Saat Cintaku Berbisik Rindu [...

By KANoor6

195K 4.5K 221

Amani tahu dirinya hanyalah anak pungut yang entah dari mana asal usulnya. Namun, tatkala dirinya diperangkap... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 58
Bab 59

Bab 57

1.9K 52 1
By KANoor6

SUDAH 2 minggu Amani pergi tanpa berita. Sejak itu juga Danish tidak tentu arah. Dirinya sudah seperti mayat hidup. Siang malam mencari isteri yang sudah pergi tanpa jejak. Air matanya tidak pernah kering mengalir di pipi.

Memang dia bersalah kerana telah menyeksa hidup isterinya sebelum ini. Dia menyesal. Sangat menyesal. Namun, kerana cintanya yang masih mendalam, dia rela merayu dan berlutut di depan isterinya untuk mendapatkan secebis kemaafan.

Dimanakah Amani saat ini? Adakah dalam keadaan sihat? Tidakkah dia merindui Danish seperti mana Danish merinduinya setiap saat dan ketika?

Danish meneruskan lamunannya di ruang laman itu keseorangan. Wajah murung itu cukup menampakkan betapa terseksanya dirinya saat ini.

"Ummi, Danish macam mana sekarang?" Najiha bertanya umminya yang sedang menghendap Danish dari ruang tamu.

Wajah risau Datin Fatimma jelas kelihatan.

"Ummi risau lah, Jiha. Tengoklah tu. Siang malam dia macam tu. Termenung seorang diri. Kadang-kadang meracau dan menangis malam-malam. Ummi tak tahu nak buat apa lagi." Resah suara Datin Fatimma.

Najiha menghela nafas panjang sebelum memegang bahu ibunya.

"Ummi tak boleh nak buat apa-apa pun. Semua ni salah Danish sendiri. Dia yang buat semua ni sendiri, ummi. Jadi, biar dia yang selesaikan sendiri masalah ni. Kita hanya boleh bagi sokongan saja pada dia.

Ummi jangan terlampau stress. Jiha tak nak ummi yang sakit. Ummi kena jaga kesihatan. Pasal Danish, biar Jiha bantu yang boleh. Ummi jangan stress sangat ya." Lembut Najiha bertutur pada ibunya.

Yalah, esok dia dan Mukhlis akan berangkat untuk berbulan madu yang tertunda selama seminggu. Dalam keadaan ummi yang sedang tertekan, macam mana dia nak menikmati bulan madu.

"Macam mana ummi tak stress, Jiha. Hidup Danish jadi macam ni. Kenapa semua ni boleh jadi pada dia? Tak cukup ke lagi dia kehilangan ibu dia dari kecil dengan cara yang begitu kejam? Sekarang, dia terpaksa berdepan dengan dugaan yang begini pula."

Najiha memandang wajah Datin Fatimma dengan sayu.

"Ummi, Allah tu Maha Adil. Dia tak akan menguji hambanya melebihi batas kemampuan kita. Ummi kena banyakkan berdoa." Najiha cuba menenangkan ibunya.

Datin Fatimma hanya menghembus nafas berat.

"Biar Jiha cakap dengan Danish sekejap. Ummi naik atas berehat dulu ya."

Datin Fatimma mengelus bahu anaknya sebelum mengangguk.

"Ummi nak ke dapur dulu sebelum berehat."

Najiha mengangguk lalu mendekati Danish setelah Datin Fatimma menghilang dari pandangan.

"Danish, kau okay?" soal Najiha lalu duduk di kerusi bertentangan Danish.

Danish tidak membalas soalan itu. Hanya pandangan kosong di halakan kearah Najiha.

"Danish, kau tak boleh selamanya macam ni. Kau kena teruskan hidup macam biasa sambil kau mencari isteri kau." Nasihat Najiha dengan tenang.

Danish memandang wajah Najiha dengan mata berkaca.

"Kau nak aku teruskan hidup aku macam biasa? Isteri aku dah tak ada di sisi aku. Macam mana aku nak teruskan hidup macam biasa, Jiha? Dia tak ada di sisi aku." lirih suara Danish.

Najiha cuba mengawal sebaknya. Danish kelihatan sangat menderita.

