YEOUBI

By atulaisy_ckk

85.8K 8.2K 2.4K

(n.) the sun shining through rain Melisa, seorang gadis yang selamba. Leonardo, seorang lelaki yang misteri. ... More

EPISODE I
EPISODE II
EPISODE III
KARAKTER YOUBI
EPISODE IV
EPISODE V
EPISODE VI
KARAKTER YOUBI II
EPISODE VII
EPISODE VIII
EPISODE IX
EPISODE X
EPISODE XI
EPISODE XII
EPISODE XIII
EPISODE XIV
EPISODE XV
EPISODE XVI
EPISODE XVII
EPISODE XVIII
EPISODE XIX
EPISODE XX
EPISODE XXI
EPISODE XXII
EPISODE XXIII
EPISODE XXIV
EPISODE XXV
KARAKTER YEOUBI III
EPISODE XXVII
EPISODE XXVIII
EPISODE XXIX
EPISODE XXX
EPISODE XXXI
EPISODE XXXII
KARAKTER YEOUBI IV
EPISODE XXXIII
EPISODE XXXIV
EPISODE XXXV
EPISODE XXXVI
EPISODE XXXVII
EPISODE XXXVIII
EPISODE XXXIX
EPISODE XXXX
EPISODE XXXXI
EPISODE XXXXII
EPISODE XXXXIII
EPISODE XXXXIV
EPISODE XXXXV
EPISODE XXXXVI
EPISODE XXXXVII
EPISODE XXXXVIII
EPISODE XXXXIX

EPISODE XXVI

1.4K 149 22
By atulaisy_ckk

"Angel. Angel." Leonardo memanggil isterinya.

"Huh?" Melisa terpinga-pinga. Kepalanya menoleh ke kiri melihat Leonardo berada di luar sedang memegang pintu kereta yang dibuka. "What's wrong, love?" Lelaki itu bertanya. Risau.

"Nothing." Ujar Melisa menyambut tangan suaminya dan turun keluar dari kereta. Tidak sedar langsung yang mereka sudah sampai di destinasi. Ini mungkin kerana dia terlalu asyik mengenangkan memori selepas bertemu dengan Layla tadi.

"Kita bermalam di sini?" dia pandang villa mereka kemudian beralih semula ke Leonardo. "Ya. Aku dah maklumkan kepada papa dan mama yang kita bermalam di rumah kita."

"Okay." Melisa tidak kisah tidur di mana-mana. As long tempat teduh hujan panas, dia on sahaja.

"Love, kau pasti ke yang kau okay?" Leo melekapkan tangannya di dahi Melisa. Risau kalau isterinya itu tidak sihat atau apa-apa. "Layla ada cakap apa-apa ke dengan kau tadi?"

"Kami cuma bersembang biasa. Dia tanya, saya jawab."

"Betul ni kau tak apa-apa?"

Melisa senyum. Dia mengelus lembut pipi suaminya. "Yes, I'm fine."

Leo memegang tangan isterinya. Mereka sama-sama berjalan seiring masuk ke dalam villa yang dinamakan sempena bunga matahari.

"Angel..." Leo berhenti di ruang tamu. "Kau tahu ke Nikolai masih hidup?"

Melisa menayangkan riak terkejut. Dia menepuk bahu suaminya. "Awak merepek apa ni, Leo? Nikolai kan dah tak ada. Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya."

"Maaf, love." Leo mengucup ubun-ubun isterinya. Mungkin Melisa benar tidak tahu perihal itu. "Kau nak tahu pasal hubungan aku dengan Nikolai?" soalnya kepada Melisa.

Melisa mengangguk. Dia perlu tahu apakah hubungan sebenar di antara Nikolai dan Leonardo. Selama ini, Nikolai tidak pernah cerita atau sebut pun nama Leonardo. Nama Leonardo meniti di bibir abangnya selepas Violet diculik Alfonso. Itu pun abangnya tidak bercerita penuh siapa sebenarnya Leonardo. Hanya minta dia ikutkan sahaja rancangan Nikolai dan jadi isteri Leonardo. Pada masa yang sama, menjadi mata dan telinga Nikolai agar cari tahu pasal Alfonso.

