METANOIA [C]

By yuyun309

26K 2.5K 108

Kisah seorang gadis malang yang hidup dalam penuh penderitaan, kesakitan dan kekosongan. Tanpa kasih sayang... More

Chapter 1
Chapter 2 - Scarlet
Chapter 3 - Like father, like daughter
Chapter 4
Chapter 5 - The color of Scarlet
Chapter 6 - Darkness
Chapter 7 - Stranger's place
Chapter 9
Chapter 10 - Scarlet and Magic
Chapter 11
Their Styles
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31: It's a 'GoodBye'
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Extra - Lillian Maigness
Extra - Lillian Maigness (2)
Extra - Yulia Astra
Extra - Scarlet

Chapter 8

661 68 5
By yuyun309

"Baiklah, Cik Aslan. Kami ada banyak soalan untuk awak"

Scarlet melihat Trystan. Dia menelan ludah menunggu 'soalan' yang akan diberikan untuknya.

"Awak dari mana?" Soalan pertama diberikan oleh Trystan.

"Saya dari xxxxx" Jawab Kayna dengan tenang.

"Hm" Trystan menyilangkan kedua tangannya dan menyandarkan badannya dibahu sofa.

"Kau tahu kat mana tempat tu, Ashley?"

Ashley yang ditanya oleh Trystan hanya menggelengkan kepala. Kemudian Trystan menoleh kearah Lillian namun juga dijawab dengan gelengan kepala.

"Di negara mana tu, Cik Aslan?" Tanya Trystan lagi.

Jawapan kedua yang Scarlet berikan masih kedengaran asing bagi mereka. Melihat mereka yang kebingungan, Scarlet bertanya....

"Saya ada kat mana sekarang?"

"Villon. Dalam negara Sevalon." Ashley menjawab persoalan Scarlet.

Mendengar jawapan Ashley, Scarlet mula berfikir. Scarlet berdiam seketika untuk untuk mencerna fikirannya.

"Saya rasa... saya datang dari dunia lain."

Tiga pemilik mata memandang Scarlet dengan pandangan aneh. 'Dunia lain' yang dimaksudkan Scarlet menjadi pertanyaan dihati mereka.

'Aku pun rasa ianya mustahil. Tapi sekarang ni, aku cuma boleh buat andaian.' Fikir Scarlet.

"Apa maksud Cik dengan 'dunia lain'?" Tanya Lillian pula. Walaupun malu-malu, dia masih ingin tahu.

"Encik Ashley cakap dia jumpa saya dalam keadaan terluka parah. Tapi sekarang ni, badan saya tak ada sikit rasa sakit pun."

"Oh.. Itu sebab saya sembuhkan Cik dengan magik penyembuhan." Jawab Lillian dan diberikan anggukan faham oleh Scarlet.

"Kalau dalam dunia saya, tak wujud 'magik penyembuhan' tu. Selalunya luka parah macam tu akan ambil masa lebih sebulan dua untuk hilang dengan sempurna. Itu pun akan tinggalkan parut."

"Tak ada magik?" Trystan menyentuh dagunya.

"Kalau silap mata, ada. Tapi magik penyembuhan semacam tu, saya tak pernah saksikan depan mata."

Mereka terdiam sejenak. Memikirkan sama ada mereka patut percaya atau tidak dengan Scarlet. Sehinggalah Trystan mengeluarkan api dari tangannya. Scarlet terkejut dengan apa yang baru dia saksikan namun dengan cepat dia kembalikan wajah datarnya.

"Tak pernah nampak magik macam ni?" tanya Trystan tapi dijawab dengan gelengan kepala.

Trystan menunjukkan beberapa 'magik' kepada Scarlet seperti membuatkan barang berterbangan, menembak dengan air dan sebagainya. Namun semua jawapan dari Scarlet hanyalah berupa gelengan kepala.

"Saya nak rasa yang Cik Aslan ni menipu, tapi degupan jantung Cik terlalu tenang." Trystan menggaru kepalanya.

"Tapi aku rasa macam masuk akal." tiba-tiba Ashley menyampuk membuatkan ketiga-tiga mata memandangnya. Dia pun menyambung.

"Cik Aslan takde aura magik langsung dalam badan dia. Bukan ke tu bukti yang dia memang bukan dari dunia ni?"

"Ah!" Penyataan yang diberikan Ashley mendapat anggukan setuju dari Trystan dan Lillian manakala Scarlet hanya bingung.

"Aura magik?" tanya Scarlet. Ashley pun melihat Scarlet.

"Dunia ni penuh dengan magik. Manusia, haiwan, tumbuhan, semua ada magik sama ada sikit atau banyak.

Tapi Cik Aslan, dalam badan awak, saya tak dapat rasakan ada walau secubit pun."

Ashley mendekatkan wajahnya ke wajah Scarlet. Scarlet yang rasa terganggu terus menampar Ashley.

"Terlalu dekat!" marah Scarlet.

"Maaf." jawab Ashley sambil memegang pipi kirinya yang menyengat.

"Masuk akal juga." Lillian memegang dagunya mula percaya dengan Ashley.

"Persoalan baru, macam mana Cik Aslan dapat 'masuk' ke dunia ni?" Trystan mula membuka suara. Matanya diarahkan ke Scarlet.

"Saya tak tahu apa-apa. Memori terakhir saya cuma, saya jatuh dalam lubang gelap lepastu saya tak sedarkan diri."

"Lubang gelap? Hm.." Trystan bangun dari duduknya dan mula mencari-cari buku di rak bukunya. Manakala si Lillian hanya duduk dengan canggung.

