengalaman derianya terasa begitu nyata sehingga dia sendiri sukar membezakan apakah segala yang berlaku tersebut merupakan realiti ataupun sekadar mimpi mainan tidur.

Semuanya nyata. Tun Indera, Aduka, Abu Zarr, Abu Wassim dan juga Tun Fatimah serta bingkai wajah Penghulu Paduka Haji. Bukan itu sahaja. Bagaimana mereka terlibat dalam perseteruan aneh,pertempuran ketika pertama kali menjejakkan kaki ke permukiman Pauh Janggi malahan peristiwa ketika dia dilarikan ke dalam gua itu terlalu jelas untuk dikatakan sebagai khayalan.

Pun begitu, seperti yang telah Indah sematkan baik-baik ke dalam hatinya-dia tahu kejadian tersebut hanyalah salah satu asbab untuk kejadian lain yang lebih besar hikmahnya. Tidak lagi melihat kelibat aneh merupakan antara hal yang amat disyukurinya.

Dia tidak tahu bagaimana hal tersebut boleh berlaku tetapi sebaik sahaja kembali tersedar daripada koma beberapa bulan yang sudah, sepertinya dia sudah sembuh daripada sakit yang dihidapinya sejak kecil itu.

Ya. Dia perlu membuka lembaran baru dalam hidupnya dan diberikan peluang untuk berkunjung ke tanah berkah pilihan Allah itu antara titik permulaan dalam fasa kehidupannya sebagai seorang Indah Nasuhah yang normal.

Dia ingin kembali semula ke tanah air selepas menyelesaikan rukun Umrah nanti sebagai seseorang yang baru. Seseorang yang lebih mentaati agama dan mencuba sehabis daya untuk menyelesaikan urusan agama dengan sebaik-baiknya. Menjadi seorang anak yang lebih baik untuk kedua-dua ibu bapanya. Menjadi cucu yang tidak lagi menimbulkan kerisauan kepada datuk dan neneknya ataupun menjadi seorang adik yang boleh dibanggakan.

Sementara itu, sepasang kaki bercapal tersebut menapak perlahan-lahan. Melangkah dalam jeda masa tertentu cuba untuk tidak terlalu perlahan sehingga mengganggu jemaah yang lain ataupun tidak terlalu pantas ke hadapan. Boleh. Tetapi dia memilih untuk menapak satu demi satu.

" Parit Keropok Parit Sakai,
Sama tengah Parit Keruma.
Selagi tak reput bunga setangkai,
Belum tahu siapa yang punya"

Bersama bait pantun yang melenggang kemas dalam suara berat pada telinga, imbasan minyak wangi yang amat dikenalinya hinggap pada deria bau.Sepantas kilat dia menoleh lalu menjarakkan diri daripada bingkai wajah yang berjarak hanya beberapa sentimeter daripadanya itu. Terperanjat. Hampir kakinya terpeleset.

Wajah dengan bingkai kukuh serta deretan gigi yang bersih itu sedang menyeringai nakal ke arahnya.

Sambil mengetap gigi, siku dilipat kejap lalu ditujahkan ke arah perut yang beralas kurta putih dan labuh mencecah lutut itu membuatkan sang empunya tubuh melenguh berat. Senak.Tertunduk mengusap perutnya sendiri.

" Buat lagi! " Ujarnya mencerunkan penglihatan petanda tidak berkenan dengan gurau si sahabat " Kan dah mendapat !"

" Sepertinya pernah dilihat. " Ibu jari yang menunding seseorang nun di hadapan sana menggaru pula bingkai dagu " Tapi di mana ya? "

Dia diam tidak menanggapi apa-apa.Tahu tetapi buat-buat lupa. Mana mungkin dia mahu berpanjang mulut kepada sang sahabat ini kerana dia arif akan ke mana hala perbualan mereka selepas ini.

Sang sahabat,si penggemar prosa-prosa klasik dan pemantun hebat itu akan meleret-leret hingga menghinggapi teorinya tentang takdir apatah lagi tanah suci yang sedang mereka daki itu sangat sinonim dengan tempat di mana Allah mengaturkan pertemuan antara Nabi Adam AS dengan Hawa.