Dia terjerit kecil apabila tiba-tiba tubuhnya terapung. Rupa-rupanya Leonardo mencempung tubuh genitnya. "Saya ini ringan sangat ke, sampai awak asyik-asyik nak dukung sahaja?"

"Tak adalah ringan mana tapi ringan jugalah."

Melisa pandang suaminya besar kecil, besar kecil sahaja.

"Awak nak kata saya gemuk tapi tak gemuk ke, macam mana?"

"Maybe... sayap bidadari tersembunyi kau tu buatkan kau lebih ringan untuk aku dukung." Bicara Leonardo sambil mengenyit mata. Melisa pula menjuling mata ke atas. Menyampah. Namun hakikatnya dalam hati, dia cair. Seperti aiskrim terkena cahaya matahari.

"Kita nak ke mana?" tanya Melisa apabila dia dibawa keluar ke belakang villa oleh Leonardo.

"Satu..." Terkerdip-kerdip matanya apabila Leonardo mula mengira.

"Dua..."

"Leonardo."

"Tiga!"

Melisa berpaut kuat pada leher suaminya. Terkejut beruk dia dibuatnya apabila Leo mengheret dia sama terjun ke dalam kolam. Timbul semula di atas air, Leonardo menghamburkan ketawa kuat melihat muka dia yang cemberut. Dada bidang lelaki segaknya ditampar kuat. "Perlu ke buat macam tu sekali?" geram Melisa dibuatnya. Terkejut tau dia. Tak ada salam, tak ada cakap apa-apa, tiba-tiba dicampak. Eh, bukan dicampak. Tapi diheret sama ke dalam kolam.

Masih ada sisa-sisa tawa di bibir Leonardo. Leonardo membawa isterinya ke tepi kolam. Tubuh genit Melisa diangkat dan didudukkan di atas lantai jubin tepi kolam. Tak beralih matanya memerhati wanitanya mencabut satu demi satu helaian pakaian yang ada pada tubuh. Tinggal singlet dan seluar dalam sahaja. Kaki kecil wanitanya berendam di dalam air kolam. "Kenapa tak cabut sahaja semua?"

"Jangan nakal sangat boleh tak?" Melisa mencuit puncak hidung suaminya yang masih berada di dalam kolam.

"Nakal dengan isteri sendiri, apa salahnya." Leonardo mengangkat punggung duduk di sebelah isterinya. Dia juga memecatkan pakaian basah dari tubuhnya dan biar letak di atas lantai jubin. Selesai pecat baju dan seluar dari tubuh, hanya tinggal seluar pendeknya, Leonardo pegang kedua-dua kaki Melisa lalu diletakkan di atas ribanya. Sarung peha (thigh holster) yang terlilit kemas di peha putih gebu Melisa dicabut dan letak atas pakaian basahnya tadi.

"Balisong tu-"

"Tak hilang. Jangan risau. Lagipun tiada siapa nak serang kita di sini. Kalau ada pun, aku akan lindungi kau."

Melisa diam tidak membantah. Bagus juga kalau ditanggalkan dan letak luar. Takut kalau basah nanti rosak dan berkarat pula balisongnya.

"Tadi awak kata, awak nak ceritakan pasal hubungan awak dan Nikolai kepada saya." Leonardo letak semula kaki Melisa rendam di dalam kolam. Dia pula masuk semula dalam kolam dan berenang dari hujung ke hujung dan kembali semula ke wanitanya. Leonardo pegang kaki Melisa yang berada di dalam air. Tangannya memicit-micit kaki comel wanitanya. Senyum terhias di wajahnya kerana bibir mungil Melisa melepaskan tawa kecil. "Geli?" Melisa mengangguk tapi tidak pula menarik kakinya dari disentuh.

"Masuk sini." Leo ajak isterinya masuk semula ke dalam kolam. Bersama main air dengannya. Melisa berdiri menggeleng kepala.

"Love..." bicaranya lembut memanggil panggilan manja itu.

