Captain Luth Haiyyan (NEW VER...

By syza_ra

1.4M 61.8K 4K

*Bab 1-10 takkan ada perubahan. Bab 11 baru di edit menjadi chapter baru Aaira Nasrin | Luth Haiyyan Sempadan... More

New Update
CLH 1
CLH 2
CLH 3
CLH 4
CLH 5
CLH 6
CLH 7
CLH 8
CLH 9
CLH 10
CLH 11
CLH 12
CLH 13
CLH 14
CLH 15
CLH 16
CLH 17
CLH 18
CLH 19
CLH 20
CLH 21
CLH 22
CLH 23
CLH 24
CLH 25
CLH 26
CLH 27
CLH 28
CLH 29
CLH 30
CLH 31
CLH 32
CLH 33
CLH 34
CLH 35
CLH 36
CLH 37
CLH 38
CLH 39
CLH 40
CLH 41
CLH 42
CLH 43
CLH 44
CLH 45 (NV)
CLH 46 (NV)
CLH 47 (NV)
CLH 49 (NV)
CLH 50 (NV)
CLH 51 (NV)
CLH 52 (NV)
CLH 53 (NV)
CLH 54 (NV)
CLH 55 (END)
Special Chapter (RAMADAN)
Special Chapter (RAYA)
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 1
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 2

CLH 48 (NV)

22.5K 998 86
By syza_ra


SEDAR tak sedar, matahari sudah terbenam dan malam mula menjelma. Aaira sedang menghirup teh panas  dan duduk berehat di luar khemah, cuaca di sini agak sejuk bila gerimis mula turun.

Dia berdoa semoga hujan tidak turun dengan lebat kerana proses pencarian akan sedikit sukar, dia juga risaukan Luth di luar sana walaupun agak kecewa dengan sikap Luth yang tidak mengabarkannya kedatangan lelaki itu ke sini namun Luth masih suaminya dan dia tetap ada perasaan risau.

Hatinya tiba tiba berbisik 'buat apa kau nak risaukan dia Aaira, dia datang sini tak bagitahu kau' dia mendengus perlahan, termakan dengan kata hatinya

"Aaira" doktor Sofi datang dan menepuk bahunya

"jauh termenung, fikirkan keluarga dekat Malaysia ya?" doktor itu tersenyum, dia menuang teh panas ke dalam cawan

"saya fikirkan suami saya, dia ada dekat sini juga tapi sampai sekarang kami belum berkesempatan untuk berjumpa. Dia datang sini pun saya tak tahu" ujarnya agak sedikit kecewa.

Doktor Sofi tersenyum

"Aaira marah ya, dia datang sini tak bagitahu Aaira?" lihat saja dari riak wajah itu, hati wanita ini sudah dapat di baca

"hmm...padahal sebelum saya ke sini, saya ada telefon dia, kenapa dia tak bagitahu saya yang dia nak datang sini" luahnya

"doktor dah kahwin?" tiba tiba Aaira menyoal, dia berani kerana doktor Sofi nampak peramah dan usia doktor Sofi sudah menjangkau ke angka 35 tahun

"dah" jawabnya perlahan

"suami saya belayar, tiap tahun dua ke tiga kali sahaja kami berjumpa, sampai 5 tahun perkahwinan kami, saya rasa perkahwinan kami takkan ke mana, saya sibuk di hospital dan dia masih dengan pelayaran" Aaira tekun mendengar cerita dari doktor Sofi seperti ada sesuatu yang hendak di sampaikan oleh doktor ini

"sampai satu hari masa dia nak pergi belayar, kami bergaduh sebab saya tak bagi dia pergi dan saya cakap kalau dia pergi juga saya takkan redha dengan pemergian dia, masa saya cakap tu saya nampak muka dia serba salah tapi di sebabkan tuntutan kerja dia pergi juga dan sempat cium dahi saya, dia janji dengan saya yang ini merupakan pelayaran terakhir dia" doktor Sofi berhenti dan menarik nafas selepas agak panjang dia bercerita

"tapi saya tetap marah sebab dia tetap pergi tinggalkan saya dan siapa sangka dia betul betul kotakan janjinya, itu memang pelayaran terakhir sebelum kapalnya tenggelam telanggar bongkah batu akibat ribut dan sampai hari ni mayat suami saya masih belum di jumpai" ada nada sebak dalam bicara doktor Sofi tapi muka wanita itu tetap tenang bercerita.

