His Eternal Love

By irenicmia

5.5M 300K 77K

[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shoppin... More

₊❏❜⛓⋮I N A R A ⌒⌒
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Epilog
irenics
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3
Special Chapter 4

Bab 7

79.8K 4.9K 909
By irenicmia

PEMANDUANNYA terganggu tatkala telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Dengan mata yang masih fokus memandang jalanraya dihadapan, tangannya mula mencapai telefon pintarnya.

Nama pemanggil dibaca sekilas kemudian dia terus menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum Ad. Tengah buat apa?" Lembut sahaja suara ibunya bertanya membuatkan Adrian terus tersenyum.

"Waalaikummusalam, ibu. Tengah drive ni. Kenapa?"

"Ad busy ke? Tak apalah kalau busy, ibu minta tolong Aariyan je."

"Tak, ibu. Ada apa tu?" tanya Adrian pula. Memang benar, dia tidak terlalu sibuk sekarang. Baru sahaja pulang dari tapak pembinaan dan sekarang dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Boleh tak Adrian tolong ambilkan baju ibu dekat butik?"

Adrian hanya mengangguk sahaja. Sikapnya, tidak akan menolak permintaan si ibu. Apa yang diminta oleh si ibu, itulah yang akan ditunaikan.

"Okey. Ad terus pergi ambil sekarang. Nanti Ad singgah rumah balik nanti." Sudahnya, dia stereng kereta dipulas lalu pusingan-U dibuat olehnya.

Sampai sahaja dihadapan butik mewah itu, pintu besar tersebut dikuak dari dalam oleh pengawal di muka pintu. Matanya dibawa ke seluruh pelosok butik tersebut.

Mewah

Perkataan yang sesuai untuk butik tersebut. Tidak lama selepas itu, telinganya menangkap bunyi pergaduhan seorang gadis dan seorang lelaki yang berupa wanita.

"Kau ni kan Firdaus! Buat la kerja elok elok!"

"Eh engkau nama aku Fiffy tau! F I F F Y !" Lelaki yang bernama Fiffy atau Firdaus itu bersuara dengan nada suara yang dikepit.

"Ah engkau Firdaus tu Firdaus je lah. Nak Fiffy Fiffy pulak! Fikir vogue lah tu!" Gadis di hadapan Firdaus itu merengus.

"Pergi ke kedai membeli cincau, mak kau hijau!" Firdaus sudah mula mengeluarkan pantun.

"Eh jahatlah kau main mak aku! Pergi ke kedai membeli remote, haa mak kau hijau lumut!" Gadis dihadapan Firdaus pula membalas pantun.

Adrian menahan senyuman apabila mendengar pergaduhan dua kawan tersebut. Mata sikit pun tidak mahu pandang ke arah pasangan yang bergaduh hujung butik.

Tidak mahu dicop busybody.

Tiba-tiba ada suatu suara yang memanggilnya membuatkan dia ingin berpaling ke arah suara tersebut.

Adrian berpaling secara automatik ke arah suara tersebut. Seperti dia kenal suara tersebut tapi dari mana?




INARA mula membalas perbuatan Firdaus yang sesuka hati mencekik lehernya. Berani pondan ni sentuh leher aku yang seksi ni? Tangan Inara juga turut naik mencekik leher Firdaus.

"Kau cakap mak aku hijau lumut ye?" Lelaki dihadapannya yang bernama Firdaus itu mula menguatkan cengkaman.

"Kau cakap mummy aku hijau juga kan?" Inara menjegilkan matanya. Huh!

Nasib baik ketika itu butiknya itu tiada ramai pelanggan. Kalau tidak? Buat malu sahaja tengok aksi pergaduhan mereka berdua tadi.

Inara memerhati sekeliling butik sambil tangannya masih mencekik leher Firdaus. Manalah tahu ada pelanggan yang menyaksikan pergaduhan mereka.