"Nak ke mana tu, love?" soalnya apabila Melisa mengundur setapak, dua tapak, tiga tapak ke belakang. Melisa tayang sengih tidak menjawab soalannya.

"Ready... set, go!" Leonardo ke tepi apabila Melisa berlari dan terjun ke dalam kolam. "Wohoo!" jerit gadisnya keseronokan apabila timbul semula.

"Again, again!" Melisa berenang ke tepi kolam. Dia cuba memanjat keluar dari kolam tapi kakinya tidak sampai pula. Leonardo datang merapati berdiri di belakangnya. Pehanya dipegang dan dibantu memanjat keluar dari kolam. "Thanks."

Beberapa kali Melisa melakukan aksi terjun ke dalam kolam. Leonardo melihat dengan senang sikap riang dan ceria isterinya. Mungkin nampak kebudak-budakan tapi di matanya nampak comel aksi Melisa itu.

"Penat dah?" soal Leo menarik pinggang Melisa. Tubuh mereka melekat di antara satu sama lain. Pandangan mereka juga bertemu. Bibir mungil wanitanya langsung tak lokek dengan senyuman. Tangan Melisa melingkar kemas di lehernya. Berpaut pada tubuhnya seperti beruang panda berpaut pada pokok. Kepala pula dibaringkan di atas dada bidangnya yang tededah tidak berbaju.

"Saya nak dengar cerita pasal awak dan Nikolai." Kerana terlalu asyik bermain air, Melisa jadi lupa pasal itu.

"Kita naik masuk ke rumah dulu. Nanti lama-lama di luar ni, sejuk. Demam pula kau nanti."

"Ala... kejap lagilah." Melisa masih tidak mahu tinggal kolam itu. Seronok berada di dalam air. Tenang.

Leonardo membawa isterinya ke tangga kolam. Dia labuhkan punggung di situ. Melisa masih berpaut padanya duduk di atas riba dia.

"Aku kenal Nikolai masa itu umur aku kalau tak silap dalam 8 ke 9 tahun macam tu."

"Then?" Maknanya, masa abangnya sakit lagi Leonardo sudah kenal. "Masa itu Nikolai selalu di hospital."

"Ya. Dia ada di hospital. Aku jumpa dia di hospital."

"Kau buat apa di hospital, Leo?"

"Kau percaya tak kalau aku cakap, aku adalah mangsa penderaan kanak-kanak?" Leo mencari mata cantik isterinya. Entah kenapa dia rasa lega apabila wajah itu langsung tak tunjuk riak kasihan tapi riak marah. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum sambung cerita.

"Aku berdiri di luar pintu hospital. Tak pasti nak masuk atau tidak. Sampailah ada seorang budak lelaki yang sebaya dengan aku tarik tangan aku masuk ke dalam hospital. Dia tarik aku ke ruang wad kecemasan. Masa itu ingat lagi, katil hospital tinggi. Nikolai tarik kerusi dan suruh aku panjat duduk di atas katil hospital. Dia tinggalkan aku sorang-sorang dekat situ. Sampailah, aku nampak dia datang semula dengan seorang doktor." Leo mendongak ke langit. Dia ketawa teringatkan bagaimana keras kepalanya Nikolai bergaduh dengan doktor itu menyuruh periksa dia.

"Doktor tu buat pemeriksaan. Tanpa aku minta atau cakap apa-apa, Nikolai tarik langsir. Asingkan dari aku dilihat sesiapa kecuali dia dan doktor."

Melisa memegang tangan Leo. Kekura tangan lelaki itu dikucup. "Kedua-dua belakang telapak tangan aku diletakkan seterika panas. Aku dituduh mencuri barang kemas dia." Dia nampak parut itu tapi tidak pernah bertanya kerana sangka ia datang dari misi-misi Leo tapi sangkaannya silap. Patutlah setiap kali keluar ke mana-mana Leo akan pakai sarung tangan kulit hitam menutup parut.

