Captain Luth Haiyyan (NEW VER...

By syza_ra

1.5M 65.1K 4.1K

*Bab 1-10 takkan ada perubahan. Bab 11 baru di edit menjadi chapter baru Aaira Nasrin | Luth Haiyyan Sempadan... More

New Update
CLH 1
CLH 2
CLH 3
CLH 4
CLH 5
CLH 6
CLH 7
CLH 8
CLH 9
CLH 10
CLH 11
CLH 12
CLH 13
CLH 14
CLH 15
CLH 16
CLH 17
CLH 18
CLH 19
CLH 20
CLH 21
CLH 22
CLH 23
CLH 24
CLH 25
CLH 26
CLH 27
CLH 28
CLH 29
CLH 30
CLH 31
CLH 32
CLH 33
CLH 34
CLH 35
CLH 36
CLH 37
CLH 38
CLH 39
CLH 40
CLH 41
CLH 42
CLH 43
CLH 45 (NV)
CLH 46 (NV)
CLH 47 (NV)
CLH 48 (NV)
CLH 49 (NV)
CLH 50 (NV)
CLH 51 (NV)
CLH 52 (NV)
CLH 53 (NV)
CLH 54 (NV)
CLH 55 (END)
Special Chapter (RAMADAN)
Special Chapter (RAYA)
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 1
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 2

CLH 44

25K 1K 59
By syza_ra


"KAU nampak lain hari ni" Arshad tersengih sengih melihat wajah Luth, ada la tu idea nak kenakan dia

"lain macam mana?" Luth malas malas menyoal

"masih nampak seri pengantin baru" pandangan Arshad padanya buat dia seram sejuk, tak tahu nak tafsirkan macam mana tapi mereka seolah olah sedang bercinta.

"boleh tak kau jangan pandang aku macam tengah angau, seram" ketawa Arshad meledak

"eh, apa pula cakap macam tu, aku straight" apa lain macam ke dia pandang Luth tadi

"tapi betul la Luth rata rata dalam kem hari ni cakap muka kau nampak berseri seri" Arshad segera menukar topik tapi lebih tepat dia nak sampaikan apa yang telinganya dengar di pejabat tadi

"siapa yang cakap?"  Luth kurang percaya, entah entah Arshad saja nak kenakan dia

"kakitangan dalam pejabat bergossip masa kau masuk pagi tadi" sejak bila agaknya Arshad Shah pandai pasang telinga dengar orang bergosip ni.

Lama sangat agaknya dia bercuti sampai Arshad dah masuk group membawang.

Belum sempat Luth mahu membalas, telefonnya berbunyi

"wife dah call" usik Arshad yang kebetulan dia melihat pemanggilnya 'Sayang👰💙'

Luth merapatkan jari telunjuk ke bibir, cepat cepat dia mengambil telefon dan masuk ke bilik

"untung lah dah ada isteri" Arshad menelan perasaan sendiri melihat sahabat sendiri dah ada pasangan yang halal.

Dalam dia mengelamun. Mengenang nasib, bunyi notifikasi buatkan wajahnya serta merta bertukar ceria, tersengih sengih dia membalas whatsapp dari Syafiqah















PUAS hati Aaira bila dapat melepaskan rindu pada Luth, dia tersenyum senyum sendiri, dah macam orang angau

"tersenyum senyum, ni mesti baru lepas telefon Luth" memang tepat tekaan datin Haisya, bila melihat bibir anaknya tersipu sipu menggariskan senyum

"haah ma baru lepas call dia tadi, dia kirim salam pada mama dan papa. Nanti mama tolong sampaikan pada papa ya" kemunculam mama memang tepat, dia terus menyampaikan salam Luth

"waalaikumsalam, dia macam mana kerja, okay?"

"okay je ma"

"mama gembira tengok Aaira sekarang, kalau tidak susah hati mama bila tengok Aaira banyak termenung lepas balik dari thailand" Aaira merasa serba salah, dia akui waktu itu hatinya kecewa kerana pemergian Luth  tanpa pamitan, nasib baik Allah menemukan mereka semula.