"Cik Aslan.." belum sempat Ashley bertanya, Scarlet menyampuk.

"Panggil je Scarlet. Saya tak selesa dipanggil Aslan." kata Scarlet dengan wajah datar.

"Ehem.. Baiklah, Scarlet. Sekarang ni, awak ada idea 'macam mana' untuk hidup dalam dunia ni?"

"?"

Wajah Scarlet masih datar tapi Ashley dapat meneka bahawa dia sebenarnya sedang keliru.

"Awak beruntung sebab 'saya' yang jumpa awak. Kalau orang lain, mungkin awak akan dianggap satu makhluk asing dan diarahkan untuk dibunuh serta merta.

Jadi, mulai sekarang, macam mana awak nak hidup?"

"Saya.... tak tahu." Scarlet menundukkan kepalanya.

'Aku pun masih susah nak hadam situasi aku sekarang.'

"Kalau macam tu, duduk dengan kitorang." kata Trystan sambil mendekat. Lillian dan Ashley pula tidak berkata apa-apa.

Scarlet yang masih menghadam situasinya agak keliru.

"Dengan awak semua?"

"Ye. Scarlet, awak ni... saya boleh anggap istimewa. Jadi saya nak cari maklumat tentang kenapa dan bagaimana awak boleh ada kat sini.

Dan cara paling berkesan adalah dengan awak duduk dengan kitorang betul tak?

Awak pun tak ada pilihan lain, kan?" kata Trystan dengan senyuman yang ada makna tertentu.

Betul. Semua yang dikatakan Trystan betul. Scarlet yang bukan dari dunia ni boleh berada dalam keadaan bahaya, jadi dia tak ada pilihan lain selain dapatkan perlindungan daripada seseorang.

"Baiklah." Scarlet hanya mampu menundukkan kepalanya dan dijawab dengan senyuman oleh yang lain.

"Ok.. Kalau macam tu kita bincangkan harga." Ashley bersuara.

"Harga apa?" Scarlet melihat Ashley dengan tanda soalan dikepalanya.

"Ye lah.. Tak mungkin lah kau nak perlindungan PERCUMA dari aku, kan?"

"Ah..." Scarlet mula memikirkan cara untuk dia membayar Ashley.

"Aku rasa yang ni je dah cukup." kata Ashley sambil menunjukkan rantai emas dengan loket besar ditangan kirinya.

Melihat rantai ditangan Ashley, Scarlet terus meraba-raba leher dan dadanya. Tak ada.

"Ah, tu rantai saya!" Scarlet melompat untuk mencapai rantai ditangan Ashley. Namun Ashley lebih cepat daripada Scarlet terus memeluk pinggang Scarlet dengan tangan kanannya sambil mengangkat tangan kirinya tinggi-tinggi. Dan akhirnya, badan Scarlet berada diatas badan Ashley.

"Ni bayaran untuk aku yang dah selamatkan kau dan untuk perlindungan dari aku." Ashley memberikan senyuman kepada Scarlet. Mata biru gelapnya memandang tepat mata hitam Scarlet.

"Tapi.. Tu.." Scarlet tak mampu membalas pernyataan dari Ashley kerana dia merasa terhutang budi kepada Ashley.

"Sudah-sudah la tu Ashley. Ada mata lain kat sini." Suara Trystan mengejutkan dua manusia yang sedang berada dalam dunia mereka masing-masing.

Trystan hanya melihat mereka dengan senyuman yang tiada makna sedangkan Lillian disebelahnya menutup wajahnya yang merah. Dengan pantas Scarlet dan Ashley membetulkan posisi duduk mereka.

"Haha.. Um.. Maaf." Ashley tertawa kekok manakala Scarlet hanya berdiam.

"Scarlet, awak masih ada rasa sakit kat mana-mana ke?" Lillian menanyakan keadaan Scarlet dengan suara lembut.

"Tak. Badan saya rasa sihat. Tenaga saya pun dah pulih. Terima kasih" jawapan Scarlet membuatkan Lillian bernafas lega.

"Kalau macam tu, jom Scarlet." Ashley bangun dari duduknya dan mengambil pedang yang berada tidak jauh dari pintu. Pedang itu disarungkan dengan sarung berwarna hitam dihias beberapa permata berwarna biru dan merah.

"Kemana?" Scarlet turut bangun dari duduknya dan mengikuti Ashley dari belakang.

"Jalan-jalan" jawab Ashley.

"?" jawapan pendek dari Ashley membuat Scarlet bingung. Dia menoleh kebelakang dan hanya melihat Trystan yang melambai tangan kearah mereka.

Walaupun masih keliru, Scarlet mengikuti Ashley dari belakang.

Continue Reading

You'll Also Like

96.6K 6K 21
Angle of light, Dancing on the ground under the sky of justice, Accompanied by stars and red moon light, Who is she? Angle of light, Dancing on the g...
647 98 24
GENRE (FANTASY/FRIENDSHIP) Dilahirkan dengan kuasa yang begitu luar biasa. Cree Vespertine mengalami masalah bagaimana untuk mengendalikan kuasanya s...
165K 16.7K 57
New age is begin. Sylvania, menjadi dunia yang maju. The world remain in peace. But... Thats the beginning of the disastrous. Keamanan Sylvania menja...
31.1K 1.6K 15
"Jika aku tak boleh mati, maka sumpahlah aku. Biar aku hidup beribu tahun untuk mencari kembali cinta hatiku"