✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎�...

By Drizellla

2.4M 113K 10.4K

| 2021| 18+ EXTENDED VERS COMINGSOON MELODRAMA 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐢, 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫, 𝐤𝐨�... More

⚠️ A M A R A N ⚠️
1 | OUR MARRIAGE
2 | THE INNOCENT DEFENDANT
3 | I AM THE COURT
4 | UNFAIR PENALTY
5 | LESUNG BATU
6 | POLICE REPORT
7 | HUJAN LEBAT
8 | SAVING THE ROSE
9 | HANSEN OR HAYDEN
10 | ARCHERY AND BOW
11| WASIAT GAMBINO
12 | ESCAPE FROM HEART
13 | MERABHA,ISTANBUL
14 | GAMBINO SCANDAL
16 | ÇOK GÜZEL- BEAUTIFUL
17 | AMARAH CINTA
18 | JEJAK MAWAR
19 | HAYDEN'S CAGE
20 | 365 DAYS IN COURT
21 | DO YOU LOVE ME?
22 | SERANGAN PENCEROBOH
23 | THE LAST WARNING
24 | VICTORIAN-ERA NIGHT
25 | HAYDEN ' S GAME
26 | I CAN SMELL THE BLOOD
27 | YOU'VE CHANGED
28 | DNA STATEMENT
29 | RAHSIA MAWAR
30 | NONSENSE OFFER
31 | PENANGAN SI DAJJAL
32 | HALALKAN DEMI NATHAN
33 | AUDITORY HALLUCINATION
34 | KILL ME, HEAL ME
35 | HABEAS CORPUS
36 | GAMBINO PRIDE
37 | CHATEAU DE VOLLINI
38 | I'M A RAPIST
39 | NEGOTIATION TENDER
40 | LUKISAN NATHAN
41 | MACCHIATO SPLASH
42 | FINDING MAWAR
43 | PECAHKAN PINTU
44 | MISS UR SCENTS
45 | GOD DAMN , LOVE
46 | DEATH OF US
47 | THE MYSTERY ZARRA
48 | PRE-MATURE ANGEL
49 | LITTLE HAKAN ARSALAN
50 | THE FAMILY DINNER
51 | ALLAH, I'M LOST IN MYSELF
52 | HANTU PUNGGUNG
53 | SURAT, BUKTI LAYANG
54 | MRS. RAJA HAYDEN
55 | DIGGING THE THRUTH
56 | THE WITNESS
57 | DIVORCE NOORA
58 | THE AFFIDAVIT
59 | I CAN'T FEEL ANYTHING
60 | OUR LAST JOURNEY
SEMI FINAL
FINAL | SATU

15 | THE TAMRIK'S HOUSE

32.1K 1.6K 125
By Drizellla

SATU MINGGU sudah berada di Hadimkoy, Nadya mengajak Mawar dan Nathan pulang ke rumah keluarga angkatnya iaitu keluarga Tamriks di Antalya. Meskipun kian berasa selamat dari sebarang gangguan dan Nathan juga beransur baik dapat menyesuaikan diri tanpa Hayden disisi, tapi hati Mawar masih dirundung lohong pelik. Tiga hari tiada khabar berita daripada Hazel mengenai perkembangan kehilangan mereka di Malaysia. Adakah semuanya baik-baik saja? Kenapa Hazel diam dan tidak membalas pesanan Nadya tiga hari yang lalu?

"Anne, Ne icmek isteriniz?" (Mak, Mak nak minum apa?)

Kedengaran suara Nadyna melaung pada ibu angkatnya, Puan Nare yang sedang menyidai pakaian di luar rumah.

"Ben cay icerim!" (Mak minum teh!)

"Baba?" (Ayah?)

Encik Tamriks membalas. Lembaran surat khabar diselak satu-persatu. "Ben kahve icerim." (Ayah minum kopi)

Selepas menghidangkan kopi untuk Encik Tamriks, Nadya atur langkah kepada Mawar. Secawan teh diletakkan di depan Mawar.

"Sekejap lagi Baba dan Anne nak turun kerja. So, kita bertiga saja lah dekat rumah. Selalunya, Emeer ada juga datang sini."

