ᴄᴏᴜsɪɴs² ⁿᶜᵗ ʲᵘⁿⁱᵒʳ [HIATUS]

By emirrisya

3.8K 674 393

[hiatus] ᴋᴇᴍʙᴀʟɪɴʏᴀ ᴋɪᴛᴀ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴄᴏᴜsɪɴs sᴇᴀsᴏɴ ᴛᴡᴏ! ᴀɪᴘ ᴛᴀᴘɪ ᴋᴀʟɪ ɴɪ ʙ... More

ᴄʜᴀʀᴀᴄᴛᴇʀs
ᴄʜᴀʀᴀᴄᴛᴇʀs 2
ᴏɴᴇ 🌱
ᴛᴡᴏ🌱
ᴛʜʀᴇᴇ🌱
ғᴏᴜʀ🌱
ғɪᴠᴇ🌱
sɪx🌱
ʀᴀʏᴀ sᴘᴇᴄɪᴀʟ ᴇᴅɪᴛɪᴏɴ🌱
ᴇɪɢʜᴛ🌱
ᴘᴇɴᴜʙᴜʜᴀɴ ᴄʜᴀᴛʀᴏᴏᴍ ɴᴄᴛ ᴊ🌱
ɴɪɴᴇ🌱
ᴛᴇɴ🌱
ᴇʟᴇᴠᴇɴ🌱
ᴛᴡᴇʟᴠᴇ🌱
ᴛʜɪʀᴛᴇᴇɴ🌱

sᴇᴠᴇɴ🌱

176 36 23
By emirrisya

💚 엔시티 ᴊᴜɴɪᴏʀ 💚

———

First at all saya disini ingin memohon maaf sebab lama tak update. Itu disebabkan saya teperangkap di asrama selama sebulan. Kalau diikutkan dua hari sebelum raya baru boleh balik tapi alhamdulillah tempat saya PKP AWAL EWAHHHH WOOOOOHOOOOOO KELAS ONLINE I HATE YOUUUUU WOOOOOOO— k staph. Amarilah kita sambung yini book.

Kediaman Jungwoo Kim

"KIM EUNJIN SUDAH PULANGGG—ADUH ADUH EH SAKIT LAH" Eunjin menjeling Jungwoo yang berdiri di depannya dengan memegang penyapu di tangan.

"Yang awak ni kenapa tetiba jerit? Kena sampuk? Kalau betul kejap saya call ustaz Chanyeol" hampir saja tangan Jungwoo mencapai gajet tersebut, Eunjin menghalang.

"Eh tak payah call. Saya nak eksaited sikit pun tak boleh" dengan muka cebiknya Eunjin melabuhkan punggung di atas sofa ruang tamu. Jungwoo bergerak duduk di sebelahnya.

"Bukan tak boleh tapi Jinwoo tengah tidur. Payah naw budak tu nak tidur awak tau kan"

"Haih pape je lah"

"Ni awak dah makan ke belum? Saya ada beli makanan panda—"

"EH AWAK GILA KE APA KIM JUNGWOO? SEJAK BILA KITA MEMBELA PANDA NI?" Eunjin berdiri dengan muka terkejut beruk miliknya sambil memandang Jungwoo yang mengerutkan dahi.

"Tak, apa yang awak merepek ni? Saya beli makanan guna apps makanan panda la, yang logo dia ada panda warna pink tu. Lagi satu, awak ingat saya berduit sangat ke sampai nak pergi beli panda sekor buat bela?"

"Ish kata lah foodpanda kan senang saya nak faham" rengus wanita itu dan menuju ke dapur ingin makan. Jungwoo di abaikan.

Kediaman Lucas Huang

"YEHAWWW HUANG CHAENI SUDAH KEMBALI GAIS"

"MAMA"

"YES MY XIYUN" Chaeni melutut menyamai ketinggian anaknya itu. Lucas yang baru turun dari tingkat atas bersandar pada dinding dengan tangan didepakan meminta Chaeni memeluk. Tapi apakan daya Chaeni hanya memeluk Xiyun. Lucas pasrah.