Tidak semena-mena wajah terus berubah. Matanya membulat manakala senyuman lebar sudah terkoyak pada bibirnya apabila terlihat satu makhluk ciptaan tuhan yang sedang berdiri di hadapan kaunter.

"Eh encik sayang?" Inara membetulkan rambutnya yang serabai lalu dia menolak tubuh Firdaus yang lembut itu ketepi sehingga lelaki yang bernama Firdaus itu hampir jatuh tersungkur di lantai.

"Encik hensem nak apa ye?" Kini Firdaus dengan suara lembutnya pula mara ke hadapan. Tubuh Inara ditarik ke belakang dengan senyuman lebar.

Mana boleh bagi Inara peluang!

Bahu Adrian disentuh lagak orang gatal. Adrian mengerutkan kening dengan muka gelinya.

Ibu tolong Ad, Bu..

"Eh jangan sentuh Encik Sayang lah, Firdaus."

"Woi aku dah cakap kan nama aku Fiffy!" Kini nada suara yang dikepit dari tadi sudah berubah sepenuhnya.

Leher Inara dicekik. Mana tidak geramnya? Sudah banyak kali Inara kenakan dia dengan memanggilnya Firdaus.

Tak vogue langsung!

Inara pula masih berlagak biasa cuba memaniskan muka kepada Adrian.

"Em sorry ya encik sayang. Sekejap eh I nak bereskan Firdaus ni dulu."

"Nama I fiffy okay?" Firdaus mula menarik rambut Inara.

Inara hanya mampu menahan geramnya. Akhirnya, tubuh Firdaus yang kurus itu ditarik masuk ke dalam sebuah stor baju.

Setelah beberapa minit, Inara keluar dengan senyuman manis.

"You cari I ke Encik sayang?"

"No, I'm looking for Puan Sri Frida." Terus Adrian menjawab tanpa melayan perangai gedik Inara.nDah lah suka hati mak nenek dia sahaja panggil aku Encik Sayang.

Inara mengerutkan kening. Buat apa nak cari Puan Sri Frida? Nak hantar meminang? Tiber...

"- Ehem.., Puan Sri takde sekarang. Dia kurang sihat."

"Oh kalau macam tu I balik dulu." Laju sahaja kaki Adrian ingin keluar dari butik. Tidak mahu rasanya menghadap muka miang wanita di hadapannya ini.

"Wait! I call Puan Sri. You duduk dulu." Inara menghentikan langkah kaki Adrian.

Tubuhnya dibawa ke suatu sudut sebelum tangannya mendail nombor telefon mummynya. Inara berbual dengan Puan Sri Frida dalam keadaan berbisik.

Setelah beberapa minit bercakap melalui telefon dengan si ibu, Inara memalingkan badan ke arah Adrian.

Kelihatan Firdaus sedang duduk di sebelah Adrian. Lagaknya seperti mengurat anak dara. Inara tergelak kecil melihat wajah mencuka Adrian yang diganggu oleh Firdaus.

Hakikatnya dia tahu bahawa Firdaus hanya sekadar mengusik. Walaupun Firdaus agak lembut, tapi dia masih straight..

Inara mengorak langkah ke arah Adrian lalu dia berdehem sedikit. Isyarat mata diberikan kepada Firdaus agar dia menyambung kerjanya.

Firdaus bangun dengan muka yang mencuka kemudian kakinya dihentak berkali-kali ke lantai. Berani kau nak gaduh dengan anak boss ye, Firdaus?

"Sekejap I ambil baju Datin Aliyah."

Adrian menganggukkan kepala lalu dia membontoti langkah Inara yang berlalu ke arah sebuah bilik.

Inara menghentikan langkah. Dah kenapa Encik Sayang ni ikut dia? Inara sembunyikan senyum lalu dia berdehem sedikit dan menghadapkan tubuh ke arah Adrian.

"Kenapa you ikut I ?"