"Baba dan Anne kerja dekat mana?"Tanya Mawar. Kemudian, mata dilirik sekilas kepada Encik Tamriks. Encik Tamriks dan Puan Nare suami isteri yang ramah dan penuh dengan kelembutan. Kedatangan dia dan Nathan dengan disambut baik. Dia dilayan seperti anak perempuan manakala Nathan dilayan seperti cucu mereka sendiri memandangkan suami isteri tersebut tidak mempunyai anak.

"Baba pemandu teksi. Anne kerja dekat kedai makan tak jauh dari sini."

Mawar mengangguk faham. Pandangan dilarikan pada Masjid Suleymaniye yang dapat terlihat tidak jauh dari tempat kediaman keluarga Tamriks. Sebuah masjid yang dibina pada zaman Sultan Suleiman I (Suleiman al-Qanuni).

"Nadya—"Mawar paut jari-jemari Nadya.

"Kenapa Mawar?"

"Saya nak cari kerja dekat Istanbul. Saya tak pilih apa-apa kerja asalkan halal."

"Insyaallah, Mawar. Kalau aku tak ada kelas esok pagi, kita pergilah cari."

"Thanks Nad. Saya tak dapat balas budi awak sekarang ni. Saya serahkan kepada Allah saja."

"Tak apa. Baba dengan Anne juga nak tolong kau berdua. Kau jangan risaulah semua tu. Banyak aje kerja dekat sini. Anne juga ada cakap dekat aku semalam yang boss dia ada cari seorang waitress."Jawab Nadya bagi menepis segala kerisauan dalam benak fikiran Mawar sekarang ini.

"Saya terharu Nadya. Saya minta maaf kalau susahkan awak sekarang ni."

"Hisy...apa ni? Kita kan kawan lama? Aku tak pernah berkira dengan kau lah. Kau juga pernah tolong aku. Sekarang ni, aku tolong kau pulak. Ada apa-apa berita dari Hazel tak?"

Mawar paling muka tempat lain sebelum menjamah semula muka Nadya.

"Tak ada. Dah tiga hari Hazel tak contact saya. Kali terakhir dia seen pun tiga hari yang lalu."

"Jadi, macam mana sekarang ni? Kau ada contact kawan yang lain? Suzi? Aiman? Noah?"

"Saya malas nak susahkan orang. Tak apalah. Mungkin Hazel sibuk dengan kerja. Saya cuma risau satu benda aje."Luah Mawar dengan hati yang tidak seberapa sedap sejak semalam.

"Kau risaukan apa?"

"Saya risau Hayden tahu dan serang Hazel."

"Hisy! Tak adalah. Kau dengan Hazel kan dah rancang benda ni baik-baik. Mustahil dia dapat tahu yang Hazel dengan Noah ada juga bersubahat dalam hal ni." Sangkal Nadya.

"But, he is a dangerous guy! Dia banyak saluran untuk dapatkan maklumat."

Nadya raup muka sendiri.

"Tak, sekarang ni kau macam tak yakin dengan apa yang kau dah buat. Kau macam takut nak teruskan semua ni. Come on, Mawar. Lihat ke depan bukan lihat ke belakang. Kau dengan Nathan dah bebas. Kalau dia dapat jejak kau Istanbul , kau bersembunyi lah dulu dekat tempat lain."

Mawar hembus keluhan dalam. Serabutnya!

"Bukankah ini yang kau nak? Kalau aku dekat tempat kau sekarang ni, aku juga tak tahan dengan perangai hantu suami kau. Sedangkan kau tak salah. Lagipun, Rossa tu kakak kandung kau. Why on earth kau nak bunuh dia? Kau difitnah, Mawar. Dia palsukan kematian kau dekat Luke Ilman, berkahwin dengan kau semata-mata nak seksa kau, nafkah zahir batin tak pernah bagi dan sekat hubungan kau dengan Nathan. Hei, apa masalah jantan ni sebenarnya? Mental betullah!"Panjang lebar Nadya ceramah Mawar.

"Saya nak sangat dia ceraikan saya tapi Hayden bangkang sekerasnya. Seolah-olah dia cuba ikat saya dengan sesuatu yang tak pasti. Saya tak faham."