"Selesai pemeriksaan, doktor itu cuba nak call pihak polis buat laporan tetapi aku halang. Sebab aku tahu, kalau buat laporan sekalipun tak akan ada apa-apa yang berubah. Buktinya, selepas doktor itu buat laporan polis, yang datang jemput aku perempuan tu sendiri. Dia tayang senyuman dan hulurkan beg kertas kepada dua polis itu. Tak cakap pun, aku tahu apa yang ada dalam beg kertas tu. Tak lain tak bukan, duit. Bayaran untuk mereka tutup mulut dan tutup mata."

"Balik dari hospital, perempuan tu bagi amaran dekat aku. Dia biarkan aku lapar. Tak bagi makan. Masa itu pula, babbo sibuk dengan urusan dia. Jadi jarang sekali ada di rumah. Kakak aku pula duduk di sekolah asrama. Yang tinggal dalam rumah, cuma aku dan perempuan itu. Kalau ada orang gaji pun, mereka dah diberi amaran untuk tidak buka mulut dan laporkan kepada babbo. Kalau mereka laporkan juga, esok mereka hilang. Hilang tanpa dikesan."

"Kerana terlampau rasa lapar, malam ketiga, aku curi-curi keluar dari rumah. Aku berjalan kaki sampai di hospital sama. Aku berdiri dekat luar pintu hospital. Masa itu, hujan lebat. Dan sekali lagi, ada tangan tarik aku masuk ke dalam hospital. Apabila aku tengok siapa, rupa-rupanya Nikolai. Siapa sangka yang aku akan jumpa budak lelaki sama pada malam itu. Sejak daripada hari itu, aku akan keluar curi-curi keluar dari rumah dan jumpa Nikolai. Kita orang akan bermain dan luangkan masa bersama-sama. Daripada bermain, kami berdua cuba mencipta iMela."

"Jadi, iMela adalah idea gabungan dua kepala di antara awak dan abang saya?"

Leonardo mengangguk. Tiada sesiapa yang tahu pasal hal itu. Semua menyangka dia seorang sahaja mencipta iMela namun hakikatnya, di belakang penciptaan iMela wujudnya Nikolai. Nikolai yang pada masa itu sakit teruk tidak pasti sama ada akan hidup melihat kejayaan iMela. Jadi, abang isterinya itu minta rahsiakan identitinya dan berjanji akan sentiasa membantu dia membina syarikat iMela Phoenix.

"Siapa nak iMela Nikolai? Dan kenapa?"

"Alfonso. Musuh utama aku. Dia dapat tahu yang Nikolai ialah orang penting di sebalik penciptaan iMela. Alfonso bercadang untuk guna Nikolai dan bina iMela baru yang boleh diguna untuk kawal pasaran gelap. Pasaran bagi bisnes kotor dan jahat dia."

"iMela boleh buka dark web juga kan bagi sesiapa yang mahir?"

"Boleh tapi cuma iMela milik aku dan Nikolai. iMela yang ada di pasaran, tidak boleh. Dark web dibuang terus daripada iMela. Sekiranya ada yang cuba buka dark web menggunakan iMela secara haram, iMela Phoenix ada hak untuk merampas semula dan melaporkan pengguna tersebut kepada pihak polis. Ini bagi mengelakkan jenayah seperti human trafficking, child trafficking, penyeludupan dadah dan senjata serta lain-lain lagi."

"Kiranya daripada apa yang awak cakap, sebenarnya ada jugalah yang pernah buat dan ditangkap?" Leo mengangguk mengiakan.

"Nikolai dia sangat mahir bab IT. Dan, sebabkan itu juga ramai orang-orang dalam dark world ada yang cuba tidak mencari pasal dengan dia."

"Maksudnya?"

"Nikolai boleh track bisnes dan keluar masuk duit orang-orang dalam dark world yang dicari-cari oleh pihak berkuasa."

"Kenapa Nikolai tak beri sahaja kepada pihak berkuasa?"

"Tak semudah itu, love. Kalau Nikolai buat, dia akan mengheret sama keluarga dia yang tidak tahu apa-apa, macam kau."

"Mungkin saya nampak tak tahu tapi saya tahu sedikit sebanyak. Saya penulis blog Thorn Crime, Leonardo."

