Muzika Melodia

By Merci_Misha

490K 41.1K 2.6K

Muzika Melodia. Sebuah sekolah Elit yang mana hanya menerima pelajar-pelajar yang mahir memainkan alat muzik... More

💎1💎
💎2💎
💎3💎
💎4💎
💎5💎
💎6💎
💎7💎
💎8💎
💎9💎
💎10💎
💎11💎
💎12💎
💎13💎
💎14💎
💎15💎
💎16💎
💎17💎
💎18💎
💎19💎
💎20💎
💎21💎
🌸Pengenalan di tengah cerita🌸
💎22💎
💎23💎
💎24💎
💎25💎
💎26💎
💎27💎
💎28💎
💎29💎
💜Hai!💜
💎30💎
💎31💎
💎32💎
💎33💎
💎34💎
💎35💎
💎36💎
💎37💎
💎38💎
💎39💎
💎40💎
💎41💎
💎 42 💎
💎43💎
💎44💎
💎45💎
💎46💎
💎 47 💎
💎48💎
💎49💎
💎50💎
💎51💎
💎52💎
💎53💎
💎54💎
💎55💎
💎56💎
💎57💎
💎58💎
💎59💎
💎60💎
💎61💎
💎62💎
💎63💎
💎64💎
💎65💎
💎66💎
💎67💎
💎68💎
💎69💎
💎70💎
💎71💎
💎72💎
Gempita Raya 2020
💎73💎
💎74💎
💎75💎
💎76💎
💎77💎
💎78💎
💎79💎
💎80💎
💎81💎
💎82💎
💎83💎
💎84💎
💎85💎
💎86💎
Epilog
💝Dear Musicians💝
Susuruprise!

🎶Let's chill🎶

1.2K 105 2
By Merci_Misha

Lydia ini kan, pagi-pagi sudah membingitkan Music Caller aku. Tidak adalah nak cakap pagi sangat. Aku pun baru habis kelas sebenarnya tapi yalah, baru pukul sepuluh. Nasib baiklah tak menjerit aku sewaktu kelas tadi sebab telefon pintar di dalam poket bergetar. Music Caller  tidak aku angkat sebab kebiasaannya memang aku akan sangkut di belakang telinga sahaja. Selepas tamat kelas, baru aku perasan mesej Lydia.

Katanya mahu lepak di Music Autumn dengan mereka yang lain. Sudah tu, mesej kan ada, mengapa mahu call juga? 

"Woo Hailey, laju-laju mahu pergi mana?" Soal Ethan yang kebetulannya melepasi aku. Aku keluar kelas, dia pun keluar kelas sebelah. Ha, elok sangat bertembung.

Jelingan tajam aku berikan sebelum menjawab dengan pantas. "Pergi jumpa kawan." Selepas itu, aku terus memecut pergi tanpa sempat dia bertanya lagi atau cuba mengikut aku.

Ethan mencebik dan hanya melihat dengan ekor matanya. Elok sahaja dia ingin kembali berjalan ke hadapan, terlihat pula si Audrey yang kebetulannya melalui koridor yang sama. Sebelum mereka bertemu mata, baik cau dulu.

Jam di tangan aku tilik, jadual di dalam buku sempat aku belek. Oh, patutlah Lydia ini sempat mengajak kami semua ke Music Autumn, ada gap masa yang lama sebelum kami mempunyai kelas bersama-sama iaitu kelas Miss Thompson yang mengajar subjek Multiple Music.

Sedar tidak sedar, aku tiba juga di hadapan pintu masuk Music Autumn. Kelebihan piano aku gunakan dan serta-merta pintu tersebut terbuka luas, mempelawa aku untuk masuk. Terbentang luas pemandangan musim luruh yang indah.

Seperti biasa, manusia berada di merata-rata tempat seperti berada di kawasan terbuka atau berehat di bawah pokok yang jingga dedaunnya. Tidak kurang ramai juga yang meluangkan masa di sebelah tasik The Detector.

Eh, tahu masuk saja tetapi di mana si Lydia tu pun tidak tahu. Tempat ini sudahlah besar, baik aku mesej dia terlebih dahulu.

"Hailey!" Satu suara menjerit panggil dari arah kiri. "Sinilah!" 

Terus sahaja aku berpaling ke arah pemilik suara tersebut. Maka terlihatlah Lydia, Mayu, Min Hyuk, Reuben dan Faron sedang melepak di tepi sebuah pohon tinggi, membentuk bulatan kumpulan.

