✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎�...

By Drizellla

2.4M 113K 10.4K

| 2021| 18+ EXTENDED VERS COMINGSOON MELODRAMA 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐢, 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫, 𝐤𝐨�... More

⚠️ A M A R A N ⚠️
1 | OUR MARRIAGE
2 | THE INNOCENT DEFENDANT
3 | I AM THE COURT
4 | UNFAIR PENALTY
5 | LESUNG BATU
6 | POLICE REPORT
7 | HUJAN LEBAT
8 | SAVING THE ROSE
9 | HANSEN OR HAYDEN
10 | ARCHERY AND BOW
11| WASIAT GAMBINO
12 | ESCAPE FROM HEART
13 | MERABHA,ISTANBUL
15 | THE TAMRIK'S HOUSE
16 | ÇOK GÜZEL- BEAUTIFUL
17 | AMARAH CINTA
18 | JEJAK MAWAR
19 | HAYDEN'S CAGE
20 | 365 DAYS IN COURT
21 | DO YOU LOVE ME?
22 | SERANGAN PENCEROBOH
23 | THE LAST WARNING
24 | VICTORIAN-ERA NIGHT
25 | HAYDEN ' S GAME
26 | I CAN SMELL THE BLOOD
27 | YOU'VE CHANGED
28 | DNA STATEMENT
29 | RAHSIA MAWAR
30 | NONSENSE OFFER
31 | PENANGAN SI DAJJAL
32 | HALALKAN DEMI NATHAN
33 | AUDITORY HALLUCINATION
34 | KILL ME, HEAL ME
35 | HABEAS CORPUS
36 | GAMBINO PRIDE
37 | CHATEAU DE VOLLINI
38 | I'M A RAPIST
39 | NEGOTIATION TENDER
40 | LUKISAN NATHAN
41 | MACCHIATO SPLASH
42 | FINDING MAWAR
43 | PECAHKAN PINTU
44 | MISS UR SCENTS
45 | GOD DAMN , LOVE
46 | DEATH OF US
47 | THE MYSTERY ZARRA
48 | PRE-MATURE ANGEL
49 | LITTLE HAKAN ARSALAN
50 | THE FAMILY DINNER
51 | ALLAH, I'M LOST IN MYSELF
52 | HANTU PUNGGUNG
53 | SURAT, BUKTI LAYANG
54 | MRS. RAJA HAYDEN
55 | DIGGING THE THRUTH
56 | THE WITNESS
57 | DIVORCE NOORA
58 | THE AFFIDAVIT
59 | I CAN'T FEEL ANYTHING
60 | OUR LAST JOURNEY
SEMI FINAL
FINAL | SATU

14 | GAMBINO SCANDAL

32.8K 1.5K 91
By Drizellla

JAMBATAN BOSPHORUS, sebuah jambatan yang memisahkan Turki Eropah dan Turki Asia. Menghubungkan Laut Marmara dan Laut Hitam. Lokasi ketiga popular bunuh diri di Turki.

Mawar masih dakap teguh tubuh Nathan. Sementara itu, telinganya dan telinga Nadya sudah tiga kali dihidangkan dengan panggilan dari telefon pintar. Kelat rasa liur Mawar tika menerjah anak tekak. Tangan kecil Nathan digenggam untuk menghilangkan rasa buntu dan takut dalam relung hati.

"Mawar, phone kau. Kau tak nak jawab ke?"Nadya sentuh bahu Mawar.

Terpancang hebat Mawar akibat teguran Nadya. Bodoh juga, dia sedar telefon pintarnya asyik menyanyi tidak henti tapi Mawar terlupa untuk berbuat apa-apa terhadap panggilan itu. Tangan segera mencari-cari alat penghubung tersebut ke hingga ke dasar beg galas. Tertulis nama Hayden , Hansen dan Hazel pada skrin telefon.

WHATSAPP MISSCALLS :

HAYDEN - 230 MISSCALLS.

HANSEN- 120 MISSCALLS.

HAZEL - 51 MISSCALLS.

"Hayden cari saya." Ucap Mawar. Bergetar lirih suaranya. Muka Nayda ditatap.

Nadya tekup mulut sendiri. Terpaku beberapa saat dia dan Mawar.

"Dia cakap apa dekat kau?"

"Dia buat laporan polis. Polis sedang cari saya sekarang ni."

"Allah, Mawar! Jangan jawab apa-apa panggilan. Tutup phone kau!"Gesa Nadya.

Mawar gabra membalas pesanan Hazel memberitakan bahwa dia dan Nathan sudah selamat sampai di Istanbul dan sedang dalam perjalanan menuju ke rumah Nadya melalui aplikasi facebook sebelum mengugurkan kad sim dari telefon. Cermin kereta dibuka cepat. Dan...tangan Mawar deras mencampak telefon keluar kereta. Biarlah ia terkubur di dalam dasar Laut Marmara.

