Captain Luth Haiyyan (NEW VER...

By syza_ra

1.5M 65.1K 4.1K

*Bab 1-10 takkan ada perubahan. Bab 11 baru di edit menjadi chapter baru Aaira Nasrin | Luth Haiyyan Sempadan... More

New Update
CLH 1
CLH 2
CLH 3
CLH 4
CLH 5
CLH 6
CLH 7
CLH 8
CLH 9
CLH 10
CLH 11
CLH 12
CLH 13
CLH 14
CLH 15
CLH 16
CLH 17
CLH 18
CLH 19
CLH 20
CLH 21
CLH 22
CLH 23
CLH 24
CLH 25
CLH 26
CLH 27
CLH 28
CLH 29
CLH 30
CLH 31
CLH 32
CLH 33
CLH 34
CLH 35
CLH 36
CLH 37
CLH 38
CLH 39
CLH 40
CLH 41
CLH 43
CLH 44
CLH 45 (NV)
CLH 46 (NV)
CLH 47 (NV)
CLH 48 (NV)
CLH 49 (NV)
CLH 50 (NV)
CLH 51 (NV)
CLH 52 (NV)
CLH 53 (NV)
CLH 54 (NV)
CLH 55 (END)
Special Chapter (RAMADAN)
Special Chapter (RAYA)
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 1
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 2

CLH 42

23.8K 981 52
By syza_ra


AAIRA dan Luth sekarang berada di sebuah kedai cenderamata, mereka sedang memilih beberapa buah tangan untuk dibawa pulang.

Kemudian langkah mereka di bawa ke sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis coklat, Aaira borong banyak coklat untuk dia, ahli keluarga dan kawan kawannya. Paling banyak pesan ialah Syafiqah.

Luth datang ingin melihat sama ada Aaira sudah selesai memilih atau belum, namun dia terperanjat bila lihat bakul Aaira penuh dengan pelbagai coklat

"banyaknya coklat Aaira ambil, boleh habis ke ni?" tanya Luth

"heheheh...ni untuk saya, nurse yang dekat hospital, lepastu untuk Darren, Hafiz dengan Syafiqah, tak apa lah saya bayar sendiri" Aaira masih lagi sibuk memilih coklat

"ouhhh...untuk kawan kawan, ingat untuk Aaira sorang, saya tanya je tak apa lah awak ambil je biar saya yang bayar" Luth tak kisah soal duit cuma kalau Aaira beli untuk dirinya sendiri takut tak habis, nasib baik isterinya beli untuk kawan kawannya sekali

"betul ke awak nak bayar, saya beli banyak ni" Aaira tak nak susahkan Luth bayar semua, dia ada duit sendiri

"tak apa Aaira kan isteri saya biar saya yang bayar" Luth memeluk bahu Aaira

"thank you, nanti saya bagi upah" dia kenyitkan mata pada Luth

"upah apa?" Aaira tersenyum

"adalah, dah jom bayar" dia berjalan meninggalkan Luth di belakang yang masih dalam tanda tanya.

Aaira menawarkan dirinya untuk membawa mereka makan tengah hari

"betul ke ni Aaira nak bawa kereta? kita nak pergi mana?" banyak soalan dari Luth tapi dia menyerahkan juga kunci kereta pada Aaira

"kan saya cakap tadi awak bayar coklat, saya bagi upah jadi saya nak bawa awak pergi makan" kata Aaira.

Dia pergi ke bahagian penumpang dan membukakan pintu "cepatlah awak masuk" pinta Aaira.

Luth yang berdiri di bahagian pemandu hanya akur, dia bergerak masuk di bahagian penumpang.

Aaira menutup pintu kereta lalu dia pergi ke bahagian pemandu, wanita itu ingin menarik tali pinggang tapi bila tengok Luth hanya diam di sebelah, Aaira berdehem

"ehem ehem" Luth yang leka memandang ke depan terus menoleh ke arah Aaira

"seatbelt please atau awak nak saya pasangkan" Aaira yang berura ura ingin memasangkan seatbelt untuk Luth, tidak jadi kerana tangan lelaki itu lebih pantas menariknya terlebih dahulu.

