His Eternal Love

By irenicmia

5.5M 300K 77K

[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shoppin... More

₊❏❜⛓⋮I N A R A ⌒⌒
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Epilog
irenics
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3
Special Chapter 4

Bab 4

88K 5.2K 924
By irenicmia

INARA tersenyum seorang diri di dapur rumahnya. Air kopi panas yang disediakan ditenung sambil mengigit hujung kukunya sedikit. Jari-jemarinya juga memainkan peranan membuat lingkaran bulatan di sekeliling mulut cawan tersebut.

Encik sayang....

Fikirannya mula dipenuhi dengan visual lelaki asing di Shopping Complex kelmarin. Puan Sri Frida yang entah datang dari mana terus mengejutkan Inara yang sedang mengelamun.

"Hah mengelamun!" Table Bar itu ditepuk kuat menyebabkan bahu Inara ternaik ke atas.

"Mummy...." Inara mula merengek.

"Kau kenapa?" Puan Sri Frida menyoal pelik. Apa gila budak ni?

"Hensem mummy." Kata Inara dua patah sebelum dia melompat dan berlari naik ke atas biliknya.

Puan Sri Frida menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal. Mulut diherotkan ke atas tanda pelik.

"gedik...."

"macam aku.." Sambung Puan Sri Frida perlahan sebelum pergi mendapatkan Amina di hujung dapur.

Nak bergossip.

"Puan Sri, tahu tak Janna Nick gaduh dengan k-popers? Kecoh satu Malaysia. Pergh!" Puan Sri Frida membulatkan mata.

"Cerita cepat cerita!" Gosip mana yang dia terlepas ni????!!

"Okay macamni. Puan Sri tahu Lisa blackpink kan?--"

Dan mereka mula bergosip bagaikan tiada hari esok...



ENJIN kereta dihidupkan. Malam ini dia akan bermalam di apartmen Sarra. Memang sekali seminggu, Inara akan bermalam di rumah Sarra. Hal ini disebabkan Sarra hanya duduk seorang diri di Apartmen.

Sarra memang seorang yang berdikari tapi Irham yang bersungguh-sungguh mengarahkan Inara untuk menemankan tunangnya. Sekali seminggu pun jadilah! Asalkan tunangnya diyakini selamat. Dahtu keselamatan aku yang memandu malam-malam ni, macam mana?

Hek eleh kalau Irham tak suruh pun memang Inara dengan senang hati akan tidur di apartmen tersebut.

Haih! Kalau tak kahwin juga dua orang ni tak tahu lah aku nak cakap apa.

Sampai sahaja di hadapan muka pintu apartmen milik Sarra, Inara terus memasukkan kata laluan. Badan direbahkan ke atas Sofa yang empuk kemudian mata dipejam.

Penat seharian bekerja di pejabat. Setelah puas dipaksa oleh Tan Sri Irshad, akhirnya Inara mengalah. Terpaksalah dia merajinkan diri untuk masuk bekerja. Pinggangnya rasa seperti hendak patah. Sekarang dia hanya mahukan tidur. Dia mahu berehat!

"Inara, look! Hensemnya dia ni!" Sarra yang entah dari mana datang mula berfangirling.

Tak sedar ke aku ni adik tunang dia? Report karang!

Inara hanya meng'hmm'kan sahaja. Kalau bukan encik sayang dia tak nak tengok.

"Tapi aku serious ni Inara. Tu kau tengok Aslan punya Ovari dah pecah"

Inara membuka mata dan melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Sarra. Aslan sedang tidur terbongkang dengan mulut yang terbuka.

Tak senonoh punya kucing.

"Aslan mana ada ovarilah, sengal!"

"Ah tak kisah! Yang penting kau kena tengok ni" Telefon dihulurkan kepada Inara.

Terpampang wajah lelaki dengan visual memukau yang mengenakan sepersalinan pakaian korporat.

Sesaat

Dua Saat

Tiga saat

Dan mata Inara membulat. Badan yang elok berbaring dari tadi terus bangun menegak. Mata didekatkan di skrin telefon berjenama Apple tersebut lalu skrin telefon tersebut dizoom sedekat mungkin.

Mata dia tidak salah kan? Ini kan lelaki yang dia jumpa di Mall haritu?

"Oh My Allah?" Inara menutup mulutnya dengan telapak tangan.

"Hensem kan?"

"Jangan puji dia"

"Asal pulak?" Sarra bingung.

"Kalau kau nak tahu, dia ni future husband aku." Sarra menjeling. Future husband lah sangat, diri pun single. Dasar single tak sedar diri!

"Kau nak aku report dekat abang Irham?"