"Macam-macam yang aku dah cuba buat supaya aku dapat jumpa dia semula. Tapi semuanya tak jadi. Aku tak tahu dia kat mana. Aku buntu, Jiha." Danish meneruskan lagi luahannnya dengan sebak.

Sudah penat dia berikhtiar. Semua kenalan Amani sudah dihubungi. Fariha yang diekori berhari-hari juga sudah hilang jejak. Danish buntu.

"Aku tahu kau dah cuba bermacam-macam cara. Tapi, kau pun kena kuatkan diri kau semula. Takkan nak termenung macam ni setiap hari."

"Aku tak ada semangat nak buat apa pun, Jiha. Kau tak faham apa yang berlaku pada aku. kau bukan kat tempat aku. Takkan ada sesiapa pun faham apa yang aku lalui.

Aku yang buat hidup dia menderita. Aku yang inginkan dia merana sampai dia mati. Itu apa yang pernah aku inginkan. Dan sekarang, dia dah tahu semua itu. Macam mana aku nak tebus semua ni pada dia?

Kalau dia membenci diri aku, aku seribu kali lebih benci diri aku sendiri atas semua yang sudah aku lakukan. Aku tahu aku memang tak layak nak dapatkan kemaafan dia, Jiha. Tapi, aku tak sanggup untuk kehilangan dia. Aku cintakan dia dengan seluruh jiwa dan raga aku." luah Danish.

Najiha diam. Tiada ayat mampu dikeluarkan lagi. Dia bersimpati dengan Danish tapi disamping itu, dia juga merasa marah dengan Danish. Atas kesalahan yang bukan Amani lakukan, Danish tegar menghukumnya.

Namun, nasi sudah jadi bubur. Sekarang ini, dia hanya berdoa supaya semuanya dipermudahkan. Hanya kemaafan mampu Danish pinta dari Amani saat ini.

Bunyi loceng rumah membuatkan fokus Najiha pada Danish hilang. Dia melangkah mendekati pintu dengan laju kerana loceng dibunyikan berkali-kali tanpa henti.

Saat pintu dibuka, jelas kelihatan wajah Farah dihadapannya.

"Kau nak apa, Farah? Apa kau buat kat sini?" soal Najiha dengan kasar.

"Saya nak jumpa Danish. Dia ada?" angkuh suara Farah.

"Dia ada tapi dia tak nak jumpa kau. Kau tak payah buang masa kat sini. Pergi." halau Najiha.

Farah bermuka tegang. Yalah, dirinya dihalau dengan kasar.

"Siapa tu, Jiha?" soal Datin Fatimma sambil mendekati.

Najiha berpaling pada umminya. Apabila melihat Farah dihadapannya, wajah Datin Fatimma semakin masam.

"Mak cik, saya nak jumpa Danish sekejap. Ada benda saya nak sampaikan pada dia." Farah cuba meminta pada Datin Fatimma pula.

"Mak cik rasa tak perlu lah awak datang sini. Makin keruh keadaan jadinya. Awak balik lah. Biar Danish tenangkan fikirannya dulu."

"Tapi, mak cik. Saya kena juga bercakap dengan dia." Farah mendesak.

"Jangan lah awak keruhkan lagi keadaan. Balik lah dulu." Datin Fatimma masih menolak dengan lembut.

Farah mendengus geram. Dari pintu itu, dia melihat susuk tubuh Danish yang sedang duduk di ruang laman.

"Danish! Danish!" terus Farah menjerit nama Danish dengan kuat.

Terbeliak biji mata Najiha.

"Eh, kau ni dah kenapa? Jangan buat hal kat sini lah." marah Najiha.

Farah tidak mengendahkan Najiha. Sebaliknya nama Danish terus dipanggilnya dengan kuat.

"Farah, cukup lah. Balik lah. Jangan buat macam ni." Datin Fatimma juga cuba menghalang.

Farah terus memanggil Danish dengan lantang. Dia harus bersemuka dengan Danish hari ini juga. Dia tak akan biarkan dirinya dibuang oleh Danish begitu sahaja setelah dipergunakan.

"Kau buat apa kat sini, Farah?" suara Danish mematikan suara Farah serta merta.

Pandangan tajam mata Danish memang sangat menggerunkan saat ini. Tapi, Farah tak kira. Dia tetap nak bersemuka dengan lelaki ini.