"Si, love. Aku ada baca content blog kau dan walaupun kau tidak sebut nama-nama penjenayah yang kau temu bual, aku boleh agak siapa. Dan, tak aku nafikan kau ada keberanian dalam cuba menemu bual penjenayah dan bukannya pihak polis."

"In our world, polis lebih jahat daripada penjenayah." Leonardo tak nafikan kata Melisa. Dalam dunia mereka, sekiranya ada duit atau pangkat, polis lebih memihak daripada orang yang tiada apa-apa. Disebabkan itu juga, ada insan-insan yang tidak berdosa menjadi mangsa dalam dunia kejam mereka. Terutama sekali kanak-kanak.

"Bila kali terakhir awak contact dengan Nikolai, Leo?" Melisa ingin tahu itu.

"Kalau tak silap aku, tiga tahun yang lepas. Nikolai beritahu, dia akan datang jumpa bila tiba masanya. Dia minta aku tak cari dia."

"Selama awak kenal dia, berapa tahun?"

"Almost 27 tahun, aku dan Nikolai kenal each other."

"Selama 27 tahun awak kenal Nikolai, awak tak pernah tahu Nikolai ada adik?"

"Tak. Nikolai tak banyak cerita pasal family sebab dia kata, dia hormatkan aku yang datang dari broken family."

"As in...?"

"Dia tak nak aku rasa sedih. So, everytime we met, dia suruh aku anggap macam kita orang berdua adik beradik dan tiada sesiapa. Kiranya, aku ada dia dan dia ada aku. We only have each other."

Leonardo menyeka air mata Melisa. Melisa memegang pipinya. Tidak sedar pun yang dia menangis. Jadi, disebabkan itu jugalah kenapa Nikolai tidak sebut nama Leonardo selama ini sedangkan kedua-dua hubungan mereka lebih lama sesama usianya.

Hachum, hachum, hachum. Leonardo yang rasa sedih tadi bertukar ketawa apabila bersin isterinya sangat comel di pendengarannya. "Tengok tu dah bersin. Jom masuk. Nanti kau demam pula." Melisa membiarkan Leo mengangkat dirinya masuk ke dalam rumah.

Nantikan sambungan di episode akan datang...

So, dah jelas di sini macam mana Nikolai kenal Leo dan kenapa iMela Nikolai tu berharga sangat sampai semua orang nak. And why Leo bencikan Puan Besar Maria. Maybe ini sikit sahaja as in atas dasar je. Selanjutnya aisy akan tulis di episode lain okie.

Btw, aisy tak sempat lagi reply komen semua dekat ruang komen 3 eps semalam. So, malam ni in sya Allah if aisy free, aisy baca and komen okie. Thanks. It means a lot to me when i read you guys nya komen.

And today aisy share eps baru sebab aisy kinda stress and pilih untuk menulis bagi release stress so thats why this eps di update. Hope everyone have good days today, tomorrow and other days too.

Yes, story Yeoubi ni watak² toxic banyak polis or detective. Hahaha. Sebab nak nampakkan hero baik. Ada yang tak suka aisy minta maaf.

Pape pun, happy reading and please enjoy it. Malam ni no more double or triple update unfortunately, see you guys rabu ni. Bye.

Continue Reading

You'll Also Like

255K 14.3K 51
[COMPLETE] 📍′𝐇𝐞𝐫 𝐡𝐞𝐚𝐫𝐭 𝐬𝐭𝐞𝐚𝐥𝐞𝐫′ 〰〰 Keturunan pembunuh? Keturunan pemburu? Mengisahkan t...
2.8M 117K 66
MERAH MERONA I Marissa kembali ke Australia dengan niat untuk mencari ketenangan, tapi siapa sangka selepas kepulangannya ke tanah air dia menemui le...
6.4K 233 49
Pertemuan Hashriz Amsyariq di dalam hidupnya membuat dia berasa tenang. "perempuan macam mana yang tuan nak?" - Adelia Ammisya " I want a woman who...
2.3M 74.8K 61
Kehilangan. Semua pasti pernah merasai kehilangan dalam setiap keadaan yang berbeza. Begitu juga dengan seorang jejaka bernama Dylan Aldrich yang men...
Wattpad App - Unlock exclusive features