His Eternal Love

Від irenicmia

5.5M 300K 77K

[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shoppin... Більше

₊❏❜⛓⋮I N A R A ⌒⌒
Bab 1
Bab 2
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Epilog
irenics
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3
Special Chapter 4

Bab 3

95K 5.3K 652
Від irenicmia

INARA melangkah masuk ke dalam Shopping complex yang besar itu kemudian matanya melilau mencari rakannya, Sarra. Aih? Tadi cakap tunggu dekat depan ni. Ini batang hidung pun tak nampak? Tidak menunggu lama, telefon pintarnya dikeluarkan daripada tas tangan lalu nombor Sarra didail.

"Dekat mana?" Matanya masih melilau ke sekeliling mencari kelibat Sarra. Minah ni memang tak reti nak duduk setempat ke?

"Okay aku pergi sana." Sudahnya, dia yang perlu bergerak mencari Sarra.

Telefon di tutup lalu langkah kakinya dibawa ke ke arah sebuah kafe yang terletak tidak jauh darinya. Sampai sahaja di kafe tersebut, dia terus menuju ke arah Sarra yang sedang menompang dagu dengan tangan itu.

Nasib baik Sarra sudah membuat pesanan. Tidaklah dia perlu menunggu lagi. Perutnya memang sudah lapar dari tadi lagi meminta untuk diisi.

"Sarra aku serabut tahu tak?" Habis sahaja makan, dia mula membuka mukadimah untuk bergosip

"Tak tahu"

Inara menggulingkan matanya keatas.

"Daddy tu lah! Paksa-paksa orang masuk kerja. Tak suka kerja office. Aku nak kerja dengan mummy tak kasi.."

GILA!

"Heck! Kau sepatutnya kena masuk kerja dah, tau? Kerja nak menganggur je! Tahu lah syarikat tu kau punya." Sarra menjeling Inara. Apa nak jadi lah kawan dia yang sorang ni?

Inara mengacau jus dihadapannya itu dengan straw. Bukan dia punyalah!

"Eh babe, aku dengar cerita Maya dengan Farhan dah bertunang." Sarra menukar topik. Kalau dibualkan pasal masalah penyakit malas milik Inara ini alamatnya memang sampai esok pun tidak akan habis.

"Siapa?" Kening Inara berkerut seribu.

"Maya dengan Farhan."

"Siapa tanya?" Selamba Inara menjawab. Mahu bersarkastik dengan Sarra kononnya. Sejujurnya, dia langsung tidak kisah dan malas nak ambil tahu.

"Babe, jangan cakap kau tak move on lagi? Kalau Fiffy tahu kau tak move on lagi alamatnya nanti kau makan pelangkung dia, tahu?" kata Sarra membuatkan bibir Inara terjuih ke hadapan. Apa? Tak move on?

"Dah move on, okey?" Inara menjeling Sarra di hadapannya itu.

Bercakap tentang Fiffy..

Jangan salah sangka. Nama bukan main manis tetapi sebenarnya jantan. Fiffy atau nama sebenarnya Firdaus merupakan lelaki feminin.

Sarra menjeling Inara. Ye ye lah tu dah move on. Entah-entah, mulut sahaja cakap dah move on tetapi hati masih sama.

Tetapi benarlah pepatah inggeris pernah berkata. Forgive but not forget.

Mungkin bagi yang lain, masalah itu hanyalah sekecil kuman. Bukan. Malah hanyalah sekecil zarah. Tetapi, jika ia melibatkan tentang perasaan manusia.. sudah tentu masa yang diperlukan untuk pulih dan memaafkan itu agak lama.

"Oh my gucci!" Sarra menutup mulutnya. Telefon yang berada dalam tangannya satu lagi itu kemudiannya dihalakan ke arah Inara dihadapan.

"Gucci ada keluarkan handbag new latest design kan? Jom!" Akhirnya, Sarra mengalah dan menukar topik. Malaslah pula bercakap tentang Farhan. Bosan! Melihatkan riak wajah Inara yang sudha mendung itu, dia faham Inara agak menyampah.