"Eh dah lupa suami ke?" saja Lucas ingin acah merajuk dengan Chaeni.

"Kalau saya lupa dah lama saya pergi kahwin dengan—"

"HAH DENGAN SIAPA?! CAKAP CEPAT SAYA NAK PERGI WRESTLING DIA" Lucas menyingsing lengan baju tidur bercorak beruang berwarna pink yang dipakainya. Kaki dia melangkah ke pintu utama. Chaeni dan Xiyun pandang dia dengan riak datar.

"Awak jangan over sangat boleh tak, saya nak bergurau je. Kang saya yang wrestling awak nanti" Chaeni mengangkat Xiyun menuju ke biliknya kerana sudah sampai waktu untuk kanak kanak perempuan itu tidur. Lucas meletakkan tangan di bahu dan bebola matanya memandang ke atas. Dah start dah nganjeng dia.

"Kang saya yang wrestling awak nyenyenyenyenye—"

"AWAK NGANJING SAYA EK?" jerit Chaeni dari tingkat atas.

"EH MANA ADA!"

"INGAT SAYA TAK DENGAR? NYENYENYENYE PE KE BENDE TU HAH?!"

"BAHASA MONYET HA SAYA TENGAH STUDY NI JANGAN KACAU"

"Pape je lah" sahut Chaeni dengan malasnya. Lucas menghembuskan nafas lega. Nasib tak kantoi, ceh takut bini dia ni.

Kediaman Mark Lee

"MAMA IS HOME YEOROBUNNNNN."  Segera Mark dan Hyungmin berlari ke arah Minyoon. Siap melutut lagi atas lantai depan dia. Terkejut dia. Ingatkan Mark nak lamar kali kedua auch! Tapi yang Hyungmin ni dia tak pasti nak apa, membodek mungkin.

"Eh eh kenapa ni?" dahinya mengerut.  Dipandangnya manusia berdua itu. Mark dan Hyungmin mendongak menatap Minyoon yang kepelikan. Dah kenapa lah diorang dua beranak ni?

"Mama sayang Hyungmin lagi ke papa?" soal kanak kanak lelaki berusia 6 tahun itu dengan mulut memuncung. Minyoon speechless, tetiba je tanya. Ni mesti Mark ajak gaduh ni.

"Kenapa tanya macam tu? Mama sayang dua dua lah"

"No no no pilih satu je. Me or Hyungmin?" eh melebih kau Mark.

"Umm i love..." dengan sengaja Minyoon membuatkan mereka tertunggu tunggu serta tertanya tanya. Mata dah mula bersinar sinar melihat Minyoon.

"I LOVE MYSELF WOOOO" sorak Minyoon sesorang. Hambar kak hambar.

"Jom lah Hyungmin" Mark mengajak. Minyoon pelik, lah merajuk pulak ke?
Anak je takpe ni sekali dengan bapak ni ha memang mintak penyepak bethol.

"Ok gurau gurau. Kan dah bagi tau tadi yang mama sayang dedua" Minyoon mengusap kepala Hyungmin. Tersenyum suka dia dibuatnya. Mark di sebelah mencebik dengan tangan di silangkan ke dada. Dah macam budak tak dapat aiskrim lagi gayanya.

"YAYYY I TOLD YOU SHE LOVE ME MORE"

"NOOOOO SHE LOVE ME MORE THAN YOU. STOP HUGGING HER"

"NO, SHE'S MY MOM!"

"EXCUSE ME, SHE'S MY WIFE HOKAY!" balas Mark tak nak kalah. Minyoon yang malas nak melayan membawa dirinya naik ke bilik. Tidur lebih bagus.

Kediaman Dejun Xiao

"HIYARGHH" Sohyun menendang pintu rumah mereka. Bawak bertendang— eh bawak bertenang kak.

"HAOJUN LARI! BAWAK BELLA SEKALI" Xiaojun menjerit dari dapur. Lari? Lari pergi mana? Kenapa? Why? Bagaimana? How? Siapa? Who?  Bilakah? When? Hotel? Bukan trivago tapi del luna.

