TEASE

By _nrxlz

460K 8K 675

[O N - G O I N G] My anak angkat 。 •́ ✿ ( TEASE ) ✿ •̀ 。 SILENT II - Love Story Between Shah Amri and Gina I... More

。 •́ ✿ ( 00 ) ✿ •̀ 。
。 •́ ✿ ( 01 ) ✿ •̀ 。
。 •́ ✿ ( 02 ) ✿ •̀ 。
。 •́ ✿ ( 03 ) ✿ •̀ 。
。 •́ ✿ ( 04 ) ✿ •̀ 。
。 •́ ✿ ( 05 ) ✿ •̀ 。
。 •́ ✿ ( 06 ) ✿ •̀ 。
。 •́ ✿ ( 07 ) ✿ •̀ 。
。 •́ ✿ ( 08 ) ✿ •̀ 。
。 •́ ✿ ( 09 ) ✿ •̀ 。
。 •́ ✿ ( 10 ) ✿ •̀ 。
。 •́ ✿ ( 11 ) ✿ •̀ 。
。 •́ ✿ ( 12 ) ✿ •̀ 。
。 •́ ✿ ( 13 ) ✿ •̀ 。

。 •́ ✿ ( 14 ) ✿ •̀ 。

36.4K 761 145
By _nrxlz

💋💋💋

"I baru nak keluar ni, sekejap lagi I sampai,"

Amri mengemas file di atas mejanya dengan sebelah tangan, sebelah tangan lagi memegang telefon.

"Yaaa I know, you duduk je situ diam – diam. Kalau ada orang mengorat you, you buat tak tahu je ok?"

Amri tersenyum nipis mendengar balasan dari Gina, di geleng kepala apabila perangai nakal Gina datang.

"Oh really? Sayangnya, I bukan jenis yang kuat cemburu and you know that,"

Mendengar cebikan dari Gina, Amri ketawa kecil. Kakinya dibawa keluar dari pejabatnya. Jam di tangan ditilik kejap. Dia sudah lambat sebenarnya untuk lunch date bersama Gina hari ini. Nasib baik Gina tidak kisah dan menunggunya di restoran.

"Of course lahh, I suruh you jangan melayan sebab nanti you sendiri yang menyampah kalau ada orang mengorat you kan? Bukan I suruh jangan layan sebab I cemburu," Amri menahan ketawa dengan bebelan Gina. Macam mana dia nak cemburu, dia percayakan Gina. Jadi dia tak akan buang masa dengan emosi cemburu ini.

"Ye ye I baru masuk kereta ni sayang, you tunggu sekejap. Sekejap lagi I sampai ok sayang? I nak drive ni,"

Mati saja panggilan dari Gina, dia sudah bersedia untuk memulakan perjalanan tapi deringan telefonnya menghentikan pergerakannya untuk menekan handbreak.

Terpapar nombor yang tidak kenali. Tanpa rasa ragu, Amri mengangkat panggilan itu.

"Helo?"

Berkerut dahi Amri apabila suara wanita yang menyapa telinganya.

"Nabilah?"

Amri tercengang sekejap apabila Nabilah menelefon dia dengan tiba – tiba. Suara cemas Nabilah buatkan Amri tertanya – tanya seperti ada sesuatu yang berlaku pada gadis itu.

"Kenapa Nabilah? Ada apa call abang ni?"

Amri diam mendengar ayat yang ditutur oleh Nabilah.

Amri menarik nafas dalam, jam di dashboard di kerling. Memikirkan yang dia sudah lambat untuk berjumpa Gina tapi Nabilah... Aih...

"Nabilah dekat mana sekarang ni?"

💋💋💋

Jari Gina mengetuk meja makan kaca di hadapannya. Matanya setia merenung pintu masuk restaurant tapi sampai sekarang kelibat Amri masih belum menjelma. Sudah 20 minit, Amri belum sampai. Gina mula gelisah.

Jarak restaurant dan office Amri tidaklah jauh hanya 10 minit saja. Tapi kenapa lelaki itu masih belum sampai? Ada sesuatu yang berlaku pada Amri ke? Oh no, Jangan fikir macam tu! Nak call tapi lelaki itu sedang drive. Tapi, ni dah lambat sangat ni!

"Nak order miss?" Seorang pelayan lelaki datang dan tersenyum manis memandang wajah cantik Gina.

