Syurga Buat Ayshah

By hernazulaikaa

322K 14.8K 835

Karya keempat in romance by hernazulaikaa ๐Ÿ“– TAMAT Nur Ayshah, gadis sekuat batu. Hidupnya tidaklah seindah... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78 | Akhir

Bab 67

4K 212 33
By hernazulaikaa

DATUK TARMIZI tidak tahan lagi dengan sikap Zahir yang melengah-lengahkan masanya. Dia harus berjumpa dengan Zahir hari ini, dan menegaskan perkara Ayshah dan Aydeen kepada Zahir.

Dia tidak sanggup melihat Zahir dan Ayshah bahagia. Dia tidak mahu keturunan darahnya ada berkaitan dengan Zahir, dan dia tidak mahu Zahir tahu yang Ayshah mengandung.

Sikap tamaknya semakin menguasai dirinya. Dia mahu Aydeen, bukan Zahir!

     "Zahir!" Datuk Tarmizi menerjah masuk ke dalam wad Zahir. Lelaki itu yang baru sahaja menyalin pakaian, terkejut dengan kedatangan bapa mertuanya. Dipandang wajah garang Datuk Tarmizi.

     "Berapa kali aku nak pesan dekat kau? Aku suruh kau ceraikan anak aku kan? Kenapa kau ni tak faham bahasa sangat?!" menyinga Datuk Tarmizi saat ini. Tajam anak matanya menikam wajah Zahir.

Lelaki itu mengerut kening. Entah tiba-tiba serang tak tentu pasal. Kena rasuk dengan jembalang mana ni?

     "Datuk kalau datang sini setakat nak paksa saya ceraikan Ayshah, baik tak payah. Saya takkan dengar cakap datuk. Ayshah isteri saya, dan saya suami dia." jawab Zahir tenang. Dia pun tak faham, kenapa Datuk Tarmizi benci sangat padanya?

     "Kenapa kau ni payah sangat nak ikut kehendak aku? Tahap kesabaran aku dah hilang tahu tak! Dah berapa bulan kau buat bodoh je pasal permintaan aku. Aku suruh kau tinggalkan Ayshah, itu pun susah ke?!" tengkingan Datuk Tarmizi, buat Zahir ketawa sinis.

Gila ke apa orang tua ni?

     "Datuk balik lah, ni hospital. Tak elok main tengking-tengking macam tu. Datuk tu dah tua, nanti sakit siapa susah?" Zahir malas layan. Dia angkat punggung mahu mengambil makanan hospital yang berada di atas meja kecil.

Namun, belum sempat Zahir mahu ke meja kecil. Datuk Tarmizi mencengkam pergelangan tangan Zahir dengan kuat. Zahir mengeluh sakit.

     "Apa ni datuk?" Zahir menyoal, cuba untuk menepis tangan Datuk Tarmizi, tapi dia sedar yang dia menantu dan harus hormat bapa mertuanya. Lelaki tua itu galak merenung wajah menantunya dengan tajam.

     "Kalau kau tak dengar cakap aku. Aku bunuh kau Zahir. Aku bunuh kau depan Ayshah!" pandangan Datuk Tarmizi sekarang, seolah-olah dirasuk hantu. Zahir membalas renungan Datuk Tarmizi.

Sumpah, lelaki tua ini benar-benar gila!

     "Bunuh lah saya, kalau itu yang buat datuk bahagia." mata Zahir berkolam. Entah, hatinya tiba-tiba sebak. Sampai sebegitu Datuk Tarmizi membencinya. Kenapa semua orang tak boleh terima dengan kehadirannya?

Salah ke dia untuk terus tersenyum dan bahagia bersama puteri bapa mertuanya?

     "Kau jangan cabar aku. Aku-" belum sempat Datuk Tarmizi mahu menghabiskan ayatnya, tiba-tiba jantungnya seakan menyekat nafasnya. Sakit yang sangat buatkan dia gagal untuk berdiri.

