✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎�...

By Drizellla

2.4M 113K 10.4K

| 2021| 18+ EXTENDED VERS COMINGSOON MELODRAMA 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐢, 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫, 𝐤𝐨�... More

⚠️ A M A R A N ⚠️
1 | OUR MARRIAGE
2 | THE INNOCENT DEFENDANT
3 | I AM THE COURT
4 | UNFAIR PENALTY
5 | LESUNG BATU
6 | POLICE REPORT
7 | HUJAN LEBAT
8 | SAVING THE ROSE
9 | HANSEN OR HAYDEN
10 | ARCHERY AND BOW
11| WASIAT GAMBINO
12 | ESCAPE FROM HEART
13 | MERABHA,ISTANBUL
14 | GAMBINO SCANDAL
15 | THE TAMRIK'S HOUSE
16 | ÇOK GÜZEL- BEAUTIFUL
17 | AMARAH CINTA
19 | HAYDEN'S CAGE
20 | 365 DAYS IN COURT
21 | DO YOU LOVE ME?
22 | SERANGAN PENCEROBOH
23 | THE LAST WARNING
24 | VICTORIAN-ERA NIGHT
25 | HAYDEN ' S GAME
26 | I CAN SMELL THE BLOOD
27 | YOU'VE CHANGED
28 | DNA STATEMENT
29 | RAHSIA MAWAR
30 | NONSENSE OFFER
31 | PENANGAN SI DAJJAL
32 | HALALKAN DEMI NATHAN
33 | AUDITORY HALLUCINATION
34 | KILL ME, HEAL ME
35 | HABEAS CORPUS
36 | GAMBINO PRIDE
37 | CHATEAU DE VOLLINI
38 | I'M A RAPIST
39 | NEGOTIATION TENDER
40 | LUKISAN NATHAN
41 | MACCHIATO SPLASH
42 | FINDING MAWAR
43 | PECAHKAN PINTU
44 | MISS UR SCENTS
45 | GOD DAMN , LOVE
46 | DEATH OF US
47 | THE MYSTERY ZARRA
48 | PRE-MATURE ANGEL
49 | LITTLE HAKAN ARSALAN
50 | THE FAMILY DINNER
51 | ALLAH, I'M LOST IN MYSELF
52 | HANTU PUNGGUNG
53 | SURAT, BUKTI LAYANG
54 | MRS. RAJA HAYDEN
55 | DIGGING THE THRUTH
56 | THE WITNESS
57 | DIVORCE NOORA
58 | THE AFFIDAVIT
59 | I CAN'T FEEL ANYTHING
60 | OUR LAST JOURNEY
SEMI FINAL
FINAL | SATU

18 | JEJAK MAWAR

35.6K 1.6K 57
By Drizellla

BULU ROMA merinding tegak. Mawar usap tengkuk sendiri. Dan, langkah tetap dia atur selamba bergerak ke depan. Perasan negatif itu cepat-cepat dia usir. Mustahil Hayden dapat menjejakinya hingga ke Turki. Kecuali, ada sesiapa yang membocorkan rahsia. Sesekali tangannya ingin mendail nombor Nadya, mana tahu Nadya dapat dihubungi.

Bukan dia...Bukan Hayden...Bukan...

Belum tamat Mawar berdiskusi dalam hati, Mercedez C200 tadi kedengaran meluncur laju kerana ingin menyaingi kaki Mawar dan membrek mengejut melintang di depan Mawar. Tika bunyi tayar bergeser dengan permukaan tar berdesing menghentam lubang telinga, Mawar jadi beku. Menjojolkan biji matanya pada seorang pemuda bercermin mata gelap yang sedang keluar dari kereta elit itu. Skrittt!

"Hay—"Mawar gugup. Gemuruh hatinya bertukar bak paluan kompang dengan irama yang tidak seiring. Mawar undurkan selangkah dua kakinya ke belakang. Berharap akan ada insan mulia yang akan memberi satu pertolongan kepadanya. Kosong! Lorong kecil itu masih kosong. Hayden dan orang-orangnya cukup pintar mencari ruang untuk menghambatnya.

"Stay at where you are. Boby, Franz pergi kepung perempuan ni"Amaran Hayden kepada Mawar. Pun begitu, dua orang pengawal peribadinya berbadan besar sama-sama keluar dari kereta.

"Balik."Kata Hayden pendek. Serius. Tubuh Mawar dihampiri pantas lengan Mawar dicekaunya laju.

"Tak nak! Saya tak nak balik! Saya tak nak balik Malaysia!"Mawar melawan kudrat jantan Hayden.

"Aku cakap, balik! Baliklah!"Suara Hayden memetir hebat di kawasan lorong kecil tersebut. Badan genit Mawar didorong lebih ke pintu kereta.