Gina tersenyum nipis, "Hurm, later. I tunggu husband i dulu,"

"Oh, okey. Baik puan,"

💋💋💋

"Dah call mekanik?" Amri menjenguk enjin kereta Nabilah. Matanya mencari punca kereta Nabilah tiba - tiba mati. Melihat saja keadaan kereta Nabilah, dia diam. Dia boleh saja betulkan kereta Nabilah ketika ini, tapi memikirkan dia sudah lambat untuk bertemu Gina dengan mematikan saja hasratnya.

"Dahh, sekejap lagi sampai," Nabilah menjeling Amri yang berpeluh di bawah cahaya terik. Tapi masih nampak tampan dengan pakaian kerjanya. Kemeja biru gelap serta tie berwarna kelabu, lengan baju di lipat hingga ke paras siku. Menambahkan lagi ketampanan wajah lelaki itu adalah cermin mata hitam yang terletak elok di mata lelaki itu. Pertama kali dia melihat Amri dalam pakaian kerja walaupun tanpa kot Amri tetap nampak menarik. Sesuai dengan jawatan yang di pegang oleh Amri.

"Nabilah minta maaf sebab susahkan abang. Nabilah tak tahu nak call siapa lagi. Dekat KL ni Nabilah kenal abang je," Nabilah menundukkan pandangannya. Dia yang turun dari Melaka ke KL kerana ada urusan kerja tiba – tiba saja keretanya mati tidak hidup di tepi jalan. Nasib urusan kerjanya sudah selesai.

Terjongket kening Amri, mustahil gadis itu tidak mempunyai kenalan di sini.

"Nabilah nak balik macam mana ni?" Mata Amri naik memandang wajah merah Nabilah.

Nabilah terbungkam, "A-abang hantar Nabilah boleh?"

Bulat mata Amri disebalik kaca hitam yang di pakai, "Melaka? Hantar balik Melaka?"

"Eh t-tak, bukan. Nabilah stay hotel dulu, tunggu kereta Nabilah siap. Abang tolong Nabilah cari hotel boleh?"

Amri menarik nafas, jam di tangan di tilik. Dia sudah lambat.

"Abang ada lunch dengan isteri abang sekarang ni. Lepas lunch abang tolong carikan hotel,"

Terus muram muka Nabilah apabila mendengar perkataan isteri tapi ditutup dengan senyuman kecil.

"Oh ye ke? Nabilah nak ikut sekali boleh? Nabilah pun belum lunch lagi ni,"

Amri diam, dia memandang Nabilah lama. Bawa Nabilah sekali? Aku nak lunch date kott...

"Kenapa? Kak Gina tak suka ke?"

Amri mengeleng kecil, "Jom,"

Nabilah menyembunyikan senyuman bahagia dia. Akhirnya dapat juga dia berdua - duaan bersama Amri di dalam kereta. Oh indahnya dunia.

"Kak Gina ok ke kalau Nabilah ada?" Nabilah memusingkan sedikit tubuhnya menghadap Amri yang fokus dengan pemanduannya.

"Isteri abang ok je,"

Nabilah tersenyum hambar, perkataan isteri tidak lekar dari bibir Amri.

"Mestilah kena ok kan? Sebab Nabilah ni kira family abang kan?"

Amri diam tidak menjawab, bukan di tak tahu apa motif Nabilah berkata sebegitu. Malas dia mahu berbalah dia hanya diam saja.

💋💋💋

Gina berpeluk tubuh memandang Amri yang melangkah ke arahnya bersama seorang wanita di belakangnya. Dia kenal wanita itu.

"Sayang..." Amri mengambil tempat di sebelah Gina.

Gina mengukir senyuman manisnya, dia menutup rasa sakit yang terbuku di hatinya. Sudahlah lambat setengah jam, lepas tu bawa perempuan lain pulak. Ewah ewah.

"I'm really sorry sayang lambat sampai, Nabilah call I tadi minta tolong kereta dia rosak,"

"Oh really?" Gina mengerling Nabilah yang duduk di hadapannya. Kereta rosak jadi kenapa kena bawa dia lunch sekali?

Nabilah tersenyum hambar, dapat dia rasa aura dingin dikelilinginya.

Amri mengangguk kecil, "Sayang dah order?"

"Nope, I tunggu you,"

Amri mengusap rambut Gina kemudian dia merapatkan kedudukan kerusinya dengan Gina. Tangan diletak di belakang kerusi Gina. Buku menu lagi satu di hulur pada Nabilah yang hanya diam tidak bersuara.

