METANOIA [C]

By yuyun309

26.8K 2.5K 108

Kisah seorang gadis malang yang hidup dalam penuh penderitaan, kesakitan dan kekosongan. Tanpa kasih sayang... More

Chapter 1
Chapter 2 - Scarlet
Chapter 3 - Like father, like daughter
Chapter 4
Chapter 5 - The color of Scarlet
Chapter 6 - Darkness
Chapter 7 - Stranger's place
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10 - Scarlet and Magic
Chapter 11
Their Styles
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31: It's a 'GoodBye'
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Extra - Lillian Maigness
Extra - Lillian Maigness (2)
Extra - Yulia Astra
Extra - Scarlet

Chapter 18

578 56 3
By yuyun309

Di Astela. Permulaan misi Ashley.

Ashley dan beberapa Hero sedang berada di dalam sebuah bilik di satu rumah milik salah satu keluarga bangsawan di Astlea (melihat biliknya yang mewah).

Ashley berdiri diantara barisan paling hadapan dengan lagi 2 orang lelaki. Lagi 7 orang pula berdiri di belakang.

'3 S rank Hero termasuk aku. Yang lain pula A dan B.' Fikir Ashley. Dia merasa aura magik dari Hero yang lain untuk mengetahui rank mereka.

Pintu terbuka dan satu lelaki dipertengahan umur masuk dan berjalan kearah meja kerjanya, dihadapan kesemua Hero.

"Maafkan saya sebab lambat walaupun saya yang panggil anda semua kesini." Katanya dengan suara serak. Lingkaran gelap dimatanya membuktikan bahawa dia sudah berjaga lewat malam untuk bekerja. Hero lain hanya diam tak menyahut.

"Saya Duke Garren Rochaze, dan saya juga yang akan beri anda semua misi."

'Duke, gelaran tertinggi di hierarki bangsawan di Sevalon.'

"Macam yang anda semua tahu, seluruh negeri di Sevalon dah alami masalah yang sama. Banyak penduduk yang hilangkan diri dan tak dapat dijumpai walaupun mayat mereka.

Tapi dalam masa beberapa minggu ni, bilangan yang menaik terus mendadak. Minggu ni sahaja, di Astela, sebanyak 40 penduduk telah hilang."

Kesemua Hero diruang itu terkejut. 40 bukanlah satu angka yang kecil, dan mereka sedar itu.

"Di negeri lain pun sama kan?"

Kesemua Hero mengangguk.

"Jadi, saya panggil awak semua kesini, ke Astela untuk bantu cari pelakunya."

Salah satu S rank Hero disebelah Ashley mengangkat tangannya.

"Tapi kenapa di Astela?"

"Di Astela bilangan yang hilang jauh lebih tinggi dari negeri lain. Dan yang hilang di Astela bukan berlaku diluar pagar, malah dalam pagar Astela, jadi kemungkinan besar pelakunya ada disini." Jawapan Duke Rochaze mendapat anggukan setuju dari Hero lain.

Ashley juga bersetuju. Di Villon, yang hilang hanyalah mereka yang keluar dari pagar Villon sama ada untuk keluar berburu atau berdagang. Sekiranya di Astela yang hilang didalam pagar, maknanya pelakunya memang di dalam Astela.

"Saya akan bahagikan kawasan di Astela untuk anda semua, tolong ronda dan cari maklumat yang boleh membantu."

Duke Rochaze dan pembantunya (butler) membahagikan kawasan untuk kesemua Hero diruangan itu.

"Duke, tak perlu ke antara kami jaga di istana?" Tanya Ashley.

"Kaisar tolak cadangan saya untuk jaga dia."

"Oh. Baiklah." 'Dia tolak?'

"Pahlawan dari keluarga Rochaze juga akan membantu anda semua, jadi rehat bila-bila anda semua penat.

Ganjaran saya akan beri sesuai dengan usaha anda semua.

Itu sahaja, dari saya. Ada soalan lagi?"

Hero diruangan itu tak bersuara. Hanya memberi gelengan kepala.
______________

Ashley sedang berada diatas satu menara di kawasan jaganya. Dia berdiri dengan tegak tanpa bergerak.

'800, 900, 1000 meter'

Ashley telah membesarkan skillnya sehingga 1 kilometer radius. Dia merasakan kesemua aura magik dalam kesemua penduduk dalam radius 1 kilometer darinya. (Skill: Magic Radar)

'Hah~ susahnya.'

Memandangkan Astela mempunyai ramai penduduk, untuk merasai aura magik setiap satu perlukan fokus yang sangat tajam.

Kebanyakan penduduk di Astela hanya mengurung diri mereka dirumah masing-masing, tak mahu diri mereka jadi mangsa. Tapi ada juga beberapa yang harus keluar, untuk bekerja, untuk membeli barang runcit. Tapi, 'beberapa' itu masih satu angka yang besar.

Dua jam telah berlalu. Ashley masih tak bergerak dari tempatnya. Dia juga masih tak hilangkan skillnya.

Sehinggalah dia merasakan sesuatu yang ganjil. Satu aura magik telah hilang dari radarnya dari lokasi yang tidak jauh darinya.

"!!"

