His Eternal Love

By irenicmia

5.5M 301K 77.1K

[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shoppin... More

โ‚Šโโœโ›“โ‹ฎI N A R A โŒ’โŒ’
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Epilog
irenics
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3
Special Chapter 4

Bab 1

188K 6.6K 1.3K
By irenicmia

INARA mengorak langkah keluar dari balai ketibaan. Udara di hirup segar. Rindunya Malaysia setelah hampir sebulan dia menetap di Korea.

Rambutnya yang berwarna coklat gelap di betulkan lalu telefon bimbit yang berdering dikeluarkan untuk menjawab panggilan sahabatnya, Sarra.

Tanpa salam terus sahaja suara Sarra memetir di hujung talian.

"Kau kat mana? Kau tahu tak Malaysia ni panas tak sama dengan cuaca Korea?"

Inara menjauhkan sedikit telefon yang dipegangnya dari telinga. Boleh pekak dengar suara Sarra yang serupa tertelan microphone itu.

"Waalaikumussalam Cik Sarra. Sabar lah bukan salah aku kalau flight lambat." Inara memerli. Tak ada angin, tak ada ribut.. Kerja asyik nak memekik sahaja si Sarra ni.

"Ah tak wajib pun bagi salam. Sunat! Cepat lah aku dah lapar kau tahu tak aku terpaksa skip lunch aku disebabkan kau and-"

Inara terus memutuskan panggilan. Tidak kuasa rasanya mahu mendengar bebelan Sarra itu. Dia tergelak kecil, pastinga Sarra sedang menyumpah seranah tentang dirinya. Lantaklah! Siapa suruh asyik membebel! Kerja Sarra asyik membebel sahaja tidak ubah seperti Puan Sri Frida.

Bercakap tentang Puan Sri Frida.. Boleh tahan rindu juga dia kepada si ibunya itu.

Tidak jauh dari situ, matanya sudah tertumpu pada sebatang tubuh yang sedang bersandar di sebuah kereta Audi TT berwarna silver. Lihatkan kepada wajah Sarra yang sudah kemerahan dan berkerut di bawah matahari terik itu, yakinlah dia bahawa Sarra sudah lama menuggu kehadiran dirinya.

Inara pun pelik, apa gunanya kereta jika tidak mahu berteduh di dalam? Dia ingat, dia hero novel yang menunggu kehadiran kekasih? Sehingga sanggup berdiri di bawah matahari yang terik?

Langkah dilajukan ke arah Sarra lalu tidak menunggu lama tubuh ramping dan tinggi milik Sarra dipeluk olehnya erat tidak ubah seperti gaya seorang diva.

Sarra tersenyum. Haih! Duduk Korea bukan main lama! Balik sini pun masih single.

"Kau ni cerita la kenapa kau tiba-tiba je pergi Korea, hampir sebulan pula tu! Lama tau!" gesa Sarra sambil matanya masih fokus dihadapan.

Entah apa asbabnya seorang Inara terus ke luar negara. Memang betul, Inara langsung tidak menceritakan dengan terperinci kepada sesiapa pun tentang apa yang berlaku.

Dia hanya meminta izin dari kedua orang tuanya untuk membawa diri ke Korea. Tan Sri Irsyad dan Puan Sri Frida pula hanya bersetuju.

Yalah, Inara memang suka bercuti ke luar negara tetapi kali ini terlalu lama sehingga mengambil masa sehingga hampir sebulan. Sebelum ini kalau dia pergi bercuti sekalipun, paling lama masa percutiannya itu hanya mengambil masa selama minggu.

"Panjang ceritanya.." Inara menjawab persoalan Sarra. Sengaja dia meleretkan suara agar menimbulkan lagi rasa tidak sabar di hati rakannya itu.

"Pendekkan lah!" marah Sarra. Orang tanya ni, boleh pula main-main!

"Panj." Inara tersengih dengan lawak sendiri.

Laju sahaja tangan Sarra naik memukul lengan Inara disebelah. Eh kera lah dia ni.

"Reservation under Mr. Farhan"

"Here, miss" laju sahaja Pelayan itu menunjukkan arah

Inara berjalan menuju ke arah meja yang ditunjukkan namun langkahnya terhenti. Keningnya naik bercantum cuba memastikan keadaan ini.

Apa yang Maya buat kat situ? Di sebelah Farhan pula? Tanpa banyak soal, laju sahaja Inara duduk di hadapan Farhan dan Maya

"Spill." Muka biasa ditayangkan

Melihat muka Maya disebelah yang asyik menjeling dari tadi buat dia rasa menyampah. Bukan tidak tahu Maya ni dari dulu memang tidak sukakan dia. Ya lah, dia bukannya kisah pun tentang tanggapan orang terhadapnya.

