Thriller : Wais Ayden ✓

By dsyaf_

395K 34.3K 3.2K

Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia buk... More

AKAN DATANG
1 | Yang ke-999
2 | Misi
4 | Agama Islam
5 | Red Is Back
6 | Suasana
7 | Tuan Ran
8 | Serbuan
9 | Hampir Tertangkap
10 | Mimpi
11 | Hazril
12 | Keliru
13 | Puasa
14 | Lawatan Mesra
15 | Bom
16 | Wallpaper
17 | Majlis
18 | Kejutan
19 | Flashback
20 | Semakin Hampir
21 | Dalam Bahaya
22 | Sekali Lagi
23 | Gagal
24 | Senyum
25 | Amarah
26 | Hebat
27 | Raya
28 | Nur
29 | Pecah Rahsia
30 | Rimas
31 | Sempit
32 | Melawat
33 | Hayat
34 | Sakit
35 | Kali Terakhir
36 | Bang Bang!
37 | Jauh
38 | Rahsia
39 | Air Mata
40 | Hutan
41 | Risau
42 | Emosi
43 | Rakit
44 | Perasaan
45 | Marwah
46 | Kehadiran Marleeq
47 | Terkedu
48 | Percaya
49 | Terbongkar
50 | Ditipu
51 | Telah Tiba
52 | Licik
53 | Perjuangan
54 | Rahsia
55 | Tangisan

3 | Dimulakan

9.1K 802 113
By dsyaf_


Ayden melihat jam tangan, telefon disimpan di dalam poket seluar. Rumah yang baginya agak mewah untuk penduduk kampung dipandang.

Tanpa basa-basi Ayden menekan loceng yang disediakan.

Ding! Dong!

Tak lama kemudian muncul seorang gadis yang hanya memakai tudung sarung bersama baju tidur lengan panjang dan longgar.

"Cari siapa?" Soal gadis itu.

"Ustaz Malik."

Tak lama kemudian seorang lelaki tua keluar selepas dipanggil oleh gadis tersebut.

Jadi itulah Siti Marwah, dan Ustaz Malik?

"Ye nak, ada apa cari saya?" Ustaz Malik mula membuka pintu pagar yang menghalang antara jejaka dihadapan dan dirinya.

"Saya nak belajar dengan lebih mendalam tentang agama islam." Dalam hati sumpah dia tak maksudkan apa-apa.

Aku seorang yang tidak beragama, aku tidak percayakan apa-apa tetapi demi kes kali ini, harus berlakon menjadi orang islam, sucks.

"Ouh, mari lah masuk dulu. Cuaca panas sikit ni, masih pagi kan? Nanti kita berbual di dalam."

Ayden mengangguk dan mengikut langkah Ustaz Malik. Tak dinafikan dengan umur begitu, badan Ustaz Malik masih tegap.

Sekarang dirinya faham, kenapa Affendi berkata Malik seorang yang licik. Dari tubuh yang tegap, pasti lelaki tua itu masih tangkas dalam pertarungan.

"Arwa, buatkan air. Kita ada tetamu ni!" Laung Ustaz Malik tidak begitu kuat dan tidak begitu perlahan.

"Baik abang!" Balas Puan Arwa.

"Ini anak Ustaz, Marwah namanya."

Marwah memandang lelaki dihadapannya kosong, langsung tidak berminat tetap setelah mendapat jelingan dari abah, dirinya mengeluh.

"Saya Siti Marwah, anak Ustaz Malik. Salam kenal ya?" Sapa Marwah, senyuman dibuat-buat ditayang.

"Anak ni nama apa?"

"Wais." Jawab Ayden sepatah.

"Kerja dimana?" Soal Ustaz Malik lagi.

"Dekat bandar, ada beberapa kerja halal saya buat."

Halal? Ayden menahan diri dari termuntah, munafik sial aku. Mana dia tahu perkataan munafik? Semua tu Farhad yang ajar dia.

"Ouh, baguslah macam tu. Macam ni lah, Ustaz boleh ajar kamu mendalami ilmu agama tapi akan memakan masa la ya? Dan soal tempat tinggal, sini ada sebuah bilik anak lelaki pakcik, bolehla kamu pakai sementara."

Marwah mencebik, abah baik sangat dah kenapa?

"Eh takpe Ustaz, saya sebenarnya dah sewa rumah sebelah Ustaz ni. Sebab senang sikit." Ayden mengusap belakang tengkuk dengan wajah memerah.

Konon segan.

"Lah.. bagus juga tu. Ustaz pun ada anak dara sorang, tak manis juga."

Ayden hanya tersenyum mengangguk, sekejap Malik ada anak lelaki? Jadi identiti ahli keluarga yang tak dapat dicerobohi Affendi adalah anak lelaki Malik?

"Anak lelaki Ustaz mana?"

Belum sempat Ustaz Malik menjawab, Puan Arwa datang bersama dulang yang berisi teko air, dan beberapa biji cawan serta kuih.

"Kamu umur berapa?" Soal Puan Arwa lalu mengambil tempat disebelah suaminya.

Bagi Ayden, wanita tua dihadapannya kini memang hot, seperti yang dikatakan Farhad. Tidak nampak seperti 50-an, tetapi 30-an.

"29tahun."

"Ouh, sebaya dengan anak makcik lah." Puan Arwa menuangkan air kopi panas ke dalam cawan dengan berhati-hati.

"Marwah ke?"

"Marwah baru 24tahun, anak lelaki pakcik. Namanya Marleeq, lebih kurang sahaja nama dengan Ustaz."

Lelaki tua itu tersenyum hambar mengenangkan kisah lalu dimana dirinya sendiri menghalau Marleeq.