Aku tersenyum ke arah mereka sambil melambaikan tangan. Selepas berjaya mengenal pasti semua yang berada di situ, aku mengambil tempat di sisi kanan Lydia yang berada berdekatan dengan pokok, berhadapan dengan Faron. Lydia ni, macam tahu-tahu saja aku suka duduk dekat dengan pokok dan sengaja membiarkan kawasan itu kosong.

Mayu pula berada di sebelah kiri Lydia. Reuben dan Min Hyuk berada di pertengahan, menghadap pokok tersebut. Maka lengkaplah ahli kumpulan tahun satu kami di sini.

"Ayo, awak semua ni tak ada kelas ke? Sampai-sampai sahaja semua sudah ada di sini." Ujarku lalu menyandarkan beg yang dibawa pada pokok. Buku-buku di tangan pula diletakkan ke atas daun-daun luruh yang memenuhi lantai.

"Aku ada kelas, pukul 6:30 pagi sampai pukul 8:30 tadi. Pastu pukul 9:30 dapat mesej Lydia. Aku baru nak lepak dengan Cruz, tapi katanya benda penting. Terpaksa aku tinggalkan dia tahu tak? Nasib baik dia tak kisah." Balas Faron dengan wajah menyampah.

"Oh, Faron boleh mesej. Kenapa call saya?! Saya dalam kelas tau." Tegurku pada Lydia yang sudah mula tersengih di sebelah.

Mayu tertawa kecil sebelum merehatkan kepala di atas lututnya yang dipeluk dengan kedua belah tangan. "Lydia ni ajak kita sebenarnya bersebab. Masa saya sampai sini sebelum awak semua, dia kata nak minta ajarkan subjek Chords and Music Magic. Manalah saya nak tahu, baik tanya Reuben sahaja. Dia yang berkelebihan sama." Balasnya.

"Heh, itu betul." Tutur Lydia dengan wajah toya. "Tapi saja ajak semua, best apa lepak ramai-ramai. Nanti pun ada kelas sama-sama kan? Sekali pergi dapat sekali satu group." Jawabnya. 

Oleh itu, sebahagian daripada kami ada yang mengangguk faham dan ada yang menyatakan persetujuan. Masing-masing sudah mula menukar kedudukan dan berinteraksi dengan satu sama lain mengenai hal yang berlainan.

Not-not gitar sudah mula bermain di udara. Apabila aku menoleh, kelihatan Reuben sedang memetik gitar dengan not yang merdu disertai renungan Mayu dan sorakan Lydia. Sekejap memetik, sekejap berhenti, itulah apa yang dilakukan oleh Reuben kerana dia juga menerangkan sesuatu pada gadis-gadis itu.

Min Hyuk pula menilik buku matapelajaran Sejarah dengan wajah serius. Namun, jarinya tidak diam daripada mengetuk kotak penselnya mengikut rentak lagu.

"Buat apa tu Faron?" Soalku pada Faron yang galak melihat telefon pintarnya. Lidahnya terkeluar sedikit, bagaikan sedang fokus terhadap sesuatu.

"Kacau senior Talha, saja ajak dia ke mari." Jawab Faron kemudian melintangkan telefonnya. Muzik permainan video dapat aku dengari. "Nasib dia okey je. Kalau tak, nahas aku." Sambungnya lagi.

Keluhan perlahan aku lepaskan. Ada-ada sajalah mereka ini. Aku ini pula sudah bosan. Diajak ke sini selepas itu dibiarkan? Sabar sajalah.

Sementara itu, aku bersandar pada batang pokok di sebelah. Setiap gelagat manusia yang ada di situ aku lihat, memerhati mereka semua dengan bosan. Sehinggalah, mataku tertancap pada sebuah buku yang berada di antara lambakan buku Lydia.

Nampak macam novela. Sejak bila gadis itu rajin cari bahan membaca?

"Lydia, buku apa tu? Nak tengok sekejap." Pintaku sambil menuding ke arah buku tersebut. Seluruh muka depan tidak dapat kulihat kerana ia ditutupi buku-buku lain namun nama penulisnya dapat aku baca sedikit. 

Haninay, macam pernah dengar.

