METANOIA [C]

By yuyun309

26K 2.5K 108

Kisah seorang gadis malang yang hidup dalam penuh penderitaan, kesakitan dan kekosongan. Tanpa kasih sayang... More

Chapter 1
Chapter 2 - Scarlet
Chapter 3 - Like father, like daughter
Chapter 4
Chapter 5 - The color of Scarlet
Chapter 6 - Darkness
Chapter 7 - Stranger's place
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10 - Scarlet and Magic
Chapter 11
Their Styles
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 30
Chapter 31: It's a 'GoodBye'
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Extra - Lillian Maigness
Extra - Lillian Maigness (2)
Extra - Yulia Astra
Extra - Scarlet

Chapter 29

489 56 0
By yuyun309

Zapp

Scarlet membuka matanya dan melihat lelaki yang sedang menggendongnya.

"DAVE?!" Mata Scarlet melebar akibat terkejut.

"Kau okay?"

"A-ah." Dave menurunkan Scarlet diatas tanah.

Dave telah menggunakan kuasa teleportnya untuk membawa Scarlet keluar dari istana, di taman bunga, dimana mereka boleh melihat pertarungan antara perisai kosong dan pahlawan bangsawan.

"Lillian.. Lillian mana?"

"Dia selamat.. Aku rasa.."

"Kau rasa...?"

CRASH

Suara kaca yang pecah mengejutkan Scarlet. Scarlet mendongak kearah dinding istana dimana dia melihat Niel melompat keluar dari tingkap kaca yang baru pecah.

"Niel?!" Scarlet terkejut melihat Niel melompat sambil menggendong Lillian. Niel mendarat dengan sempurna walaupun dari tempat tinggi.

"Eh? Lillian? Kau dah sedar?"

"Y-ya.. Maaf."

Niel menurunkan Lillian dari gendongannya.

"Aku dah sedar lama... Cuma aku terlalu takut dengan Raja, jadi aku pura-pura tak sedarkan diri.

Maaf, Scarlet. Maaf."

Scarlet memeluk Lillian. Dia tak marah akan Lillian, sebab dia faham perasaannya. Scarlet menenangkan Lillian.

Lillian melepaskan pelukan Scarlet dan memegang kedua tangan Scarlet. Lalu menyembuhkannya.

"Apa yang korang buat kat sini?" Tanya Scarlet kepada Dave dan Niel.

"Aku dapat surat dari Trystan, jadi aku bergegas kat sini." kata Niel. Dave turut mengangguk.

"Memandangkan Villon dengan Astela tu jauh, aku guna sebahagian kuasa aku, jadi aku tak boleh berlawan banyak." sambung Dave.

"Oh.. Macam mana pula korang berdua tahu yang kitorang kat sana?"

"Trystan suruh kitorang tolong Ashley kat dalam. Tapi Ashley nak kitorang bawa korang keluar."

"Jadi.. Ashley sekarang..?"

"Tengah berlawan dengan Raja."

"!!.. Dia sorang je?"

"......"

"Raja Nelius terlalu kuat, antara kita, hanya Ashley je yang ada peluang untuk kalahkan dia." Kata Niel.

"Tapi.." Scarlet tak mampu menyambung ayatnya.

"!! Uh, korang.. A-apa tu?" Lillian menunjuk dengan jarinya.

"??"

Mereka bertiga melihat ketempat pertarungan antara perisai kosong dan pahlawan bangsawan.

Mereka semua terkejut.

Beberapa raksasa hitam, besar, tinggi dan mempunyai bentuk badan seperti manusia, sedang menyerang kesemua pahlawan bangsawan. Perisai kosong tadi pula sudah tak kelihatan.

"Raksasa macam apa tu?" Tanya Dave.

Salah satu dari raksasa itu ternampak mereka.

"!!"

"Dia datang.." Niel, Dave dan Scarlet bersedia untuk menyerang.
______________

TANG

TING

Raja Nelius dengan senang menahan serangan pedang Ashley walaupun dengan satu tangan.

BOOM

Raja Nelius menggunakan kuasa letupannya untuk menyerang Ashley, namun Ashley menghalang dengan magik airnya. Ashley juga turut menggunakan magik air dan apinya untuk menyerang.

Kedua mereka masih tak kepenatan. Walaupun sudah menggunakan seluruh tenaganya, Ashley masih tak dapat mengalahkan Raja Nelius.

"Beta tak sangka, rupanya kau masih hidup."

Ashley tak berhenti menyerang.

"Jadi... kau sendiri yang arahkan pahlawan istana untuk bunuh aku dan Bonda?"

"Sudah tentu.

Perempuan tu lah korban pertama Beta."

"!!" Amarah mula menyerang Ashley.

Dia mengumpulkan sisa magiknya dan mengalirkannya kedalam pedang. Ashley mengayunkan pedangnya. Magik api yang kuat muncul dan menghentam Raja Nelius.

BAM

Badan Raja Nelius menghentam dinding dengan sangat kuat sehingga retak. Dia memuntahkan darah.

"Hah-haha"

"Apa yang kau ketawakan, hah?" Ashley memandang tajam Raja.

"Kalau Beta tahu kau akan jadi sekuat ni, Beta akan lepaskan kau dan sebaliknya bunuh Putera Pertama.

HAHAHA!"

"Kau memang tak layak pegang gelaran raja."

