Captain Luth Haiyyan (NEW VER...

By syza_ra

1.4M 61.8K 4K

*Bab 1-10 takkan ada perubahan. Bab 11 baru di edit menjadi chapter baru Aaira Nasrin | Luth Haiyyan Sempadan... More

New Update
CLH 1
CLH 2
CLH 3
CLH 4
CLH 5
CLH 6
CLH 7
CLH 8
CLH 9
CLH 10
CLH 11
CLH 12
CLH 13
CLH 14
CLH 15
CLH 16
CLH 17
CLH 18
CLH 19
CLH 20
CLH 21
CLH 22
CLH 23
CLH 24
CLH 25
CLH 26
CLH 27
CLH 28
CLH 29
CLH 30
CLH 31
CLH 32
CLH 33
CLH 34
CLH 35
CLH 36
CLH 37
CLH 38
CLH 39
CLH 40
CLH 41
CLH 42
CLH 43
CLH 44
CLH 45 (NV)
CLH 47 (NV)
CLH 48 (NV)
CLH 49 (NV)
CLH 50 (NV)
CLH 51 (NV)
CLH 52 (NV)
CLH 53 (NV)
CLH 54 (NV)
CLH 55 (END)
Special Chapter (RAMADAN)
Special Chapter (RAYA)
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 1
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 2

CLH 46 (NV)

23.3K 1K 36
By syza_ra

"MACAM mana dengan permohonan Aaira?" soal Luth melalui panggilan telefon. Dia ketika ini baru selesai solat maghrib dan mendapat panggilan telefon dari Aaira

"doktorn Zainal kata dia akan tolong saya, tapi awak tahu kan proses dia akan ambil masa yang lama sikit" Luth jatuhkan kepala

"saya tahu, tak apa sayang lagipun bukan saya nak suruh Aaira pindah esok" alhamdullilah dia lega dengar apa yang Aaira katakan

"saya nak tanya awak sikit boleh?" Luth tersenyum mendengar soalan Aaira

"tanya la" sementara menunggu Aaira menyoal dia berbaring di atas katil

"masa awal perkahwinan kita, awak kata yang kita akan ulang alik setiap weekend. Awak kata awak tak kisah janji kita jumpa, tapi sekarang kenapa awak tiba tiba berubah fikiran?" dia ingat lagi sewaktu mama menyoal mereka sewaktu sarapan pagi selepas sehari mereka menikah

"pertama sekali saya tak nak Aaira fikir bukan bukan, saya suruh Aaira pindah ke sini sebab saya fikir takkan kita nak ulang alik, Aaira ke sini saya ke sana sampai bila bila, macam mana nanti kalau Aaira mengandung, saya tak nak Aaira alami fasa hamil tanpa saya yang hanya akan ada dengan Aaira dua hari seminggu" mendengar jawapan Luth buat Aaira tersenyum senyum

"saya nak kita sama sama hadapi bahtera rumah tangga, saya risau juga keselamatan Aaira kalau memandu ke sini" aduhai Luth kenapa awak tak keluarkan ayat ayat manis awak waktu kita bersemuka, dalam telefon ni dia hanya dapat bayangkan wajah Luth sewaktu menuturkan ayat itu.

Aaira dah angau dengan suaminya, lambat lagi ke hari jumaat, dia nak peluk peluk tubuh tegap captain Luth Haiyyan nya

"Aaira..."panggilan Luth buat Aaira tersedar

"ya" jawabnya

"saya ingat Aaira dah tidur, Aaira dengar tak apa yang saya cakap" aduh Luth buat jiwanya terseksa"

"Luth, kita videocall nak?" tanpa menunggu jawapan Luth Aaira pantas menukar ke panggilan video.

Tak sampai sesaat Luth mengangkat.

Aaira kini melihat wajah suaminya, Luth memakai t shirt biru tua, rambut suaminya masih basah, aduhhh seksi betul penampilan suaminya malam ini

"Aaira" Luth jelas melihat Aaira merenungnya seperti sebuah pencuci mulut, cuma nasib baik air liur wanita itu tidak meleleh

"heheh...sorry saya berangan pula" ucap Aaira malu. Luth hanya tersenyum seraya menggeleng

"Aaira rindu saya ke?" 