"Actually," Berkerut dahi Inara. Tubuh disandarkan ke kerusi kemudian matanya menyorot memandang ke bawah. Memang sah apa yang terhidang dihadapan matanya kini.

Boleh pula Farhan dan Maya berpegangan tangan? Entah apa yang mereka risaukan sangat sehinggakan masing-masing cuba menenangkan diri.

"Okay la Inara. Kitorang datang ni sebab nak berterus-terang dengan kau pasal hubungan kitorang.."

"Okay," jawab Inara malas. Rasanya dia tidak perlukan apa-apa penjelasan kut..

"Okay je?" Maya mengangkat wajah memandang Inara dihadapanny.

Inara diam.

"But please jangan salahkan Han. Dah lama aku rahsiakan pasal ni. Han dengan aku memang dah lama bersama dari sekolah menengah. Sebab tu aku rasa selalu sakit hati dengan kau.." Bersungguh Maya cuba menerangkan keadaan mereka.

"Farhan? You're such a coward, you know? You hancurkan hati dua orang perempuan.. Not just me but also Maya. Kenapa you tak terangkan dari dulu?"

"Yes, I know.. Salah I.. I am such a coward person.."

"Haah, memang you pengecut." Entah apa yang merasuk Inara ketika itu, air yang dibawa oleh seorang pelayan untuk dibawa ke meja sebelahnya di ambil. Pelayan itu tercengang. Perempuan ni nak buat apa?

Tanpa banyak soal, laju sahaja tangannya menjirus air tersebut ke arah Farhan. This is Inara okay?

"Inara?!" Maya mula memekik. Tisu di ambil lalu dilap muka Farhan yang basah berkali-kali. Farhan pula hanya mendiamkan diri

"Itu baru sikit kalau nak dibandingkan dengan apa yang kau buat."

Selepas dua saat mendiamkan diri kemudian tiba-tiba Inara rasa bersalah. Kira baguslah kalau Maya dan Farhan mahu berterus-terang dengannya. Tapi, dia tidak suka dipermainkan sebegini.

Dan tipulah kalau dia cakap dia tidak sayangkan Farhan. Cuma tahap sayangnya itu masih boleh diambil kira dan dia sudah penat dengan semua lelaki yang bersama dengannya.

Akhir sekali, pasti dirinya digunakan dan ditinggalkan. Kerana apa? Dia anak Tan Sri Irshad.

Inara menghembus nafas perlahan lalu berpaling ke meja sebelah yang menempatkan dua orang lelaki yang terkebil-kebil memandangnya. Senyuman sinis tadi bertukar kepada senyum manis. Manis yang mampu membuatkan sesiapa sahaja memandang berdebar.

Spek mata hitam yang dari tadi masih melekap di matanya, dibetulkan sedikit.

"I'm so sorry about your drink,sir. This is my card anything just call me, okay?" Inara meletakkan Bussiness Card miliknya di atas meja dua orang lelaki tersebut

Inara terus keluar dari restoran tersebut tanpa mempedulikan Farhan dan Maya dibelakang.

"OH My Gucci! Serious lah kau buat macamtu?!" Suara Sarra yang teruja itu menarik perhatian beberapa pelanggan di restoran mewah itu.

Inara menjegilkan mata ke arah Sarra. Sarra mengendahkan sahaja. Suka hati la! Ni restoran bapak dia punya!

"Oh my god babe! Sampai kan hati Farhan tu! Jadi sebab tu lah kau pergi Korea? Rawat hati yang luka? Hahahaha.." Inara hanya mengangguk perlahan. Rasa macam nak tumbuk je Sarra ni..

Sebenarnya kalau bukan disebabkan Farhan, tidak ada maknalah dia mahu menghilangkan diri selama sebulan di Korea. Bolehlah juga rawat hati dengan oppa oppa Korea yang hensem.

Semasa di Korea, nombor telefonnya juga ditukar. Hanya ahli keluarganya dan Sarra sahaja mengetahui nombor telefonnya yang terbaru. Malaslah dia mahu mengambil tahu tentang perkara-perkara yang remeh. Lebih baik dia tenangkan diri.

Perbualan mereka terganggu dengan bunyi bising dari tengah-tengah restoran tersebut.
Kelihatan seorang perempuan sedang menjirus air ke arah seorang lagi perempuan yang elok duduk di atas kerusi di hadapan seorang lelaki. Wajah lelaki itu tidak kelihatan.

Ni tak lain dan tak bukan kes berebut lelaki.

Inara menaikkan anak mata ke atas. Menyampahnya sikit-sikit jirus air tapi padanlah muka siapa suruh jadi perampas, kan?

Eh?