Aaira menekup mulut tak percaya dengan apa yang wanita di hadapannya ini hadapi, macam mana wanita ini boleh bangkit dari kesedihannya dan meneruskan hidup

"tabahnya doktor hadapi dugaan, Aaira sendiri kalau berada di tempat doktor, Aaira tak kuat nak terima" ucapnya jujur

"sejujurnya saya hampir depresi, setahun saya ambil cuti untuk tenangkan diri dan terima takdir yang Allah dah tulis untuk saya, tapi saya tahu bukan ini yang suami saya mahu, meratapi ketiadaan dia. Saya buat keputusan untuk sibukkan diri dengan kerja dan lupakan kejadian yang dah berlaku. Saya sampai minta pihak atasan untuk jadi wakil perubatan kalau ada misi di luar negara dan saya berjaya untuk tak ingat kejadian tu tapi sampai sekarang saya menyesal dengan perkataaan yang keluar dari mulut saya sebelum dia pergi belayar dan ini mungkin balasan Allah untuk saya sebab tinggikan suara dan biadap dengan suami sendiri dan Allah ambil suami saya" sudah bercucuran air mata Aaira mendengar cerita doktor Sofi

"jadi Aaira ada juga pengajaran yang Aaira boleh ambil dari cerita saya ni" ucapnya lembut, bahu Aaira di usap.

Biasa la pasangan muda baru berkahwin, dia juga muda dan kejadian terburuk dalam hidupnya berlaku ketika usianya 28 tahun, darah masih panas sebab itu dia tak berfikir sebelum bercakap.

Al-fatihah untuk suaminya Tengku Muhammad Harraz bin Tengku Muhammad Harun.








MISI tetap di teruskan walaupun hujan mula turun, mereka perlu segera mencari mangsa yang terperagkap, mereka tiba di sebuah sekolah untuk mencari jika ada mangsa yang terperangkap di sini

"hello" mereka menjerit dan memanggil manggil jika ada yang menyaut panggilan mereka

"anybody here"  mereka mencari cari di timbunan bangunan.

"tolong" Luth terdengar suara kanak kanak meminta tolong, lemah dan perlahan.

Pantas dia berlari dan mendekati suara itu

"adik" panggil Luth.

Arshad bersama yang lain pantas mendekti Luth.

Luth meninjau di lubang kecil untuk melihat keadaan kanak kanak itu, kakinya tersepit dengan sebuah bongkah batu dan kedudukannya dalam keadaan tertiarap

"adik tunggu sekejap ya"

"agak susah untuk kita masuk ke dalam tuan karna kedudukannya agak tersepit di antara kedua timbunan batu kalau salah masuk batu itu boleh jatuh dan menghimpit anak itu" Luth juga lihat di kiri dan kanan budak lelaki itu terdapat timbunana batu dan badan budak itu terhimpit, kalau bergerak sikit memang confirm batu tu akan jatuh menghempapnya" namun mereka harus menyelamatkan budak itu apa pun risikonya

"kita harus cari dahulu laluan untuk pergi ke anak itu" ucap anggota bomba

"saya cadangkan untuk kita alihkan saja bongkah batu ini memandangkan kita ada sembilan orang" cadang Luth

"boleh, kalau begitu ayuh kita lakukan segera" mereka mengangkat  bersama sama bongkah bongkah batu itu sehingga jelas menampakan budak lelaki itu

"hanya satu orang sahaja yang boleh masuk ke dalam" ujar anggota bomba tersebut

"memandangkan saya yang jumpa dia jadi biar saya yang masuk" Luth menawarkan diri

"tuan yakin?" Luth angguk

"kau serius Luth, kau boleh buat?" Arshad pula yang menyoal, wajah Ziyad juga agak kurang yakin

"percayakan aku, aku boleh buat" Luth mengangguk anggukan kepala.

Dia juga sudah memakai alat keselamatan sebelum mereka memulakan misi pencarian, tinggal tali keselamatan sahaja yang belum di pasang

"okay, lepaskan perlahan lahan" Luth mula turun, sampai sahaja di bawah dia memanggil kanak kanak lelaki itu

"adik okay" budak itu lemah mengangguk

"tunggu sekejap ya, abang akan selamatkan adik" entah faham ke tidak budak itu kerana Luth bertutur dalam bahasa melayu.

Dia cuba mengangkat batu yang menghempap kaki budak tersebut, agak berat batu itu berbanding tenaga lelakinya namun dia tetap mengagahkan diri untuk mengalihkan batu tersebut, perlahan lahan da letak batu itu ke tepi, risau kalau dia campak timbunan batu yang berada di sisi budak lelaki ini akan jatuh dan menghempapnya.