Haih teringat pulak drama tu. Pape je lah amarey kita sambung.

"KEJAP TAK JUMPA BELLA"

"TENGOK DALAM MESIN BASUH TU"

"OK OK JUMPA"

"Apahal korang n—" belum sempat Sohyun ingin melangkah ke dapur. Xiaojun bersama Haojun terlebih dahulu menghalang. Bella di dalam dakapan Haojun buat muka selamba badak je.

"Eh ada tart lebih, jomlah kita makan" Xioajun menolak Sohyun ke ruang tamu. Sohyun dah mula tak sedap hati dengan tingkah laku Xiaojun dan Haojun. Bella dia tak kisah, angjing tu macam biasa gigit stoking jiran belakang. Bila dia seludup pun entah la.

"Mama nak air? Biar Hao yang ambikkan" tanpa sempat Sohyun ingin membalas, anaknya itu terlebih dahulu ke dapur. Dia memandang Xiaojun yang tengah syok kunyah tart depan dia. Dengan langkah yang laju, Sohyun segera ke dapur.

"EH JANGAN PER—"

"WATAFAK?! GOSH DAPUR AKU JAHANAM HUARGHHHHH. XIOA DEJUN DAN XIAO HAOJUN, KEMAS DAPUR NI SE.KA.RANG!" Sohyun menjegilkan matanya melihat insan berdua yang bertuah itu. Habis dapur kesayangan dia jahanam. Yang peliknya, macam mana boleh ada telur dadar atas siling rumah? Cantik naw telur tu melekat. Dengan keadaan pasrah menadah telinga mendengar bebelan Sohyun, mereka mulakan sesi mengemas dapur.

Kediaman Hendery Huang

"MAMAAAAAA HIKS"

"Eh kenapa nangis ni? Cuba bagi tau mama. Papa sakat lagi eh?" Hannah segera mendapatkan kedua dua cahaya matanya yang menangis teresak esak. Hendery di belakang hanya menunjukkan senyuman yang tidak berharga maka jual lah ia—eh?

"Papa kata k-kami hiks a-anak pungut!" raung Fenqing dan Ninxing di dalam pelukan Hannah.

"Lah dah tau ke?" ujar Hannah selamba.

"MAMA! ALAH KEJAM LAH"

"Gurau gurau. Mesti lah kamu berdua anak kandung mama. Papa memain je tadi" Hannah menjeling Hendery yang tengah bersembang dengan Leon. Masalah apa pun entah la mamat ni. Kekadang Hannah teringin nak jual suaminya itu di shopee. Tapi dia tak nak jadi janda muda anak dua. Dia tak ready.

"Apa awak pandang pandang? Saya tau saya hensem sila puji auch!" dengan gediknya Hendery mengflip rambut. Leon malas ingin melayan karenah keluarga ini jadi dia pergi mengorat itik jiran sebelah. Lain benor taste kucing ni.

"Eee papa perasan. Patutlah atok kata dia hampir hampir tinggal papa dengan uncle Lucas tepi rumah anjing. Perangai kuat nganjing bethol" Fenqing dengan muka penuh judgenya berdiri di sebelah Hannah sambil menatapnya. Hannah mengembungkan pipinya menahan ketawa dari terletus sebaik saja melihat muka Hendery yang sebegini rupa.

"Jom lah kita tidur" Ninxing menggosok matanya yang kini memberat. Hannah mengerling ke arah jam tangannya. Patut pun dah sampai waktu tidur diorang dah.

Kediaman Renjun Huang

"HUANG HYUNSUN IN DA HOUSEEEE" terjah Hyunsun dari pintu utama. Renjun bersama Junhyun memusingkan kepala mereka menghadap wanita itu. Dengan riangnya Hyunsun melabuhkan punggung di sebelah Junhyun yang sedang menghirup susu dari cawannya.

"Happy nampak" tegur Renjun di sebelah kiri Junhyun. Hyunsun tersengih, diusapnya rambut anaknya itu sebelum di tarik masuk ke dalam dakapannya. Bukan main suka budak tu. Renjun terasa jeles seketika.