Kereta perodua myvi itu bergerak keluar dari parking untuk menuju ke destinasi pilihan Aaira.

Luth masih tertanya tanya ke mana Aaira ingin membawanya

'takkan nak bawa aku pergi candle light dinner pula ni baru tengah hari' sangkal Luth.

Aaira yang fokus memandu memberi signal ke kanan untuk masuk ke sebuah restoran makanan segera

"kita makan dekat sini ke Aaira?" tanya Luth tapi Aaira tak masuk ke parking malah dia beratur bersama beberapa deretan kereta di drive thru McDonald

"yela kan malam tadi sebelum tidur awak kata teringin nak makan mcdonald jadi saya tunaikan permintaan awak" dia teringat semalam Luth kata dah lama dia tak makan di sini jadi Aaira bawa suaminya

"ya allah saya cakap kosong je semalam tak sangka pula Aaira ambil serius" Luth tak tahu nak gelak ke apa sekarang.

Semalam masa dia cakap tak silap Luth, Aaira dah tidur ke dia pura pura tidur

"tapi kenapa kita tak makan dekat sini terus, kenapa Aaira masuk drive thru?" Aaira tersenyum penuh makna, dia ada rancangan tersendiri

"kita makan dekat tempat lain lah kalau makan dekat sini tak feel" jawab Aaira.

Tiba giliran mereka untuk membuat pesanan, dia memesan golden prosperity chicken burger set bersama ice blended chocolate dan chocolate brownie mcflurry.

Luth memesan smoky grilled beef set bersama air coke.

selepas membuat pembayaran dan mendapat pesanan, Aaira bergerak keluar dari perkarangan restoran mcdonald itu.

Mereta mereka menuju ke arah pantai berdekatan, sekarang baru Luth tahu Aaira nak makan di tepi pantai.

Aaira mencari parking kosong, selepas mendapat parking yang berhadapan dengan pantai, dia membuka tingkap kereta

"kita tak turun ke?" tanya Luth bila lihat Aaira masih lagi tidak keluar dari kereta

"kita makan dalam kereta je boleh tak? saya malas nak turun" Aaira tersenyum

"boleh, dah jom makan" Luth yang dari tadi memegang air yang mereka pesan menghulurkan pada Aaira.

Dia mengambil paper bag yang berisi burger mereka di seat belakang

"bismillah" betapa nikmatnya rasa bila dapat makan burger yang baru dikeluarkan oleh mcdonald

"kita dah tunaikan permintaan Aaira nak makan dekat pantai lepasni kita pergi tempat yang saya pilih" Luth membuka bicara ketika mereka sedang menikmati makanan sambil melihat orang beriadah di tepi pantai

"okay, Aaira ikut je" Aaira bersetuju tanpa banyak soal
















"KITA dah sampai" Luth menarik handbreak kereta

"tasik dayang bunting?" tanya Aaira walaupun dah terang terang mereka sekarang berada di sini

"yela, jom kita keluar" tapi belum sempat Luth membuka pintu kereta Aaira menarik tangan lelaki itu

"awak nak mandi dekat sini ke?" Luth memandang Aaira pelik

"yela takkan datang sini nak tengok je, mestilah nak mandi" jawab Luth

"tapi kita kan tak bawa baju" Luth tersenyum mendengar kata Aaira

"jangan risau, masa awak mandi tadi saya dah kemaskan baju kita, ada dekat dalam bonet" Aaira diam.

Luth melihat muka Aaira seperti menyembunyikan sesuatu

"Aaira kenapa? tak suka ke saya bawa datang sini" Aaira menggeleng

"tak ada apa la, dah jom kita keluar" belum sempat Luth membuka mulut, Aaira sudah terlebih dahulu keluar dari perut kereta.

Mereka sewa jaket keselamatan dan menuju ke arah tasik dayang bunting,
ramai juga orang yang sedang bermandi manda di tasik ini tapi muka Aaira kelihatan tidak seronok bila sampai di sini.