Tanpa membuang masa, Ashley terus melompat dari satu bumbung ke satu bumbung untuk ke lokasi itu. Dan akhirnya dia sampai di satu lorong, dicelah-celah dua bangunan.

Ashley memusing-musing kepalanya untuk mencari petunjuk. Tapi tiada apa pun yang ditangkap matanya.

Dia pun mencari kawasan sekitar yang berdekatan, bertanya-tanya kepada penduduk disekitar. Namun tak ada satu pun yang melihat benda aneh.

"ARGH! TAK GUNA." jerit Ashley sambil menumbuk dinding batu, menghasilkan luka kecil ditangannya.
______________

"Jadi, untuk hari ni sahaja, 6 orang telah hilang." kata Duke Rochaze. Walaupun wajahnya tenang, hatinya bergejolak dengan amarah dan kerisauan.

10 Hero yang sedang berdiri didalam pejabat Duke Rochaze itu juga tak mampu berkata apa-apa kerana kecewa dengan diri mereka sendiri. Merasa diri mereka tak layak digelar 'Hero'.

Setiap hari mereka berjaga, dari awal pagi hingga ke lewat malam. Setiap hari juga, banyak penduduk Astela yang hilang. Walaupun dicari, dikejar, tapi mereka masih tak jumpa walau satu pun petunjuk.

Akhirnya sebulan berlalu. Beribu penduduk di Astela telah datang ke kediaman Rochaze sambil menangis. Meminta-minta supaya suami, anak, ahli keluarga mereka dicari.

Namun, apa yang mereka boleh buat? Mereka juga telah berusaha dengan segenap tenaga mereka.

"Berapa kes dikumpulkan untuk bulan ni saja?" tanya Duke Rochaze kepada pembantunya.

"210 orang, Tuan."

"Hah…" Duke Rochaze mengurut kepalanya.

"Tapi beberapa minggu terakhir, bilangan yang hilang makin sikit. Mungkin sebab si pelaku tahu yang kita dah tugaskan Hero untuk jaga Astela." sambung pembantu Duke Rochaze.

"Mungkin juga.

Macam mana di negeri lain?"

"Tak berkurang."
________________

Di atas menara yang sama, walaupun di tengah malam, Ashley menulis surat yang akan dihantar kepada Trystan. Surat itu diisi dengan kesemua maklumat yang telah dia kumpulkan.

Menggunakan magiknya, dia menghasilkan satu makhluk berupa burung helang berwarna biru. Dia mendekatkan surat yang baru ditulisnya, dan diserap oleh burung itu. Lalu burung itu terbang tinggi menuju Villon.

Setiap minggu telah dia menulis laporannya dan menghantarnya ke Trystan. Bukan dia sahaja, Hero lain juga melakukan yang sama dan melapor ke ketua mereka di negeri asal mereka.

"Hei, Ashley!" tegur seseorang.

Ashley melihat satu lelaki berambut coklat yang baru sahaja mendekati dan duduk disebelahnya.

"Hei, Irwin."

Irwin ialah salah satu S rank Hero yang baru sahaja menjadi kawan Ashley.

"Kau tak nak rehat langsung ke?" tanya Irwin.

"Aku tengah rehat lah ni."

"Tipulah."

"Haha." Ashley tersenyum.

Walaupun Ashley kelihatan sedang duduk dan melihat bintang dilangit malam, dia sebenarnya masih menggunakan skillnya untuk merasa aura penduduk Astela.

"Kita ni memang sama rank, tapi kau masih jauh lebih kuat dari aku. Dan kau pun masih tak dapat jumpa pelaku kes ni...

Jadi, dia ni memang orang yang jauh lebih kuat dari kita berdua, eh?"

"Kau ada idea ke siapa pelakunya?" tanya Ashley kepada Irwin.

"Yang paling terkuat di Astela, Raja Astela sendiri."

"Heh.. Beraninya kau cakap tu. Tak takut ada yang dengar?"

"Aku yakin kau pun rasa yang sama." Irwin dan Ashley tertawa miris.

Keluarga imperialis ialah pemilik kuasa magik tulen dan yang paling kuat di Sevalon. Bahkan seperti tiada tandingan. Lagi-lagi si Raja sendiri.

Dan seperti yang Irwin katakan, Ashley sendiri pun merasa Raja Astelan ialah pelakunya. Kerana hanya yang lebih kuat boleh menyembunyikan aura magik mereka dari skill merasa aura magik. Dan yang lebih kuat dari Ashley, ialah Raja Astelan sahaja.

Continue Reading

You'll Also Like

90.9K 3.6K 22
Siapa sangka putera raja yang keras bak ais tiba-tiba terjatuh . Terjatuh ? Jatuh dari mana ? Jatuh Cinta ler hehehe . Terjatuh cinta dengan seorang...
112K 6.5K 26
Marina merupakan gadis yang sesat dan telah hidup di sebuah pulau yang jauh dari semua manusia dan kemajuan teknologi secara bersendirian. Dia bertem...
437K 64.8K 200
(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan...
35.9K 3.4K 50
CRYSTAL QEY QUIN adalah seorang wanita berkulit semula jadi cerah dan memiliki sepasang mata berwarna keemasan mampu menarik perhatian sesiapa saja...