Lari la jauh mana, kalau dah namanya jodoh pasti akan bertemu pada waktu yang tepat

"maaf kan Aaira, ma. Inshaallah Aaira takkan buat mama susah hati lagi" dia menuju ke arah datin Haisya yang berada di muka pintu dan memeluk wanita itu

"inshallah dari gaya Luth, mama tahu dia boleh bahagiakan anak mama ni" datin Haisya membalas pelukan Aaira















"MAJLIS aku dengan Luth dah selesai, jadi kau dengan Arshad bila?" baru berkesempatan dia nak berbual soal hubungan mereka berdua.

Sebelum sebelum ni dia dan Syafiqah sentiasa sibuk sehingga tiada masa untuk berbual panjang

"masih dalam perancangan tapi haritu aku dah kenalkan Arshad dekat mummy dan daddy masa majlis sanding kau" cerita Syafiqah

"habis diaorang okay tak dengan Arshad?" Syafiqah mengangguk

"alhamdulillah diaorang okay, masa mula mula nak kenalkan dekat diaorang, aku takut juga tapi bila nampak Arshad lagi yakin dari aku buatkan aku terharu" bila bercerita tentang hal ni, Syafiqah rasa bersyukur kedua orang tuanya menerima Arshad dengan tangan yang terbuka

"bila nak bertunang?" memandangkan Syafiqah dah sembunyikan lama soal hubungannya, dia jawab sahaja apa apa pertanyaan Aaira

"tunggu la orang tua Arshad balik dari oversea, kenal dengan mummy daddy dulu lepastu baru kitaorang buat perancangan" Aaira mengangguk, dia lupa yang ibu bapa Arshad sekarang tiada di Malaysia















PEJAM celik, pejam celik, hari ini sudah masuk hari jumaat, bermakna Luth akan pulang ke sini, wajah Aaira berseri seri tambah lagi bila Luth akan menjemputnya pulang dari kerja petang ini.

Jadi Aaira ke hospital tadi menumpang kereta abangnya, dia paksa Aarif hantarnya ke tempat kerja walaupun pejabat guaman lelaki itu tidak sehala dengan hospital.

Sepanjang perjalanan Aarif membebel tak berhenti, kalah mulut mamanya. Tak tahan dengan mulut murai Aarif, Aaira merajuk dan suruh abangnya berhenti kan kereta di tepi. Kononnya dia nak panggil grab, tapi dah namanya adik kesayangan selepas Aaira cakap macam tu, terus bibir itu terkunci rapat dan menghantarnya sehingga ke depan pintu hospital

"balik nanti kalau Luth tak dapat ambil, kau call je abang" pesan Aarif, dalam  membebel dia sayangkan Aaira.

Aaira menunjukan isyarat okay kemudian dia berlalu masuk ke dalam hospital

"Doktor Aaira ada emergency operation!!!" jerit nurse Ain.

Aaira berlari turun ke tingkat bawah menggunakan tangga untuk ke bilik pembedahan. Sudah la lagi 2 jam nak balik, boleh pula ada emergency operation.

"kenapa dengan pesakit nurse?" tanya Aaira

"pesakit kemalangan dan mengalami kecederaan yang agak teruk di kepala" nurse Ain memberi maklumat

"baiklah sediakan alatan untuk pembedahan" nurse ain mengangguk, kakinya pantas masuk ke ruang pembedahan untuk menyediakan peralatan.

Pada awal pembedahan berjalan dengan lancar namum...

"doktor, denyutan jantung pesakit tiba tiba terhenti" salah seorang nurse yang memerhati mesin denyutan jantung itu memberi maklumat.

Aaira mula gelabah bila dia merasakan pernafasan lelaki itu mula perlahan, dia terus meminta nurse untuk mengambilkan mesin defibrillator,
dia menggosok alat itu sebelum meletakkan pada badan pesakit
tetapi tidak berhasil, dia mencuba untuk kali kedua dan ketiga tetap keputusannya sama, tiada perubahan

"doktor pesakit dah meninggal, kita patut catatkan waktu kematian" nurse Ain menyentuh bahu Aaira, bila melihat doktor muda itu sedaya upaya ingin mengembalikan semula denyutan jantung pesakit

"nurse rekodkan waktu kematian" akhirnya Aaira pasrah walaupun ini bukan kali pertama berlaku kes kematian dalam kendaliannya tapi dia tetap merasa sedih.

Lagi lagi bila mahu berhadapan dengan keluarga si mati untuk memaklumkan berita buruk ini

"waktu kematian 5.40 minit" jawab seorang doktor yang baru berpindah ke sini, doktor Farah.