"Aku faham perasaan kau sekarang ni. Aku yakin pastikan Hayden akan ceraikan kau suatu hari nanti cuma sekarang ni belum masanya. Sekarang , aku tak nak kau fikirkan benda ni dulu. Aku support kau dari belakang."

Mawar tekur muka ke bawah. Sedar tak sedar, air hangat kian menelusuri pipi mulusnya. Tubuh Nadya dipeluk erat. Sukar untuk dia gambarkan perasaannya kini. Penuh dengan variasi rasa yang tidak dapat dikenalpasti.

"Aunty Mawar!"

Suara si kecil Nathan melonggarkan dakapan Mawar dan Nadya. Cepat-cepat Mawar kesat air mata untuk mengelakkan budak sebijak Nathan menghidu bau kesedihan pada wajahnya.

"Kenapa? Hmm? Ada apa-apa ke?"

"Atuk tu bagi Nathan duit!"Nathan henyakkan punggung atas paha Mawar. Sambil itu, sehelai 10 Lira Turki ditayang pada Mawar. Tersengih-sengih gembira raut wajah Nathan.

"Banyaknya duit Nathan. Siapa bagi? Atuk Tarmiks ke? Atuk Tarmiks suruh beli apa? Nathan pau Atuk Tarmiks eh?"

"Mana ada. Atuk suruh belik aiskeyem."

"Nathan jangan pau atuk dengan nenek tau. Jadi goodboy tau."

Nathan anggukkan kepala.

"Goodboy."Puji Mawar. Tangannya gosok laju kepala Nathan.

"Nathan tak nak shake hand dengan Auntie Nadya ke? Dah satu minggu kita dekat sini Auntie Mawar tengok Nathan tak ada cakap dengan Auntie Nadya pun."Tanya Mawar. Maklumlah, Nadya jarang di rumah kerana selalunya Nadya bermalam di rumah kawannya jika ada study group. Jadi, dalam satu minggu itu Nadya hanya dapat meluangkan bersama mereka selama dua hari sahaja.

"Merhaba!" (Hello)

Nathan bersembunyi di belakang Mawar saat sapaan mesra Nadya tertuju kepadanya.

"Dia takut ke?"

"Tak. Dia ni pemalu sikit bila tengok perempuan cantik. Jawablah Auntie Nadya, sayang. Auntie Nadya nak kawan dengan Nathan tu."

"Malu dengan Auntie Nadya eh? Adiniz nedir?" (Siapa nama kamu?)

"Benim... adim..."

"Benim adim..Nathan Raja Baheen." (Nama saya Nathan Raja Baheen)

Sikit-sikit Mawar mengajar Nathan untuk menjawab soalan Nadya.

"Benim adim Nathan Raja Baheen! Hehehe."Nathan berpaut-paut nakal pada hujung baju Mawar. Mata dikejip pada Nadya.

"Hah, pandai!"

"Wey, dia wink dengan aku lah. Nakal budak ni!"

Nathan ketawa gembira. Punggung Mawar ditumbuk geram.

"Janganlah tumbuk buntut Auntie Mawar. Malulah tu! Macam tu ke nak berkenalan dengan awek lawa? Suka Auntie Nadya?"

Nathan mengangguk laju. "Nathan nak kahwin dengan Auntie Nadya!"

"Hamboi!! Gatai hang ni eh."Omel Mawar. Gelak tawa Mawar dan Nadya sama-sama meledak melayani karenah Nathan.

"Cantik tak Auntie Nadya?"

"Cantik!"

"Cantik macam siapa?"

"Cantik macam Auntie Mawar."

"Alahai, comelnya Nathan! Muah! Muah!"Mawar gomol kasar pipi Nathan.

"Ye, yarum ye!" (Makan, nak makan!) Pelawaan Puan Nare menggemapkan Mawar dan Nadya tak lama.

"Jom, Mawar. Hari ni, anne ada buat Doner Kebab. Sedap tau. Memang tak ke Turki lah kau kalau tak cuba kebab Turki."Nadiya tarik tangan Mawar untuk membuntuti kakinya masuk ke dalam rumah semula.