"I nak jumpa you sekejap. Ada banyak benda kita kena bincangkan." Ujar Farah dengan tenang.

"Apa? Bincang? Nak bincang apa lagi? Kau dah hancurkan kebahagiaan aku! Kau buatkan aku dan isteri aku merana. Kau nak bincang apa dengan aku?!" lantang suara Danish.

"Danish, you kena ingat. I tak buat apa pun. You yang plan semua tu. You gunakan I untuk capai matlamat you aje. Jadi, kenapa you nak salahkan I?" Farah menyerang Danish semula.

Danish diam. Memang hakikatnya begitu. Dia yang menjadi punca semua masalah ni. Tapi, dia tetap marahkan Farah kerana telah menjadi penyebab kemusnahan kebahagian dia.

"Sebab kau bocorkan semuanya pada dia. Sebab kau menjadi penyebab dia membenci aku. Aku salahkan kau sebab itu."

"Tapi, bila I bocorkan rahsia you tu, bukankah dia lagi menderita? Yalah, I yakin sekarang ni, dia pasti terseksa dengan setiap rahsia yang dia tahu. Bukan itu ke yang you nak?" sindir Farah.

Membuntang biji mata Danish kerana marah. Dia menderu laju kearah Farah namun sempat dihalang oleh Najiha.

"Sabar, Danish. Jangan berkasar macam ni. Sabar. Bawa mengucap." Ujar Najiha sambil menghalang tubuh Danish dari mendekati Farah.

Danish menghela nafas panjang. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja mulut celupar Farah itu ditampar.

"Aku tak nak jumpa kau. Pergi kau dari sini." Tegang suara Danish.

Terus dia mengorak langkah keatas. Najiha membuntuti langkah Danish.

Datin Fatimma pula hanya mampu menghembus nafas berat melihat situasi yang berlaku tadi. Pening kepalanya.

*****

SUDAH 4 jam Danish menunggu di dalam kereta. Dia seperti sedang menantikan seseorang di parking luar sebuah apartment. Dengan wajah yang tidak berseri dan rambut yang kusut masai, dia tekun merenung pada jalan masuk ke bangunan apartment itu.

Saat dia melihat satu kereta perlahan-lahan menuju ke jalan masuk itu, dia bergegas keluar dan berlari ke depan kereta itu. Dia menahan kereta itu dengan kedua belah tangannya. Kereta itu berhenti mengejut.

Kelihatan Fariha keluar dengan wajah yang sangat terkejut.

"Encik Danish, apa yang encik buat ni?" Soal Fariha dengan nada bengang.

Terkejut beruk dirinya apabila Danish berdiri didepan kereta secara tiba-tiba. Mujur dia tak memandu laju seperti diatas highway. Kalau tak, memang dah masuk hospital si Danish ni.

Danish mendekati Fariha dengan wajah tegang.

"Mana Ani? Saya nak jumpa isteri saya."

Fariha mendengus geram. Ini bukan kali pertama Danish bertanyakan pasal Amani padanya. Sebelum ini, Danish datang berjumpa dengannya di pejabat. Hari ni, dia datang pula ke rumah.

"Saya tak tahu. Dah berapa kali saya cakap kat encik yang saya tak tahu."

Danish menggelengkan kepalanya sambil mengetap bibir.

"Awak jangan tipu saya, Riha. Saya tahu dia ada dengan awak. Dia keluar dari rumah saya dengan awak. Takkan lah awak tak tahu dia kat mana."

Fariha mencebik geram.

"Saya memang tak tahu dia kat mana. Lepas aje dia tumpang rumah saya dalam sehari dua, dia kata dia perlukan masa dan akan pergi ke tempat yang jauh. Dia tak nak beritahu sesiapa pun." Fariha berbohong pada Danish.

Danish memandang Fariha dengan wajah sayu.

"Tolong lah saya, Riha. Saya kena jumpa dengan isteri saya. Bantulah saya."

Rayuan Danish itu membuatkan dirinya bersimpati dengan lelaki yang dihadapannya. Diri Danish kelihatan sangat tak terurus. Rambut berserabai, wajah pucat lesi, mata dah seperti berhari-hari tak tidur. Tapi, saat dia teringat apa yang lelaki ini sudah lakukan pada sahabatnya, terus rasa simpati itu hilang. Muncul pula perasaan marah dan benci.