Aaira melihat nurse menutup wajah pesakit tersebut, wajah lelaki itu masih muda anggaran umur dalam awal 30an. Namun bila ajal datang menjemput tidak kira usia tua atau muda kalau itu yang sudah tertulis siapa kita untuk menghalan.

Longlai langkahnya mendekati keluarga si mati, seorang wanita datang menerpa ke arah Aaira

"doktor macam mana dengan abang saya?" tanya wanita itu diikuti oleh seorang wanita dan lelaki berumur di belakang.

Aaira diam berat untuk dia sampaikan berita ini "maafkan kami cik, abang cik tak dapat kami selamatkan" jawab Aaira perlahan.

Wanita muda itu mula menangis teresak esak manakala wanita yang berada di belakang sudah mengesat air mata menggunakan hujung lengan baju, lelaki di sebelah hanya menggelengkan kepala.

Tiba tiba matanya memandang Aaira tajam "sebab kau abang aku meninggal!" wanita itu menjerit, kedua tangannya menolak Aaira sehingga tubuh Aaira terdorong ke belakang, nasib dia baik kerana tidak terjatuh

"saya hanya menjalankan tugas, saya sudah lakukan sebaik mungkin namun nyawa pesakit bukan di tangan saya" ucap Aaira, hatinya perlu kental menghadapi perkara ini.

Ibu bapa wanita itu cuba menenangkan keadaan tapi dia menepis tangan mereka

"kalau kau buat pembedahan tu betul betul, abang aku takkan meninggal!!" jeritan wanita itu menarik perhatian orang ramai.

Aaira sudah mengurut pelipis perlahan, pening kepala bila kena menghadap drama di petang hari, dia bukan tak ambil kisah tentang hal ini, matanya sendiri melihat lelaki itu menghadapi sakaratul maut.

Dia faham perasaan wanita ini, sedih kehilangan ahli keluarga tapi ajal maut semua di tangan allah, tak sepatutnya diri dia di persalahkan

"maafkan saya kerana tidak menjalankan tugas dengan baik dan gagal menyelamatkan abang cik telah" Aaira masih bersabar dan memohon maaf

"maaf?" senyum sinis di hadiahkan atas permohonan maafnya tadi

"kau rasa dengan maaf kau dapat hidupkan semula abang aku ke perempuan" biadap sungguh bicara itu, berdesing telinga Aaira mendengar

"sudah lah Irma, ini bukan masa kita nak salah kan sesiapa, abang kamu dah tak ada, tolong la terima hakikat" pujuk si ibu

"tak mak, Irma tak boleh terima. Abang lah satu satu nya abang yang Irma ada" wanita bernama Irma itu menangis

"abang cedera dekat kepala je mak, dia mesti boleh di selamatkan kalau doktor ni buat kerja dia betul betul" Irma menyalahkan Aaira sekali lagi

"kalau kau la yang berada dekat tempat aku sekarang doktor, apa yang kau akan buat" tepat soalan itu mengenai batang hidungnya kerana dia juga mempunyai seorang abang

"kalau saya yang berada di tempat cik, inshaallah saya redha dan saya tahu abang saya mesti tak mahu saya menunding jari menyalahkan sesiapa" jawab Aaira tenang.

Irma masih tidak berpuas hati apatah lagi bila mendengar jawapan Aaira, dia mendekati Aaira untuk memberi pengajaran, tangan di angkat tinggi untuk menampar pipi doktor dihadapannya.

Aaira pula tak tahu kenapa dirinya seolah olah lumpuh dan tak mampu bergerak, dia redha dan memejamkan mata.

20 saat, 40 saat, 1 minit namun pipinya tak terasa sakit

'takkan dia tak tampar aku lagi'

Aaira membuka mata perlahan lahan, dia terperanjat bila seorang lelaki  menahan tangan wanita itu dari menyentuh wajahnya

"Luth" bisik Aaira perlahan

"cik tak ada hak nak tampar doktor ni hanya kerana dia tak berjaya selamatkan abang cik" Luth melepaskan tangan wanita itu

"kau siapa nak masuk campur?" tanya Irma agak berani tapi ada sedikit gentar sewaktu melihat pakaian lelaki ini, baju celoreng askar

"saya suami dia. Saya mahupun keluarga dia sendiri tak pernah nak naik tangan dekat isteri saya" tegas Luth.