Mata Sarra membulat. Inara memang dikategorikan dalam spesies yang tak guna dan tidak akan ada gunanya.

Inara menggulingkan badannya di atas katil. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Ya dia dah jumpa username encik sayang..

Adrian K.

Nama pun cantik, tuan punya badan of course lah lagi hensem!

Laju sahaja jarinya bergerak di atas permukaan telefon iphone miliknya. Setiap gambar yang dipost oleh lelaki tersebut diteliti.

Suamiku Mr. Perfect 10!

Bakal..

Followers lelaki itu tidak lah banyak mana jika mahu dibandingkan dengan Inara.

Mungkin jejaka hensem bernama Adrian ini agak kurang menggunakan media sosial. Tambahan pula, tidak banyak gambar yang dimuatnaik oleh jejaka ini.

Hanya 3 keping gambar sahaja tetapi likes usah dikata, beribu-riban..Apa mahu dibuat? Semua gambar itu sangat-sangat menyerlahkan visualnya.

Inara tersengih seorang. Ya! Dia angau dengan lelaki yang bernama Adrian K.




BUNYI bising yang dihasilkan oleh jam loceng disebelah menyebabkan kening Inara berkerut. Bising!

Tangan dipanjangkan untuk mencapai jam loceng tersebut lalu ditolak jam loceng tersebut jatuh dari meja. Tiada lagi bunyi bising yang dihasilkan. Bibir Inara mula tersenyum.

Haa kan best takde bunyi macamni?

Inara memejamkan kembali mata. Beberapa minit, matanya kembali dibuka.

Inara menggeliat kesedapan. Bestnya tidur!

Inara bangkit dari katil, lalu kakinya dibawa ke arah penyidai. Tuala yang berwarna putih bersih itu dicapai lalu kakinya laju sahaja bergerak ke dalam tandas di dalam bilik tersebut.

Sempat dia berhenti di hadapan cermin.

"Morning cantik." Satu pujian untuk dirinya diberi lalu matanya dikenyitkan.

Apa? Mummy suruh selalu puji diri sendiri.

Setelah 15 minit berada di dalam tandas, Inara akhirnya keluar dengan hanya memakai bathrobe. Mana pergi pula si Sarra ni? Senyap sunyi sahaja.

Kakinya dibawa ke luar bilik lalu dapur dituju. Penutup saji yang terdapat di atas meja dibuka. Terdapat satu nota di bawah pinggan yang berisi roti bakar.

Nah makan roti bakar ni sebelum keluar. Aku keluar dating dengan Abang Irham dulu tau. Jangan jealous, single.

Inara menjeling. Mentang-mentang aku single.

Roti bakar yang terdapat di dalam pinggan tersebut dicapai lalu disua ke dalam mulut.

Hari ini dia bercadang mahu menghabiskan masa dengan hanya menonton Netflix di rumah Sarra. Tidak kuasa rasanya mahu keluar.

Nasib sahaja ini hujung minggu. Sudahlah dia perlu masuk pejabat hari Isnin depan. Jadi, ada baiknya juga dia luangkan masa sendirian.

Aslan yang sedang menggesel di kakinya dikerling. Terus diangkat Aslan setinggi yang boleh lalu digomol.

Eeee geramnya rasa macam nak kunyah-kunyah sahaja pipi gebu Aslan..

Inara berjalan ke arah televisyen yang terletak di ruang tamu bersama Aslan di dalam dukungan. Remote Tv dicapai lalu aplikasi Netflix dibuka.

Puas menonton, akhirnya Inara hanya menguap sendiri. Bosan sangat ni! Telefon diambil lalu dia mula membuat carian.

Dan kerjanya bermula.

Stalk Encik Sayang..

Berdasarkan cariannya, Encik Sayang atau nama sebenarnya Adrian K itu berumur 27 tahun.

Encik Sayang hot.

Encik Sayang masih single.

Kesimpulannya, Encik Sayang ini Inara yang punya.

Hipotesis diterima.


janganlah search username tu TT Saya reka je kome huwaaa

Continue Reading

You'll Also Like

AMITIÉ By L I E O

Teen Fiction

1.1K 168 18
Bila 7 otak sel bergabung, bermulalah kisah kanak-kanak ribena. ๑༶----Amitié → Persahabatan ----༶๑ Tahun pertama di Private school tidak mudah sepert...
23.5K 2.8K 124
Dibuka untuk cuci mata sahaja.
263K 17.2K 42
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
16.2K 1.8K 4
[Ongoing] 4th romance "The truth doesn't need any words but lies can never had enough." - HANZ MARTIN "I hate my scars.." "I l...