"Oh, buku ni. Saya saja baca sebab dapat masa saya lawat sepupu saya lepas dia balik dari Malaysia. Tiba-tiba anak buah saya bagi buku ni, katanya terbeli dua. Suka hati je bagi orang." Kata Lydia kemudian tertawa sendiri. "Tapi best juga, nah." 

Aku menyambut hulurannya lalu membelek buku tersebut. Cantiknya cover. Setelah melihat-lihat depan dan belakang, baru aku membaca tajuknya.

Miss Miracle : Sakti di Mata Pena.

Hmm, menarik. Tapi aku faham Miss Miracle sahaja.

"Cerita pasal apa?" Soalku bagi mengisi kebosanan. Kebetulan Mayu dan Reuben sedang berbual, tidaklah aku mengacau Lydia dalam sesi pembelajaran dia itu.

Lydia tersengih ke arah aku dan menceritakan apa yang dia fahami. "Pasal pena sakti yang boleh hidupkan lukisan. Pastu, ada perang. Semua orang mati." 

Semua yang berada di situ terdiam. Masing-masing melihat Lydia dengan mata yang bulat.

"Seriuslah Lydia? Dengan cover yang comel macam tu?" Soal Mayu, tidak percaya. Matanya membuntang melihat buku yang berada di tangan aku.

"That's just plain scary." Reuben menggumam perlahan.

Senyuman masih tidak lepas daripada wajah Lydia. Dia sekadar mengangguk bangga. "Yup, sebab tu orang kata, don't judge a book by its cover." Jawabnya.

Sepi, semua mendiamkan diri. Well, benda tu tak pelik mungkin untuk seorang Lydia sebab dia pun... macam tu juga. Perang-perang ni dia punya bidanglah.

"Percayalah sangat dengan apa Lydia cakap tu." Suara Min Hyuk memecahkan kesunyian disertai eyeroll daripadanya. Selepas itu, dia menyambung pembacaannya semula. 

Lydia tertawa besar, mengejutkan kami semua di situ. Hanya Faron sahaja yang berwajah bosan melihat Lydia. Haih gadis ini memang kan, suka benar mengacau orang.

"Uih, apa bising sangat ni?" Satu suara lain menyampuk. Lantas kami semua menoleh. Kelihatan Talha sedang berdiri di sisi Faron yang sedang mendongak memandangnya.

"Tak, Lydia ni ha senior. Orang nak ajar dia, dia main-main." Adu Reuben disertai jelingan buat Lydia.

"Eh, saya pula?" Lydia membalas, berpura-pura terasa. Tangannya diletakkan pada dada dengan penuh dramatik.

Talha menggeleng kecil. Sebelum duduk, dia sempat menepuk bahu Faron beberapa kali sehinggalah jejaka itu menoleh ke arahnya semula. Sekotak kismis dihulurkan, Faron tersenyum kegembiraan lalu mengambilnya laju. Selepas itu, barulah pelajar tahun dua itu duduk dengan selesa.

"Oh ya, senior kan dari Malaysia. Tahu buku ni?" Tanyaku sambil menayangkan buku yang dipegang kepadanya.

Buku tersebut direnung Talha seketika dengan kerutan dahi. Seperti sudah mendapat idea, wajah Talha kembali tenang seperti biasa. "Oh buku tu. Ada nampak masa aku teman Khawlah pergi MPH dengan Popular." Balasnya.

"Peliknya nama kedai. Apa maksud MPH tu?" Tanya Min Hyuk tanpa mengalihkan pandangan dari bukunya.

"Methodist Publishing House." Balas Talha tiga patah.

Faron membuat riak wajah pelik. "Kenapa pula satu lagi tu namanya Popular? Pelik betul."

"Kenapa makanan favourite kamu Garlic Knot?" Soal Talha tiba-tiba, berpaling ke arah Faron.

Jelas kerutan pada dahi Faron yang semakin keliru dengan pertanyaan yang tiba-tiba itu. "Sebab sedap?"

"Ha, jadi mungkin sebab nama tu sedaplah syarikat tu ambil nama tu." 

Terkelip-kelip mata Faron melihat Talha dengan jawapan yang diberikan itu. Tipulah aku cakap kalau benda tu tak logik sebab memang logik. 

"Hesh, ngarut." Sambung Faron kemudian mengalihkan pandangan.

"Ngarut tu, ngarut juga. Tapi syarikat tu dari negara saya tau." Sibuk Lydia di situ. "But seriously, kalau suka action perang-perang boleh baca. Err, walaupun mungkin saya dan brother Talha sajalah yang faham." 

