SAPTA ADHYASTA

By mynameismas

14.7K 2.1K 1.2K

Tatkala kemurnian jiwa manusia hilang dek dendam dan serakah maka perjanjian dengan Sang Terkutuk pasti akan... More

-1-
-2-
-3-
-4-
-5-
-6-
-7-
-8-
-9-
-10-
-11-
-12-
-13-
-14-
-15-
-16-
-17-
-18-
-19-
-20-
-21-
-22-
-23-
-24-
-25-
-26-
-27-
-28-
- 29-
-30-
-31-
-32-
-33-
-34-
- 35-
-36-
- 37-
-38-
-39-
-40-
- 41-
- 42-
-43-
-45-
-46-
-47-
-48-
-EPILOG-
-SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG-
-WALANG KESUMA-

-44-

174 33 18
By mynameismas

Sepertiga malam tatkala bulan tua tenggelam di sebalik gumpalan awan yang tebal sementara dada langit kelabu tidak berbintang.Angin menelisik samar membawa butiran embun dinihari yang dingin.Alam bisu.Tunduk kepada perguliran waktu yang ditandai dengan sayup-sayup suara pungguk merayu bulan di langit Barat.

Ketika penghuni alam lena dibuai mimpi,bertemankan angin dingin yang menampar-nampar jendela-susuk Fahri masih betah duduk bersila di atas sejadah sambil suaranya tenggelam timbul mengalunkan lantunan bacaan ayat suci Al-Quran.

Malam ketiga.Bacaan Surah Yaasin dilantunkan dalam tajwid dan makhraj huruf yang sempurna.Tidak seperti malam-malam sebelumnya,malam itu luar biasa dirasakan Fahri.Seawal jam satu pagi,dia sudah bangkit dari tempat tidurnya.Mandi lalu mengambil wuduk.Solat Tahajud empat rakaat segera ditunaikan dan kemudian diikuti dengan Solat Taubat dan Solat Hajat dalam bilangan rakaat yang sama.

Solat Hajatnya diakhiri dengan lafaz istighfar dan lafaz Bismillah masing-masing seratus kali .Lalu melanjutkan rutin tersebut dengan tiga puluh tiga kali bacaan Surah Al-Mulk secara hafaz.Dan akhir sekali bacaan Surah Yaasin dengan amalan 7 Mubin yakni membaca surah tersebut lalu ketika tiba pada ayat Mubin pertama iaitu ayat ke dua belas,berhenti seketika dan mengulang semula dari ayat yang pertama sehingga sampai ke ayat Mubin yang ke dua pada kalimah ke tujuh belas.

Begitulah dilakukannya dengan bacaan rendah dan khyusuk.Mengulang semula dari ayat pertama setiap kali tiba kepada ayat Mubin yakni pada ayat ke dua puluh empat,ayat ke empat puluh tujuh,ayat ke enam puluh,ayat ke enam puluh sembilan dan akhir sekali pada ayat ke tujuh puluh tujuh.Semuanya dibaca secara hafalan dengan sebutan dan hukum tajwid yang betul.

Berbeza daripada dua malam sebelumnya,ketika dia tiba ke ayat Mubin yang keempat-bunyi berderak-derak yang didengarnya seperti malam-malam sudah semakin keras seperti ada kepingan papan yang menampar-nampar jendela.Bunyi lolongan anjing,salakan burung hantu dan bunyi angin menderu menyesakkan indera pendengarannya tetapi dia tetap tidak perduli .

Seperti sedang dibadai puting beliung,segala bunyi-bunyian tersebut bercampur aduk dan diikuti dengan bunyi gerusan sesuatu yang tajam pada permukaan kaca jendela biliknya.Malahan terasa lantai yang sedang didudukinya ketika itu bergoncang seperti diaduk gempa bumi berukuran sederhana.

Segala-galanya dilakukan demi mengharapkan pertolongan daripada-Nya untuk menghentikan kitaran aneh tersebut dan kaitan keluarganya dengan Indah,Naufal juga Nik yang masing-masing sedang terbujur kaku di dalam wad ICU-HWD Pusat Perubatan Al-Quds itu.