Nadya usap muka sendiri. Beristighfar perlahan. Muka Mawar yang tenang dan kosong dijamah dengan ekor mata. Ada lakaran pelbagai perasaan pada wajah sahabatnya itu. Mawar seorang wanita yang sangat berani mati!

"Auntie Mawar, Nathan nak nenen."

"Syhh, sekejap lagi kita sampai okey? Kita tak ada air panas. Tahan dulu okey?"

"Nathan lapar..."Adu Nathan sambil usap perut sendiri. Tersebek-sebek bibirnya mahu menangis.

"Nathan nak papa. Papa..papa.."Kedengaran Nathan mulai meragam tidak tentu fasal.

"Papa tak ada sayang. Syhhh--"

"Nathan nak papa!"Nathan membentak.

"Papa tak ada."

"Papa ada dalam beg!"Nathan tunjuk beg galasnya dengan mengutara simpulan tidak masuk akal.

"Hah,mana? Mana? Nathan ada simpan papa dalam beg ke? Tak ada kan?"Mawar menyelongkar beg galas kecil milik Nathan.

"Nathan nak papa!"

"Nathan nak papa kenapa nak ikut Auntie Mawar semalam? Kita janji tak cari papa lagi, kan? Kita dah jauh dari papa ni kan? Nathan tak boleh manja lagi tau. Nathan dah besar kan?"Pujuk Mawar.

"Kenapa? Cari Hayden ke?"

"Dia memang macam ni kalau bangun tidur. Mood swing sikit."Gumam Mawar.

Nadya picit pelipis mendengar rengekan Nathan. Ah,sudah! Matilah kalau macam ini.

             "SO, Biy ikut tak pergi hiking esok?"Hazel tarik picu pintu kereta setelah dia dan Noah sama-sama menginjak lantai parking. Mata melirik sekali lagi kepada Noah yang sedang berarak ke arah kereta bersebelahan dengan keretanya.

"Tengoklah kalau Biy rajin. Esok hujung minggu Biy rasa Biy nak tidur puas-puas."

"Hisy! Malasnya Biy ni! Jomlah. Dah lama kita tak hiking sama-sama. Saya pun dah ajak Suzi dengan Aiman sekali. Bosanlah saya tak ada Biy."

"Ya, lagipun. Nanti Biy bagi keputusan. Biy nak fikir dulu. Lagipun, badan ni macam tak ada stamina juga. Dah lama sangat tak pergi hiking. Biy takut tak sampai summit pulak."Keluh Noah. Kalau dikira-kira, sudah lebih dua tahun juga dia tidak beriadah macam itu kerana sibuk dengan kerja dan oustation keluar negeri dengan manager syarikat.

"Tak apalah. Biy fikirlah dulu. Jangan lupa chat saya tau kalau dah sampai rumah."Ingat Hazel kepada lelaki itu.

"Alright. Safe drive, darling."Noah kucup pipi Hazel sebelum masuk ke dalam badan Honda Accord miliknya.

"You too."Hazel membalas lantas seulas senyum diberikan pada Noah.

Tangan Noah tiba-tiba berhenti bergerak mahu menutup pintu kereta sejurus empat buah kereta gelap masuk ke dalam kawasan parkir itu. Tiga buah SUV Honda HR-V dan sebuah Mercedez-Benz GLA.

Membulat mata Hazel tika keluarnya seorang pemuda berkot hitam dari Mercedez-Benz GLA tersebut. Darah menderau hingga ke saraf otak. Hazel dan Noah saling berpandangan. Terkaku seperti patung tidak bernyawa.

"Hayden?"Hazel tahan gemuruh dadanya. Ditahan riak muka agar tidak terlalu serabut menikmati saat getir ini. Hazel kepal penumbuk sendiri. Takat suhu tubuh tiba-tiba menurun sejuk.

"Check."Getus Hayden datar. Mengarahkan salah seorang daripada konco-konconya menarik tubuh Noah keluar dari kereta.

Noah tidak melawan saat kolar bajunya direntap kasar oleh orang suruhan Hayden. Buk! Tubuhnya digertak pada pintu kereta.

"Kenapa ni? Kami ada masalah dengan korang ke?"

"Hayden! Apa semua ni,hah? Kenapa buat Noah macam ni?!"Hazel memetirkan suaranya di depan Hayden.

"Kau, kekasih kau yang bangsat ni, dan betina tu sabotaj anak aku."Ucap Hayden.

"Siapa? Anak awak siapa? Siapa betina tu? Mawar? Eh, saya dah lama tak contact dengan isteri awak semenjak dia balik rumah keluarga awak lah!"

"Kau jangan nak tipu aku!"Jerkah Hayden. Seiring pekikan garaunya pecah, bunyi picu pistol direnggut oleh konco-konconya juga turut berdendang.