Gina hanya beriak biasa saja apabila Amri bermain dengan rambut. Dia menyelak buku menu.

"You nak makan baby?" Mata Gina mula rambang melihat makanan yang mampu buat seleranya naik. Oh god, I'm so hungry right now.

Amri tersenyum nakal, kepala ditunduk separa telinga Gina.

"You,"

Spontan Gina menepuk peha Amri dan dijeling manja. Tak senonoh pula perangai Amri hari ini. Kalau tak disebabkan ada Nabilah, sudah tentu ayat nakal Amri dia balas juga. Hehe

"Jangan nak mengade eh, cepatlahh. I lapar ni,"

Nabilah yang hanya diam, dia berbulu dengan pasangan di hadapannya. Dia cemburu. Dia cemburu dengan layanan yang diberi oleh Amri pada Gina. Cuba bayangkan layanan itu diberikan padanya. Dia akan jadi wanita paling bahagia di dunia. Melihat Amri bermain dengan hujung rambut Gina, sesekali Amri mengucup bahu Gina yang terdedah itu. Nampak dan jelas kasih sayang Amri terhadap Gina. Tiba – tiba selera dia mati.

Nabilah menggeleng kepalanya kecil, dia kembali fokus pada menu. Matanya terkebil - kebil melihat menu yang ada. Air liur di telan.

Mak aihh.. Mahalnya.. Nasi goreng seafood pun RM17?! Biar betul?

Nabilah bagai tercekik melihat harga makanan. Matanya menjeling pasangan di hadapannya. Riak biasa di tayang, seakan tidak kisah dengan harga mahal yang terpapar. Nabilah mencebik, orang kaya biasalah. Walaupun dia pun agak berada tapi tidaklah dia membazirkan duitnya untuk makanan yang mahal sebegini. Ini semua cekik darah tahu tak. Ada kedai yang lagi murah dan sedap. Belum tentu yang mahal ni, sedap rasanya.

Lihat saja perwatakan dan penampilan Gina sudah tentu wanita itu tidak makan makanan tepi jalan. Nabilah mencebik, demand juga isteri abang Amri ni.

Selesai memesan makanan, Gina memaling wajahnya pada Nabilah yang hanya diam menunduk. Bukan dia tidak tahu. Wanita itu mempunyai perasaan terhadap suaminya. Dia tidak buta lagi macam mana Nabilah curi - curi pandang Amri. Sinar mata Nabilah menunjukkan segalanya. Dia sudah biasa dengan pandangan mata wanita seperti itu terhadap Amri.

Tidak dinafikan bahawa Amri mempunyai daya tarikan yang menarik sehingga mampu menarik perhatian wanita diluar sana dan Nabilah tidak terkecuali. Mustahillah mereka tidak akan jatuh cinta dengan penampilan dan fizikal Amri. Belum lagi dengan sifat dan sikap Amri yang boleh dikatakan soft spoken. Erm lagilah.

"So, Nabilah... Kereta you rosak, so you nak balik macam mana nanti?" Gina berterus terang saja. Sudah tentu Nabilah akan pulang bersama Amri nanti kerana wanita itu datang dengan Amri. Tapi eh, sekali cukuplah. Tidak kisah lah kalau wanita ini saudara Amri atau tidak, dia still seorang perempuan yang mempunyai hati terhadap Amri. Lagipun Amri akan kembali ke pejabat lepas lunch nanti. Takkanlah Amri mahu  skip kerjanya petang ini semata - mata untuk Nabilah. Hell no, dia tak akan benarkan itu berlaku.

Nabilah terbungkam, tiba – tiba dengan rasa kerdil pula. Aura Gina terasa sangat kuat dan lain macam. Aura yang mampu buat orang sekelilingnya takut tanpa sebab.

"Erm, mekanik kata esok maybe kereta boleh siap so sementara ni Nabilah minta tolong abang Amri carikan hotel,"

Terjongket kening Gina mendengarnya, "Oh? Carikan hotel?" Gina mengerling Amri yang diam bermain telefon di tangan.

Amri mengangkat kepalanya dan memandang Gina. Dia tersenyum nipis, tanpa memandang ke arah Nabilah dia bersuara.

"Ya, but i ok je kalau i hantar Nabilah balik Melaka. Lagipun esok sabtu kan?"

Nabilah cuba untuk menyembunyikan senyuman bahagianya.