Kemudia dia memikirkan cara untuk menarik budak lelaki itu supaya selamat dan batu yang bertindih itu tidak terjatuh.

"adik sabar sikit ya" 

"hmmm"

"adik jangan gerak kalau bergerak batu ni nanti jatuh kena dekat adik" 

"Luth, kau okay tak" Arshad menjerit dari atas

Luth mengangkat ibu jari 

"aku cadangkan kau alihkan batu tu satu persatu" ujar Arshad

"aku tak sampai" jawabnya kalau dia sampai dah lama dia buat masalahnya ketinggian batu itu melebihi paras ketinggiannya

"tak apa kami akan cuba turunkan anggota untuk bawa naik batu tu satu persatu, kau jaga sahaja di bawah" mereka memasang tali pada seorang lagi anggota dan batu berjaya di bawa naik namun batu di sebelah kanan agak tidak stabil dan apabila batu itu di angkat mengakibatkan batu di bawah bergoyang dan jatuh namun Luth sempat menghadang badannya dan batu itu mula jatuh dan menimpa bahagian belakang Luth

"Luth!" Arshad menjerit

"arghh" dia mengadu ke sakitan dan budak lelaki itu mula menangis.

"Luth jawab aku kalau kau dengar" dia mahu memastikan yang Luth tidak pengsan 

"aaa...aku okay" bersusah payah dia ingin membalas.

Dalam menahan kesakitan Luth tetap memujuk budak lelaki itu dan cuba berbual sementara anggota bomba itu mengalihkan batu di atas badannya

"shhh, jangan menangis" kedudukannya yang seperti melakukan tekan tubi membuatkan dia tidak boleh menyentuh budak lelaki itu, di risau kalau tadi dia mengambil tindakkan untuk memeluk budak itu badannya yang di timpa batu akan menghempap sekali budak itu

"nama adik siapa?" soal Luth

"Wardani" jawabnya

"Wardani, kita dah selamat, tinggal nak bawa kamu naik sahaja" ujar Luth sambil menahan perit sesekali dia meringis kesakitan, kepalanya juga mula sakit akibat menampung berat batu yang menghempapnya

"om ngak apa apa?" Luth paksa dirinya untuk tersenyum seraya menggeleng.

Arshad di atas sudah gelisah bila batu tersebut jatuh dan menimpa sahabatnya, batu yang menghempap sahabatnya itu bukan kecil .

Bila dirasakan badannya mula ringan, dia hampir jatuh dan pengsan namun di gagahkan juga untuk membawa budak itu naik.

Dengan tenaga yang masih berbaki, dia memeluk budak lelaki itu dan mereka mula membawanya naik ke atas.

Sebaik sahaja tiba di atas, dia memberi kanak kanak lelaki tersebut ke anggota polis dan badannya rebah ke atas tanah

"ya Allah Luth" Arshad sempat menahan tubuh sahabatnya dari jatuh, dia lihat betis Luth sudah mengeluarkan darah, sangkaannya mungkin ada batu yang tajam menusuk kaki Luth.

Mereka pantas membawa Luth dan budak lelaki itu ke khemah perubatan




maaf apa yang syza tulis ni tak sampai pada korang dan korang tak dapat imagine waktu Luth selamatkan budak tu, syza dah cuba sehabis baik untuk gambarkan situasi tapi  inshallah syza akan cuba perbaiki lagi.



Continue Reading

You'll Also Like

49K 3.8K 27
[𝐎𝐍 𝐆𝐎𝐈𝐍𝐆] "𝐈'𝐦 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐜𝐞, 𝐧𝐨𝐭 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝, 𝐓𝐨𝐮𝐫𝐧𝐞𝐬𝐨𝐥, 𝐈'𝐦 𝐣𝐮𝐬𝐭 𝐜𝐚𝐫𝐫𝐲𝐢𝐧𝐠 𝐨𝐮𝐭 𝐚 𝐭𝐫𝐮𝐬𝐭"...
10.1K 845 47
Katherine Humaira Binti Umar firhad seorang remaja perempuan berumur 17 tahun...Introvert..sangat tidak ramah,panas baran,Namun orang nya sangat sang...
1.1K 92 10
Amira Esha - Gadis berani bergelar peguam. Sedar bahawa hidup sebagai seorang peguam pasti ada cabarannya. Kelurga. Kawan. Nyawa. Semua menjadi perta...
40.4K 1.5K 29
"Abang tak janji abang akan sayang Neem sampai akhir hayat Neem... Tapi abang janji... Abang akan sayang Neem sampai akhir hayat abang..."