Tahu sahajalah perangai pelik pemuda bernama Muhammad Absyar itu. Jiwa seniman yang terperangkap dalam tubuh seorang peguam syariah tetapi sangat dinikmatinya pula dengan penuh bangga.

Sudah tentu dia mengingati gerangan susuk yang dimaksudkan Absyar kerana sememangnya mereka pernah bertemu sebelum ini. Jika dikhabarkan kepada Absyar, pertemuan pertama mereka mungkin kedengaran masuk akal.

Kem pelarian Deir Al-Ballut yang terletak bersempadan dengan Turki. Khemah-khemah yang dipacak sebarangan tanpa
mendapat sebarang kemudahan asas dan perkara paling menyedihkan adalah wanita dan kanak-kanak merupakan kumpulan terbesar yang berlindung di kem tersebut.

Rombongan seramai 15 orang sukarelawan daripada Universiti Taibah yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar perubatan sudah tiba di kem pelarian tersebut tiga hari lebih awal dan kedatangan rombongan sukarelawan daripada pertubuhan Mercy Malaysia sangat dialu-alukan memandangkan mereka sememangnya kekurangan kakitangan untuk membantu mengagihkan barang.

Khemah yang menjadi pusat perubatan sementara sememangnya tempat yang sibuk dengan rawatan kepada para pelarian yang mengalami masalah kesihatan.

Disitulah pertama kali dia melihat gadis tersebut. Di sebelah Jalur Gemilang yang disulam kemas ke jaket luarnya jelas tertera nama- Indah.Susuk tidak banyak bicara tetapi selalu tahu apa yang akan dilakukannya petanda dia bukan asing dengan rombongan bantuan kemanusiaan begitu.

Pertemuan kali kedua, sudah pasti akan menjadi bahagian paling tidak masuk akal daripada keseluruhan cerita. Super aneh malah. Siapa sangka mereka sebenarnya terikat dalam satu lingkaran takdir yang bukan biasa-biasa?

Indah Nasuhah. Gadis yang ditemuinya ketika misi bantuan ke kem pelarian Deir Al-Ballut ialah gadis sama. Keturunan yang pernah terlibat dalam cerita gelap keluarganya sendiri.

Hanya sahaja pertemuan yang telah mencecah dua kali, dia tidak pernah berkesempatan untuk bertegur-sapa. Malahan ketika Pakchu Deris menghubunginya dengan membawa khabar bahawa gadis tersebut sudah tersedar, dia sedang dalam perjalanan ke lapangan terbang kerana cuti semesternya hanya berbaki 3 hari sahaja lagi.

Malahan ketika Abu Hanbal menyerahkan senarai nama para rombongan jemaah umrah dari Malaysia dua hari lepas, nama Indah Nasuhah segera mengingatkan dia kepada kejadian aneh semasa di Pusat Perubatan Al-Quds beberapa bulan yang sudah.

Pun demikian, sebagai muttawif yang akan memandu rombongan tersebut semasa melakukan ibadah umrah dan ziarah-dek kesibukannya menyiapkan helaian demi helaian tesis yang semakin menghampiri tarikh akhir, dia masih juga belum sempat bertemu dengan mereka terutama sekali lelaki pertengahan usia yang dikenalinya sebagai Pakchu Deris itu.

Melihat senarai tempat yang akan mereka kunjungi keesokan harinya setelah menyelesaikan rukun Umrah,malam nanti merupakan waktu terbaik baginya untuk bertemu mereka.

Menziarahi Jabal Abi Qubis dan Darul Arqam bin Abi Al-Arqam antara aktiviti rombongan tersebut sebagai tempat yang akan mereka lawati nanti dan pasti tidak manis jika dia tidak memperkenalkan diri sebagai muttawif yang akan membawa mereka menziarahi tempat-tempat bersejarah di bumi Mekah itu.