Bunyi gitar yang kuat dari arah Reuben menarik perhatian kami. Dia sedang memandang Lydia dengan wajah yang sukar ditafsir.

"Sudahlah tu, keluarkan gitar awak. Kita belajar sekali. Nanti awak distracted kalau saya seorang sahaja yang tunjuk." Arah Rueben tegas. Laju sahaja Lydia memunculkan sebuah gitar dari tanda lahirnya.

Wow, tahu takut.

Buku tersebut aku belek lagi, menghiraukan bising-bising di kelilingku. Hanya beberapa perkataan Inggeris sahaja aku fahami. Tetapi apa yang aku boleh kata ialah heading dia lawa dan ilustrasi dalaman memang menarik. Welp, aku kena pergi perpustakaan cari bahan membaca juga ni kalau bosan-bosan.

Sedang kami seronok melakukan aktiviti sendiri, gelak tawa daripada beberapa orang pelajar berjaya memancing minat kami. Berdekatan dengan tasik The Detector, dapat dilihat seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan sedang bergurau senda. Siap bertepuk tampar lagi.

Eh, macam kenal saja tu.

"Itu bukan ke Justin dengan Olivia? Alah, kalau tahu mereka tak ada kelas, dah lama saya ajak mereka ke sini." Bebel Lydia dengan cebikan.

"Ajak sajalah, panggil ke mari. Seronok kumpul The Blue Silhouette sama-sama." Mayu memberi cadangan.

"Tapi tak nak kacau, macam seronok berbual je tu." Lydia berkata lagi, sekadar melihat dua insan itu sedang berbual mesra dari jauh.

Bunyi pergerakan dapat aku dengari dari arah Talha. Dedaun kering berderap-derap tatkala dia bergerak dan berdiri. Pakaian sekolahnya dia tepuk-tepuk seketika sebelum menoleh ke arah The Detector. Wajahnya terlihat serius.

"Tak apa, biar aku yang panggil." Ucapnya kemudian berjalan pergi tanpa menunggu jawapan kami.

Aku memandang Faron yang sudah pun tersenyum-senyum. Dia kini memandang ke arah aku dengan eskpresi yang masih sama. Melihatkan itu, aku turut tersenyum sepertinya. Nampaknya, kami mempunyai buah fikiran yang sama.

"Habislah Justin." Faron berkata perlahan kemudian menoleh semula ke arah Talha yang sedang mendekati dua orang insan itu. Mulutnya ditekup dengan tangan bagi menyembunyikan tawa.

Pfft, ada-ada sajalah.

Buku tersebut aku tutup dan meletakkannya semula di tempat yang sepatutnya.




~~~~~~~~~~

Hello! Apa khabar semua? Rindu tak dengan kerenah anak-anak Ochestra World ini? Hahaha, saya pun rindu untuk menulis mereka. Terima kasih yang masih ada dan hadir ke sini!

Nak tahu buku apa yang Lydia baca tu? Ha, inilah bukunya. Hasil penulisan saya dan merupakan karya pertama saya yang berjaya dibukukan! Kalau berkesempatan dan tidak keberatan, marilah jenguk² juga.

Jika mahu tahu lebih, boleh lawat website PTS. Oh, ada di shopee juga tau! Saya ada dengar² juga tentang minat pengurus pada Muzika Melodia ini. Tetapi sayang jika harus ditutup di sini. Sebaiknya kalian boleh access dan memegangnya juga, bukan?

Apa-apa pun terima kasih kerana sentiasa menyokong saya. Tanpa kalian, siapalah saya. Love you guys! 💖💖


- Haninay (07/02/2022)

Continue Reading

You'll Also Like

1.9M 4.4K 27
Sebuah kisah isteri ke arah cuckold
125K 9.5K 41
Orang psiko masih waras, tahu apa yang difikirkan? Tapi biasanya, hati yang kawal tingkah lakunya, bukannya akal fikiran. ... ©psycohn2016 Sebuah ko...
15.1K 1.5K 22
[ C O M P L E T E D ] Astrid tidak menyangka bahawa luka pada lehernya ialah kesan daripada gigitan vampire. Namun, dia datang daripada keluarga seri...
13.4K 603 19
[ Wattys Award Winner 2019 ] [Extremely slow update] Previously known as Damia Sofia Previously known as Kawan atau Lawan Apabila seorang puteri raj...