Menyelesaikan rutinnya buat malam yang ketiga,bulu romanya mendadak tegak berdiri apabila merasakan ada pintasan naluri aneh yang menyambar tiba-tiba.Kitaran biji tasbih yang bergerak satu persatu di antara ibu jari dan jari telunjuknya terhenti ketika dia menggenggam kejap bulir kayu kokka tersebut.

Ada bunyi berdesing yang menghunjam gegendang telinganya dan serta-merta Fahri menggumamkan lafaz takbir tanpa dia sedari ketika matanya menangkap kelibat sedang menyeringai di depan wajahnya.

Dalam keadaan di luar biliknya masih bersabung bunyi-bunyian yang bercampur-aduk,Fahri menggumamkan takbir di dalam hatinya tatkala kelibat hitam tersebut mengitarinya sambil menatap tajam.

" Apa urusan mu dengan mereka?"

Seperti sedang berada di ambang batas antara terjaga dan lena,suara tersebut menusuk nyaring ke dalam pendengaran Fahri tetapi masih jelas.Tajam.Nyaring dan parau.

" Sampai bila mereka harus disesatkan sehingga begitu sekali? Apa masih tidak cukupkah kemalangan yang telah menimpa mereka sebelum ini?"

" Perduli apa kau?"

" Aku berlindung dengan kalimah Allah daripada segala kejahatan di langit dan di bumi." Fahri balas menatap makhluk tersebut dengan berani " Apa kau lupa kaitan antara aku dengan Kasturi?"

"Kasturi!! " Lembaga hitam tanpa bingkai wajah yang jelas itu melayang mengitari bilik tersebut seraya mengilai nyaring "Dia yang menerima tawaran kami.."

"Dan kau menipunya terus-terusan!"

Bentakan Fahri seperti terpaan angin yang kasar membuatkan lembaga tersebut terpelanting ke arah dinding.Menyeringai seketika sebelum kembali berlegar mengitari susuk anak muda tersebut tetapi gagal menghampirinya.

" Dengarkan ini wahai anak muda." Seakan berbisik lembaga hitam tersebut menyeringai lagi " Bukan salah kami jika anak cucu Adam terlalu lemah! Kami hanya perlu membisikkan tipu-tipuan tetapi kalianlah yang mudah terpedaya"

" Cukuplah Allah sebagai penolongku."

" Atau kau membantu mereka kerana tertarik kepada perempuan tersebut? Hmmmm..."

" Aku membantu mereka kerana Allah Taala.Kembalilah ke jalan yang diredhai-Nya sebelum terlambat."

Fahri mengejapkan tautan kelopak matanya ketika melihat kelibat Indah di hadapan matanya dengan rambut terurai dan senyum yang merekah malu-malu.Fahri tahu itu hanyalah tiupan fitnah daripada kelibat tersebut agar tumpuannya terganggu.

Mana mungkin gadis tersebut boleh menjelma di hadapannya sedangkan dia tahu mereka bertiga sedang terbujur kaku di atas permukaan katil dan Fahri tahu ada sesuatu sedang berlaku kepada mereka dek kerana pintasan firasat yang dirasakannya sejak awal malam tadi.Bunyi bip yang rapat menendang gegendang telinganya seakan-akan membawa khabar bahawa mereka sebenarnya sedang berada dalam keadaan yang kritikal.

Dan ia tidak lain tidak bukan membawa makna bahawa mereka semakin tersesat di alam sebelah!

" Dengan nama Allah yang maha Agung,nyahlah engkau! Aku tidak akan bertolak-ansur jika kalian terus mengganggu keluarga kami mahupun keluarga mereka ! Selepas ini,tidak ada lagi Sapta Adhyasta." Pemuda tersebut mengeraskan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang tidak putus dikumandangkan di dalam hatinya walaupun ketika berdialog dengan kelibat tersebut." Allahu Akhbar!!!"

Pekikan ngeri memekakkan telinga kedengaran ketika kelibat hitam tanpa bingkai wajah tersebut tiba-tiba sahaja berpusar seperti dibadai angin kasar dan bunyi-bunyian di luar tingkap mendadak semakin gamat.Diakhiri dengan bunyi letupan kecil,perlahan-lahan kelibat tersebut hilang begitu sahaja seperti asap yang dibawa angin.Meresap melalui cermin tingkap disertai suara lolongan anjing yang panjang dan menakutkan.

