His Babygirl [𝑪]

By leesottt

397K 12.5K 349

[ 1st book by leesottt ] HIS SERIES 1 Pertembungan tak disengajakan di shopping complex membibitkan cinta Han... More

WARNING⚠️
PROLOG
01 | BABYGIRL
02 | BABYGIRL
04 | BABYGIRL
05 | BABYGIRL
06 | BABYGIRL
07 | BABYGIRL
08 | BABYGIRL
09 | BABYGIRL
10 | BABYGIRL
11 | BABYGIRL
12 | BABYGIRL
13 | BABYGIRL
14 | BABYGIRL
15 | BABYGIRL
16 | BABYGIRL
17 | BABYGIRL
18 | BABYGIRL
19 | BABYGIRL
20 | BABYGIRL
21 | BABYGIRL
22 | BABYGIRL
23 | BABYGIRL
24 | BABYGIRL
25 | BABYGIRL
26 | BABYGIRL
27 | BABYGIRL
28 | BABYGIRL
29 | BABYGIRL
30 | BABYGIRL
31 | BABYGIRL
32 | BABYGIRL
33 | BABYGIRL
34 | BABYGIRL
35 | BABYGIRL
36 | BABYGIRL
37 | BABYGIRL
38 | BABYGIRL
39 | BABYGIRL
40 | BABYGIRL
41 | BABYGIRL
42 | BABYGIRL
43 | BABYGIRL
44 | BABYGIRL
45 | BABYGIRL
46 | BABYGIRL
47 | BABYGIRL
48 | BABYGIRL
49 | BABYGIRL
50 | BABYGIRL
51 | BABYGIRL
52 | BABYGIRL
53 | BABYGIRL
54 | BABYGIRL
55 | BABYGIRL
56 | BABYGIRL
57 | BABYGIRL
58 | BABYGIRL
59 | BABYGIRL
60 | BABYGIRL
61 | BABYGIRL
62 | BABYGIRL
63 | BABYGIRL
64 | BABYGIRL
65 | BABYGIRL
66 | BABYGIRL
ENDING
SPECIAL CHAPTER 1
SPECIAL CHAPTER 2
SPECIAL CHAPTER 3
SPECIAL CHAPTER (LAST)
TUMPANG PROMOTE

03 | BABYGIRL

5.2K 244 2
By leesottt

GAMBAR yang berada di tangannya dipandang. Kenapa muka perempuan ni sebijik macam Hana waktu kecil?

Tiba-tiba Harraz teringat bagaimana dia terjumpa gambar tersebut.

Selepas sahaja jejaka tersebut berlalu pergi. Harraz tanpa membuang masa menyonggol kembali bahu Hana di sebelah.

"Kau kenapa kak tersengih-sengih seram adik tau" creepy cara Hana senyum. Lagaknya macam orang psiko.

"Ma..mana a..ada a...apa-apa" Hana mengetap bibir. Asal mulut tak bekerjasama ni. Habis kantoi nanti dengan Harraz.

"Nampak sangat akak suka lelaki tadi" Harraz sudah tersengih mengusik di sebelah Hana.

"Ta..tak" pipi Hana sudah memerah panas. Dia terus berjalan ke depan laju meninggalkan Harraz di belakang.

Sebenarnya memang betul pun apa yang Harraz cakap. Lepas je dia nampak muka jejaka tadi. Laju sahaja degupan jantungnya. Mungkin dia sudah jantung cinta pandang pertama. Mungkinlah!

Tapi bagaiman pulak dengan si 'dia'. Hana mengeluh perlahan sebelum menggeleng perlahan kepalanya.

Harraz yang masih berdiri di tempat sama sudah mengertawakan Hana. Kelakar betul tengok muka Hana macam tomato baru masak tadi. Merah dia memang nampak maklumlah kulit Hana memang putih.

Sampai tertunduk-tunduk dia mengertawakan Hana. Terhibur dengan sikap Hana yang jenis pemalu apabila disoal tentang perasaan.

Harraz berhenti ketawa apabila tersedar ada satu gambar yang berada di lantai berdekatan kakinya.

Badannya ditunduk untuk mengambil gambar tersebut. Dia membelek-belek gambar tersebut.

Matanya memandang gambar budak perempuan lelaki dan budak perempuan yang begitu rapat menangkap gambar.

Gambar tersebut dipusing dan dia ternampak pen berdakwat hitam dan ditulis di situ nama Hayzack Iskandar dan Hana Adenin. Di bawahnya tertulis 'till will meet again'

Macam nama kakaknya sahaja tak mungkinlah childhood Hana waktu kecil kot. Tapi boleh jadi jugak.

Matanya meliar mencari bayangan lelaki yang dilanggarnya tadi. Tapi satu apa pun dia tidak nampak kerana keadaan shopping complex yang terlalu sesak.w

Hilang lamunan Harraz apabila tiba-tiba seseorang mengetuk pintu biliknya

"Turun makan malam. Mama dah panggil kat bawah" kata Hana di depan pintu adiknya.