Noah kesah nafas dengan lutut menggeletar. Noah sudah dapat meramal benda ini akan berlaku tapi Hazel berkeras sangat dengannya untuk bersubahat dengan Mawar menyembunyikan Nathan di Turki. Masalah besar! Hayden bukan calang-calang manusia.

"Awak ada bukti ke buat tuduhan melulu macam ni?"

Hayden seluk telefon dalam poket jeans. Tersenyum halus sambil menayangkan satu gambar kepada Hazel. Intipan gambar litar tertutup di lapangan terbang tempoh hari menunjukkan dia dan Mawar sedang berpelukan di depan Balai Pelepasan.

Hazel mati kutu.

"Jadi, awak nak buat apa Hayden? Jangan apa-apakan Noah! Dalam hal ni, awak dengan Mawar saja yang salah!"

Noah dan Hazel benar-benar tersepit sekarang ini. Mahu melarikan diri sudah semestinya peluru orang-orang Hayden akan hinggap pada bahagian tubuh mereka nanti!

"Dekat mana dia sekarang?"Beku, Hayden gilis setiap pelosok wajah Hazel dan Noah dengan tajam.

"Kami tak tahu. Kami cuma hantar Mawar ke KLIA aje masatu. Kami juga tak tahu dia nak pergi mana!"Sehabis daya Hazel membela diri.

"Kau berdua pasti?"

"Ofcourse lah kami pasti!"

"Tak apa. Aku nak pinjam Noah sekejap. Kau jangan risau. Aku tak laporkan benda ni pada polis. Jadi, aku nak kau beri kerjasama dengan aku. Jangan libatkan polis. Aku settle masalah ni dengan cara aku sendiri."

"Apa maksud awak, Hayden? Kenapa perlu bawa Noah sekali?"

"Kau diam." Tekan Hayden dalam bisikan.

Hazel terpinga-pinga. "Hayden! Saya apa semua ni? Eh, awak tak boleh hukum orang sesuka hati macam ni! Awak kena tahu yang Mawar buat semua ni untuk selamatkan Nathan sebab dia tak nak Nathan jadi mangsa awak dan Noora! Bastard!"

Buk! Noah terjelepok atas tar jalan setelah perutnya menjadi mangsa orang suruhan Hayden sekali lagi. Terbatuk-batuk Noah tahan rasa senak.

"Noah! Ya Allah, Noah!"Tangisan Hazel meledak pilu. Sambil itu, dia cuba melepaskan diri dari tahanan konco-konco Hayden.

"Hayden... Jangan Hayden! Hayden , hentikan semua ni! Tolong!"

Buk! Buk! Noah lemah. Sukar hendak melawan. Sebaliknya hanya mampu menyeringai kesakitan saja. Belakangnya dipijak dan ditendang tidak berperikemanusiaan.

"Aku paling pantang orang sentuh hak aku ke atas anak aku dan cuba pisahkan aku dengan anak aku!"Hayden menyerang garang tubuh Noah. Buk! Buk! Kepala Noah disepak laju serupa sampah.

Hazel ditolak untuk menjauhi mereka. Tubuh Noah kelihatan diheret masuk ke dalam sebuah SUV. Hazel tidak sempat berbuat apa-apa. Trauma. Mulutnya terkunci. Suara jauh tersekat ke dalam anak tekak bila kereta-kereta mewah itu meluncur pergi meninggalkan kawasan parkir dengan laju sekali. Lesap begitu saja. Terduduk longlai Hazel di atas tar jalan.

"Noah..."


GELAK BESAR Hades memenungi ruang tamu apartment. Komputer riba diselak. Beberapa artikel luar negara diperiksa. Matanya dan mindanya melekat pada satu demi satu ayat yang dikeluarkan oleh satu media hari ini. Katanya, sebuah chateau yang mengeluarkan wain terbesar di Perancis menjadi bualan hangat di negara itu kerana menyebabkan beberapa orang mengalami keracunan wain. Kes masih dalam siasatan pihak berkuasa dan perbadanan kesihatan.

"Hmm, Hades dah tengok dah papa" Ucapnya mendatar. Bibirnya mencorak senyuman sinis.

Lumayan, berita yang dibawakan oleh Philip Abdul hari ini benar-benar menceriakan dirinya. Skandal yang berjaya. Sabotaj yang menjadi. Berita itu akan menjadi salah satu menjadi mimpi ngeri buat Gambino CO.Groups. Tubuh disandar pada kerusi kulit. Satu pesanan dari aplikasi Whatsapp dibuka. Sekali lagi, ketawanya berderai hebat. Tamparan hebat buat Gambino CO Groups! Kali ini pula berita berkaitan legasi Gambino, Nathan Raja Baheen.

*****
01.02.2021
—Drz🖤

Continue Reading

You'll Also Like

4.1M 247K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...
796K 32.2K 90
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
2.9M 263K 88
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
2.6K 280 18
Start : 13 Januari 2024 End : -