The Lost Princes | BBB |

By Kuroo_12

2.8K 340 320

[Hiatus until entahlah tak pasti] Nama aku Gempa dan aku nak tanya korang sesuatu. Apa feel kau bila hidup de... More

00 - Prolog
01 - Start
02
03
04 - Perjumpaan
05 - Sekolah?
06 - Akademi Bandar Rintis
08 - Hari Pertama

07 - Roommate

312 38 36
By Kuroo_12

"WOAAHHH MACAM MANA KAU BUAT TADI TU?"


'Ah sudah. Macam mana aku boleh tak sedar dia datang ni?' Gempa memandang datar ke arah budak yang berada di depan pintu itu.


'Mata biru. Muka ceria...'


'Kenapa aku macam pernah nampak muka dia ni?'


Budak bermata biru itu terus pergi ke arah Gempa dan memegang bahunya dengan kuat. Matanya dipenuhi dengan perasaan teruja dan ingin tahu.


"Wehhh, bagitahulah aku macam mana kau buat tadi tu," dia mengoncangkan badan Gempa dengan kuat sehingga muncul bintang-bintang di atas kepalanya.


Gempa lantas memegang kedua-dua tangan budak itu dengan kuat untuk menghentikannya. Dia merenung budak itu dengan tajam. Aura gelap mula keluar dari badan Gempa.


"Kau ni siapa pulak sedap-sedap je masuk bilik ni tak ketuk pintu lepastu suka-suka hati je main terjah orang hah?" budak bermata biru itu mula mengecil kerana ketakutan.


"Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau tak, memang roh aku datang kacau kau balik sampai bila-bila," peluh dingin mula keluar dari budak itu.


"E-e-err, n-nama a-aku T-T-Taufan," katanya. "Masa aku masuk sini tadi aku t-ternampak kau buat apa yang tadi tu— ha apa benda yang kau keluarkan barang tu ha."


'Dah kenapa budak ni tergagap teruk ni ha? Aku ni seram sangat ke?' Gempa menyengetkan kepalanya melihat Taufan yang berpeluh teruk itu.


"Selama ni aku tak pernah nampak ada orang yang guna magic macam tu. Jadi aku...macam curious ha gituu," sambung Taufan. Kemudian dia megelap peluh yang asyik mengalir di dahinya.


"Magic aku guna tadi tu untuk summon barang yang aku dah tetapkan sebelum ni. Lagipun aku sebut re-summon. Kiranya aku seru balik barang-barang tu," jelas Gempa.


"Lagi satu kan, guna magic selain waktu sekolah tak dibenarkan kalau tak silap aku. Sebab tu aku buat cepat-cepat tadi. Nanti kalau kantoi dengan cikgu tak pasal-pasal kena denda free," sambungnya.


"Ah, aku lupa nak perkenalkan diri. Nama aku Gempa," dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Taufan.


Taufan tersenyum lalu menyambut tangan Gempa. "Jadi kau tak boleh ajar aku la ni?" Taufan menelengkan kepalanya.


"Nampak gayanya macam tu lah. Nanti dalam kelas ada la cikgu ajarkan tu," balas Gempa.


"Alaaaaaaaaa."


"Sudah la tu wei. Kau tu baru je sampai sini. Lebih baik kau kemas barang-barang kau dulu lepas tu rehat. Kalau tak silap aku malam ni ada taklimat tentang aturcara aktiviti esok," kata Gempa sambil menyusun harta-harta yang baru dikeluarkannya tadi.


"Aye sir!"


Lalu mereka berdua pun meneruskan aktiviti mengemas bilik dengan aman damai untuk beberapa ketika.


Skip time selepas habis mengemas bilik ditaja oleh lipas di dapur


Gempa dan Taufan terbaring di atas katil masing-masing kerana kepenatan.


"Wei Gempa."


"Hmm, apa dia?"


"Bilik ni untuk tiga orang kan?" tanya si Taufan.


"Haah, kenapa kau tanya," Gempa yang masih kepenatan meletakkan lengannya di dahi.


"Mana lagi seor—"


TOK TOK TOK!!!


Taufan yang belum habis bertanya terus terbangun daripada posisi pembaringannya setelah mendengar ketukan yang kuat itu.


"Ha Taufan, alang-alang kau dah duduk tu tolonglah buka kunci pintu tu," Gempa melemparkan senyuman mengejek yang manis kepada Taufan.


Maka Taufan pun terpaksa pasrah membangunkan dirinya untuk melangkah ke pintu sambil diiringi dengan bebelan kecil dari mulutnya.


"Siapa pulak yang pergi ketuk-ketuk pintu petang ni? Orang tengah nak rehat pun susah. Eiiyai geramnya akuuu," maka Taufan pun tiba di hadapan pintu lalu membukanya dengan malas.


"Ye, ada apa ye datang sini? Kalau nak bagitahu pasal aktiviti malam ni aku dah tah-"


"Bilik aku dekat sini," lelaki yang berada di hadapan pintu itu memandang Taufan dengan muka kau-dah-kenapa-nyah.