Luth yang teruja terus masuk ke dalam tasik, airnya sejuk sampai ke tulang, dia menoleh ke belakang untuk melihat Aaira tapi isterinya hanya duduk sambil memerhatikannya.

Luth mengerutkan kening, dia berenang ke arah Aaira

"kenapa Aaira tak mandi sekali?" Aaira diam tapi matanya memandang Luth

"ermmm sebenarnya saya.....saya tak pandai berenang" akhirnya dia jujur, memang dari kecil dia tak pandai berenang sampai papanya hantar ke kelas berenang tapi dia menangis tak nak pergi sebab takut tenggelam dalam air, jadi bila mereka ke pantai Aaira hanya akan mandi setakat mana yang kakinya mampu jejak ke pasir.

Kalau mandi kolam juga sama dia akan tengok dulu berapa dalam kolam itu, kalau cetek dia masuk kalau dalam sampai 10 meter dia surrender.

Luth memandang Aaira tak percaya

"jom" Luth menghulurkan tangan pada Aaira

"tapi kan saya dah kata yang saya..." belum sempat Aaira menghabiskan ayat, Luth memeluk pinggangnya dan menarik dia masuk ke dalam tasik.

Aaira apa lagi automatik tangannya memeluk leher Luth erat dan kakinya juga turut memeluk pinggang Luth, dia memejam mata takut

"Aaira cuba buka mata jangan takut, saya pegang Aaira" Luth memujuk Aaira.

Aaira mengikut kata Luth perlahan lahan dia membuka mata dan dia nampak wajah Luth sedang tersenyum manis padanya

"Aaira nak takut apa, saya kan ada pegang Aaira lagipun kita pakai jaket keselamatan,  memang terjamin yang kita takkan tenggelam" dalam diam Aaira bersetuju dengan apa yang Luth kata, tapi dia masih bergantung pada Luth kakinya masih tidak lepas dari memeluk pinggang suaminya.

Luth akur bila badannya dijadikan sebagai tempat Aaira bergantung, dia perlahan lahan berenang ke tengah sedikit

"okay sekarang cuba Aaira lepaskan kaki Aaira dari pinggang saya" tapi Aaira memberi respon negatif dia menggelengkan kepala tanda tidak mahu

"tak apa saya ada lepaskan perlahan lahan" Luth rasa Aaira perlahan lahan melepaskan kaki dari pinggangnya,
dalam Aaira nak lepaskan kakinya pada Luth dia merasa Luth cuba melepaskan tangannya yang memeluk leher lelaki itu,

dia menjerit ketakutan "Luth, Luth, saya takut" dia mengeratkan lagi pelukan pada leher suaminya.

Luth jatuh kesian melihat Aaira, tak apa lah janji dia berjaya buat Aaira lepaskan kaki pada pinggangnya, mereka berenang renang di sekitar tasik itu sambil berpelukan.

Ramai yang memandang mereka tapi Aaira tak peduli, orang tak tahu apa yang dia rasa, bukan saja saja dia nak tayangkan kebahagiaannya pada orang ramai

"cuba Aaira tengok budak dekat sana, dia berenang sendiri tau, tak ada siapa yang pegang dia" Aaira memandang ke arah seorang kanak kanak dalam lingkungan umur 10 tahun yang sedang  berenang, dia berenang dengan bebas tanpa bergantung pada sesiapa

"itu dia, ni saya mesti dia dah tahu berenang sebab tu dia okay" Aaira tak nak dirinya disamakan dengan kanak kanak itu

"yela isteri, saya cakap je" Luth mencuit hidung Aaira.

Sebenarnya Luth suka saja bila Aaira bergantung padanya, dia terasa dirinya sangat diperlukan Aaira ketika ini.