Selesai solat Maghrib dengan bersiap ala kadar, kening Absyar sudah naik dua tiga kali seraya melayangkan senyuman khas jika sedang mengusiknya tetapi dia buat-buat tidak nampak walau di dalam hati Tuhan sahaja yang tahu betapa teringinnya dia hendak menggondoli alis pemuda yang satu itu.

Absyar itu makin dilayan makin menjadi!

" Assalamualaikum.. "

Tanpa teragak-agak dia memberi salam ketika melihat Pakchu Deris dan dua tiga orang lelaki sedang berbual-bual sesama sendiri entah membicarakan tentang apa.

Serentak mereka menoleh dan menjawab salam namun tiba-tiba sahaja ada seseorang yang berdiri dengan jari tertunding. Berwajah tidak percaya. Mata
pemuda itu membola. Lalu tanpa basa-basi, tubuhnya dipeluk kejap.

Naufal Hatta!

" Tun Indera! "

Bukan sahaja sang empunya tubuh malahan yang lain-lain juga tergamam melihat bagaimana Naufal memaut susuk tubuh yang berbalut jubah putih tersebut.Mendengar nama tersebut,pantas Indah menoleh dan sama seperti Naufal, dia juga tergamam beberapa detik.

" Tun Indera? " pemuda itu meleraikan pelukan kejap Naufal sambil tersenyum sedikit " Siapa Tun Indera? "

" Ttappiii..." Naufal menatapnya dengan mata terbeliak dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas seakan dia merupakan sang sahabat yang sudah lama tidak bertemu.

" Assalamualaikum,Naufal." senyumnya bertambah lebar " Naufal sihat? "

Seakan cuba meleraikan kejanggalan tersebut, Haji Abbas ketua muttawif dari Al-Saudh Travel & Tours itu cepat-cepat mencelah.

" Tuan-tuan. Saya perkenalkan. Muttawif yang akan membawa tuan-tuan untuk aktiviti ziarah esok."bahunya ditepuk dua tiga kali.

" Assalamualaikum semua. Perkenalkan.Nama kita Ahmad Fahri bin Ahmad Hasyim."

Naufal seakan-akan meromok sendiri ketika bingkai wajah tersebut memandanginya dengan senyuman yang tidak putus-putus. Tubuhnya. Wajahnya. Senyumannya malahan segala sesuatu pada susuk tubuh pemuda itu saling tidak tumpah dengan Tun Indera.

" Aaddukkkkaaa..?? "

Fahri menoleh ke belakang dan segera pandangannya bertembung dengan riak hairan Absyar yang ditunding dengan telunjuk yang sedikit menggeletar. Sekali lagi.

Maha Tinggi Allah yang menciptakan segala-galanya. Rahsia dan perancangan yang terlalu hebat dan tidak terjangkau oleh fikiran manusia lemah sepertinya.

Fahri mengumbar senyumanya tanpa sedar apabila mendadak pandangannya bertembung dengan binar mata terkejut Indah Nasuhah.Sedetik ,lalu mengalihkan tatapannya seraya kembali menyalami Pakchu Deris yang menjabat tangannya kejap. Erat sekali .

" Maha Tinggi Allah, Fahri." ucap lelaki itu sambil merengkuhnya ke dalam pelukan yang kukuh.

" Maha Besar Allah yang memiliki segala kekuasaan di langit dan di bumi,pakcik.Kita hanyalah hamba-Nya yang tidak punya apa-apa "

-AKHIR KALAM-

Continue Reading

You'll Also Like

68.9K 10.2K 104
Aerith Jane nak sangat buktikan pasukan hoki ais perempuan pun boleh setanding dengan pasukan hoki ais lelaki akademi mereka. Dua pasukan berbeza, ka...
278K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.
138K 4.4K 30
Demi cinta, dia mengorbankan segala kebahagiaan diri dek trauma terhadap kisah pada masa silamnya. Tanpa ragu, tanpa gentar, tanpa diluah apa yang te...
32.3K 685 24
Tya tidak sangka walaupun sudah hampir 2 tahun dia mendirikan mahligai indah bersama Nadzhan, suami itu masih dibayangi cinta pertamanya, Ain Nabehah...