"Oh," Taufan membuat muka (°o°)


Bayangkan Upan buat muka lebih kurang macam ni.

#yuujiisprecious #protecthimwithallcost


"Tepi. Aku nak masuk," lelaki itu menjeling tajam ke arah Taufan. Mukanya yang menyeramkan ditambah lagi dengan iris merah delimanya membuatkan Taufan menggigil ketakutan sekali lagi.


Kesian dia. Tadi dah kena marah dengan Gempa, lepas tu kena marah lagi dengan orang lain. #taufanlivesmatter


"Yo orang baru, nama kau siapa? Aku Gempa," Gempa cuba menyapa budak itu yang kelihatan badmood disebabkan oleh si makhluk biru— Taufan.


"Halilintar. Panggil Hali," balasnya.


"Ara ara~ 'a man of few words' gitu," kata Gempa dengan nada mengejek.


Halilintar menggulingkan matanya ke atas. "Diamlah kau."


"Ada mulut kena lah guna untuk bercakap dengan makan. Tapi sekarang ni tak ada makanan jadi kita perlu bercakap," sampuk Taufan yang sedang berjalan menghampiri mereka berdua.


Urat mula timbul di atas kepala Hali akibat menahan marah. Tangannya yang dari tadi digenggam mula menggeletar.


TING!

DUSH!!

BUKK!!!


"Apa salah akuuu," Taufan terkulai di atas lantai ditemani dengan benjol berketul-ketul atas kepalanya.


"Semoga dicucuri udang," kata Gempa yang memandang ke atas kononnya roh Taufan dah terbang ke langit.


"Dasar makhluk biru annoying," Hali menolak Taufan yang dah K.O. itu ke tepi lalu meletakkan begnya di atas sebuah lagi katil yang masih kosong.


'Budak Hali ni pun, aku rasa macam pernah nampak,' monolog Gempa.



****************



"Hali, kau dah tahu ke pasal taklimat malam ni?" Gempa mula bersuara untuk memecahkan kensunyian.


Mana Taufan? Masih K.O. tapi sekarang dia dah tertidur atas lantai.


"Tahu. Masa on the way ke sini cikgu ada bagitahu," balas Hali yang sedang tekun menyusun barang-barangnya.


Gempa menganggukkan kepalanya. "Kalau kau dah siap nanti kita gerak pergi dewan. Aku nak kejutkan Taufan."


"Hm."


Gempa bangun dari katilnya lalu pergi ke arah Taufan yang sedang nyenyak dilambung mimpi. Dia menepuk bahu Taufan separa kuat.


"Oi Fan. Bangun woi. Sekejap lagi kita kena gerak pergi dewan," Taufan masih tidak bergerak. Sayang tidur la katakan.


"Hmm, lima minit lagi..." balas Taufan dengan malas.


"Ke kau nak aku kejut kau guna kuali ni?" Gempa mengeluarkan kuali yang dibawanya bersama.


Terus terbeliak mata Taufan mendengar ugutan Gempa. Badannya yang terasa lemau turut menjadi segar setelah melihat kuali 'sakti' yang Gempa keluarkan.


"Dah dah. Aku dah segar ni. H-h-ha jom gerak pergi dewan," kata Taufan yang berpeluh ketakutan. Hali yang berada tidak jauh dari Taufan pun turut berpeluh dingin melihat Gempa.


KETAK!


"Aku dah kunci pintu. Dah jom," kata Hali lalu mula membuka langkah ke arah dewan. Taufan dan Gempa juga mula mengekori Hali yang berada di hadapan.


"Andai kau dapat tahu akan kebenaran, jangan jadikan ia sebab untuk kau berpecah-belah dengan rakan-rakanmu."


"Huh?" Gempa menoleh ke belakang. Tak ada orang.


'Suara siapa pulak tadi tu?' bisik hati Gempa.


"Gempa! Cepatlah! Nanti tak ada tempat nak duduk," jerit Taufan. Gempa yang tersedar dari lamunannya terus berlari ke arah Taufan dan Halilintar.


"Kejap!"

Continue Reading

You'll Also Like

373K 2K 5
Cerita ini sekadar fantasi yg mengiisahkan seorang jururawat yg dirogol dan akhirnya ketagih. Tanpa disangka suaminya yg lemah mengizinkannya untuj t...
214K 1.2K 15
Hye korang... Now aku nak share semula satu cerita best yang aku selalu baca dari dulu lagi... Tapi aku pun x tahu laa cerita ni kejap ada kejap xda...
1.8M 4.3K 24
Sebuah kisah isteri ke arah cuckold
3.3K 656 1
"Tak guna punya jantan!" KEPERCAYAAN Jina punah serta-merta apabila hubungannya bersama Tengku Hayyan diputuskan atas pemakaiannya pada malam itu. R...