ADRIAN menayangkan senyuman paksa kerana bosan dengan kerenah perempuan di hadapannya ini. Ah perempuan memang banyak mulut! Kalau tak disebabkan ibu dan neneknya yang menyuruh dia kesini, memang tidaklah dia mahu! Lagi elok kalau dia suruh Aariyan, adiknya sahaja yang datang menggantinya..

Sesekali perempuan di hadapannya ini memegang tangannya di atas meja. Terus sahaja lengan kekar milik Adrian menepis pegangan wanita itu. Ini sudah mencabul hak kesuciannya sebagai seorang lelaki! Apa main pegang-pegang ni?

"Sorry.." Perempuan yang bernama Farisha itu terus meminta maaf tatkala terlihat wajah kelat yang ditayangkan oleh lelaki dihadapannya itu.

Tidak disangka bahawa blind date nya hari ini merupakan seorang lelaki yang dingin dan beku tidak beriak.

Tiba-tiba, datang pula seorang perempuan yang berambut paras bahu ke mejanya.

Tanpa banyak soal, segelas minuman yang terdapat di atas meja itu diambil oleh seorang wanita berambus paras bahu itu lalu dijirus ke atas kepala Farisha. Farisha terus terbangun dari duduknya apabila tiba-tiba sahaja dirinya dimandikan oleh seorang perempuan yang entah datang dari mana.

"What the hell?!" Suaranya kuat sehingga menarik mata para pelanggan yang terdapat di dalam restoren tersebut. Baju disapu dan dibetulkan dengan kuat menandakan ketidakpuasan hatinya. Adrian yang masih dengan lagak tidak beriak di hadapannya itu ditenung tidak puas hati.

Riak wajah lelaki itu yang hanya bersahaja tidak menunjukkan tanda untuk bersuara semakin menambahkan lagi bara di dalam hatinya.

Tidak menunggu lama, Adrian terus melangkah keluar dari restoran tersebut kemudian langkah perempuan berani mati menjirus minuman di atas kepala Farisha itu dikejar olehnya bagaikan tidak cukup tanah. Terpinga-pinga Farisha dibuatnya apabila dirinya ditinggalkan sahaja di dalam restoren itu oleh jejaka dingin itu.

Sampai sahaja di hadapan kereta perempuan itu, pergelangan perempuan itu direnggut kasar oleh Adrian mematikan langkah perempuan bermabus paras bahu itu.

Masing-masing menayangkan riak tidak puas hati sebelum..

Sebelum ketawa besar terlepas dari mulut si gadis..

Arissa ketawa terbahak-bahak apabila mengenangkan kejadian yang baru sahaja berlaku tadi manakala Adrian pula menayangkan muka tidak puas hati memandang adiknya itu.

"What the hell!" Arissa meniru ayat Farisha dengan mimik muka yang menyampah. Huh! Bukan main gedik lagi minah tu, siap pegang tangan abangnya pula?

"Kalau dia bagitahu ibu apa along nak jawab?" Adrian bertanya dengan riak kurang puas hati.

"Dahtu siapa suruh minta tolong? Tu je la idea paling bernas." Arissa mengelap air yang keluar dari tubir mata.

Adrian berdecit. Memanglah dia minta tolong Arissa agar membatalkan temu janjinya hari ini tapi tidak tahu la pula idea adiknya ini boleh pergi jauh..

Jauh dari tuhan.

"Dah la Rissa balik dulu. Take care." Bahu abangnya ditepuk lalu dia memboloskan diri ke dalam kereta.

Adrian juga membawa langkah ke arah keretanya.

Manakala Sarra yang memerhati tingkah laku dua beradik disebalik sebuah kereta yang terdapat di tempat parkir itu menggaru kepala yang tidak gatal.

Dengan laju langkahnya terus dibawa masuk ke dalam restoren kembali. Mahu cerita kepada Inara. Ini gossip banyak hot!

Tragedi Tragedi..

Continue Reading

You'll Also Like

192K 3.2K 13
Romance Action | Terbitan Penerbitan Kaseh Aries Harga : RM 35 Previously known as Love You Miss Mafia ____ Siapa sangka di sebalik wajah anggun itu...
1.1K 168 18
Bila 7 otak sel bergabung, bermulalah kisah kanak-kanak ribena. เน‘เผถ----Amitiรฉ โ†’ Persahabatan ----เผถเน‘ Tahun pertama di Private school tidak mudah sepert...
4.2M 250K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...
76.2K 6.6K 25
๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐Œ๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐ƒ๐ข๐š ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ ๐๐ฎ๐ซ๐ž๐ž๐ง ๐‘๐š๐ฎ๐๐ก๐š๐ก | ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐™๐š๐ฒ๐ซ๐š๐ง "๐“๐š๐ค๐ก๐ญ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ง๐ ๐ ...