His Eternal Love

By irenicmia

5.5M 301K 77.1K

[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shoppin... More

โ‚Šโโœโ›“โ‹ฎI N A R A โŒ’โŒ’
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Epilog
irenics
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3
Special Chapter 4

Bab 11

82.9K 5K 2.1K
By irenicmia

MATA bundar milik Inara sedang menilik tubuh Adrian dari atas sehingga kebawah. Adrian tampak hensem dan menyegarkan dengan pakai sukannya.

Atau yang lebih tepat, seksi. Aumm

"Done eye-raping me?" Adrian bersuara mematikan renungan Inara terhadap badannya.

"Yes! Thanks for the service." Jawapan Inara seakan-akan membuatkan Adrian tidak percaya. Nakalnya perempuan di hadapan dia ni?!

Inara kenyitkan mata ke arah Adrian. Lalu dia mula meregangkan badan.

Pertemuan yang dijanji ketika mereka berborak di telefon beberapa hari lepas ialah di taman. Inara hanya mengajak Adrian untuk sama-sama berjoging dengannya di taman.

"I ingatkan you nak ajak pergi makan." Adrian memulakan larian perlahannya.

"Muka I ni nampak macam hantu makan ke?"

"Close." Wah! Inara sebal. Sesungguhnya, lebih baik Adrian tidak mengeluarkan apa-apa perkataan. Setiap patah kata yang dituturkan oleh lelaki itu teramatlah pedih.

Tidak tahu mahu berborak tentang apa, akhirnya Adrian melajukan lariannya. Inara langsung tidak mahu kalah. Dia memecut dengan lebih laju melintasi Adrian.

Adrian tersengih dibelakang Inara.

Perempuan gila.

Sengaja mahu mengusik gadis dihadapannya ini, Adrian mula berlari dengan lebih pantas supaya dapat melintasi Inara. Sampai sahaja di hadapan Inara, jersey miliknya ditarik dari belakang.

"Baru sekejap dah semput ke?" Adrian berpaling ke arah Inara yang sedang bercekak pinggang dengan hembusan nafas yang berat.

"Ini bukan semput. Ini tak larat!"

"Sama je lah!"

"Mana ada sama." Masih tidak mahu kalah.

Dia tidak akan sesekali menyerah kalah dengan lelaki pujaannya. Dia akan tetap berjuang sampai Adrian jadi milik dia! Eh?

Habis sahaja Inara menuturkan kata-katanya tadi, terus satu jentikkan mendarat di dahi licin milik Inara.

"Auch, sakitlah!" Inara memegang dahinya yang terasa perit.

"Mana cikgu Bahasa Melayu you? I nak jumpa." Adrian terus meneruskan lariannya meninggalkan Inara bersendirian.

Inara melihat Adrian yang mula menjauh dari dirinya tanpa rasa ingin mengejar. Batu yang berada di jalan tersebut disepak dengan kuat.

Orang nak spend time dengan dia, dia pergi lari!

Baru sahaja dia mahu memulakan lariannya kembali, satu susuk tubuh yang dia amat kenali mula melintasinya.

Bapak laju mamat kerek ni lari?!

Inara yang terpinga-pinga mula mengejar langkah Adrian. Give up? Tiada dalam kamus hidup Inara lah!

Baru sahaja dia ingin memulakan kembali lariannya, namun niatnya itu ditangguhkan dahulu. Mata tertancap pada sebuah van aiskrim yang terletak tidak jauh darinya. Langkah diatur ke arah van tersebut. Seketika, dia terlupa tentang Adrian.

Dia mula mengambil satu aiskrim yang menarik perhatian. Itu merupakan yang terakhir di dalam peti sejuk tersebut.

Belum sempat Inara mahu menghulurkan wang kepada pak cik aiskrim tersebut, ada sebuah tangan kecil yang terlebih dahulu merampas aiskrim di tangan miliknya.

Siapakah gerangan yang berani-beraninya berbuat tulah kepada sultan?!

Inara mengalihkan pandangan ke arah sebuah tubuh kecil molek yang sedang menghulurkan duit kepada pak cik tersebut.

Amboi amboi! Dah curi aiskrim orang lepastu main bayar je!

"Hey tu aiskrim I tahu tak?" Inara sudah tidak kisah dengan Pak Cik dihadapannya ini kerana yang penting budak gemuk di hadapannya ini perlu diberi pengajaran.

"Eh tapi siapa yang cepat rampas, dia lah yang dapat!"

Siapa yang ajar dia memutar belitkan peribahasa ni?! Aku nak jumpa cikgu Bahasa Melayu dia sekarang!!

"Tapi I yang dapat dulu tau!" Inara tidak mahu kalah dengan budak gemuk ini! Tidak sesekali.

"Aunty ni mulut macam parrot lah!"

Inara membulatkan mata. Dia samakan aku dengan parrot?? Ini tidak boleh dibiarkan!Inara memandang sekeliling. Anak siapa yang sesat sedang bergaduh mulut dengannya ini?

"Mana mummy you? I nak jumpa!"

"Mana boleh jumpa mama saya, Entah-entah aunty ni orang jahat." Budak gemuk itu makin galak menjawab.

"Kalau I jahat dah lama I gigit you, tau?" Inara bercekak pinggang di hadapan budak tu.

"Kenapa ni?" Adrian muncul di samping Inara menamatkan pergaduhan antara Inara dan budak gemuk tersebut.

"Ni budak ni-" Bicara Inara dipotong oleh budak yang berisi tersebut.

"aunty parrot ni gaduh dengan saya sebab berebut aiskrim, uncle hensem."

"Hey! Lelaki sebelah ni you panggil dia hensem kenapa I yang cantik ni you panggil parrot?" Jari telunjuk miliknya dituju ke arah Adrian kemudian ke arah dirinya. Dia yang cantik ini boleh dipanggil sebagai burung kakak tua?!

Sekali lagi Adrian menjentik dahi Inara yang tidak habis-habis bergaduh mulut dengan anak kecil tersebut.

Inara mengaduh lalu menggosok dahinya yang pedih. Apa ingat bapak aku tak bayar zakat ke,hah?

"Nah duit uncle belanja." Adrian menghulurkan not kertas berwarna merah kepada budak kecil tersebut.

"Thankyou, uncle!" Budak kecil tersebut mula berlari meninggal Adrian dan Inara yang sedang bermasam muka.

Akhirnya, Inara meninggalkan Adrian sambil memeluk tubuh. Badannya direhatkan di sebuah kerusi yang terletak tidak jauh dari situ.

"I tak suka budak-budak. They're too loud and love attention!" Inara memuncung.

Adrian sekadar menggeleng kepala. Tidak tahukah bahawa sekarang Inara sedang mengata diri sendiri?

"Apa yang you gelak,hah?" Tangan yang disilang di dada diturunkan lalu matanya merenung Adrian yang berada di sebelah.

"Nothing. It's funny how you just complain about your ownself."

Inara membuat muka tidak percaya. So, sekarang Adrian mahu cakap yang dia seperti keanak-anakkan lah?

Okay, ada lah juga sikit. Tapi sikit je lah! Heh!

"Nanti kalau kita kahwin I tak nak ada anak. So, you jangan berangan nak ada anak."

Kini giliran Adrian pula yang seakan tidak percaya. Siapa yang mahu anak dan yang paling penting, siapa yang mahu berkahwin dengan Inara?

Malangnya siapa yang akan berkahwin dengan Inara. Sudahlah tidak mahu anak, otak pula tidak center.

Malas mahu bergaduh mulut dengan Inara, Adrian akhirnya mula menyerah dengan hanya mengangguk.

"Nanti teman I pergi somewhere."

"What? Dengan baju ni?" Inara membelek badannya.

"You nak teman tak?" Inara mengangguk dengan laju. Siapa yang tidak mahu? Cuba cakap?


PANDANGAN Inara dihala ke arah Adrian yang sedang menolak troli barangan dapur dihadapannya. Ingatkan nak ajak pergi dating ke apa, rupanya ajak beli barang dapur.

Haih! Nasib baik Inara sangat jaguh dalam hal ini, tahu?

Inara membelek makanan tin yang berada di atas rak yang tersusun untuk memastikan tiada kemik pada tin tersebut sebelum memasukkan ke dalam troli yang ditolak oleh Adrian.

Adrian mengajaknya untuk membeli barangan dapur kerana Datin Aaliyah meminta tolong darinya.

"You tahu tak ni apa?" Inara mencapai daun bawang yang berada di rak sayuran lalu ditunjuk di hadapan Adrian.

"Semua orang tahu lah itu apa." Adrian menjawab dengan yakin. Apa yang susah sangat dengan soalan tu. Kacang hijau je!

"Ha apa?"

"Itu serai." Jawapan Adrian mengundang tawa daripada Inara.

Kepala otak dia lah serai!

"What? Salah ke?" Adrian bingung. Dia yakin itu serai!

"Wrong answer, Encik Sayang." Inara menyambung kerjanya lalu mengambil beberapa sayuran yang dia sudah pasti tidak layu dan segar lalu dimasukkan ke dalam troli yang dibawa oleh Adrian.

Sedang mereka leka memilih barangan dapur, seorang wanita dalam lingkungan pertengahan tahun datang menyapa mereka berdua.

"Ad! Datang dengan siapa ni?" Datin Roza mula bertanya.

"Hai aunty! Saya Inara, girlfriend Adrian." Inara menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan wanita yang langsung tudak dia kenali itu.

Adrian tersedak mendengar jawapan selamba daripada Inara.

"Amboi, Adrian! Lawanya girlfriend kamu." Datin Roza mula memuji Inara.

Sudahlah cantik, sopan santun, berbudi bahasa, seksi dan baik pula tu. Tambah Inara dalam hati..

"Lawa pun tak guna kalau perangai tak semenggah.." Kata Adrian cukup untuk dia dan Inara disebelah sahaja mendengar.

Inara disebelah sudah menjeling Adrian dengan tajam. Kurang asam boi!

"Hah apa kamu cakap, Adrian?"

"Tak ada apa, Aunty.. Ad cakap Inara memang cantik.."

"Itulah. Jaga Inara elok-elok, Harris pantang jumpa perempuan cantik." Datin Roza mengutuk anaknya membuatkan Adrian tergelak.

Mak kau pun tak sayang kau, Harris

"Aunty nak cari apa ni?" Inara beramah mesra.

"Aunty nak ambil serai." Jawab Datin Roza.

Jawapan Datin Roza membuatkan Adrian tersedak. Entah kenapa terasa disindir pula.

"Kejap Inara ambil." Seikat serai diambil oleh Inara serahkan kepada Datin Roza.

"Okaylah Aunty pergi dulu." Inara melambai Datin Roza yang sudah menghilang dari pandangan.

"Itu baru serai!" Adrian mengetap bibir menahan geram. Aku dah agak dia akan cakap macamtu!

Adrian meninggalkan Inara di belakang lalu mula menolak keluar trolinya keluar dari bahagian sayur-sayuran.

Inara memerhatikan tubuh belakang Adrian yang menghadap retina matanya. Belakang pun hensem!

Inara berdehem lalu berkata , "I ubah fikiran I, I nak ada anak dengan you!"

Adrian memalingkan wajah ke arah Inara lalu digelengkan kepala.

Mukanya dipalingkan kehadapan kembali. Satu senyuman nipis terukir. Ada-ada sahaja karenah Inara.

"Kalau ada anak hensem macam you mesti best. Auww so sweet!" Inara mula bermimpi tentang anak mereka berdua.

"Hey, you dengar tak? I cakap dengan you ni?" Suara Inara mula kedengaran kuat dan menarik perhatian para pelanggan di dalam Supermarket tersebut.

Adrian tidak berpaling malah dia hanya memfokuskan diri menolak troli.

"You taknak anak dengan I ke?! I nak anak dengan you!" Ayat yang terpacul keluar dari mulut Inara akhirnya mengambil perhatian para makcik bawang di pasaraya tersebut.