Iyalah, member baru sahaja nak move on tapi kau dah buka topik pasal bekas kekasih dia.

Apa kes?

Laju sahaja Sarra menarik lengannya keluar dari Kafe tersebut. Gucci here i come!

Langkah kaki mereka di bawa ke butik Gucci. Hampir 30 minit berlegar di dalam butik tersebut akhirnya , Inara dan Sarra keluar dengan dua buah paper bag setiap seorang. Nak beli satu je, akhirnya dua juga!

Rambang mata.

"Nara, aku nak pergi ladies jap." Inara mengangguk sambil matanya masih melekap pada telefon bimbitnya.

Tangan digerakkan tanda menghalau Sarra dari situ.

Sedang dia ralit memuat naik story di akaun instagram miliknya, tiba-tiba sebuah teguran membuatkannya mengangkat wajah. Suara yang amat dia kenali.

Mata Inara membulat tanda tidak sangka. Baru sahaja tiga puluh minit yang lepas dia dan Sarra mengumpat perihal lelaki itu.

Dan ternyata, lelaki itu sudah muncul dihadapannya kini.

"Woah it's really you. I was-was sahaja nak tegur tadi." Farhan tersenyum memandang Inara. Agak lama dia tidak bertemu dengan Inara. Selepas sahaja dia mengaku tentang hubungannya dengan Armya, Inara terus menghilangkan diri.

Dan jauh di sudut hatinya, dia agak rasa bersalah. Jangan salah sangka, dia langsung tidak menyesal dengan perbuatan dia. Malah, dia semakin lega kerana telah berterus-terang.

Inara tersenyum janggal. Mana tak janggalnya? Jumpa bekas teman lelaki yang paling dia benci dekat tengah-tengah mall yang dipenuhi oleh manusia ni..

Tak.. Dia tak bencikan Farhan cuma dia perlukan masa.. Bukan sekejap dia ditipu namun 3 tahun..

"You sihat?"

"Sihat, Alhamdulillah..So, how's Maya? Everything's alright?" Inara cuba untuk tidak kelihatan janggal.

"Everything's okay. I dengan maya dah bertunang. InshaAllah, kalau tak ada aral melintang, majlis akan diadakan dalam masa terdekat ni," kata Farhan pula. Inara menganggukkan kepalanya. Baguslah.. Dah nak kahwin.

"Congrats. Oh, Maya ada dengan you sekarang?" tanya Inara pula sekadar berbasa-basi. Nanti kalau dia hanya senyap, tak ke suasana akan bertambah janggal?

"Ya, dia pergi ladies." Sekali lagi Inara hanya menganggukkan kepala.

"Anyways, you're seeing someone?"

Alamak! Soalan cepumas.. Ex dah nak kahwin takkan aku masih single?

Mata Inara meliar-liar ke sekeliling. Tidak ada ke orang lelaki yang single kat sini?

Oh lelaki tu. Laju sahaja langkahnya melangkah ke arah lelaki yang segak berpakaian kemeja dan berkaca mata hitam.

Bergaya! Tanpa banyak soal, lengan lelaki itu dirangkul erat.

"Sayang, lama tau I tunggu you!"

Lelaki itu memandang perempuan yang selamba badak memeluk lengannya disebalik kaca mata hitamnya.

Cantik...

...tapi gila!



ADRIAN menghentikan langkah setelah memastikan tiada lagi kelibat lelaki tadi. Perempuan disebelah dikerling. Dari tadi lengannya dipeluk perempuan tersebut.

Adrian berdehem.

"Ah yes what?" Inara yang memerhati kelibat Farhan di belakang berpaling.

Adrian membuka kaca mata hitamnya lalu anak matanya dibawa ke arah lengannya yang dipeluk oleh Inara.

Oh my Allah! Hensemnya!

"Oh sorry" Inara meminta maaf apabila perasan tangannya asyik memeluk lengan lelaki entah siapa itu.

"Anyway, thankyou." Inara tersenyum manis.

Adrian menghiraukan perempuan dihadapannya itu. Terus sahaja dia membuka langkah ke arah sebuah kafe berdekatan meninggalkan perempuan tersebut .