"Buat masa sekarang, saya dengan Nathan tak akan pulang ke Malaysia. Kalau ada pun, saya jenguk ayah saya nanti. Bagaimanacarapun awak heret saya, saya tak akan balik Raja Hayden Behzad!"

"Dekat mana kau sorokkan Nathan sekarang ni?" Dalam tujahan mata helangnya menyiat kulit muka Mawar manakala rahang Mawar turut dicengkam.

"Saya tak akan buka mulut meskipun awak nak pancung kepala saya! Nathan tak berhak ada ayah macam awak. Saya nak lindung Nathan sepertimana yang Rossa pernah cakap dekat saya dulu! Sebab Nathan tu amanah saya. Awak tak boleh halang saya!"Bentak Mawar.

"Where is my son?!" Hayden makin tantrum.

"Kenapa? Saya tak ada hak dekat Nathan ke? Awak kan nak kahwin dengan Noora. Buatlah anak banyak-banyak lepas kahwin! Tapi Nathan, saya tak akan lepaskan dia pada orang macam awak dengan Noora!"Gampang, Mawar menggertak Hayden.

"Kau dengar sini, perempuan. Kau ni dah gila, Mawar. Kau bernasib baik sebab aku tak buat apa-apa tindakan dekat kau. Kau bersyukur sebab aku tak dakwa kau atas kesalahan menculik dan menyembunyikan anak aku!"Bak! Hayden tumbuk pintu kereta hingga berganyang kereta tanpa dosa itu. Apa dia peduli!

"I'm not afraid..."Desis Mawar.

"Aku nak kau tunjukkan dekat mana kau sembunyikan Nathan dan balik dengan aku. Jangan uji kesabaran aku. Sabar aku ada hadnya."

"Kenapa? Apa yang saya boleh buat kalau saya ikut awak balik?"

"Apa yang kau boleh buat kalau ikut aku balik? Soalan bodoh. Kau tanya diri kau sendiri."

"Because. you're.my.wife!"Jari telunjuk dihenyak pada dada Mawar. Hayden hilang kesabaran. Bobby dan Franz dipanggil untuk menyumbat tubuh Mawar ke dalam kereta.

"Lepaslah! Saya tak nak balik! Hayden, saya tak nak balik!"Mawar meracau nyaring ketika tangannya diikat ke belakang dan tubuhnya dipaksa masuk ke dalam kenderaan.

"Hei, bos saya dah tunggu dekat bakery! Sekarang ni dah lambat tau tak!"Sekuat tenaga Mawar cuba memboloskan diri dari dua orang bodyguards Hayden. Hidungnya kemudian ditekap dengan sehelai tuala tebal. Sedar tidak sedar, penglihatan mula mengabur sehingga dia kepalanya terlentok di atas bahu Hayden.

Tidak sedarkan diri.

CAHAYA matahari menyelinapi sebahagian ruangan suites mendorong mata Mawar terbuka perlahan. Denyutan pada kepala masih terasa. Sepertinya, ini bukan rumah Nadya. Mawar bangun dari pembaringan dan cuba mengimbas kembali peristiwa yang telah berlaku kepada dirinya.


Nathan

Ya Allah, Nathan! Dimana Nathan?

"Nathan?"Mawar bingkas dari katil. Langkah diorak ke arah pintu utama yang masih tertutup rapi. Tombol pintu dipulas.

Berkunci

Apa perancangan Hayden kali ini? Kenapa menguncinya di dalam hotel ini? Permukaan pintu dipukul-pukul kuat. "Hayden! Buka pintu ni! Nathan!"

"Hayden, please!"Teriak Mawar sekuat hati.

"Hayden!" Berkali-kali Mawar melaungkan nama lelaki itu tapi satupun panggilan tidak bersahut.

Seterusnya, Mawar melilaukan kepalanya ke kiri-kanan. Kut-kut ada sesuatu yang dapat membantunya. Drawer dan semua closet yang sedia ada di dalam suites dibuka satu-persatu. Tak guna, beg tangan dan telefon juga Hayden sudah kebas! Malah, Interkom juga tidak kelihatan di atas meja. Ke hulu ke hilir Mawar berfikir tidak tentu arah. Stress!

"Hayden!"Perempuan itu masih tidak berpuas hati. Berharap ada housekeeper atau guard yang lalu-lalang di luar bilik dapat mendengar jeritan di dalam bilik. Bam! Bam! Kuat Mawar membelasah pintu hotel.

Klak! Telinga Mawar menjamah bunyi pintu dibuka dari luar menyebabkan kaki perempuan itu serta-merta berhenti dari menendang pintu. Mawar mundur selangkah ke belakang tatkala terpapar wajah bengis Hayden muncul di depan pintu.