"T-tak apalah, Nabilah nak bawa balik kereta nanti macam mana pula Nabilah nak pergi kerjakan kalau kereta dekat sini," Nabilah ketawa kecil, dia menolak bantuan Amri. Memang betul pun, kalau dia balik Melaka tanpa kereta dia. Macam mana dia nak pergi kerjakan?

Di sudut hatinya, dia rasa gembira sebab Amri sanggup hantar dia balik ke Melaka. Tapi sayang, dia terpaksa menolak. Terlepas peluang dia kali ini untuk berduaan dengan Amri lagi.

Gina tersenyum kecil, dia berfikir sejenak sebelum membuka mulut, "How about you tidur dekat rumah kita orang malam ni? No need cari hotel bazirkan duit,"

Tercengang Amri dibuatnya. Tiba – tiba saja Gina mengajak Nabilah tidur di rumah mereka. Dia tidak kisah, tapi... selepas apa yang berlaku antara dia dan Nabilah. Dia tidak betah wanita itu duduk di rumah mereka.

Nabilah sudah ternganga, tidak percaya apa yang dia dengar.

"Baby okey tak kalau Nabilah tidur rumah kita?"

Amri merenung dalam mata Gina, mencari motif kenapa Gina membuat keputusan drastik sebegini.

Nafas helah di lepas, "I'm okay..."

Nabilah sudah bulat matanya, "Oh my god? Really? Can i?" Rezeki jangan di tolak!

Gina tersenyum nipis, "So after lunch you ikut I balik, I nak singgah beli barang dapur dulu,"

Nabilah mengangguk laju, dia rasa excited sebab dia dapat duduk rumah bersama Amri! Walaupun ada Gina yang menjadi penghalang mereka berdua. Tapi itu tidak menghalangnya untuk bersama Amri.

"Boleh! Nabilah pun nak beli baju untuk malam ni and esok juga,"

Amri diam, dia menjeling ke arah Nabilah yang turut menjeling ke arahnya juga. Melihat riak bahagia Nabilah buatkan dia rasa sesak saja. Semenjak Nabilah confess, dia sedaya upaya menjauhkan diri dari gadis itu. Satu sebab dia tak nak libatkan diri dia dengan masalah Nabilah. Dan dua, dia tak nak Gina tahu apa yang berlaku antara dia dan Nabilah, walaupun dia rasa yang Gina sebenarnya tahu apa perasaan Nabilah terhadapnya. Sebab dengan obvious nya Nabilah menunjukkan perasaan dia terhadap Amri.

💋💋💋

"So, actually rumah ni i dengan Amri baru pindah masuk 2 week ago afer our honeymoon so it's not 100 percent siap like bilik tidur untuk tetamu. So untuk bilik tidur untuk tingkat bawah belum kemas lagi, so you boleh duduk dekat tingkat dua dulu nanti,"

Nabilah mengangguk kecil, dia memerhati ruang besar rumah banglo 2 tingkat ini.

"So, kalau you nak rehat you boleh naik atas. Dekat atas ada 4 bilik, bilik you yang first sekali dekat dengan tangga. Bilik tidur i dengan Amri hujung sekali and bilik nombor 3 bilik kerja Amri, so i hope you tak masuk bilik kerja Amri. Sebab dia very sensitif kalau orang masuk,"

" Thank you Kak Gina sebab sudi tumpangkan Nabilah tidur sini,"

Gina tersenyum nipis,"No problem, so now you boleh pergi rehat. I nak pergi dapur sekejap," Gina menjinjing plastik yang berisi barang yang dibeli tadi.

Nabilah pula sudah melangkah memijak tangga untuk ke tingkat atas.

Gina menyusun barang dapur yang dibeli tadi di atas meja island. Senyuman sinis terbit di hujung bibir. Dia sengaja mengajak Nabilah tidur di rumah mereka. Sebab dia nak tengok helah apa yang Nabilah akan guna untuk Amri nanti. Dia tidak sabar mahu melihat drama yang akan berlangsung nanti.

Dengan helah kereta rosak tadi cukup buat Gina rasa excited untuk tengok apa lagi rancangan gadis itu. Part kereta rosak itu betul, tapi part gadis itu menelefon Amri? Dalam banyak - banyak manusia yang berada di KL ini tak akan Amri saja kenalan yang dia ada? Mustahil!