"Sampai hati you tak nak anak dengan I?" Mimik muka yang sedih ditayangkan.

"Apa punya laki lah taknak anak?" Kedengaran makcik-makcik di pasaraya tersebut mula mengupas bawang.

"YaAllah kesian bini dia."

"Lelaki jenis apa lah dia ni?"

"Astaghfirullah muka hensem tapi rezeki Allah mahu ditolak.."

"Semoga anak aku dijauhkan daripada lelaki macamni."

"Aminn."

Yakinlah bahawa Inara juga turut mengaminkan doa tersebut. Ya, mak cik. Semoga anak mak cik dijauhkan daripada lelaki macam Adrian sebab Adrian ini hanya dicipta untuk saya sorang sahaja.

Telinga Adrian sempat menangkap setiap perbualan makcik-macik yang mengelilinginya dan Inara.

Topi yang berada di atas kepala, dikemaskan dan diturunkan sedikit manakala Inara yang terdengar bisikan makcik-makcik tersebut tersenyum herot.

Adrian akhirnya memegang lengan Inara yang berlapik itu lalu menarik wanita itu untuk berjalan seiringan dengannya.

Sebelah tangannya memegang pemegang troli, manakala sebelah lagi tangannya memegang lengan Inara.

Inara tersengih. Haa rasakan!

Adrian berada di hadapan kaunter untuk membuat pembayaran. Inara? Usah ditanya kemana perempuan tu pergi. Tadi ada tapi sekarang entah ghaib pergi ke mana.

Adrian pandang ke arah tepinya dan kelihatan Inara dengan beberapa bungkusan yang berwarna ungu.

Inara meletakkan bungkusan coklat Cadburry dan Kinder Buenno di atas meja pembayaran lalu dia tersengih lebar menampakkan giginya yang cantik tersusun.

Peace No war.

"Banyak beli coklat, Puan." Cashier dihadapannya kini bersuara.

"Hehe biasalah mengidam." Jawapan Inara membuatkan Cashier itu tersengih. Inara memegang perutnya manakala Adrian pula sudah terkedu.

Apa yang peramah sangat perempuan disebelahnya ini? Peramah tak kisah sangat tapi Inara sedang menipu.

"Oh berapa bulan dah tu puan?"

"Baru lagi ni around 3 weeks." Sekali lagi perut kempisnya dipegang.

"Kan sayang?" Bahu Adrian disenggol.

Dan dia ajak aku menipu juga....

Adrian mengangguk dengan senyuman palsu lalu kad kredit miliknya dihulurkan kepada cashier tersebut.

Nasib kaulah Adrian kena layan perangai Inara. Siapa suruh ajak Inara kan?!

Habis sahaja membuat pembayaran, Adrian dan Inara mula melangkah menuju ke arah parking lot.

"You ni tak nampak ke atau buat-buat tak nampak?"

"What?" Adrian bertanya pelik.

"I suka you tau?"

Ya, Adrian tak buta untuk melihat kenyataan tersebut. Inara nampak sangat bersungguh dalam memilikinya.

"Tak I tak nampak. Effort you tak cukup bagus lagi kot." Adrian mula melangkah ke arah keretanya yang terletak tidak jauh dari kereta Inara.

Damn. Inara mengetap bibir geram. Memang gila kalau Adrian cakap effortnya tidak bagus.
Dah lah pekak, takkan buta pula?

Sah!

Sah lelaki ni yang gila!

Adrian hanya mengangkat sebelah tangannya tinggi dari arah depan tanpa berpaling ke arahnya. Senyuman senget diberikan lalu dia memboloskan diri ke dalam keretanya. Enjin kereta dihidupkan dan Inara ditinggalkan.

poyo!

Continue Reading

You'll Also Like

251K 12.7K 60
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
6.8K 1K 67
We're back again! HAHAHA Ada antara korang yang perlukan cover tapi tak ada orang yang nak tolong buatkan? Cubalah singgah covershop kedua aku ni! โœจ...
47.6K 1.4K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
1.2M 55.5K 76
๐‚๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ญ๐ž๐ | ๐‡๐Œ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...