Reality 🦋|| Huang Renjun ✓ [...

By aevwaryn

10.6K 1.7K 350

" remember. " cover credit by : minmin graphic shop// @-zhongc buku ni dah lama, buku first wawa lak tu so k... More

🦋 prolog
-Bab 1🦋-
-Bab 2 🦋-
- Bab 3 🦋-
- Bab 4 🦋-
- Bab 5 🦋-
- Bab 6 🦋 -
- Bab 7 🦋 -
- Bab 8 🦋 -
- Bab 9 🦋 -
- Bab 10 🦋 -
- Bab 11 🦋 -
- Bab 12 🦋 -
- Bab 13 🦋 -
- Bab 14 🦋 -
- Bab 15 🦋 -
- Bab 16 🦋 -
- Bab 17 🦋 -
- Bab 18 🦋 -
- Bab 19 🦋 -
- Bab 20 🦋 -
- 🇾 🇪 🇴 🇳 🇦 ❁ -
- 🇳 🇦 🇷 🇮  ❁ -
- 🇯 🇮 🇪 🇻 🇳  ❁ -
- Bab 21 🦋 -
- Bab 22 🦋 -
- Bab 23 🦋 -
- Bab 24 🦋 -
- 𝘺𝘦𝘰𝘯𝘢 𝘱𝘵 1 -
- 𝘺𝘦𝘰𝘯𝘢 𝘱𝘵 2 -
- 𝘺𝘦𝘰𝘯𝘢 𝘱𝘵 3 -
- Bab 25 🦋 -
- Bab 26 🦋 -
- Bab 27 🦋 -
- Bab 28 🦋 -
- Bab 29 🦋 -
- Bab 30 🦋 -
- Bab 31 🦋 -
𝘦𝘯𝘥? 🦋
ʏᴇʏ ! ▼・ᴥ・▼
im bbackk !

- bab 32 🦋 -

205 32 9
By aevwaryn

🖇️𝙬𝙖𝙟𝙞𝙗 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙧 𝙡𝙖𝙜𝙪 𝙙𝙞 𝙖𝙩𝙖𝙨 𝙨𝙖𝙢𝙗𝙞𝙡 𝙗𝙖𝙘𝙖 𝙘𝙝𝙖𝙥𝙩𝙚𝙧 𝙣𝙞 𝙗𝙖𝙧𝙪𝙡𝙖𝙝 𝙖𝙙𝙖 𝙛𝙚𝙚𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙜𝙞𝙩𝙘𝙝𝙚𝙬𝙬 𝙃𝘼𝙃𝘼𝙃𝘼𝙃𝘼🚶🏻‍♀️

------------------------

Eunji pov

Aku melihat wajahku yang sudah selesai disolek pada cermin di hadapanku

'Aku tak sangka Ye Jun masih nak melamar aku walaupun aku ada penyakit barah otak'

Dia saja orang yang satu-satunya aku beritahu tentang hal itu kerana keinginannya untuk melamarku pada hari itu

Aku baru saja mengetahui tentang penyakitku itu beberapa minggu lepas sewaktu aku berada di Australia semasa aku kemalangan waktu itu

Aku tidak tahu sampai mana aku akan terus hidup. Hidungku juga selalu mengeluarkan cecair darah yang banyak dan kadangkala aku merasakan kesakitan yang melemahkanku

"Cantiknya anak ibu~"

Ibu memelukku daripada belakang dan lamunanku terhenti

"Anak ibu memang cantik. Mana Yeona? Dia masih marahkan Eunji?"

Ibuku duduk disebelahku dan dapat ku mendengar keluhan yang keluar daripada bibirnya

"Macam kamu tak tahu adik kamu tu macam mana, degil betul"

"Eunji peliklah, kenapa Yeona tak suka sangat dekat Ye Jun"

Krikkk!

"Wah! Cantiknya kawan aku!!"

"Apasal solekan kau tebal sangat? Siapa juru solek kau?"

Nari dan Jieun memasuki ruangan bilik itu, masing-masing memakai pakaian yang cantik

"Korang pun cantiklah! Wooo Jieun pakai skirt..?"

"Ish! Jangan tengoklah!"

"HAHAHAHA, aku yang suruh dia pakai memandangkan ni majlis perkahwinan kau"

"Kakak..!"

Seorang budak lelaki sekitar 4-5 tahun memasuki bilik itu dan menarik lengan baju Nari

"Oh ini adik sepupu aku, Jung Hoon"

"Comelnya!"