Inara tergamam. Bapak kerek ??!?

Masuk sahaja ke dalam kafe tersebut, Adrian terus memanggil pelayan untuk membuat pesanan. Lapar! Baru sahaja habis meeting di Hera Holdings. Mall ini sahaja destinasi terdekat jadi dia membuat keputusan untuk makan disini.

"One beef steak and One Apple Juice." Adrian membuat pesanan sambil melihat buku menu ditangannya .

"Make it two." Entah datang dari mana suara satu lagi.

Adrian mengangkat kepala.

Perempuan ni ?

Suka hati mak nenek kepada datuk kepada ayah kepada ibu dia sahaja ?

"So, One beef steak and two Apple Juice?"

Inara mengaggukan kepala lalu lengannya di letak ke atas meja untuk menongkat dagunya.

Pelayan tersebut meminta diri selepas habis mengambil pesanan. Beberapa minit selepas itu, pesanan mereka sampai.

Inara hanya mendiamkan diri sambil menongkat dagu dengan sikunya sambil melihat makhluk tuhan yang hensem yang sedang makan dihadapannya.

Hensem betul!

Setelah siap menghabiskan set beef steak yang dipesan, Adrian bersandar di kerusinya sambil lengannya disilangkan ke dada.

Matanya tajam memandang perempuan di hadapannnya yang sedang menayangkan senyum manis.

Macam yang dia cakap

Cantik..

tapi gila!

"Apa yang kau nak?" Adrian mula bersuara

"Nothing." Inara mencebikkan bibir dan bahunya dinaikkan ke atas. Garang! Tapi takpe, Inara suka aum..

"Okay miss..?" Adrian menggantungkan ayatnya

"Inar-" baru sahaja Inara mahu menjawab persoalan Adrian tentang namanya, laju sahaja Adrian memintas.

"Miss whatever your name is, leave me alone."

Adrian bangun dari kedudukannya lantas 2 keping not wang kertas berwarna ungu ditinggalkan diatas meja.

Inara memandang jejaka yang baru sahaja berlalu pergi dengan hujung mata.

Hek eleh berlagak! Tapi takpe, I like !

Inara tersenyum seorang diri lalu jus epal di hadapannya disedut perlahan. Sedang dia asyik tersenyum, terasa telinganya ditarik.

"Auchhh sakitlah Sarra." Siapa lagi yang akan tarik telinganya kalau bukan Sarra?

"Kau pergi mana hah perempuan?"

"Jom balik" Inara bangun dari kerusi meninggalkan Sarra di situ. Sarra pula bercekak pinggang. Perempuan gila! Dah la tiba-tiba menghilang.

Pandangan Sarra terhala pula ke arah pinggan yang berada di atas meja. Inara bukan berseorang tadi, ya?

"Inara!" Langkah Inara dikejar oleh Sarra kemudian lengan Inara dipaut.

"Kau tak akan percaya siapa yang aku baru jumpa dekat tandas tadi!" Bersungguh-sungguh Sarra bercerita. Matanya jelas menunjukkan keterujaan membuatkan Inara mengeluh menyampah.

Sudahlah lelaki kacak tadi menghalau dan meninggalkannya sendirian di dalam kafe itu, sekarang Sarra mahu mengajaknya bergosip pula.

Potong stim la.

"Ye, Sarra. Aku tahu kau jumpa Maya." Terlebih dahulu Inara sudah dapat mengagak siapa yang ditemukan oleh Sarra di tandas.

"Macam mana kau tahu?!"

"Shhhh!" Mulut Sarra ditekup olehnya. Kepoh betul!

Memang patut mereka berkawan rapat.

Продовжити читання

Вам також сподобається

190K 24.1K 40
- in which he waits for her. 224th, i'm still here. ミ☆ - short au! [ angst, pure love, imaginations ] > perfect for a crying session.
33.4K 3.6K 30
+ terima kasih sebab jadi isteri saya. I love you until my last breathe. Ikuti kisah suami isteri iaitu Kim Taehyung dan Park Hana. > First Fanfic >...
84.9K 8.3K 44
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
1.2M 54.9K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...