"Dimana Nathan? Saya nak balik. Nathan tengah tunggu saya dekat rumah."Melihat ke arah jam digital yang diletakkan kemas di atas meja, sepatutnya masa ini dia sudah sampai di rumah Nadya. Terbayang wajah Nathan sedang menunggunya di depan pintu pagar bersama Nadya kerana dia sudah berjanji akan membawa mainan dan biskut untuk budak kecil itu.

"Mulai dari sekarang, aku akan lenyapkan Nathan dari hidup kau..."

Mawar tergemap bersama takungan air mata sebak di kolam mata. Tidak dapat ditahan lagi.

"Saya tak peduli apa awak nak cakap dekat saya. Tak ada siapa boleh lenyapkan Nathan dari pandangan saya! Dimana Nathan?"

"Kau jangan risau. Aku akan keluarkan dua saman dekat kau tak lama lagi, Mawar Maripossa. Pertama, kau bawa lari anak aku. Kedua, kami terpaksa menanggung malu pada keluarga Tan Sri Hameed. Balik Malaysia nanti kau tahulah apa akibatnya kalau berani sangat nak main api dengan aku!"Marah Hayden. Rahang Mawar dikauk. Merah menyala matanya menatap wajah Mawar.

"Saya tak kisah. Saya tak takut meringkuk dalam penjara. Nathan akan ingat siapa saya suatu hari nanti. Mustahil budak sebesar itu tidak ingat siapa Mawar Maripossa."

"Kau nak sangat meringkuk dalam penjara?"

"Sebab saya tahu saya akan kalah dengan orang hebat macam awak."

"Aku akan buat kau meringkuk dalam penjara seumur hidup kau. Asalkan kau tak menyesal dengan kata-kata kau yang kau lepaskan dekat aku hari ini."

"Sebelum tu, ceraikan saya dulu supaya saya tenang meringkuk dalam penjara. Tak pasal-pasal dalam penjara pun asyik terbayang dengan muka suami paling kejam dalam dunia ni."Mawar tepis tangan Hayden. Kasar.

"Kenapa? Sebab kau dah gatal sangat nak bercinta dengan lelaki lain? Kau ni pantang sekali bila jantan tak tahu asal-usul menggesel dekat kau. Tak kira siapa, kau layan saja! Kau gesel saja!"Nada Hayden makin naik menghempas pendengaran Mawar. Pada pendapat Hayden, berapa banyak jantan cuba merapati Mawar selama ini perempuan itu tidak pernah menolak.

"Itu hak saya sepertimana hak awak nak kahwin dengan Noora. Awak tak berhak nak masuk campur saya sebab saya tak akan masuk campur lagi kehidupan awak. Saya tengah tunggu lafaz talak tu keluar dari mulut awak sekarang ni."

"Lafaz talak tu tak akan pernah keluar sampai aku puas hati! Sekarang ni, aku cuba sediakan satu penjara dekat kau. Kau tengoklah nanti macam mana penjara yang kau idamkan sangat tu. Kau bawa lari anak aku dan malukan muka aku. Aku harap kau tak akan menyesal apa yang kau dah buat di belakang aku. Aku akan bawa kau jumpa Nathan untuk yang terakhir kali minggu depan."Hayden meleraikan rahang Mawar. Tidak mahu lagi mendengar keluhan Mawar disaat bibir Mawar dalam cubaan hendak memberontak atas keputusannya tadi.

Mawar jadi mati kutu.

Dan, bayangan Hayden dilepaskan begitu saja. Bilik hotel dikunci dari luar semula. Seakan satu mimpi dia baru saja berkomunikasi dengan Hayden durjana itu.

Bagaimana Hayden dapat menjejakinya? Sumbernya dari siapa? Mawar terpinga-pinga seperti orang dungu. Ya , dia tidak bermimpi! Hayden sudah dapat jejaknya. Melorot badannya di tebing katil. Lutut di bawa dalam dakapan. Disitu, Mawar meraung semahu-mahunya...

Sekarang ni, aku cuba sediakan satu penjara dekat kau. Kau tengoklah nanti macam mana penjara yang kau idamkan sangat tu

*****
01.02.2021
—Drz🖤

Continue Reading

You'll Also Like

797K 32.3K 90
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
685 67 21
[ My Book 2 ] | 💯 My Idea | Adek beradik yang tinggal berangsingan hanya takut dunia menjadi hancur. Psychophat yang pandai mengawal minda orang tel...
2.7K 333 10
Ini adalah kisah seorang diva bertemu dengan jejakanya... Si diva merupakan pembunuh lelaki tanpa bayang. Sekali dia kenyit mata, semua boleh tunduk...
2.6K 280 18
Start : 13 Januari 2024 End : -