"Eh aku tak tahu pula kau ada adik sepupu?"

Jieun memicit-micit telapak tangan Jung Hoon. Ibuku hanya berdiam, mendengar perbualan kami

"Eh mana Yeona?"

"Dia masih merajuk ke?"

Aku mengangkat kedua-dua bahuku dan mengerenyet

"Macam tu lah nampaknya"

Yeona pov

"Yah! Takkan kau nak menyerah je??"

"Yeona, lelaki tu dah lamar dia. Depan mata aku dan masa tu jugalah aku tengok betapa bahagianya Eunji terima lamaran dia"

"Tapi takkan takde cara lain, Renjun? Aku tahu kau masih sukakan kak Eunji, kan?"

"Aku-"

"Sekarang ni aku nak kau pergi tasik belakang sekolah lama korang dulu"

"Hah-?"

"Ikut je cakap aku, ok aku letak panggilan dulu"

"Yeona-!"

Aku menyimpan telefon pintarku dan mencari jalan untuk menolong Renjun untuk mendapatkan kak Eunji kembali walaupun tidak banyak masa yang tinggal.

Jangan harap aku akan biarkan lelaki tu akan dapatkan kak Eunji setelah aku mengetahui dia cuba mencederakan Nari. Aku sama sekali tidak mempercayai lelaki itu

Aku segera mencari-cari diarinya bersama Renjun di kawasan meja itu. Aku sahaja yang masih berada di rumah waktu ini kerana aku enggan pergi ke majlis perkahwinan mereka berdua

'Mana pula ni? Bukan ada kat sini ke?'

Walaupun sudah hampir 30 minit aku membongkar meja begitu juga almari kakakku, aku tidak menjumpai pun buku diari itu

Aku melihat jam loceng yang berada di atas mejanya itu.

'Hah?! Macam mana masa berjalan dengan cepat dalam keadaan macam ni?? Ish!'

Tidak cukup dengan membongkar segala kawasan tempatnya di bilik itu, aku menuju ke dalam bilik stor

'Takkanlah takde juga?!'

Aku mengeluh dengan kasar dan terduduk di dalam bilik stor yang agak berdebu itu. Namun, hampir saja aku berputus asa tetapi aku baru teringat akan satu-satunya gambar yang ada di tempatku

Aku berlari semula ke dalam bilik dan membongkar laci mejaku.

"Hah!! Eh..?"

Aku mendapati gambar yang ada pada polaroid itu hanya sebuah tasik yang cantik di belakang sesuatu sekolah

'Kenapalah aku ambil polaroid ni?? HUARGHH TAKDE GUNALAH'

Aku memukul kepalaku berkali-kali, memarahi diri sendiri. Aku mengerutkan dahiku dan memandang kosong ke arah polaroid itu

'Kalau aku tak cuba, siapa tahu..?'

Aku segera menukar pakaianku dan menuju ke tempat perkahwinan itu, berharap kak Eunji akan mengingati semula tentang Renjun

👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨

Eunji pov

Selesai aku disolek tadi, aku menukar pakaianku dengan gaun perkahwinan yang dipilih sendiri oleh Ye Jun

Aku kagum melihat gambaran diriku sendiri yang anggun terpancul di dalam cermin itu

"Kak.."

Aku merasai seseorang yang menarik bahagian bawah gaun itu dan mendapati ianya adik sepupu Nari iaitu Jung Hoon

"Hm? Ya?"

Aku mengangkatnya untuk duduk di
pangkuanku dan membelai lembut rambutnya yang agak tebal

"Nah, ada sorang kakak bagi.."

Dia menghulurkan sekeping polaroid ke arahku sambil memakan lolipopnya. Aku melihat gambar polaroid itu dan mendapati sesuatu kawasan yang amatku kenali

Flashback 🦋

"Hati-hati jalan tu!"

Selepas saja aku mengucapkan selamat tinggal terhadap rakan-rakanku yang lain, aku menuju ke arah pagar keluar sekolah itu

"Hm?"

Aku melihat seorang lelaki dari kedai buku semalam sedang berdiri di depan pagar sekolah itu seperti menunggu seseorang.

"Hai.. Eunji kan? Kim Eunji"

"Ya saya? Kenapa?"

Dia mendekati sambil tersenyum manis ke arahku

"Ingat saya? Kat kedai buku semalam?"

"Oh ya.."

"Saya datang ni nak balik sekali dengan awak kalau awak tak keberatanlah"

Aku melihat lencana sekolahnya

'Bukan sekolah dia jauh dari sekolah aku ke?'