Jangan jeles bang, anak kau jugak.

"Eh ofkos la happy. Balik awal kot" balas Hyunsun. Junhyun tak ambik peduli langsung apa yang papa mama dia borakkan. Baik dia minum susu dia sambil layan minion kat tv.

"Esok saya hantar ke pergi sendiri?"

"Pergi sendiri, Junhyun awak hantar saya ambik"

"Seriously Yun?"

"Haah kenapa?"

"Saya nak beli kereta tak nak, nak jugak naik skuter tu" Renjun mengeluh sambil tangan memicit pelipisnya. Tak faham dengan perangai isterinya ini. Hari tu ada la dia ofer nak beli kereta myvi tapi bini dia tak nak. Hyunsun kata dia nak kereta ferrari yang enjinnya sekali kau tekan minyak terus sampai alam barzakh.

"Eh biorlah, lagipun saya nak merempit dengan pakcik pakcik dekat market tu. Alang alang tu boleh ajak polis race sekali"

"Habis tu saman macam mana?" Renjun mengerutkan dahi pelolesnya.

"Awak la tanggung" rambut panjang Hyunsun diflip dengan diva nak mampos. Kesian Junhyun rambut kena muka dia.

"Mama!"

"Maaf maaf" Hyunsun mencubit pipi tembam anaknya yang sedang mencebik. Mereka bertiga sambung menonton tv sebelum masuk tidur.

Kediaman Jeno Lee

"UIT ANAK KU SERTA SUAMI KU YANG HANAT"

"Awak kenapa terjerit jerit seperti malaun nampak jualan murah dekat mall?" tegur Jeno.

"MALAUN AWAK PANGGIL? HELLO MALAUN NI LAH YANG JAGA AWAK DARIPADA JADI PENGANGGUR TAK BERTAULIAH TAU" Yumi menghempas beg tangannya ke atas meja kecil yang ada di ruang tamu tersebut.

"Eh rilek ah, perumpamaan je malaun tu"

"Ceh, Namie mana? Tidur?" soal Yumi  sambil matanya memandang tingkat atas. Walaupun dia hanya nampak dinding rumah dia. Bijak ini manusia.

"Tak lah dia tengah main kat dapur" balas Jeno selamba dengan jarinya menekan remote tv menukar siaran yang menayangkan iklan Lazada bersama ensiti mimpi 26 march lepas— eh eh.

"Saya takde masa untuk lawak hambar ok"

"Betul lah dia kat dap—" belum sempat Jeno menghabiskan kata katanya Yumi terlebih dahulu berlari ke dapur.

"WARGHHHHH DAPUR KUUU MU TUNGGU KU DATANG" jerit wanita itu.

"Hai omma—"

"APA HAI HAI? NAMIE KAMU BUAT APA DENGAN BAWANG TU NAK OII"

"Namie nak main je"

"Halah halah ni bukannya buat main. Kalau nak main sangat pergi ambik laptop appa"

"EH KENAPA SAY— hah Namie pergi lah ambik" Jeno meneguk air liur dia dengan perasaan seram melihat muka bininya itu. Semoga selamat laptopnya.

Kediaman Haechan Lee

Di luar rumah kediaman milik Haechan, ada satu susuk tubuh berdiri tegak di depan pintu. Gaya nak baca ikrar pun ada. Di dalam kegelapan malam dia mencari sesuatu di dalam beg tangannya. "Alah mana kunci ni?" bualnya sendiri. Pintu diketuk berkali kali.

dalam rumah*

"Siapa pulak yang memekak pada malam yang indah ini? Nasib Yeeseung dah tidur" Haechan membuka langkah menuju ke pintu utama rumah selepas menidurkan anaknya. Kunci di buka, tombol pintu di pulas dan—

"HIYARGHHH— eh? ALAMAK LAKI AKU" Areum pergi mendapatkan Haechan yang menonggeng atas lantai. Dengan keadaan pening Haechan berjalan duduk di atas sofa dibantui Areum.