"gila tak rindu suami saya ni" ketawa Luth melihat memek muka Aaira

"suami saya dah makan?" soal Aaira

"alhamdullilah, dah. Saya makan maggi goreng dekat kedai mamak sebelum balik tadi dengan Arshad" alahai kesiannya suami dia ni

"tak apa nanti saya dah pindah sana, hari hari saya masak untuk awak" Luth tersenyum mendengar.

Leka mereka berbual, azan isyak berkumandang di surau yang berada di dalam kem

"okay la Aaira, saya nak solat isyak. Aaira jangan tidur lambat pula" pesan Luth

"inshaallah, assalamualaikum, jaga diri. Kalau ada perempuan mengirat awak dekat sana tunjuk je cincin kahwin kita" sempat lagi Aaira bergurau

"ada ada je isteri saya ni" 

"ehh saya tak main main tau, saya risau awak dekat sana sorang sorang lepastu nanti ada pula pelatih perempuan mengorat awak, saya tak suka tau" bebel Aaira

"ya...isteri kesayangan saya, jangan risau. Saya takkan pandang perempuan lain, isteri saya saja yang mampu buat jiwa saya bergetar, jantung saya berdegup laju" lihat saja pandangan redup yang Luth berikan padanya buatkan Aaira malu.

Jarang tahu dapat dengar Luth bermadah seperti ini.

Luth nampak dengan jelas Aaira sedang tertunduk malu dengan ucapannya tadi

"okay la saya nak solat nanti kita call lagi, assalamualaikum" pantas Aaira ingin menamatkan panggilan

"waalaikumusalam" selepas Luth menjawab salam terus Aaira menutup panggilan video

"argghhhh!!!" dia menjerit sambil memukul bantal 

"ya Allah indahnya bercinta selepas nikah" dia tersengih sengih kemudian menekup muka ke atas bantal











SESAMPAI sahaja Aaira di hospital, nurse Hanis menyampaikan pesanan doktor Zainal yang mahu berjumpa dengannya di bilik lelaki itu.

Dalam perjalanan ke bilik doktor Zainal, Aaira tertanya tanya 'agaknya apa lah yang doktor Zainal nak cakap' kemudian Aaira berkata sendiri

"takkan permohonan pindah aku dah lulus" tapi tak mungkin la sebab doktor Zainal kata proses tu ambil masa yang lama.

Kakinya sampai di hadapan pintu bilik doktor Zainal, namun belum sempat dia mengetuk pintu, doktor Zainal sudah membukanya dari dalam

"ha Aaira bagus la awak dah datang, jom kita pergi le bilik mesyuarat" tanpa sempat Aaira membuka mulut doktor Zainal sudah berlalu, dia mengikuti di belakang.

Sebaik sahaja masuk di bilik mesyuarat dia lihat terdapat beberapa orang doktor termasuk Syafiqah, Darren dan Hafiz. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Syafiqah

"ada apa ni babe?" dia mencuit bahu Syafiqah

"kau tak tahu ke awal pagi tadi ada gempa bumi berlaku dekat negara jiran, ramai yang terkorban dan ramai juga mangsa yang hilang. Aku rasa Malaysia akan hantar beberapa anggota perubatan dan team menyelamat untuk sama sama membantu dekat sana" cerita Syafiqah panjang lebar.

Belum sempat Aaira membalas, doktor Zainal mula memberi salam dan memulakan ucapan

"jadi saya akan hantar team perubatan kita ke sana, siapa yang volunteer nak ke sana, sila angkat tangan" Darren, Syafiqah dan Hafiz mengangkat tangan mereka tanpa ragu ragu

"Aaira?" Panggil Syafiqah.

Aaira pula dalam dilema takut Luth tak benarkan di ke sana tapi dalam masa yang sama dia mahu ikut serta.

"Inshaallah Luth akan izinkan, aku pergi kerana tugas" ucap Aaira perlahan, kemudian dia mengangkat tangan

"Baik la kamu semua akan bergerak tengah hari nanti, sediakan keperluan dan telefon keluarga masing maaing untuk maklumkan perkara ini, alatan perubatan akan di sediakan oleh pihak perubatan nanti. Kamu semua boleh bersurai" mereka semua keluar dari bilik mesyuarat









"MACAM mana aku nak bagitahu Luth ni Iqa" Aaira mengenggam telefon bimbitnya, dia resah memikirkan sama ada Luth izinkan atau tak.