"Saya memang tak boleh nak tolong encik. Saya pun nak jumpa dengan dia. Tapi, saya tak boleh sebab dia tak benarkan sesiapa pun untuk berjumpa dengannya, termasuk saya. Saya kawan baik dia pun tak tahu dia kat mana."

Danish menghela nafas panjang. Dia memejamkan matanya dengan kuat cuba menahan air mata yang hampir tertumpah lagi.

"Macam mana encik boleh tahu rumah saya?"

Soalan Fariha dibiar sepi. Fikirannya hanya cuba mencari ilham di mana isterinya berada sekarang. Bagaimana harus dia mencari isterinya lagi.

Fariha mendengus sebelum membuka pintu keretanya untuk masuk.

"Riha, sekejap." Danish cuba menahan Fariha dari pergi.

Tangan Fariha ditarik. Dengan kuat Fariha menepisnya.

"Encik Danish! Stop ganggu saya!" kuat suara Fariha saat itu.

Danish terkelu.

"Saya tak boleh nak bantu encik. Encik tanggunglah sendiri semua benda buruk yang encik dah buat pada kawan saya. Saya tak nak encik ganggu saya lagi. Kalau encik tak berhenti mengganggu saya, saya akan laporkan encik pada polis, faham?" tegas suara Fariha.

Fariha menjeling tajam sebelum masuk ke dalam kereta dan meninggalkan Danish di situ. Bengang habis wajah Fariha. Mendidih darahnya saat ini.

Danish tertunduk dengan wajah sayu.

Memang betul apa yang Fariha cakap. Aku kena tanggung semua yang aku dah buat pada isteri aku. Tapi, biarlah aku tebus semuanya dengan berjumpa dengannya. Aku akan berlutut meminta kemaafan. Aku akan buat apa sahaja untuk dapatkan kembali isteri aku. Monolog Danish didalam hatinya.

Danish mula teresak-esak menangis keseorangan di situ. Segala yang sudah dia lakukan pada Amani tergambar dikepalanya. Segala muslihat jahat.

Wajah Amani yang menangis saat dihalau keluarga sendiri, susuk tubuh Amani yang tidur disudut tandas dengan hanya beralaskan lantai, wajah Amani yang ditampar kerana memanggilnya abang, tudung dan beg pakaian yang dicampak olehnya dengan hina dan maki hamun yang dia hadiahkan kepada Amani selama ini. Semuanya tergambar di fikirannya dengan jelas.

Memang dia bersalah kerana memerangkap Amani. Dia menghukum Amani atas kesalahan yang bukan Amani lakukan. Kenapa dia boleh begitu bodoh, menghukum seseorang.

Amani adalah seorang wanita yang telah membuka matanya. Amani telah memberikan sirna kebahagian buatnya. Amani adalah pelengkap dirinya yang serba kekurangan. Amani adalah pemadam api kebencian dan dendam yang dia rasakan selama ini.

Bagaimana harus dia meneruskan hidup tanpa Amani? Siapa yang akan sentiasa mengejutkan dia untuk mendirikan solat subuh setiap hari? Siapa yang akan sentiasa menenangkan dirinya saat gundah melanda diri ini lagi? Dia tak mampu untuk meneruskan hidup walau sesaat tanpa Amani.

Setiap hari, dia rindukan Amani. Hatinya terseksa kerana rindu yang entah bila akan hilang. Hanya Amani yang mampu menghilangkan duka rindu ini. Tapi, dimanakah dia? Dimanakah Amani yang dia rindukan.

"Danish, kenapa berhenti kat sini?" soal Najiha sambil mengetuk cermin pintu kereta Danish.

Entah sejak bila dia sampai di rumahnya. Sepanjang perjalanan dia hanya memikirkan Amani. Tak sedar dirinya berhenti di depan pintu masuk rumah banglo itu. Danish menurunkan cermin keretanya.

Najiha menghembuskan nafas berat saat wajah sugul Danish jelas terpampar didepannya. Dia melangkah masuk kedalam kereta Danish lalu duduk disebelahnya. Danish menaikkan semula cermin keretanya.