"PELARIAN tetap pelarian. Pelarian akan tak pernah rasa selamat. Mereka sentiasa diselubungi rasa takut."Mendalam suara Hayden. Pelarian seperti pembunuh, perompak dan pencuri. Tidak pernah bahagia. Apa penyeksaan yang dikalungkannya pada leher Mawar selama ini tidak cukup membuatkan perempuan rasa sakit? Atau Mawar mahukan 'sesuatu' yang lebih sakit lagi?

Di dalam bilik sel gelap itu serta hanya bertemankan lampu solar, Noah melirik kecil kepada Hayden. Hanya dia dan Hayden saja berada di dalam bilik sel ketika ini memandangkan Hayden mahu berbincang secara privasi dengannya.

"Noah, kau tak rasa apa yang aku rasa kalau kau tak pernah ada anak sendiri. Kau tak tak akan tahu macam mana seorang ayah kehilangan anak. Sakitnya lebih sakit dari seorang anak kehilangan ayah."

Noah tunduk kepala ke lantai dalam keadaan termengah-mengah kelihatan. Lemah tidak bermaya. Seluruh tubuh bagaikan baru saja dicincang dengan tukul besi. Lingkaran kedua-dua belah mata lebam dan hidung juga pecah.

"Sumpah, aku tak tahu mana Mawar pergi larikan diri. Aku dan Hazel cuma hantar dia ke airport saja haritu. Sumpah, demi Allah! Aku tak tahu..."

Hayden sambar satu kerusi. Kemudian, bertentangan duduk dan berpandangan empat mata dengan Noah.

"Now,put yourself in my situation. Ada orang larikan anak kau tapi kau buat bodoh aje? Berbaloi? Berbaloi untuk kau sebagai seorang ayah kepada anak tu? Look, aku bukan seorang ayah yang dungu. Aku jaga anak aku dengan penuh kasih sayang. Aku tatang macam minyak yang penuh. Singgahkan tangan dekat dekat anak aku jauh sekali. Tapi kau dengan kawan-kawan kau seolah-olah memancing kesabaran seorang ayah yang sayangkan anak dia separuh mati."

"Because I'm a man and I'm a father--"Parau nada Hayden. Matanya kelihatan berair kemerahan.

"Sekarang ni, aku tanya kau baik-baik. Aku masih ada hormat pada kau. Where is my son and my wife now?"

"Aku tak tahu..."Noah masih bermati-matian menyelamatkan Mawar selagi dia mampu. Bukan mudah untuk dia meruntuhkan segala tembok amanah yang dia telah dirikan kepada Mawar sebelum Mawar dan Nathan berangkat ke Turki minggu lepas.

Hayden bangun sambil menghembuskan nafas bosan. Lelah. Rahang yang berdenyut-denyut diketap bengang. Kayu besbol di atas meja di tarik perlahan.

"Hayden--"

"Kau nak tengok seorang ayah yang penyayang jadi seorang manusia tak guna?"

Buk! Hayden layangkan kayu besbol dalam tangan pada belakang Noah. Buk! Terpelanting tubuh Noah ke dinding bersama dengan kerusinya sekali.

"Argh!"Noah menjerit sakit.

Hayden angkat semula kayu besbol. Pecahkan kepala Noah juga tidak mengapa. Hayden cukup naik hantu dengan penipu seperti Noah.

"Hayden! Tunggu! Ampunkan aku! Mawar pergi Turki!!!"Jerit Noah selantang anak tekaknya mampu buat.

"Mawar...Mawar ke Turki!"Ulang Noah.

Turki?

Hayden membatu. Kayu besbol dilemparkan ke dinding. Ktang! Turki? Sekali lagi, suara fikirannya mengulangi ayat Noah.

"Turki. Sediakan dua orang penyiasat persendirian. Aku nak jawapan dalam masa lima hari."Ucapnya kepada salah seorang anak buahnya. Tidak lama kemudian, Hayden keluar dari bilik sel membawa wajah bengisnya. 

*****
01.02.2021
—Drz🖤

Continue Reading

You'll Also Like

2.9M 264K 89
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
1.7K 86 19
I will kill who broke your heart, my babywife (Slow update)
2.7K 333 10
Ini adalah kisah seorang diva bertemu dengan jejakanya... Si diva merupakan pembunuh lelaki tanpa bayang. Sekali dia kenyit mata, semua boleh tunduk...
68.9K 3K 27
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...