"Makan tengahari di sini ya Wais?" Ajak Puan Arwa sambil tersenyum.

Ayden hanya mengangguk dan tersenyum. Mata memandang Marwah, nampak sangat gadis itu mengalami kemurungan, lingkaran bawah mata yang hitam.

Tetapi memang benar kata Zara dan Xin, wajah Marwah langsung tidak sesuai menjadi seorang hacker. Lebih sesuai menjadi seorang guru tadika.

"Marwah naik dulu." Tak betah lama disitu, bukan tidak nampak bahawa lelaki bernama Wais memandangnya tajam.

Entah ye entah tidak nak belajar agama, bukan boleh percaya orang sekarang.

"Maaflah Marwah dingin sikit kebelakangan ni, tunangnya baru meninggal." Ustaz Malik mengeluh mengenangkan sikap anaknya yang berubah seratus peratus.

"Innalillah, meninggal kenapa?"

Sudah muak mendengar perkataan yang selalu disebutkan oleh orang islam, ya Allah, Subhanallah, Innalillah, dan banyak lagi lah. Pastilah Farhad yang memberitahunya.

"Langgar lari."

Ayden hanya mengangguk faham.

***

"Kamu tahu ambil wudhu?" Soal Ustaz Malik sambil memandang Ayden.

Ambil wudhu? Yang basah muka kaki tangan tu ke? Ayden menggaru kepala cuba mengingati apa yang Farhad ajari sebelum ini.

Kepala digaru tidak gatal, sumpah tak tahu.

"Tak tahu cakap sahaja Wais, tak apa Ustaz ajar Wais satu-satu ya? Wais ikut tau." Lembut bicara Ustaz Malik.

Ada beberapa jemaah melihatnya dan tersenyum manis, seolah menyapa. Ada juga yang tersenyum mengejek kepadanya.

Melihat Ustaz Malik mesinsing lengan baju melayu, Ayden turut mengikuti. Mana dia dapat baju melayu? Sudah semestinya Farhad beri.

Pili air dibuka, dibasuh tangan beberapa kali, melihat Malik mula menadah tangan untuk berkumur, Ayden turut mengikuti.

Tiba-tiba Ustaz Malik berhenti,

"Baca niat wudhu, نَوَيْتُ الْوُضُوْءَ لِرَفْعِ الْحَدَثِ الْاَصْغَرِ فَرْضًا للَِّهِ تَعَالَى ketika air menyetuh muka, faham?"

Nawaitul Wudhu'A Lirof'Il Hadatsil Ashghori Fardhol Lillaahi Ta'Aala

Artinya : "Saya niat wudhu untuk mengangkat hadats kecil fardhu karena Allah Ta'aala".

Niat artinya bermaksud melakukan sesuatu pada saat memulainya. Dalam wudhu, niat dilakukan bersamaan dengan membasuh muka. Isi dari niatnya berupa berniat menghilangkan hadas, atau niat bersuci dari hadas atau niat untuk diperbolehkan mengerjakan shalat.

"Ustaz slow-slow lah, saya bukan reti." Geram Ayden.

Apa benda si Malik ni cakap pun dia tak faham, ini nak suruh ikut. Bodoh betul lah! Makinya di dalam hati.

"Tak apa, Ustaz baca nanti, kamu ikut okey?"

"Ha, okey."

Diteruskan pengambilan wudhu dengan pembasuhan muka disertakan niat yang disebut oleh Ustaz Malik secara lembat supaya dirinya dapat mengikuti.

Seterusnya membasuh tangan hingga ke siku, anak rambut, telinga dan juga kaki. Semua yang dilakukan oleh Malik, itulah yang dilakukan oleh Ayden.

"Dah siap, sekarang kamu ikut Ustaz baca doa selepas wudhu."

Ayden hanya mengangguk, tangan ditadah.

"اَشْهَدُ اَنْ لآّاِلَهَ اِلاَّاللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًاعَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللهُمَّ اجْعَلْنِىْ مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِىْ مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ"

Asyhadu Allaa Ilaaha Illalloohu wahdahuu Laa Syariika Lahu Wa Asyhadu Anna Muhammadan 'Abduhuu wa Rosuuluhuu, Alloohummaj'Alnii Minat Tawwaabiina Waj'Alnii Minal Mutathohhiriina

Artinya : Aku mengaku bahwa tidak ada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku mengaku bahwa Nabi Muhammad itu adalah hamba dan Utusan Allah. Ya Allah, jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bersuci (sholeh).

Ayden mengetap gigi, geramnya aku dengan orang tua ni. Kalau boleh bunuh sekarang, dah lama aku bunuh.

"Wais tak dapat tangkap ke? Lah, tak apa ikut Ustaz satu-satu ye?"

Ayden menghela nafas lalu tersenyum manis. Sabar Ayden, tak lama lagi si tua ni mati juga dekat tangan kau.

***

Continue Reading

You'll Also Like

67.4K 2.4K 45
[KARYA PERTAMA] [COMPLETE] [FANTASY + THRILLER] [PROSES MENGEDIT SEMULA] ‼️WARNING ‼️ (rajinkan diri anda untuk membaca) 📢Sinopsis ada di dalam. 📢...
13.9K 950 56
Cover by @NDfleur Mungkin dalam cerita ni banyak typo nanti sy edit untuk betulkan semula awak semua bacalah dulu yang typo ini 😭 BOOK 1 "My story...
2.4M 192K 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Na...
4M 285K 73
First romance story by cweetiee 𝐇𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐐𝐇𝐀𝐋𝐈𝐒𝐇 𝐅𝐈𝐓 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀. Tidak tersangka di dalam fikiran Qaseh yang dia baka...