"Takpelah kalau awak tak nak.."

"Eh eh!"

Aku mengejarnya daripada belakang dan berjalan di sisinya. Dapat kulihat senyuman yang cuba disembunyikannya dariku dan aku hanya tersengih saja

❁❁❁

Bang! Prakk!

Aku segera menutup pintuku apabila terdengar pelbagai barang yang dihentakkan secara sengaja

"Awak cakap dengan saya, siapa perempuan tu!?"

"Saya dah cakap dia kawan sepejabat saya kan?!!"

Aku duduk di katil sambil memeluk kakiku. Aku mengerutkan dahiku cuba menutup telingaku menggunakan bantal dan terasa seluruh tubuhku serta merta menggigil

Semenjak beberapa hari ini, ibu bapaku selalu bergaduh setiap kali ayahku pulang daripada kerja. Setiap hari itu juga pergaduhan mereka semakin teruk dan aku berasa risau terhadap ibuku kerana aku menyedari adanya kesan-kesan lebam di tangan atau kakinya

Aku yang sudah tidak tahan mendengar pergaduhan mereka itu berlari keluar daripada jendela bilikku. Nasib saja rumah ini tidak mempunyai tingkat atas jadi sedikit senang aku keluar senyap-senyap daripada bilik itu

Setelah aku mengambil kasutku yang berada di bawah katil, aku membuka jendela tersebut dan berlari keluar ke tempat biasa yang dapat menenangkanku

Aku menuju ke arah belakang sekolah untuk duduk di tasik rahsia yang hanya kuseorang yang mengetahui tentang perihal itu. Jarak rumah dan sekolahku itu tidak terlalu jauh jadi mudah untuk aku pulang balik selepas saja menenangkan hatiku

Aku selalu melepaskan tangisanku di tempat itu sambil merenung tasik yang cantik itu

Tiba-tiba, aku merasakan seseorang yang menutupi badanku yang kesejukkan dengan sesuatu. Aku memberhentikan raungan tangisanku dan mengangkat wajahku memandang siapakah orang itu

"Hm?"

Renjun tersenyum nipis ke arahku dan duduk si sebelah. Aku hanya berdiam diri dan memandang sedih ke arah tasik itu

"Kata ibu aku, tak baik perempuan keluar malam-malam macam ni"

"Macam mana kau boleh tahu ada tasik kat belakang sekolah ni?"

"Aku selalu lepak kat sini kalau aku rasa bosan. Petang tadi lepas sekolah, aku pergi tempat ni dan aku tak tahu pula kau sekolah kat sini"

"Hm"

Dia meletakkan kepalaku dibahunya. Aku tidak tahu mengapakah aku hanya membiarkan saja dia berbuat demikian. Tanpa sedar aku terlena disebelahnya

End flashback 🦋

"Kak..!"

Aku tersedar kembali dan mendapati hidungku mula mengeluar cecair pekat berwarna merah itu lagi.

"Auch..!"

Aku menurunkan Jung Hoon untuk mengelakkannya terkena darah yang mengalir di hidungku. Kepalaku terasa berdenyut dan kali ini jauh lebih sakit

'Aku kena lari dari sini'

"Kakak tak apa-apa..?!"

"Jung Hoon tahu ibu kakak?"

Dia mengangguk-anggukkan kepalanya dan memandangku dengan risau. Bajuku sudah dipenuhi dengan cecair berwarna merah itu

Aku mengambil begku dan memberinya sepucuk surat. Surat yang sudah lama kutulis kalau-kalau ini adalah masa terakhirku

"Kalau ada jadi apa-apa dengan kakak, bagi surat ni dengan ibu atau adik kakak ya"

Selepas saja dia mengambil surat tersebut, aku dengan tidak membuang masa berlari sekuat hati daripada tempat itu

Ramai tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan itu terkejut melihatku yang berlari keluar daripada situ dengan kotoran di bajuku

"Kak Eunji! Kenapa dengan hidung kakak-"

Yeona cuba menghalangku kerana risau tentang keadaanku kerana hidungku yang terus mengeluarkan darah dengan banyak

Aku melihatnya dengan pandangan sedih dan melepaskan pegangan tangan kami berdua itu

"Kak Eunji-!"

Aku segera menahan sebuah teksi yang
kosong dan masuk ke dalam perut kereta teksi tersebut

Aku memberitahunya nama tempat sekolah lamaku itu dan cuba menahan kesakitan kepalaku yang semakin teruk. Dapat kulihat pemandu teksi itu agak ketakutan melihatku mungkin kerana darah yang banyak di seluruh wajah dan bajuku

"Terima kasih!"