Adrian tidak menjawab malah matanya dibawa ke arah Fiffy atau Firdaus yang sedang duduk di kaunter sambil memerhatinya.

Sesekali tangan Firdaus membuat isyarat 'Rawr'

Inara tergelak. Adrian takut kena kacau dengan mak nyah.

"You takut dengan Firdaus tu? Berani dia nak apa-apakan Encik Sayang?" Inara bercekak pinggang memandang ke arah Fiffy lalu penumbuknya ditayangkan.

Firdaus yang melihat aksi Inara itu terus mengangkat kasut miliknya lagak seperti mahu membaling ke arah Inara.

"Ni baju mak mertua I." Inara menghulurkan baju yang disangkut di hanger itu kepada Adrian dengan senyuman yang tidak pudar dari bibir.

Adrian menyambut huluran dengan kening yang bercantum.

"What? Oh come one, my bad. Bakal mak mertua."

"Kita ni macam jodoh kan Encik Sayang? Boleh pula jumpa kat butik ni." Inara cuba membuka topik untuk berbicara dengan Adrian.

Adrian hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"By the way, it's Adrian not Encik Sayang."

"Ha kan senang kalau you kenalkan diri awal-awal. You tak nak tahu nama I?" Kononnya tidak tahu nama Encik sayang, padahal seluruh gambar di Instagram milik Encik Sayang sudah puas diteliti.

Siap screenshot tau!

Adrian hanya membuat muka bersahaja.

"Okay diam maksudnya ya. Nama I Inara. Nice to meet you!" Inara menghulurkan tangan ke arah Adrian.

Adrian diam tidak menyambut huluran tangan milik Inara itu. Matanya memandang lama huluran tangan tersebut tanpa ada niat untuk menyambutnya.

Inara pula terus menarik kembali tangannya. Malu apabila huluran tangannya tidak disambut. Salahnya juga.. Dia fikir, lelaki seperti Adrian itu tidak menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Inara memandang sekujur tubuh yang mula keluar dari butiknya itu. Sombong nak mampus! Nasib baik Inara suka.

"BUAHAHAHAHA! Tangan tak bersambut ke tu, nok?! Kah Kah! Aku tengok muka dia pun aku dah tahu stok-stok alim." Kini, gelak tawa Firdaus bergema di segenap ruangan butik besar tersebut membuatkan Inara menggulingkan matanya ke atas. Fiffy ni kalau tak usik dia, memang tak sah gamaknya!

"Kau ni pun suka hati je panggil lelaki hensem tu encik sayang! Menyampah tahu tak?" Tawanya tadi telah berubah menjadi rungutan. Pigidah! Suka hati engkau sahaja panggil orang encik sayang.

Inara tersengih mendengar kata-kata Fiffy.

"Eh suka hati aku la, Daus. Kau ni sibuk betul kan hal aku? Aku bagitahu mummy yang kau cakap dia hijau baru tahu!" Inara sudah mengeluarkan kuasa vetonya.

Firdaus menghentakkan kaki dilantai sambil memuncung. Fikir anak bos boleh tindas orang bawahan macam aku ke?

"Fiffy, aku keluar awal tau! Kau jaga butik elok-elok."

"Bye sayang!" Firdaus menghadiahkan flying kiss kepada Inara sambil kaki kanananya terangkat.

Inara memang rapat dengan Firdaus. Oleh itu, gurauan dan pergaduhan antara mereka tadi memang sudah menjadi perkara biasa untuk mereka.

Continue Reading

You'll Also Like

5.9M 238K 49
[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeru...
594K 20.3K 54
Completed√ Disebalik kemanisan lelaki ini, terselit kedinginan dan kekejaman. "Rose is red, ocean is blue, everyday I want to say I love you"...
86K 8.4K 44
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
Anthem By hlovate

General Fiction

89.2K 4.6K 77
Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future. Published April 2013, ISBN 9789670508629 Goodreads : https://www.g...