" Regina berpaling ke belakang, dunianya bagaikan ingin terbalik...Sungguh dia tidak percaya di depannya muncul seseorang yang sangat dirindukan..
" Edward!"
" Edward!" Beberapa kali nama Itu disebut dengan lantang..dia masih tidak percaya dengan apa yang terlihat di depan matanya...
" Puteri!" Tanpa menunggu lama, tubuh adinda kesayangan dan Puteri tunggal Maurry dipeluk erat oleh Edward..
" Kekanda, Macam Mana Putera....sampai sini...? Dalam linangan air Mata Dan wajah yang tersenyum kegembiraan, Regina tidak dapat menahan diri..dia begitu teruja dengan kehadiran Edward disisinya...
Semangat dirinya yang hilang dulu kini kembali...
" Kekanda akan Cari Puteri..Walaupun Puteri di hujung dunia, kekanda akan Cari!"
" Bagaimana dengan Bonda dan Ayahanda Kekanda..negara Maurry , Adakah semuanya selamat!"
Jawapan dari Edward...
Hanya anggukan..... Masa mereka berdua semakin suntuk...
" Puteri Masa semakin suntuk, Kita perlu keluar dari sini!"
" Maksud Putera?.... Kekanda selamatkan Puteri!"
Regina membeliakkan Mata..Itulah Masa yang ditungu - tunggu oleh Regina..
Detik waktu untuk dia keluar dari hidup Putera Raksasa...
Dan impian Itu kini berada di depan mata....Malah penyelamatnya adalah Edward...
Kaki Regina mulai melangkah....namun
......Ada sesuatu yang mengusarkan Regina...dia Segera berpaling kembali.....kelihatan tiada Sesiapa di sisi Edward..Tiada orang suruhan...panglima peperangan...dan..
hanya Edward......
' apa yang Edward rancang!" Regina berbisik sendiri dia dapat rasakan rancangan Edward Itu adalah suatu perkara mustahil....bagaimana cara mereka untuk menentang Noah nanti, jika lelaki Itu sedar Kehilangan dia...
Noah....kekuasaan lelaki Itu pada dunia begitu menakutkan Regina...
Regina gusar!
" Edward ! Apa rancangan Kekanda?" Wajah tenang Edward di hadapannya ditenung....Walaupun was - was ...dia mahu tahu rancangan Edward...
" Segalanya telah dirancang tapi......! Edward dilihat Regina tidak habiskan ayat.....
"Kita berdua akan selamat... Kekanda Janji!"
" Tapi Edward.........!"
Sesuatu menganggu fikiran Regina......
" Edward bukan maksud Adinda mahu ......? Tapi Bagaimana dengan Putera Kerajaan Aurish..Maksud Adinda Putera Mahkota Noah...Bagaimana jika dia dapat hidu Kehilangan adinda...Adakah Maurry akan terkesan?"
" Jangan risau Puteri, Maurry tidak terlibat dalam Hal ini...Noah tidak àkan dapat mencari Puteri...selamanya! Puteri àkan selamat!"
*****
" Arrghhbhhhhhhh!" Suara Noah menjerit menahan kesakitan...
" Putera...! Kenapa tumpuan Putera Hari ini terganggu!" Ahli Nujum bergegas mendapatkan Putera Mahkota Aurish ..Kelihatan Noah menongkat tangan dengan peluh telah membasahi tubuh..
Telah enam jam mereka berdua berada dalam keadaan pengubatan...Hanya peratus kecil sahaja yang berjaya yang selebihnya gagal..
Terlihat jelas di mata Ahli Nujum Tertua, tumpuan fikiran Putera Noah ternganggu...
" Ahli Nujum kenapa minggu ini tidak seperti bulan sebelum ini..Kenapa pengubatan Beta menjadi sukar...apa yang membuatkan Hal ini terjadi.....Noah dapat rasakan getaran ditubuhnya..Misi melawan raksasa Kali ini dalam badannya sendiri sukar...