Tadi dia sudah telefon mama, menangis wanita itu kerana risau akan keselamatannya tapi mama tetap menyokong kerjayanya dan menitipkan pesanan supaya dia berhati hati

"eh, kau tak call dia lagi? Dah pukul berapa ni Aaira, cepat la nanti tak sempat" gesa Syafiqah, dia ingatkan Aaira dah telefon Luth

"bismillah" dia melekapkan telefon ke telinga.

Tak sampai seminit suara garau suaminya memberi salam

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

"Sayang tak kerja ke?" Aaira tak pernah telefonnya dalam waktu kerja

"kerja sebenarnya saya nak cakap dengan awak" nafas di tarik dan perlahan lahan di lepas

"Aaira nak cakap apa?" Luth mula fokus mendengar apabila suara isterinya kedengaram serius

"saya di hantar ke negara jiran untuk bantu mangsa gempa dekat sana" Luth terkedu, badannya tersandar pada kerusi

"Aaira tak main main?" dia inginkan kepastian

"ya, pukul 12 ni kami akan naik helikopter untuk ke sana, awak tolong izinkan pemergian saya dan doakan saya ya" sebak Aaira mengucapkan setiap bait ayatnya

"saya izinkan, pergilah. Doa saya sentiasa mengiringi isteri kesyaangan saya" ucap Luth yang turut menahan sebak.

Dia juga takut untuk melepaskan Aaira ke sana kerana keadaan di sana masih belum selamat, dia ada dengar berita ini

"terima kasih, saya minta maaf kalau saya ada buat salah, ampukan dosa saya"

"saya tak suka Aaira cakap macam ni" Aaira sudah mul melalut

"saya takut saya tak balik" teresak esak Aaira menangis

"sayang..." meleret panggilan Luth

"nothing happen, sayang akan selamat pergi dan selamat balik" ucap Luth memujuk Aaira.

Aaira mengangguk walaupun dia tahu Luth tak nampak

"okay la Luth, saya nak kemas baju saya sikit, assalamualaikum"

"ingat jaga diri, saya akan tunggu Aaira balik" selepas menjawab salam, Luth segera bangun dan bergegas mencari Arshad

"Shad" Luth menepuk bahu Arshad

"Luth, kenapa ni?" soal Arshad, dia tengok wajah Luth resah

"tuan Kamal dah pilih anggota yang akan ke misi gempa bumi?" Arshad menggeleng

"belum, dia baru nak panggil unit kita" ucap Arshad

"kalau macam tu aku pergi" ucap Luth kemudian dia berjalan ke bilik mesyuarat

"Luth! Tunggu aku" Arshad berlari menyaingi langkah Luth.

Bila melihat tiada lagi anggota yang berkunpul di bilik mesyuarat Luth terus ke bilik mejar Kamal

Arshad hanya membuntuti langkah Luth.

Dia mengetuk bilik mejar Kamal dan menolak pintu tersebut selepas mendapat keizinan

"Tuan" Luth dan Arshad menabik hormat

"ada apa kamu berdua nak jumpa saya" mejar Kamal memandang kedua anak buahnya

"hantar saya ke misi gempa bumi tu tuan, saya nak pergi" ucap Luth








Continue Reading

You'll Also Like

815K 42.3K 67
Status: complete Zuha Munirah x Zuhayr Muqri [Karya ketiga dari snowdreamm] Zuha Munirah, seorang gadis yang pendiam dan lebih gemar memendam rasa. ...
49K 3.8K 27
[𝐎𝐍 𝐆𝐎𝐈𝐍𝐆] "𝐈'𝐦 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐜𝐞, 𝐧𝐨𝐭 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝, 𝐓𝐨𝐮𝐫𝐧𝐞𝐬𝐨𝐥, 𝐈'𝐦 𝐣𝐮𝐬𝐭 𝐜𝐚𝐫𝐫𝐲𝐢𝐧𝐠 𝐨𝐮𝐭 𝐚 𝐭𝐫𝐮𝐬𝐭"...
18.8K 1.7K 42
Suffer silently, silently suffer. Kehilangan kekasih hati menyebabkan Fatima Ashal bertemu dengan seorang lelaki asing. Lelaki asing? Tak mungkin...
10.1K 845 47
Katherine Humaira Binti Umar firhad seorang remaja perempuan berumur 17 tahun...Introvert..sangat tidak ramah,panas baran,Namun orang nya sangat sang...