"Dah kenapa pergi tendang saya Lee Areum oii? Sakit tau tak" Haechan mengusap pinggangnya sambil menatap Areum di sebelahnya. Wanita itu senyum tanpa rasa berdosa.

"Awak lah lambat sangat buka pintu tu, saya pun tendang je la. Mana saya tau kata pintu dah terbuka"

"Kunci mana?"

"Hehehe"

"Apa hehehehe? Jangan kata hilang lagi"

"Haah"

"LEE AREUM!"

"MIAN WAK! GERAK LU BRO" dengan kepantasan ayam jantan di dalam cerita upin ipin mencuri selipar, Areum berlari naik ke bilik.

"Dia bro-kan aku?" Haechan speechless.

Kediaman Jaemin Na

"Eh? Awak buat apa kat luar ni?" Yaenim yang baru turun dari kereta menatap Jaemin hairan. Tetiba tercongok dekat luar rumah ni. Tak takut kena usya eh?

"Saja keluar ambik angin, sambil sambil tu saya tunggu lah awak balik"

"Soeun dengan Hyeonseo mana? Tidur?" wanita itu menapak masuk ke dalam rumah diikuti Jaemin. Ha tak kan dia nak tidur kat luar pulak en? Kalau kat luar pergh esok tobat hilang si Jaemin tu kena culik dengan orang minyak gamat— astaghfirullah.

"Haah, penat katanya"

"Penat? Sekolah pun baru sehari penat mendenya?"

"Diorang penat layan perangai sepupu diorang yang sebijik macam bapak diorang tu" terang jejaka itu.

"Astaghfirullah" terus mengucap Yaenim di buatnya gais. Abeshe la genetik nct, siapa je yang normal? Czenie pun gila HAHAHAHAHAHAHA.

"Esok pagi nak saya hantar ke nak pergi sorang?" Jaemin mengikuti langkah Yaenim menaiki tangga menuju ke bilik mereka berdua. Yaenim berfikir seketika.

"Awak hantar je lah saya malas nak drive esok"

"Malas drive ke sayang nak keluarkan duit isi minyak ni hah?" Jaemin menatap Yaenim dengan penuh curious di wajah pelolesnya itu.

"Um dua dua hehehe"

"Haih, dah gi mandi atau nak saya yang man—"

BANG!!

Yaenim menghempas pintu tandas dengan kuat. Tak lupa jugak dengan segala baju mak neneknya diangkut masuk ke dalam. Jaemin di luar dah ketawa di lantai sambil memegang perutnya. Seronok menyakat wanita merangkap isterinya itu.

"TAK LAWAK LAH NA JAEMIN"

"HAHAHAHAHAHAHAHA"

meanwhile

"Oppa kenapa dengan omma appa tu? Bising la" Soeun menguap kecil sambil mata terpejam rapat. Hyeonseo yang masih lagi menyalin jawapan kerja sekolah Junhyun hanya mengangkat bahu lalu berkata "Entah la saeng dah sambung tidur"

Soeun akur dengan arahan abangnya. Selimut ditarik, doa tidur dibaca dan alhamdulillah dibuai nightmare HAHAHAHAHAHAHAHAHAMBARRRRRRR

Kediaman Yangyang Liu

"I'M BACK EWAHHHHHH" dengan rasa tidak malunya Ryuna menari zapin di depan pintu. Nasib dia tak menari tarian inang. Ni kalau mak mentua kau tengok kau kak fuh auto kena kick masuk jamban.

"Dah habis dah?" soal Yangyang dengan tangannya memegang dua mug hot chocolate atau nama modennya milo. Xingryu pulak minum ketum— eh eh susu, silap pulak tadi.

"Dah" Ryuna menyambut huluran mug tadi.

"Mama tau tak tadi papa tunjuk gambar kahwin mama dengan papa tapi entah kenapa boleh terselit uncle Haechan dekat tengah tengah tu" Xingryu yang berada di atas paha Yangyang memandang Ryuna meminta penjelasan. Tetiba je ada orang ketiga dalam gambar wedding mama papa dia. Hensem takpe ni tak muka macam berok.