Setiap Kali dia menyeru raksasa untuk munculkan diri berlawan secara rohani, fikirannya diganggu dengan jelmaan Puteri Regina...lebih menyukarkan Noah, dia tidak dapat menghalang fikirannya...Dan kemunculan Raksasa yang mengelirukan Noah...
Apa yang menyebabka raksasa dalam dirinya berubah.....dan merubah menjadi Dua...
" Apa maksud Putera?apa yang berlaku?"
" Dua raksasa....! Apa maksudnya Ahli Nujum.. bukankah di kawasan sejuk raksasa Itu akan semakin lemah? dan Beta sedang fasa pengubatan.....tapi kenapa?"
Ahli Nujum Tertua dilihat Noah menganjak kebelakang...terkejut...bersama jari jemarinya bergerak seakan cuba menilik sesuatu...
" Putera...berehat dahulu...tubuh Putera Mahkota telah lemah....Jika diteruskan akan mudaratkan kesihatan dan tubuh Putera...Ada urusan yang hamba perlu lakukan waktu ini....Dari cerita Putera, hamba perlu membuka Kitab lama...."
Noah tidak lagi bermaya...dia benar - benar lemah..akibat kepenatan dia memejamkan Mata Dan terus terlena..
Perlahan - lahan Ahli Nujum Tertua melangkah meninggalkan Putera Mahkota...Apabila dia telah jauh meninggalkan, langkah kakinya diayun laju, dia perlu Segera ke tempat pengumpulan Kitab, dia perlu mencari jawapan dari cerita yang disampaikan...
****
" Berapa jauh lagi Edward?"
"Kita telah separuh perjalanan Puteri, satu permalam dari sini Kita akan selamat!" Edward lelah dia dan Regina mendapatkan rehat...hanya mereka berdua sahaja yang melarikan diri...
Misi menyelamatkan dirinya hanya melibatkan Edward seorang...Dia sangat menghargai Usaha Edward membantunya...
" Puteri...Kita kena teruskan perjalanan....!"
Tanpa membantah, laluan kaki Putera Edward diikuti semula oleh Puteri Regina. Dia tidak boleh merungut...Perkara yang Penting waktu ini, mereka perlu lari sejauh yang mungkin dari Putera Raksasa..
Namun selepas beberapa jam melarikan diri...Edward menghentikan langkah di tengah- tengah jalan yang diliputi salji...pandangan mata Edward melilau melihat kearah sesuatu...
" Kenapa ?" Mata Regina Juga melihat kearah yang sama..
" Puteri....kawasan ini.....Ini kawasan yang sama Kita lalui tadi....jika Kekanda Tak salah, Kita telah melalui kawasan ini berkali - Kali...
Wajah Regina pucat, dia memusingkan wajah Dan tubuh melihat keadaan sekeliling....dia terlalu penat melarikan diri, tidak disangka mereka berdua berlari ditempat yang sama..
" Edward...macam Mana Kita boleh berada di tempat yang sama.. apa Kita perlu buat?"
" Bersabar Puteri....Beta akan cuba lakukan sesuatu.!"...Sesuatu dikeluarkan oleh Noah dari beg sandang...tiga butir tulang dikeluarkan dari beg yang dibawa..
Sebuah kotak kecil berbentuk tiga segi diletakan Edward di sebelah Utara...Dia masih ingat lagi pesanan dari Ahli Nujum negara ...sekiranya menghadapi kesulitan dia perlu menghala arah bucu tertinggi segitiga menghadap Utara...
Di Sana dia akan menemui jawapan, Dan tulang - tulang yang diberikan oleh Ahli Nujum akan membantu untuk Edward mencari jalan jika menghadapi kesulitan...