Zahir pandang Datuk Tarmizi dengan pelik. Tak lama itu, Datuk Tarmizi rebah atas Zahir. Zahir gelabah, sudahlah dia pun lemah dengan sakitnya. Memang hilang lah kudrat dia sekarang. Zahir terus menepuk-nepuk pipi Datuk Tarmizi saat lelaki tua itu berbaring di atas ribanya.

Zahir terkejut apabila wajah Datuk Tarmizi berubah ke arah lain. Mati dah ke?

     "Tolong! Tolong!" Zahir meminta tolong. Bodyguard Datuk Tarmizi yang sedang menunggu diluar wad Zahir, terkejut dengan suara nyaring Zahir. Dia pantas membuka pintu, dan saat itu matanya jatuh memandang ke arah Datuk Tarmizi.

ZAHIR termenung seketika, kondisi bapa mertuanya difikirkan. Kata doktor, Datuk Tarmizi dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Kemunculan sakit Datuk Tarmizi yang datang secara mengejut buatkan Zahir mengelamun.

Lelaki itu banyak sangat memikirkan hubungan dia dan Ayshah, sebab itu sakit. Sering banyak berfikiran macam-macam. Kata Zalikha, Datuk Tarmizi lebihkan mencari duit daripada makan. Sejak Datin Melinda keluar dari rumah, Datuk Tarmizi jarang makan.

Itu yang Zalikha kata padanya. Semua menjadi kucar-kacir. Zahir buntu!

     "Mana kau Ayshah? Papa kau sakit ni, aku harap kau datang." gumam Zahir sendiri. Bayang-bayang wajah isterinya mula terpacul di benak fikirannya. Dia rindukan wanita itu, kalau lah dia tak mengada-ngada nak menumpang di rumah Ayshah dulu, pasti dia takkan berada dalam masalah macam ni.

Tapi kalau difikirkan balik, dia bersyukur sangat kerana dikurniakan bidadari seperti Ayshah. Tak pernah sedikit pun dia menyesal mengenal wanita itu.

Dan dia sangat terharu kerana Ayshah memilih dia sebagai suami. Kata Ayshah, dia adalah syurga bagi wanita itu. Zahir tersenyum.

     "IKA!"

Kelibat wanita yang sangat dikenali itu dihampiri Melissa. Terkedek-kedek Melissa berjalan mendekati Zalikha yang baru sahaja keluar dari perut Kolej. Zalikha mengerut kening tatkala tubuh langsing Melissa berada di sebelahnya.

     "Kak Mel? Datang sini jauh-jauh buat apa? Nak jumpa Ika ke?" Zalikha menyoal terlebih dahulu. Melissa angguk sambil tersenyum.

     "Kak Mel nak tanya pasal Kak Ayshah." balas Melissa.

     "Kak Ayshah? Kenapa?" sebut soal Ayshah, buatkan Zalikha rindu. Sudah lama dia tidak menatap wajah kakak kesayangannya itu. Sejak papanya 'menyembunyikan' keberadaan kakaknya, kondisi Ayshah pun dia tidak tahu bagaimana.

     "Ika tahu tak dekat mana Kak Ayshah sekarang?" wajah keruh Melissa dipandang Zalikha. Gadis muda itu menggeleng kepala. Situasi Ayshah sekarang pun dia tidak tahu, apatah lagi 'tempat tinggal' yang Ayshah duduk sekarang.

Melissa mengeluh. Dia buat semua ni, sebab permintaan Zahir. Lelaki itu meminta dia untuk mencari Ayshah, walaupun hatinya terguris dia kena sedar yang kedudukan dia sekarang cuma lah 'kawan' kepada lelaki itu.

     "Kesian Abang Zahir, dia rindukan Kak Ayshah. Ika takkan tak tahu kat mana Kak Ayshah? Ika kan duduk serumah dengan papa?" Melissa merayu. Zalikha senyum kelat.