Selesai aku membayar pemandu tersebut aku segera berlari ke arah belakang sekolah lama itu

[𝙋𝙤𝙫 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧 𝙀𝙪𝙣𝙟𝙞 𝙝𝙞𝙠𝙨𝙨 ;)] 𝙤𝙠 𝙖𝙪𝙩𝙝𝙤𝙧 𝙣𝙞 𝙢𝙚𝙢𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙖𝙘𝙖𝙪 𝙃𝘼𝙃𝘼𝙃𝘼 𝙤𝙠 𝙤𝙠 𝙢𝙖𝙖𝙛 ᴥ︎︎︎

Renjun pov

'Jangan je dia buat perkara bukan-bukan'

Aku bermain-main dengan air tasik itu sementara menunggu di sana seperti Yeona menyuruhku

"Huang Renjun!"

𝙤𝙠 𝙖𝙪𝙩𝙝𝙤𝙧 𝙩𝙖𝙝𝙪 𝙩𝙖𝙠 𝙘𝙖𝙣𝙩𝙞𝙠 𝙨𝙖𝙣𝙜𝙖𝙩 𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙣𝙖𝙠 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙨𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙝 𝙖𝙪𝙩𝙝𝙤𝙧 𝙗𝙪𝙖𝙩 𝙜𝙖𝙢𝙗𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙣𝙞 𝙃𝘼𝙃𝘼𝙃𝘼𝙃𝘼𝙃𝘼 𝙖𝙪𝙩𝙝𝙤𝙧 𝙣𝙞 𝙩𝙖𝙠 𝙥𝙖𝙣𝙙𝙖𝙞 𝙨𝙖𝙣𝙜𝙖𝙩 𝙚𝙙𝙞𝙩 𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞 𝙣𝙞 𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙟𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙤𝙢𝙚𝙣 "𝙟𝙚𝙡𝙚𝙠 𝙥𝙪𝙡𝙖 𝙜𝙖𝙢𝙗𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙣𝙞 𝙮𝙚 𝙖𝙪𝙩𝙝𝙤𝙧" 𝙃𝘼𝙃𝙃 𝘼𝙆𝙐 𝙏𝘼𝙈𝙋𝘼𝙍 𝙆𝘼𝙉𝙂-

Aku yang mengetahui suara itu segera berdiri dan melihatnya yang segera memelukku dengan erat

"E-Eunji.."

'Akhirnya dia ingat aku..'

Dapat ku dengar tangisannya di sebalik pelukan itu. Aku membalas pelukannya yang erat namun kegembiraanku terhenti

"Ohok ohok! Ohok!!"

"Eunji? Awak tak-"

"JANGAN! J-jangan tengok.."

Aku semakin risau apabila mendapati bajunya yang dipenuhi dengan cecair pekat berwarna merah

"EUNJI-!"

"Tolong.. jangan tengok.."

Aku cuba melepaskan pelukan itu tetapi dia tetap mengeratkannya semula. Dia mulai mengerang kesakitan membuatkanku tidak dapat menahan sebak lagi

"Eunji! Kim Eunji!"

Tubuh badannya semakin lemah dan menyebabkan aku berjaya meleraikan pelukan itu tanpa mencederakannya.

"Maafkan saya.."

Dia memegang lembut pipiku dan tersenyum nipis. Aku sudah tidak dapat menahan air mataku daripada mengalir apabila melihat hampir seluruh wajahnya dipenuhi dengan cecair merah pekat itu

"Saya sayangkan awak.."

"E-eunji..? Yah! Kim Eunji!"

Aku menggoyang-goyangkan badannya, mencuba untuk menyedarkannya semula

"Eunji, janganlah main-main... hiks.."

Aku memegang erat genggaman tangannya yang kini tidak lagi membalas genggamanku

"Eunji.."

Continue Reading

You'll Also Like

1K 62 28
" Shua...jangan tinggalkan saya " menangis teresak esak Soo Mi. Dia tidak mampu lagi menahan tangisan. Start: 16/11/20 End: 16/5/21
18.9K 1K 72
"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Venus "Kau tahu kau kuat, Laura."~ Arissa...
130K 3.9K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...
50.8K 2.5K 27
Ooh sehun 23 tahun Ahli kumpulan exo Boyfriend hayoung Song Jihyo 23 tahun Akauntan Kawan baik sehun Hayoung 23 tahun girlfriend sehun