"Nanti adik turun" jawab Harraz bersahaja.

Harraz tanpa berlengah menyimpan gambar tersebut di bawah bantalnya sebelum dia turun menuju ke dapur.

"Cepat Harraz. Kakak kamu dah lapar dah tunggu kamu dari tadi turun" kata Datin Aderin sambil bercekak pinggang pada Harraz.

Harraz yang melihat mamanya tersengih-sengih. Kenapa comel sangat mamanya ni? Macam marah tak marah je. Yelah Datin Aderin walaupun sudah meningkat usia tetap kelihatan seperti orang muda kerana mukanya yang tidak berkedut dan rambutnya yang masih hitam lebat. Ubannya cuma ada sedikit sahaja.

Tempat duduk di sebelah Hana diduduknya. Matanya memandang Hana yang duduk di sebelahnya.

"Apa pandang-pandang hah'' kata Hana garang. Dahlah dia tengah lapar. Gara-gara adiknya lah dia terpaksa tahan perut tadi.

Harraz hanya menggelengkan kepalanya sebelum memula makan selepas dibaca bacaan doa oleh Dato Adhwa.

Patut ke aku bagitahu pasal gambar tu ke simpan je?

"Harraz"

"Harraz Fikhran Bin Dato Adhwa"

"Haa a..apa" terkejut Harraz apabila Hana memanggil nama penuhnya dengan kuat.

Dato Adhwa dengan Datin Aderin tergeleng dengan sikap Harraz yang suka mengelamun. Orang semua dah nak habis makan dia boleh pulak mengelamun.

"Adik termenung apa. Orang semua dah nak sudah" ujar Hana sambil mengangkat sebelah keningnya. Air sirap di hadapannya diteguk rakus. Sakit pulak tekak dia jerit-jerit panggil nama Harraz tadi.

"Tak ada apa-apa lah kak" Harraz tersengih cuba meyakinkan Hana yang dia tidak apa-apa.

Hana hanya mengangguk sambil meneruskan suapan nasi di dalam mulutnya. Dah Harraz cakap macam tu dia pun malaslah nak bertanya lebih pada Harraz nanti kan ada pulak orang tu badmood dengan dia. Satu hal pulak nak memujuk!

Senyap sahaja suasana antara mereka. Masing-masing leka dengan makanan di hadapan. Hana yang tidak betah suasana diam mula menanya soalan.

"Papa nanti Hana dengan Harraz masuk kerja kan. Kita orang pegang jawatan apa?" Soal Hana. Tertanya-tanya jugaklah dia walaupun dia tak kisah pun jawatan apa yang dia sandang nanti tapi dia tetap nak kepastian pada Dato Adhwa.

Dato Adhwa yang mendengar soalan Hana meminum airnya membasahkan tekak. Nanti tercekik pulak tulang ikan tak pasal-pasal mati awal.

"Jawatan kamu berdua sama aje. Tak ada seorang pun yang lebih. Papa bagi sama rata je nanti kalau Papa lebihkan ni ada je seorang tu tak puas hati" sempat mata Dato Adhwa menjeling Harraz di hadapannya.

Harraz yang perasan berdehem kuat.

"Mana ada adik cemburu. Papa ni ada-ada je" cebik bibir Harraz dibuatnya. Tak gentle lah kalau lelaki kuat cemburu. Ini Harraz lah sikit pun tak goyang dengan papa heh bisik hatinya.

"Kalau macam tu bolehlah kakak kamu sandang jawatan Papa kalau macam tu. Iya dok" gurau Dato Adhwa sambil ketawa.

"Eh , mana boleh Papa. Tak adil lah macam ni" tangannya disilang tanda protes.

Hana yang melihat menggelakkan Harraz.

"Tadi adik cakap okay. Ni bila Papa macam tu merajuk pulak adik" kata Hana.

Tergaru kepala Harraz. Baru dia perasan percakapannya terlepas. Kantoi pulak kuat cemburu aduhai. Mana nak sorok muka ni.

"Blushing pulak dia Papa" kata Hana sambil ketawa terbahak-bahak.

Datin Aderin yang sedari tadi melihat sketsa tiga beranak itu mula bangun daripada kerusinya.

"Eh yayang nak pergi mana?" Soal Dato Adhwa.

"Daripada saya layan perangai abang yang tak semenggah ni lebih baik saya basuh pinggan kat dapur tu" ujar Datin Aderin. Pinggan kotor dikutipnya.

Hana dengan Harraz sudah menekup tangan mereka menahan ketawa melihat muka Dato Adhwa tak puas hati.

"Orang yang perangai tak semenggah ni lah yang dia sayang" Dato Adhwa menolak kerusinya ke belakang sebelum bangun dan mencium pipi Datin Aderin.

"Pa hormatlah sikit kita orang ni" kata Harraz sebal. Sakit pulak hati dia tengok papanya bersweet lovey dekat meja makan dengan Datin Aderin.

"Itulah adik" tangan Hana juga bersilang dengan mulutnya yang tercebik ke hadapan.

"Siapa suruh kamu berdua tak kahwin lagi" Dato Adhwa terkekek ketawa.

Bertambah cemberut muka Harraz dengan Hana. Meriah rumah agam itu dengan ketawa Datin Aderin dengan Dato Adhwa.





KAKINYA yang terjuntai direndam di dalam kolam renang di hadapan. Mata Hana terpejam mengingati memori dia dengan budak lelaki dahulu.

"Awak kalau kita jumpa masa hadapan nanti awak janji dengan saya yang awak akan kahwin dengan saya tau" ujar budak lelaki itu.

Jari kelingkingnya disua pada budak perempuan itu. Budak perempuan itu yang melihatnya menyambut kembali.

"Saya janji tapi kalau kita tak ada jodoh. Awak terima je okay" budak perempuan itu mengenyit mata pada budak lelaki di hadapannya.

Masing-masing tergelak mendengar percakapan mereka yang serupa sudah dewasa. Jari kelingking mereka masih utuh antara satu sama lain.

"Baru saya perasan awak hensem waktu awak ketawa" puji budak perempuan itu.

Terhenti ketawa budak lelaki itu. Mata hazel itu memandang budak perempuan yang bertocang dua di tepinya.

Tiba-tiba terbit senyuman di seulas bibir merahnya.

"Awak pun cantik sebab itu saya tak nak lepaskan awak" kata budak lelaki itu. Terbit senyuman ceria di bibirnya.

Bagaimana dia nak cari budak lelaki itu. Last dia jumpa budak lelaki itu pun waktu umur mereka tujuh tahun. Walaupun perkenalan mereka singkat tapi tetap indah di matanya. Bagaikan mimpi sahaja dia dapat berkawan dengan budak lelaki itu.

Tapi semuanya musnah apabila tiba-tiba dia dikhabarkan budak lelaki itu kena pindah di Italy dan mengikuti keluarganya menguruskan syarikat di sana.

Gelang yang berada di dalam poket seluar dikeluarkan. Bibir Hana tersenyum hambar mengingati budak lelaki itu dahulu memberinya gelang itu sebagai hadiah terakhir mereka sebelum si dia berlepas ke Italy.

"Kalau awak rindu saya pandanglah gelang tu sebab saya akan selalu ada di sisi awak walaupun kita berjauhan"

Terngiang-ngiang kata budak lelaki itu di telinganya. Tangan yang berada di sisinya digenggam kuat bagi menyalurkan kekuatan. Bintang yang bersinar di langit dia pandang.

'Setiap jam setiap minit tak ada satu apa saya tak rindu pasal awak. In shaa Allah dengan izin-Nya kita akan bertemu kembali. Cuma lambat atau cepat sahaja' bisik hati Hana.

"Kakak"

Tersentak Hana. Kepalanya mendongak memandang Harraz yang berdiri di sebelahnya dengan dahi berkerut. Bila masa pulak adiknya ada dekat sebelah?

"Jom masuk dah lewat malam ni. Tadi mama dah bising dah panggil nama kakak" tangannya dihulur pada Hana untuk bangun.

Cepat-cepat Hana menyambut tangan Harraz.

"Hah seriuslah okay-okay jom masuk nanti bertambah bising mama singa nanti" badan Harraz ditolak sekali memasuki rumah.

Harraz menghamburkan ketawa. Itulah gelaran mereka berdua jika Datin Aderin mengamuk. Tiada siapa tahu termasuklah mama dengan papa mereka.

"Kak kuatnya kau tolak badan aku. Sakitlah" rungut Harraz.

"Diam!"

Harraz hanya pasrah melayan kakaknya dengan perangai budak-budak. Dia fikir aku tak ada kaki ke. Nasib engkau kakak aku!

Sambil Hana menolak badan Harraz , kepalanya sempat berpaling memandang langit seketika.

'Till will meet again , Hayzack Iskandar'




Don't forget to vote and comment :)

Continue Reading

You'll Also Like

97.4K 11.2K 24
𝐌𝐢𝐧𝐞'𝐬 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝑫𝒂𝒚𝒚𝒂𝒏'𝒔 : 𝑴𝒚 𝒏𝒂𝒖𝒈𝒉𝒕𝒚 𝒘𝒊𝒇𝒆 "Nayla suka awak dari kecil lagi." "Nayla nak jadi isteri awak." Dia gadis...
22.3K 898 33
Evantino Alexandro-lelaki yang berkacukan Melayu Itali ini mempunyai sifat yang sangat dingin tetapi tidak apabila bersama keluarga nya.Dia juga dimi...
634K 24.3K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
79K 2.3K 35
"Please lupakan i Rian.."~ Tengku Nessa Imani "NEVER!! Sekali you muncul dalam hidup i..selamanya you akan berada disini,dan itu janji i pada you.."~...