"Alah orang tak cukup attention macam tu la" kata Yangyang selamba badak tok nenek dia. Ryuna mencubit tangan jejaka itu walaupun ada kebenaran terselit.

"Eh sakit lah. Apa? Betul lah dia tak cukup attention sebab Areum palau dia masa tu" Yangyang mencebik.

"Kenapa aunty Areum palau dia papa?" soal Xingryu polos.

"Kejap kejap. Ni sepatutnya hal family kita ni asal boleh masuk part family Haechan pulak?" Ryuna memandang author yang sedang makan kerepek diikuti Yangyang dan Xingryu.

Author be laik : ¯\_ಠ_ಠ_/¯

"Pape je lah. Awak pergi basuh mug mug ni saya nak naik mandi. Xingryu pergi tidur, okay? Goodnight" Ryuna mengucup dahi anak perempuannya.

"Night mama, bye papa" eh macam tu pulak kau ni dik. Maka tinggallah seketul Liu Yangyang membasuh cawan di singki tanpa peneman.

Sesiapa nak teman? Nah alamat, 23 Jalan Resonance Taman Make A Wish seksyen 127 bersebelahan Taman Work it dan 90's Love berdekatan area Taman From Home. 

Kediaman Shotaro Osaki

"Assalamualaikum— eh silap" Jinyeon memukul dahinya sendiri.

"Awal balik"

"WARGHHHH HANTU GOMBAK! NYAH KAU SYAITON DARI MUKA BUMI NIII! HIYARGHHH!"

"JINYEON NI SAYA LA SHOTARO. ADUH ADUH PINGGANG SAYA!"

"EH LAKI AKU!" Jinyeon yang sibuk menendang Shotaro tadi terus melutut di sebelahnya. Shotaro dah macam nazak kat situ.

"Apasal awak tendang saya?" Shotaro memandang Jinyeon. Wanita itu mula berasa bersalah serta berdosa terhadap Shotaro.

"Awaklah! Siapa suruh pakai bedak sejuk 5 inci tebalnya hah? Siapa je tak terkejut?" Jinyeon mengflipkan rambutnya. Menyempat kau kak.

"Dah dukung saya naik atas" pinta Shotaro dan membuatkan Jinyeon terkejut beruk plus babun di situ. Sungguh dia tak percaya dengan suaminya yang meminta dirinya mengangkatnya secara bridal style.

"Heol. Naik lah sendiri saya nak pergi mandi ni" pamit Jinyeon lalu berlari naik ke atas meninggalkan Shotaro menonggeng di bawah. Shotaro pasrah.

Kediaman Sungchan Jeong

"Dah balik?" soal Sungchan saja mahu berbasa basi.

"Tak lah. Saya baru nak pergi ni haa. Apa punya soalan la awak ni" Jaena menanggalkan kasut lalu masuk dan merebahkan diri di atas sofa mereka.
Sungchan speechless sebelum pintu di tutup penuh sopan santun berbudi pekerti serta ayunya. Patutlah omma si Jaena ni terus setuju nak bagi diorang kahwin padahal baru sekilas pandang.

"Sungjae mana? Tidur?" Jaena tercari cari kelibat anak lelakinya. Sungchan mengambil tempat di sebelah Jaena.

"Ada dalam bilik kita, tidur. Sibuk je budak tu heh" Sungchan mencebik. Eleh kau, dengan anak sendiri pun nak jeles. Tak lari pun lah bini kau si Jaena tu. Jaena membuat muka penuh judge kepada Sungchan.

"Biarlah dia, yang awak nak mencebik bagai ni kenapa? Tak cukup attention? Kaki nak kaki?" Jaena yang sememangnya masak dengan perangai Sungchan memicit pelipisnya. Acah sakit kepala. Bertambah muncung Sungchan dibuatnya.

"Lantak awaklah Sungchan, saya nak tidur. Adios" pamit Jaena lalu diikuti Sungchan dari belakang. Seram pulak dia sesorang kat bawah. Kang ada yang meneman.