Edward duduk di kawasan lapang, Regina dibiarkan berdiri di sebelah kiri..Disitu kotak segi tiga diletakan di atas tanah, kemudian tulang - tulang Itu diletakan di dalam kotak sebelum satu serbuk berwarna Hitam diletakan Edward di dalam kotak..
Edward memejam Mata dan melakukan beberapa ritual...Jelas di mata Regina, tulang - tulang Itu bergerak dengan sendiri sebelum satu dari tulang tulang Itu pecah dan bercantum dengan serbuk Hitam..
" Edward !" Regina tidak dapat menahan ketakutan Melihatkan apa yang sedang berlaku di depan mata..Tulang - tulang yang bergerak itu bagaikan hantu, Dan tulang yang bercampur dengan serbuk Hitam mula berterbangan di udara sebelum serbuk Itu membentuk satu objek....
Regina masih terpaku dan Kaku..
" Mari Puteri!" Edward menarik tangan Regina...Dia tahu Puteri masih terkejut dengan semua yang dilakukan tadi..Dia àkan memberikan penjelasan kepada Regina kelak...
Sekarang mereka berdua perlu meneruskan perjalanan ...tanpa soalan Regina hanya menurut sambil pandangan mata melihat kearah Edward Dan terlihat jelas di mata Regina, serbuk Hitam tadi membentuk seakan Anak Mata.....
Laluan yang perlu ditempuhi mereka berdua nanti...
Satu Hari perjalanan....
" Apa tadi Edward ! Apa yang Kekanda buat?"
Regina serba salah, dia dapat mengagak apa yang jadi tadi..Dia tahu Erward sedang menggunakan pertolongan Ahli sihir....tapi mengamalkan sendiri, Regina masih was- was...Edward adalah seorang Putera Mahkota di kerajaan Mauury.. dia tidak sepatutnya menggunakan sebarang sihir...
Hanya Ahli Nujum yang dibenarkan menggunakan sihir, jika seorang Raja menggunakan sihir...Itu membawa makna kehidupan Raja Itu akan binasa...
" Tiada siapa yang perlu tahu tentang tadi...Beta tiada pilihan!"
" Semuanya salah Edward...Kekanda Tak perlu datang kesini..Edward jangan aibkan diri semata - Mata untuk Adinda...Adinda Tak layak untuk menerima pengorbanan begini!"
" Ssssshhhhhh!....... Puteri tiada apa yang perlu dikhuatirkan.. Kekanda akan buang semua ini dari diri Kekanda selepas Puteri selamat...tiada siapa yang akan tahu!"
" Tidak Edward! Puteri takkan benarkan Kekanda gunakan jalan ini...Bagaimana jika perkara ini terbongkar....? Bagaimana reaksi rakyat Maurry? Ayahanda dan Bonda? ...Ini libatkan Masa depan negara Maurry.....
Edward......kita tiada pilihan lain...Adinda takkan biarkan Masa depan Putera Mahkota Mauury hancur disebabkan Adinda......semua ini perlu tamat......lupakan Adinda!"
" Tidak!" Tubuh Regina yang berpaling dipeluk Edward erat...
" Perjalanan ini telah sejauh ini Puteri, Kekanda takkan biarkan hidup Puteri musnah...Tanggungjawab Kekanda untuk menyelamatkan Puteri, jangan putus asa sekarang!"
" Puteri tidak pernah putus asa dengan Kekanda! Mahupun pada rakyat Maurry...begitu Juga dengan Ayahanda dan Bonda...Tapi Edward....Puteri takkan benarkan hidup Kekanda musnah...
" Tiada apa yang musnah Puteri! Tadi adalah yang terakhir.....Kekanda akan fikirkan Dan gunakan jalan lain untuk Kita berdua keluar dari sini dengan selamat...Kekanda takkan gunakan cara tadi lagi!"
Edward memujuk, sama sepertinya Puteri Regina Juga tidak mahu hidupnya musnah... Kerana Itu dia perlu mencari jalan lain untuk mereka berdua keluar dari kesulitan...