Tambah lagi... Dengan apa yang berlaku 3 bulan lalu. Di rumah ibu mertuanya. Di mana Nabilah confess perasaannya pada Amri. Ingat dia tidak tahu? Dia ada di situ, dan dia dengar semuanya. Dia pagi itu mahu menyambung tidur, tapi tidak dapat lelapkan mata. Jadi dia turun untuk membantu apa yang perlu. Tapi lain pula jadinya apabila tersaksi drama tragis yang berlaku di hadapan matanya.

Dia dengar semua kata - kata yang keluar dari mulut gadis. Speechless? Yes. Cemburu? Nope. Kelakar? Yes. Dia rasa Nabilah perempuan paling bodoh yang pernah dia jumpa. Ungkapan yang ditutur oleh Nabilah, dia masih ingat sampai sekarang.

"Nabilah cintakan abang! Nabilah sanggup berubah untuk abang. Tapi kenapa abang tak pandang Nabilah langsung?"

Bodoh bukan?

"K-kenapa? Nabilah tak cukup seksi ke? Abang nak Nabilah lagi seksi? I can do that!"

Ayat itu, buat Gina mahu berguling saja di lantai ketika itu. Dia bukan mahu mengecam perempuan bertudung, tapi itulah realitinya. Perempuan bertudung, bisa mereka lagi menyengat.

Sebab itu, dia tidak sabar mahu melihat apa helah yang mahu Nabilah buat nanti. Tapi bukan itu saja... Dia juga mahu menunjukkan kepada Nabilah realiti sebenarnya. Sejauh mana pun dis mengoda dan mengambil hati Amri, wanita itu tidak akan berjaya.

Sebab, dia kenal Amri. Amri bukan seorang yang senang jatuh dalam perangkap dan godaan seorang wanita. Melainkan Amri sendiri yang melangkah masuk dalam godaan. Dan dia cukup yakin, hanya dia saja yang mampu buat Amri jatuh dalam godaan. Bukan orang lain. Engkau cuba lah macam mana helah sekalipun, Amri tetap tidak akan jatuh.

Bungkusan popcorn yang dibeli tadi di angkat.

"Nanti kita tengok drama sama - sama eh,"

💋💋💋

Gina berdiri di hadapan cermin, tubuhnya hanya memakai short pants paras peha serta top tank ketat paras pusat di tenung. Nak pakai, pakaian sopan nanti Amri memandangnya pelik pulak. Sebab pernah satu hari itu...

Gina mendekati Amri yang sedang menonton televisyen di ruanh tamu.

Amri yang perasan kehadiran Gina di sisinya, didongak kepalanya. Matanya memandang tubuh Gina atas bawah. Dahinya berkerut.

"What is that?" Amri menyoal dengan nada pelik. Dia memandang Gina pelik. Tubuh Gina yang tersarung seluar panjang serta sweatshirt tebal yang besar benar - benar satu pemandangan yang pelik.

"What?" Gina menyoal kembali dan mengambil tempat di sebelah Amri.

"You... You pakai baju apa ni?"

Gina berkerut kening, "Apa masalah dengan baju i? Biasa je kan?"

"Noo... Ni bukan biasa sayang, ni dah luar biasa,"

"Apa masalahnya kalau i pakai sopan sikit?" Gina menjeling Amri yang mengada - ngada. Apa masalahnya kalau dia pakai baju longgar dan bertutup dari atas ke bawah?

"A big problem sayang. How am i suppose to touch this..." Kedua tangan Amri naik mencengkam buah dada Gina.

"You tak patut tutup my favourite dengan this shirt!"

Gina sudah terbuntang, "Amri! Ish memainlah you ni!" Gina menepis tangan Amri di dadanya.

"No, i'm serious right now. Buka baju ni sekarang,"

Gina kembali tenung dirinya di cermin. Pakaian harian biasanya jadi tidak peliklah. Lagipun, Nabilah tahu dis seorang yang seksi. Jadi tidak kisah pun, kalau gadis itu mahu mengata dia pun. Ada dia kisah?

Jam sudah menunjukkan 5:30 petang. Waktu Amri sampai rumah, pulang dari kerja.

Gina menyembur sedikit minyak wangi. Puas hati dengan penampilan dia, dia keluar dari bilik. Mahu menyambut Amri pulang.


Turun saja tangga, langkah Gina terhenti di hujung ruang tamu. Matanya tajam melihat Nabilah menyambut Amri di pintu masuk. Dengan briefcase Amri di genggam oleh Nabilah.

What the fuck? Adakah bitch itu sedang praktis untuk jadi isteri Amri?