     "Apa yang papa buat dekat rumah pun Ika tak tahu. Sebab setiap kali Ika tanya, papa diam je. Lepas dia balik dari kerja, dia masuk bilik dia. Kalau Ika soal pasal Kak Ayshah dekat dia, nanti dia melenting. Ika bukan tak nak tanya, tapi Ika diam sebab Ika sedar yang Ika pun cuma menumpang dalam rumah tu." jelas Zalikha dengan wajah redupnya.

Dia rindukan kasih sayang papanya. Tapi sejak dia dah besar, Datuk Tarmizi lebih mementingkan duit daripada anak-anak. Dia kecewa, sebab itu dia diam.

Melissa merasa simpati. Kenapa lah dalam dunia ni masih ada lagi bapa seperti Datuk Tarmizi itu? Dalam tak sedar, dia merasa kesian pada Ayshah. Rupanya selama ini banyak wanita itu pendam, cuma dia sahaja yang tak tahu betapa peritnya menjadi seketul Nur Ayshah.

     "Kak Mel nak Kak Ayshah balik. Kesian Kak Mel tengok Abang Zahir dekat hospital tu. Dia rindukan isteri dia, Ika tolong lah akak. Kita cari Kak Ayshah sama-sama ye?" permintaan Melissa mendiamkan Zalikha seketika.

Dia tahu hubungan persahabatan kakaknya bersama Melissa ini, tapi dia sendiri pun tak tahu dekat mana Ayshah duduk? Macam mana dia nak detect?

     "Ika tahu yang Abang Zahir rindukan Kak Ayshah. Tapi macam mana Ika nak tolong? Ika tak tahu dekat mana papa sorok Kak Ayshah. Ika cuba nak cari, tapi Ika sendiri yang sesat." di hujung ayat, Zalikha ketawa hambar. Pernah dia cuba beranikan diri untuk mencari Ayshah, last-last dia yang sesat. Nasib baik jumpa jalan balik.

Melissa mengeluh. Semalam dia tanya Diyana pun sama, gadis itu pun bengap tak tahu. Tanya Zalikha pun sama. Aduh! Macam mana ni?

     "Takkan Ika tak tahu kat mana tempat sunyi-sunyi yang selalu papa Ika pergi? Macam tempat persendirian papa Ika ke?" Melissa cuba lagi. Berubah terus wajah Zalikha apabila Melissa mengubah topik soal ini.

     "Oh ya! Papa ada beli rumah banglo dekat area Sham Alam. Tempat tu Ika pernah pergi waktu Ika umur sebelas tahun. Tapi takkan lah papa letak Kak Ayshah dekat situ? Jauh betul?" Zalikha mula teringat suasana rumah banglo yang jarang papanya datang. Kadang-kadang Datuk Tarmizi datang pun untuk melepaskan stress.

Melissa tersenyum.

     "Mungkin Kak Ayshah kamu ada dekat situ?" duga Melissa pantas. Zalikha kemam bibir, dia tak pasti tapi ada betul jugak apa yang Melissa cakap?

     "Jom! Teman Kak Mel pergi Shah Alam?"

     "Jauh tu Kak Mel." berkeruh wajah Zalikha. Melissa tak peduli, pantas dia menarik pergelangan Zalikha sehingga wanita itu mengikut langkahnya.

Zahir, saya dah penuhkan permintaan awak!










Continue Reading

You'll Also Like

605K 24K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
27K 1.2K 52
[NAILA The Series] Afra Naila Qhadija Edirne Jibril One of the saddest love story I have ever written. Takdir menemukan mereka sebagai seorang pelaj...
1.4M 40.2K 84
~COMPLETED~ Kerana desakan...lamaran itu diterima. Walaupun hati tidak mahu tapi dia rela. Iman Saffiya seboleh mungkin menafikan apa yang ada dihat...
658K 22.4K 61
2nd Story โค Rayn Ilham Umar Al-Khalid RAYN ILHAM, dia seorang gadis. Ye gadis, jangan hanya melihat pada namanya. Dia cukup lengkap memiliki ciri-c...