Raja Nelius menyeringai melihat Ashley yang dipenuhi kemarahan.
__________

Darah yang masih segar menitis diatas lantai. Kedua Putera dan Puteri sudah kelelahan. Luka dan darah memenuhi badan mereka.

"Hah.. Hah.." Nafas mereka berdua berat. Tapi tak ada antara mereka yang ingin mengalah.

"Kenapa adinda harus ambil jalan yang salah? Takhta tu memang akan jadi milik adinda sama ada adinda kuat ataupun tak. Jadi kenapa?"

"Untuk jadi Raja, adinda perlu jadi yang terkuat. Dalam magik, politik, segalanya. Itu yang Bonda katakan.

Tapi disebabkan kekanda lebih kuat dari adinda, lebih banyak ketua bangsawan yang mula curiga dengan adinda. Mereka tak yakin yang adinda boleh memerintah Sevalon dengan betul."

Putera Pertama melihat Puteri dengan mata sedih. Hati Puteri seakan dicucuk-cucuk duri melihat adiknya.

"Kekanda tak pernah berniat untuk duduk di takhta tu.

Tapi disebabkan adinda dah begini, kekanda tak ada pilihan lain."
___________

"BILA NAK HABIS MACAM NI??"

Scarlet mula kesal. Raksasa hitam itu masih tak berkurang walaupun dah dibelah dua. Ditewaskan satu, muncul lagi satu.

"SABAR, SCARLET!" Jawap Niel.

Dave dan Niel pun masih bertarung. Lillian pula membantu menyembuhkan mereka bertiga dari jauh.

Ratusan pahlawan bangsawan tadi pula sudah mula berkurang akibat kelelahan dan cedera. Yang tak disangka juga, ada yang hilang nyawa.

GGGRRRRARAAAAUUUUHH

"!!"

SWOOSH

Tiupan angin yang sangat kencang membuatkan Scarlet dan Lillian yang kurus hampir sahaja melayang.

Mereka semua mendongak kelangit. Melihat benda hitam besar yang sedang terbang, membuatkan mereka sangat terkejut.

"NAGA!"

'Apa ni.. Benda buruk datang satu persatu.' Fikir Scarlet yang masih diserang raksasa hitam tadi.

"B-bukan ke naga dan manusia dah buat perjanjian untuk tak menyerang satu sama lain?" tanya Lillian.

"Memang.." jawap Niel dengan cemas.

"YANG BOLEH SERANG DARI JAUH, SERANG NAGA." Duke Rochaze mengarahkan kesemua pahlawannya.

Kesemua pahlawan bangsawan berpecah, yang hanya boleh menyerang jarak dekat hanya menyerang raksasa hitam. Memberi peluang untuk penyerang jarak jauh menyerang naga.

Mereka menyerang naga yang sedang terbang itu dengan sisa tenaga yang mereka ada. Berbagai jenis magik serangan terkena dibadan naga itu. Namun tak ada satupun serangan itu yang mampu melukakan naga itu.

GRAAAAAAA

Naga itu menghembuskan api dari mulutnya dan menyerang kesemua pahlawan.

Trystan dan beberapa pahlawan dengan cepat menghasilkan magik pelindung diudara. Namun tak mampu menahan lama kerana raksasa hitam masih menyerang.

Lillian menjadi risau apabila melihat ayahnya yang terluka. Dia hendak membantu, tapi kakinya seakan tak ingin bekerjasama dan terpaku diatas tanah.

Scarlet mula kekurangan magik dalam badannya. Dia mengundurkan dirinya mendekati Lillian.

"Maaf, Niel, Dave.. Aku dah tak mampu lawan lagi."

Dave dan Niel menahan serangan raksasa hitam sambil melindungi Scarlet dan Lillian

"Apa yang kita kena buat ni?" Dave menanya dirinya sendiri.

Naga itu mendarat. Impak angin dari naga itu membuatkan beberapa pahlawan terhumban jauh.

GRAAAAAAWW

Naga itu menyerang. Dia menghembuskan api untuk kesekian kalinya. Naga itu juga menggunakan sayap besar dan kerasnya untuk menyerang dan menahan serangan magik dari pahlawan.

"T-tak guna. Semua serangan kita tak berkesan."

Pahlawan mula kehilangan semangat. Ada antara mereka yang sudah tak mampu walaupun hanya untuk memegang pedang mereka.

Scarlet mula risau.

"Tolong!"

"Eh?"

Continue Reading

You'll Also Like

304K 24.6K 121
Pewaris Dragna kembali ke dunia mereka dan tanpa diduga, pemburuan berulang lagi. Musuh-musuh mula memburu pewaris keturunan Dragna demi mendapatkan...
211K 15.6K 41
Eric The Doll Maker, tiba-tiba sahaja terima jemputan untuk masuk ke satu akademi yang elit sahaja mampu masuk. Satu-satunya akademi yang orang kaya...
120K 9.3K 131
Bekas tujuh puteri kerajaan Alveon telah pun bangkitkan kuasa mereka.Keinginan mereka yang telah bangkitkan kuasa tersebut dan juga kerana kawan baik...
1.8K 228 83
Akademi Ignesius ialah akademi di mana pelajar-pelajarnya dalam kalangan warga Hoxenlight Kingdom. Mereka memasuki akademi tersebut untuk memantapkan...