Gina menarik nafas dalam, kaki di atur menuju ke arah Amri yang sedang berborak bersama Nabilah itu.

"Baby..." Gina mula mengeluarkan suara manjanya.

Pandangan Amri terus jatuh pada Gina. Matanya meliar sekejap pada tubuh seksi Gina. Senyuman lebar diukir, melihat wajah Gina terus hilang rasa penatnya. Terus kakinya mendapatkan Gina.

"Sayang... Gosh, i miss you so much," Amri memeluk tubuh Gina erat, pipi gadis itu dikucup lama. Melepaskan rasa rindunya selepas seharian dia kerja.

Nabilah yang berada di belakang Amri terus memalingkan wajahnya.

Gina ketawa kecil, "I miss you too baby," Matanya mengerling Nabilah yang mendongak merenung siling. Gina kembali fokus pada Amri. Tubuh Amri di tarik menuju ke ruang tamu.

"How was your day? Kerja okay?" Gina merungkai tali leher yang di pakai oleh Amri.

"Nothing much happens. Just meeting with a few staff and client. But still tiring," Amri mengadu kecil, tubuh Gina di tarik rapat. Mahu gadis itu duduk rapat dengannya. Tangannya mula mengusap peha Gina.

"Aww kesiannya husband i ni," Gina mengusap pipi Amri.

"It's okay, malam nanti i bagi reward. Sebab you dah kerja keras hari ini,"

Terus ternaik bibir Amri, "Really? Hurm, just thinking what kind of reward yang you nak bagi dekat i malam nanti,"

Gina ketawa besar, jari nakalnya mula bermain dengan butang kemeja Amri. Turun mengusap lengan Amri yang memeluk tubuhnya.

"Well, you know me right?" Gina menjeling mengoda pada Amri sehingga menerbit senyuman sinis dari Amri.

Kepala Amri menunduk mahu mengucup bibir seksi itu. Tapi terhenti apabila bayang Nabilah menyinggah di sisi mereka. Lupa pula dia dengan kehadiran Nabilah di rumah ini.

"Err, abang... Nak Nabilah ada buatkan air untuk abang, mesti abang penat kan balik kerja," Nabilah menghulur gelas yang berisi air juice oren yang dibuatnya awal tadi.

Amri memandang wajah Gina. Gina mengerakkan matanya meminta Amri menyambut huluran air dari Nabilah.

Perlahan - lahan Amri menyambut dan meneguk sedikit.

"Thanks Nabilah," Bibirnya tersenyum nipis.

Nabilah tersenyum lebar dengan ucapan terima kasih dari Amri.

"Tak adalah, yelah abang kan penat so mesti dahaga kan? Tu Nabilah bawakan air tuk abang,"

Gina mengetap bibir dengan kata - kata. Excuse me? Adakah wanita itu sedang mengajarnya untuk melayan suami?

"You naik atas, mandi dulu okay? Nanti turun, minum petang i siapkan," Gina mengalih kakinya yang dari tadi menindih peha Amri. Dia mahu bangkit tapi di halang oleh Amri.

"Jom, teman i mandi," Permintaan Amri jelas kedengaran di telinga Gina termasuk juga Nabilah.

Nabilah sudah membulat matanya, pipinya naik merah mendengar ajakan itu. Matanya mengerling pasangan yang sudah hilang naik ke tangga sambil berpegangan tangan.

Dia mengetap rahang, sebelum bibirnya tersenyum nipis.

It's okay, perjalanan masih panjang lagi...



💋💋💋

Finally! Amri and Gina, yeay!

Jadi, macam mana?

💋💋💋

Continue Reading

You'll Also Like

41.5K 4.3K 44
RAJA MALIK SYAHIR x EVELYN SKYE Dalam dunia korporat yang penuh dengan intrik dan misteri, Evelyn Skye, wanita Alpha; seorang pewaris empayar perni...
62.4K 3.3K 41
Elyana lyra ♡ Tengku Raess aedden . . .On-going . Slow update
79.8K 4.7K 67
Ayra - gadis cantik yang terpaksa mendewasa sebelum usianya.Menjadi anak nombor dua dan sentiasa terpaksa menjaga orang di sekelilingnya.Saat orang l...
212K 9K 82
Afaf Adra. Seorang gadis yang berketinggian sederhana dan bertubuh sedikit berisi. Sudah biasa digelar dengan panggilan 'makcik' atau 'puan' dari s...