Kediaman Chenle Zhong

"Tak boleh"

"Alah papa nanak tuuuuu pleaseeeeee" Jiaoni sedaya upaya membuat muka kiut depan papanya meminta untuk belikan set make up baru padahal macam badut mekdi lagi anak dia make up. Disebabkan tak nak menghancurkan hati seketul budak bernama Zhong Jiaoni, Chenle dan Hyuni terpaksa memuji kecantikan anak mereka itu.

"Papa kata tak boleh, tak boleh la. Ada faham?"

"Wô bù míngbái (saya tak faham)" balas Jiaoni. Chenle fed-up dengan anak dia yang sorang ni. Maka Chenle menghempuk kepalanya ke sofa berdekatan.

"Diorang tak perasan aku ke?" soal Hyuni tapi soalan itu lebih kepada dirinya sendiri. Dia memandang Chenle yang rebah di atas sofa dan Jiaoni yang tak habis habis melompat atas belakang Chenle sambil meminta set make up tadi. Nazak bapak kau tu dik.

"Ehem!" Hyuni berdehem ingin mendapatkan perhatian mereka berdua. Chenle mengangkat kepala memandang Hyuni.

"Eh bila sampai?" soalnya polos sambil mengepit kepala Jiaoni di ketiaknya. Meronta teruk budak tu.
Hyuni menjeling dan terus naik ke bilik mereka. Chenle menyengetkan kepala, hairan dengan perangai isterinya.

"Kenapa dengan mama tu?" Chenle bertanya kepada Jiaoni.

"Entah"

Keadaan senyap sebelum—

"Alahhhh papa Jiaoni nanak jugakkk"

"Tak bolehhhhhh"

Maka ruang tamu itu bising dengan teriakan dua ekor dolphin.

Kediaman Jisung Park

"Awak!" sapa Minkyung sebaik saja nampak kelibat Jisung yang sibuk membuat kerja di meja dapur bertemankan secawan nescafe. Tubuh jejaka itu dipeluk erat.

Keluarga ni je yang normal.

"Sungmin mana?"semestinya itulah sialan— eh typo, soalan yang akan ditanya oleh para ibu.

"Dah tidur dalam bilik, tu pun saya bagi susu tiga cawan baru tidur. Katanya dia hyper malam ni" balas Jisung tanpa mengalihkan pandangan dari skrin laptop.

"Hyper? Awak bagi dia makan candy ke?"

"Takde lah. Mungkin sepupu sepupu dia yang bagi masa sekolah" air dihirup sedikit sebelum tangan Jisung sambung menaip di laptopnya.

"Takpe lah kalau macam tu. Jangan tidur lewat sangat kang esok mengantuk" pesan Minkyung lalu naik ke atas.

"Okay Mrs. Park" usik Jisung dan akhirnya menerima jelingan maut tapi manja dari Minkyung.

Gedik kau kak.

















AYO! (sambung sambung)

Continue Reading

You'll Also Like

590K 18.1K 75
Hiraeth - A homesickness for a home to which you cannot return, a home which maybe never was; the nostalgia, the yearning, the grief for the lost pla...
131K 4.6K 39
❝ if I knew that i'd end up with you then I would've been pretended we were together. ❞ She stares at me, all the air in my lungs stuck in my throat...
1M 63K 119
Kira Kokoa was a completely normal girl... At least that's what she wants you to believe. A brilliant mind-reader that's been masquerading as quirkle...
79K 2.8K 49
"𝐓𝐫𝐮𝐭𝐡, 𝐝𝐚𝐫𝐞, 𝐬𝐩𝐢𝐧 𝐛𝐨𝐭𝐭𝐥𝐞𝐬 𝐘𝐨𝐮 𝐤𝐧𝐨𝐰 𝐡𝐨𝐰 𝐭𝐨 𝐛𝐚𝐥𝐥, 𝐈 𝐤𝐧𝐨𝐰 𝐀𝐫𝐢𝐬𝐭𝐨𝐭𝐥𝐞" 𝐈𝐍 𝐖𝐇𝐈𝐂𝐇 Caitlin Clark fa...