"Aku tahu kau sedih. Aku tahu kau nak cari Amani dengan cepat tapi, aku nak tanya kau sesuatu. Kalau kau dah jumpa Ani, apa yang kau akan cakap? Apa yang kau akan buat? Kau dah fikir masak-masak apa yang akan kau lakukan bila kau jumpa dia nanti?"

Danish diam seribu. Dia hanya memandang kosong ke depan.

"Kalau kau jumpa dia, kau merayu dan berlutut depan Ani sekalipun, kalau dia tak maafkan kau, apa yang kau akan buat?" Najiha menyoal lagi dengan nada tegas.

Dia simpati dengan situasi Danish tapi dalam masa yang sama, dia geram dengan tindakan Danish yang kelihatan tidak berfikir secara matang.

"Aku akan merayu dan terus merayu supaya dia maafkan aku. Aku akan dapatkan dia semula, Jiha." tegang nada Danish sambil memandang tepat pada Najiha.

Najiha menghela nafas panjang.

"Kau patut beri dia masa untuk proses semua ni. Jangan paksa dia. Nothing good will come out of it if you keep pressuring her like this. Beri dia ruang untuk berfikir."

Danish memandang hairan. Dia tak pernah berjumpa dengan Amani lagi. Pressure apa yang Najiha cakapkan ini.

"Riha call aku dan cerita pada aku yang kau ganggu dia tadi. Stop ganggu orang lain, Danish. It's not good for anyone at all." jelas Najiha.

Fariha baru sahaja selesai menghubunginya ketika dia sedang memandu. Kedengaran Fariha begitu geram dengan sikap Danish.

"Kau ganggu orang sekeliling Ani akan memberikan dia pressure. Kau tak bagi dia ruang langsung. Jadi, beri dia ruang dan kau pun kena gunakan ruang ini untuk teruskan hidup seperti biasa."

Danish menghalakan pandangannya ke kanan. Langsung dia tak endah dengan nasihat Najiha.

"Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi. Ikut kau lah nak buat apa pun. Yang aku tahu, kalau kau tetap buat macam ni, kau memang takkan dapat jumpa Ani dengan cepat." Najiha sudah berputus asa.

Kedegilan Danish memang membuatkan dirinya geram. Dia mendengus geram sebelum cuba membuka pintu kereta itu.

"Macam mana aku nak teruskan hidup macam biasa, Jiha?"

Bukaan pintu Najiha tertahan. Dia menoleh pada Danish. Pandangan Danish dihala ke hadapan.

Danish menghela nafas yang panjang.

"Hidup aku takkan pernah jadi macam biasa tanpa dia. Aku tak akan merasa bagaimana kehidupan normal aku sebelum bertemu dengan dia lagi. Kalau kau ditempat aku, kau kehilangan Mukhlis atau sesiapa sahaja yang kau sayang, boleh ke kau teruskan hidup macam biasa?

Kau boleh berpura-pura yang kau okay. Kau dah teruskan hidup dan menjalani hidup macam biasa tapi didalam benak hati kau, kau tetap akan tahu yang hidup kau dah tak sama. Kau dah kehilangan seseorang yang penting. Jadi, macam mana kau nak teruskan hidup macam biasa? Kau terangkan kat aku." ujar Danish dengan suara bergetar.

Sebak Najiha mendengarnya. Lidahnya kelu. Hanya pandangan sedih dilemparkan pada Danish. Memang mudah untuk kita menuturkan sesuatu, tapi untuk melakukannya amat sukar sekali.

Continue Reading

You'll Also Like

292K 26.4K 197
warning; mempunyai kata-kata yang agak panas. kalau kau bosan baca. buku ini mengandungi segala fakta, auta, lawak, sentapan tentang kehidupan seor...
1.9K 109 10
Maryam mempertaruhkan kepercayaan kepada Asyraf selama bertahun-tahun. Sayangnya majlis perkahwinan mereka bertukar kecoh apabila Asyraf bertindak me...
31.6K 376 8
Kisah 1 : Affan seorang lepasan IPTA yang sedang mencari pekerjaan, terpaksa membuat kerja lain untuk menyara hidup. Kerja sebagai "Peneman" yang ja...
9.5K 238 6
"Mama tak nak menantu anak yatim piatu. Kita tak tahu macam mana keturunannya. Lagipun, dia tak berharta. Tak setaraf. Tak sekufu." - Puan Marini Tan...