Irma sudah menelan air liur, wajahnya yang basah dengan air mata dilap perlahan

"bukan kah kita sebagai orang yang beragama islam seharusnya redha dengan pemergian orang yang kita sayang, tidak redha bermakna kita tak terima qada dan qadar allah" nasihat Luth, tegas suaranya.

Terdiam Irma bila mendengar ayat Luth

"betul apa yang encik ni cakap, tak tenang abang dekat sana nanti kalau kita tak redha" pujuk ayah kepada Irma

"maafkan anak pakcik ya doktor, dia dengan abang dia terlalu rapat sebab tu dia jadi macam ni" pakcik itu bersalam dengan Luth memohon maaf.

Pada waktu yang sama Syafiqah, Darren dan Hafiz turut muncul

"keluarga pakcik harus jaga tingkah laku dekat sini lagipun ini hospital, tak patut terjerit jerit macam ni, kami faham perasaan pakcik sekeluarga tapi kalau dah sampai cuba nak mencederakan salah seorang doktor di sini, kami boleh bawa kes ni pada polis" ujar Darren geram bila melihat wanita ini meroyan, nasib baik akal fikirannya waras kalau tak memang dia bagi penampar macam yang perempuan ini cuba buat pada Aaira.

muka Irma cuak bila mendengar perkataan polis "minta jasa baik jangan bawa kes ni pada polis ya doktor" ibu kepada Irma pantas mengambil tangan Aaira

"boleh tapi suruh anak makcik ni minta maaf dulu dekat kawan saya" Syafiqah yang membuka mulut.

Aaira hanya diam di sebelah Luth

"minta maaf Irma" tegas suara sang ayah

"saya minta maaf, saya sepatutnya kawal perasaan, saya tak patut berkelakuan seperti tadi" Aaira megangguk tanda dia memaafkan Irma

"puan dengan encik serta cik boleh masuk untuk lihat arwah" ajak Hafiz.

Dia mengiring mereka sekeluarga untuk melihat arwah di bilik pembedahan sebelum dibawa pulang ke rumah untuk pengurusan jenazah.

Tumpuan Luth beralih pada Aaira

"sayang okay? tadi ada nurse mengadu pada saya yang dia tolak Aaira?" dia memeriksa Aaira sekiranya ada sebarang kecederaan pada isterinya

"saya tak apa apa" Aaira meyakinkan Luth sambil memegang tangan suaminya

"macam mana Luth tahu saya ada dekat  bilik pembedahan ni?" pelik juga macam mana Luth tahu dia ada dekat sini

"ada sorang nurse datang jumpa saya dekat kereta, nasib baik dia kenal saya kalau tak, saya tak tahu la apa jadi dekat Aaira" Luth melepaskan nafas lega, dia sampai tepat pada masanya

"korang ni pula, macam mana boleh sampai sini? takkan tak balik lagi?" tanya Aaira pada Darren dan Syafiqah

"doktor farah panggil kitaorang dekat tempat punch card, in case nurse ain tak jumpa Luth" jawab Darren.

Nasib baik Luth sempat halang tangan wanita dari menampar wajah Aaira kalau tak Syafiqah rasa dah berbekas pipi kanan sahabatnya

"sudah la Aaira, kau pergi balik. Nah aku dah ambil beg dekat loker, bak sini kot kau nanti aku bawa masuk dalam loker kau" Luth menyambut beg Aaira dari tangan Syafiqah.

Sementara Aaira membuka kotnya dan menyerahkan pada Syafiqah

"thank Iqa,Darren sebab ambil berat pasal aku" ucap Aaira

"tak ada apa lah Aaira, kita kan rakan sekerja dekat sini, takkan lah kau kena macam ni kitaorang nak buat bodoh je" jawab Darren, diikuti dengan anggukkan   Syafiqah

"dah pengantin baru pergi balik" halau Syafqah

"jom la kita balik, ada orang dah halau" Aaira buat muka sedih.

Luth hanya tersenyum

"memang aku halau, shuh shuh" kemudian Aaira dan Luth berlalu masuk ke dalam lif untuk ke tempat letak kereta.

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 65.4K 72
Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Macam mana ni?" -Adara Sumayyah "Wow! Amazi...
687K 39.5K 57
ON- GOING [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawa...
396K 14.1K 46
Apakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku...
6.8M 336K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...