Sedetik.Dua detik lalu bertukar menjadi belasan saat.Senyap.Bunyi gemuruh di luar sana hilang begitu sahaja dan Fahri tersentak seperti hujung jarinya tersentuh bara.Mengejap-ngejapkan mata beberapa kali dan dalam masa yang sama menyeka butiran peluh pada dahinya.

Bagaikan dikejutkan dari tidur yang singkat, ruangan bilik tidurnya kembali senyap. Hanya deruan perlahan pendingin hawa serta bunyi detakan jarum jam mengisi pendengarannya. Tidak ada bunyi gegak-gempita di luar sana. Tidak ada juga gegaran dan rasa panas di bawah tapak kakinya seperti tadi.

Selajur dia menghela nafas sambil menggumamkan setinggi-tinggi pujian kepada Allah SWT dan memohon keampunan bagi keluarganya yang telah lama pergi.Merebahkan dahinya ke permukaan sejadah dengan air mata yang berlinang.Meminta bersungguh-sungguh semoga dosa mereka diampunkan Allah terutama sekali Kasturi yang menjadi penyebab kepada segala apa yang berlaku kini.

Fahri menyedari kadangkala kejahilanlah yang menjerumuskan manusia ke lembah kehinaan lalu berputus asa dengan rahmat daripada Allah SWT.Bertanya dan menyesali akan musibah yang menimpa mereka tanpa mengetahui bahawa setiap musibah yang melanda sebenarnya satu daripada Maha Bijaknya Allah yang mengirimkan keampunan dan juga rahmat disebalik semuanya.

Musibah dan kesusahan yang menimpa tidak lain dikirimkan agar manusia lebih mengingati siapa yang menciptakan mereka dan mendekatkan diri dengan-Nya.Itu barangkali antara hal yang sangat jarang disedari oleh manusiam sehingga ada kalanya mereka mengambil jalan mudah dengan melakukan sesuatu yang ditegah sama sekali.

" Ampunilah mereka Ya Rahman Ya Rahim.." Kudus sekali bisikan doa Fahri dalam sujud panjangnya pagi itu"Sesungguhnya mereka tidak mengetahuinya,Ya Allah.."

+              +            +

Dengan bersimbah peluh,doktor tersebut turun dari atas katil sambil mengeluarkan lampu kecil bersaiz pen penanda yang tersimpan di dalam kocek srub biru tua yang menyarung tubuhnya.Sekali imbas pandangannya dikerlingkan ke arah skrin EKG di sebelah kanan katil.Ritma denyutan jantung dan ketepuan oksigen di dalam darah mulai menunjukkan pola normal dengan bunyi bip kembali jeda dalam selang waktu yang tetap.

Jururawat yang menyertai syif malam tersebut membetul-betulkan tiub intravena yang disambungkan terus ke dalam urat pergelangan tangan setelah menyuntikkan dos ubat-ubatan tertentu.Beg berisi cairan yang tergantung di bawah katil turut dilihat seketika.

Punat kecil pada lampu di tangan kanannya ditekan dan serta-merta satu jalur cahaya menerobos keluar.Masih dengan degup dada yang cemas,kelopak mata pesakit tersebut dibuka dan jalur cahaya daripada lampu kecil di tangannya disuluhkan ke kiri ke kanan.Saiz anak matanya juga kembali seperti sedia kala.Mengesat peluhnya,sekilas dia tersenyum.

" Welcome back,Indah Nasuhah.I am glad you still hang in there.."

+              +             +

Continue Reading

You'll Also Like

3.2K 436 55
Bismillahirrahmanirrahim Mengandungi Himpunan kata-kata bijak dan penuh motivasi Sayyidina Ali r.a. (Gambar hanya hiasan).
522K 31.6K 200
AYAT : →fakta! →pernah tak? →betul tak? ^nk ayat fakta,pernah tak or betul tak di sinilah.Ada yang copy ada yg sendiri bikin. (* semua ni harian yang...
288K 282 8
"Kanopi apa pulak dekat luar tu?" -Thalia Hadira "Kenduri kahwin" -Fakhrul "amboi, takkan dah berumur pun masih nak kawin lain? Nak berapa orang iste...
172K 7.1K 21
Sekuel dari cerita, "Suamiku Ustaz"™ © Karya Insan Buku ini berkisarkan cerita Islamik. Moga kalian juga mendapat santapan ilmiah dari buku ini. Sega...