Tak sia sia dia bawa Aaira datang ke tasik dayang bunting ini, sekurang kurangnya dia tahu apa yang Aaira takutkan sebab selama ni dia tengok Aaira seorang wanita yang sangat berani tapi rupa rupanya tak pandai berenang

"Luth jom lah kita naik, tengok ni tangan saya dah kecut, lama sangat dalam air" Aaira menunjukan tangan kirinya pada Luth, tangan kanan pula masih memeluk leher Luth

"okay, jom kita naik lagipun tengok langit macam dah lewat petang" kata Luth, mereka berenang ke tepi.

Luth minta Aaira tunggu di tepi pokok manakala dia pergi ke kereta untuk mengambil baju ganti mereka

"hi, boleh kenal" datang seorang lelaki bujang menegur Aaira tapi tak di layan, matanya hanya memandang ke depan, tak menoleh langsung ke arah lelaki itu

"sombongnya, datang dengan siapa abang ke?" tanya lelaki itu kerana dia nampak wanita cantik di hadapannya ini tadi datang bersama seorang lelaki,
tapi Aaira masih diam sambil memeluk tubuhnya yang kedinginan, nasib baik Luth memberi jaket kulit yang suaminya pakai tadi, tak ada lah nampak baju melekap pada tubuhnya.

Lelaki itu masih mencuba walaupun Aaira tak memberi apa apa respon

"kenapa tak nak cakap, takut abang awak marah ke" Aaira dalam hati mengutuk lelaki ini sambil mencari cari suaminya

'Luth ni ambil baju ke buat baju, lama sangat'

lelaki itu cuba memegang tangan Aaira tanpa Aaira sedar tapi tangannya di tepis oleh seseorang

"jaga adab saudara, jangan sesuka hati nak pegang isteri orang apatah lagi yang bukan mahram"  Luth mengeraskan suara, dia menarik Aaira ke belakang.

Nasib baik dia sampai tepat pada masa kalau tak entah apa yang lelaki ini nak buat pada isterinya

"ouhh... isteri, siapa suruh kau tinggalkan isteri kau sorang sorang, dia ni cantik bukan aku je lelaki yang perhatikan dia" Luth hampir hilang sabar, dia berura ura ingin menumbuk muka lelaki itu namun di halang oleh Aaira yang memeluknya dari belakang

"istighfar Luth, ingat kita berada dekat mana" bisik Aaira di telinga suaminya.

Kemudian dia maju ke arah lelaki itu "ini suami aku, bukan abang aku jaga sikit mulut kau memang mereka pandang aku tapi tak macam kau, tak tahu malu nak mengurat isteri orang" Aaira yang geram menendang kaki lelaki itu dan menarik tangan suaminya, mereka meninggalkan lelaki itu dalam kesakitan.

Luth masih terperanjat dengan tindakan Aaira menendang kaki lelaki tadi, dia nampak tadi segala yang terjadi lelaki itu tak berputus asa nak bercakap dengan isterinya walaupun Aaira tak layan tapi bila tengok lelaki itu ingim mengambil kesempatan dengan cuba memegang tangan isterinya, cepat cepat dia bertindak menepis tangan itu

"aikk takkan awak nak ikut saya masuk dalam bilik persalinan perempuan" tanya Aaira bila dia toleh Luth masih ada di belakang.

Luth tersedar, dia sedang berdiri  di hadapan bilik persalinan wanita, nasib baik Aaira perasan dan tegur "ya allah saya tak perasan, nanti dah siap Aaira tunggu saya dekat sini"

Aaira hanya menggeleng melihat perangai Luth, kemudian dia masuk ke dalam bilik persalinan untuk mengganti baju.

Continue Reading

You'll Also Like

561K 21.3K 39
ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ssʀʜᴅᴇᴇ 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑸𝒂𝒚𝒔 𝑬𝒊𝒓𝒍 × 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒚𝒔𝒔𝒂 𝑫𝒊𝒏𝒅𝒂 "ryssa sukakan abang" - 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃...
364K 22.9K 64
𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...
1.4M 65.4K 72
Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Macam mana ni?" -Adara Sumayyah "Wow! Amazi...
396K 14.1K 46
Apakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku...