WILDAN āœ“

ŲØŁˆŲ§Ų³Ų·Ų© novday

178K 11.9K 1.2K

Genre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . š“šØ š­š”šž š¦ššš§ š°š”šØ... Ų§Ł„Ł…Ų²ŁŠŲÆ

SINOPSIS
ā PROLOG āž
WILDAN | 01
WILDAN | 02
WILDAN | 03
WILDAN | 04
WILDAN | 05
WILDAN | 06
WILDAN | 07
WILDAN | 08
WILDAN | 09
WILDAN | 10
WILDAN | 11
WILDAN | 12
WILDAN | 13
WILDAN | 14
WILDAN | 15
WILDAN | 16
WILDAN | 17
WILDAN | 18
WILDAN | 19
WILDAN | 20
WILDAN | 21
WILDAN | 22
WILDAN | 23
WILDAN | 24
WILDAN | 25
WILDAN | 26
WILDAN | 27
WILDAN | 28
WILDAN | 29
WILDAN | 30
WILDAN | 31
WILDAN | 32
WILDAN | 33
WILDAN | 34
WILDAN | 35
WILDAN | 36
WILDAN | 37
WILDAN | 38
WILDAN | 39
WILDAN | 40
WILDAN | 41
WILDAN | 42
WILDAN | 44
WILDAN | 45
WILDAN | 46
WILDAN | 47
WILDAN | 48
WILDAN | 49
WILDAN | 50
WILDAN | 51
WILDAN | 52
WILDAN | 53
WILDAN | 54
WILDAN | 55
WILDAN | 56
WILDAN | 57
WILDAN | 58
WILDAN | 59
WILDAN | 60
WILDAN | 61
WILDAN | 62
WILDAN | 63
WILDAN | 64
WILDAN | 65
WILDAN | 66
WILDAN | 67
WILDAN | 68
WILDAN | 69
ā™”
WILDAN | 70
ā EPILOG āž
Q&A
AX801

WILDAN | 43

1.8K 140 14
ŲØŁˆŲ§Ų³Ų·Ų© novday

Telefon dipandang buat sekian kalinya. Membaca satu persatu aksara yang tertera pada skrin itu. Dipandang pula kawasan di hadapan mata.

"Kau biar betul, Sa?" Suara Sarah bergema di dalam ruangan kereta yang sunyi itu.

"Kalau ikut alamat ni, memang betullah. Takkanlah Mel nak bagi wrong address pula," balas Alisa. Sekali lagi kediaman yang tersergam di hadapan dipandangnya.

"Besar duh rumah dia. Mana kau kenal diorang ni?" Tanya Sarah kagum.

Pagar batu setinggi hampir tiga meter itu dipandangnya takjub. Di sebalik celah-celah lubang yang terukir pada pagar itu kelihatan sebuah banglo tiga tingkat yang tersergam gah.

"Berapa kali aku nak bagitahu? Aku kenal Mel sebab dia tolong aku masa dekat mall haritu, umi dia pula aku kenal pagi tadi," jelas Alisa buat kesejuta kalinya. Penatlah cakap benda sama.

"Baru jumpa sekali dah ajak datang rumah dah? Bukan biasa-biasa ni," komen Sarah.

Alisa tidak membalas. Malas mahu melayan. Lagi dilayan lagi banyak soalannya.

Pintu kereta dibuka sebelum badannya di bawa keluar dari perut kenderaan itu. Kawasan sekeliling dipandang. Sememangnya kawasan perumahan orang kaya. Lihat sahaja rumah-rumah lain yang berdekatan, semuanya tampak sangat mewah dan besar-besar belaka. Kereta-kereta yang diparkir juga bukan dari jenama yang biasa-biasa. Lamborghini, Peugeot dan Audi. Malahan Porsche dan Ferrari pun ada.

Tiba-tiba rasa rendah diri. Keretanya hanyalah Proton Iriz yang sudah bertahun digunakan. Malahan kereta yang tersadai di tepi jalan pun jauh lebih mahal dan berharga berbanding dengan keretanya.

'Astaghfirullah al azim! Cuba bersyukur, Lisa. Ramai lagi yang lagi susah dari kau. Entah ada kenderaan ke tidak orang dekat luar sana tu,' tegur hatinya.

"Jom," ajak Sarah yang baru sampai di tepinya.

"Jom."

Pintu pagar yang besar itu diintai-intai. Cuba mencari sesiapa yang ada di luar rumah. Mahu memanggil, segan pula sementelah kawasan itu sememangnya sangat sunyi.

"Cuba kau call," cadang Sarah. Hampir seminit juga mereka tercegat di hadapan pintu pagar tersebut.

Alisa akur. Telefon dikeluarkan dari beg tangannya untuk membuat panggilan. Nama Mellisa dicari lalu panggilan dibuat.

"Ya, akak dah sampai dah ni."

"Ha'ah, yang pagar coklat ni, kan?"

"Okay, okay."

Telefonnya disimpan kembali ke dalam beg selepas talian diputuskan.

"Macam mana?"

"Lepas ni Mel keluar."

Tidak sampai beberapa minit menunggu, pintu pagar besar di hadapan mereka terbuka secara tiba-tiba. Alisa dan Sarah terperanjat. Terundur setapak mereka ke belakang dibuatnya.

"Akak!" Jerit Mellisa teruja. Tubuh tinggi Alisa dipeluknya erat. Alisa pula hanya membalas pelukan tersebut sebelum mereka saling bersalaman.

Seakan baru menyedari kehadiran Sarah di situ, Mellisa pantas menyantuni gadis yang tidak dikenalinya itu.

"Ni ke kawan akak?" Tanyanya.

Alisa angguk. "Perkenalkan, ni Sarah. Sarah, ini Mellisa," ujarnya.

Sarah dan Mellisa saling mengangguk dan berbalas senyuman.

" Jomlah masuk. Umi dah nak siap masak dah," ajak Mellisa. Tangan Alisa ditariknya ke dalam.

Alisa pula hanya mengikut. Dia saling berbalas pandangan dengan Sarah.

"Habislah kau, Lisa," kata Sarah perlahan. Dia kemudiannya mengikuti langkah mereka yang berada agak jauh di hadapan.


≿━━━━༺❀༻━━━━≾


"Jadi adik nilah orang yang tolong umi pagi tadi?" Tanya Natasha, iaitu anak sulung Puan Mardhiah.

"Yalah, Kak Long. Kan dah cakap tadi," jawab Mellisa laju.

Natasha menjeling adiknya sekilas. Orang tak tanya dia pun!

"Aip! Apa nak gaduh-gaduh depan tetamu ni. Tak malu ke?" Bebel Puan Mardhiah. Senyuman bersalah diukirkan kepada tetamu-tetamunya.

Alisa dan Sarah pula hanya tersenyum nipis. Tidak ambil kisah pun. Sudah biasa. Lagipun mereka pun ada adik beradik juga. Bukan perkara yang pelik kalau adik beradik itu berbalah.

"Emm, Alisa ni kerja apa, ya?" Tanya Natasha lagi. Anak lelakinya yang baru berusia lima bulan dibetulkan duduknya. Buas sangat.

"Alisa kerja pharmacist je. Dekat klinik kerajaan yang dekat dengan 7Eleven tu," jawab Alisa.

"Lah, iya ke? Kenapa aunty tak pernah nampak Alisa dekat sana? Selalu juga appointment dekat klinik tu," sampuk Puan Mardhiah.

"Mungkin masa aunty datang tu saya tak ada lah kut. Lagipun saya bukan duduk luar, dalam kawasan farmasi tu je," terang Alisa.

Puan Mardhiah mengangguk-angguk. Berkemungkinan juga. Pharmacist bukanlah seperti jururawat yang sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Bukan juga seperti doktor yang sentiasa dijumpai. Hanya boleh berjumpa semasa mengambil ubat sahaja, itu pun dihalang dengan kaunter.

"Aa, yang ini pula. Sarah, kan?" Sarah yang elok diam di tepi Alisa dipandangnya.

"Ya, aunty. Saya Sarah. Kawan serumah Alisa," kata Sarah memperkenalkan diri. Dia tidak kekok bersama dengan ahli keluarga tersebut walaupun terang-terangan mereka ini bukan orang biasa. Mungkin kerana sikap mereka yang sangat peramah dan merendah diri.

"Kawan serumah? Kiranya rapat la dengan Alisa ni?"

"Boleh dikatakan macam tulah, aunty. Kami kenal dari zaman sekolah lagi," becok Sarah bercerita. Alisa di sebelah sekadar mengangguk mengiyakan. Dia kurang bercakap dengan orang yang tidak rapat.

"Kalau macam tu, maknanya kuat lah friendship korang kan?" Puji Natasha.

"Memanglah. Bukan macam Kak-" Mellisa tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila pantas sahaja mulutnya ditekup oleh kakaknya.

"Aaa adik... Jom, tolong Kak Long sediakan makanan," ujar Natasha. Anaknya diserahkan kepada Puan Mardhiah sebelum lengan adiknya itu ditarik agar ikut bersama.

Semua yang berada di ruang tamu sekadar menghantar mereka berdua dengan pandangan.

Tersungging senyuman senget di bibir Alisa. Lucu pula melihat dua beradik itu.

"Emh, Alisa, Sarah. Maaflah makan lambat sikit. Tasha lah ni, tak habis-habis minta aunty tunggu kek dia siap," kata Puan Mardhiah. Rasa bersalah kerana membiarkan tetamu menunggu dan kelaparan.

"Eh, tak adalah aunty. Aunty ajak dinner dekat sini pun kami dah bersyukur sangat dah," sangkal Alisa.

"Ha'ah. Lagipun dekat rumah pun kitorang dinner lambat. Lepas Isyak baru makan," kata Sarah pula.

"Kalau macam tu, lega aunty dengar. Kejap, ya. Aunty nak tengok makanan dah siap ke belum."

"Biar saya tolong," pelawa Alisa namun cepat dihalang oleh wanita itu.

"Tak payah susah-susah. Dah nak siap dah pun. Sikit je lagi. Lisa dengan Sarah duduklah dulu, ya? Buatlah macam rumah sendiri."

Puan Mardhiah bangun untuk ke dapur namun langkahnya terhenti seketika.

"Em, Alisa tolong pegangkan Rais kejap, boleh? Aunty nak ke dapur," pintanya serba salah. Takkan nak bawa si kecil ni ke dapur pula?

"Eh! Tak ada masalah, aunty. Meh sini," balas Alisa. Tangannya dihulurkan untuk mengambil bayi kecil itu. Laju sahaja tangan kecil itu menyambut. Sekelip mata sahaja Rais sudah berada di dalam pelukan Alisa.

Puan Mardhiah kemudiannya meminta diri untuk ke dapur.

Alisa kembali duduk di atas sofa dengan Rais di dalam dukungannya. Tudungnya yang sedikit terselak dibetulkan. Risau ada lelaki yang lalu. Puan Mardhiah ada memberitahu yang dia mempunyai seorang lagi anak iaitu anak lelaki. Malah, suami Natasha juga ada di tingkat atas, cuma ada kerja yang perlu diselesaikan. Dia akan turun semasa makan nanti.

Rais dipandangnya lama. Comel. Bermata bulat dengan iris berwarna coklat cair. Pipinya pula kemerahan dek kulitnya yang putih. Cepat sahaja tangannya naik mencubit perlahan pipi tembam itu.

Sepasang mata bulat itu memandangnya tanpa lepas.

"Kenapa tengok acik macam tu?" Tanyanya dengan suara kebudak-budakan. Senyumannya semakin melebar. Sudah lama tidak memegang bayi sekecil ini. Anak-anak saudaranya sudah besar-besar. Yang paling muda pun ialah anak Abang Amzar yang kini sudah berusia setahun lebih.

Sarah di sebelah turut mencuit-cuit pipi bulat itu.

"Comelnya! Geram aku, weh," kata Sarah.

"Kan?" Siapa sahaja yang tidak suka akan bayi secomel Rais. Baginya pula, semua bayi comel. Lagipun dia memang sangat sukakan kanak-kanak.

Tangan Rais memegang jari Alisa lalu digenggamnya. Bibirnya mengukir senyuman yang menunjukkan gusi dengan hanya dua batang gigi di bahagian bawah.

Alisa mengagah Rais dan bermain dengannya. Sarah juga ikut turut serta. Gelak tawa Rais bergema di kawasan ruang tamu yang luas itu.

Krek!

Freeze.

Kedua-dua Alisa dan Sarah senyap tidak bergerak. Sehinggakan Rais yang sedang galak ketawa pun terhenti. Terkebil-kebil mata besarnya memandang orang dewasa di hadapannya.

"Assalamualaikum."

Suara seorang lelaki kedengaran dari pintu rumah.

Alisa dan Sarah berpandangan.

"Siapa weh?" Tanya Sarah.

Alisa mengangkat bahu. "Tak tahu. Anak aunty rasanya," tekanya.

"Umi? Mel?" Semakin lama semakin kuat suara garau itu kedengaran.

Dup! Dap!

Alisa menelan liur. Lemah betul kalau jumpa lelaki. Mudah betul jantungnya malfunctioning.

Sehinggalah sesusuk tubuh tinggi muncul dari sebalik dinding yang memisahkan ruang tamu tempat mereka berada dengan ruang tamu hadapan yang lebih kecil.

Kacak. Tinggi. Dan bergaya.

Alisa tidak berkelip memandang lelaki itu. Walaupun hanya berpakaian kasual iaitu sweatshirt blue-black dan seluar jean hitam, namun sudah cukup menunjukkan pesona lelaki itu.

Kenapa... Lelaki ini nampak familiar?

"Lisa!"

"Lisa!"

Goncangan bahu yang diterima menghentikan perbuatan Alisa. Sarah di tepi dipandang.

"Kau dah kenapa tenung anak teruna orang sampai macam tu sekali?" Bisik Sarah di telinganya.

Membulat mata Alisa. D-dia... Tenung lelaki itu? Sungguh dia tak perasan!

Lelaki yang masih berada di tempat sama itu dijeling takut-takut. Beku sahaja riak wajahnya.

Alisa mula menggelabah apabila lelaki itu mengorak langkah ke arahnya. Duduknya dibetulkan. Tidak selesa. Berdebar. Gemuruh. Takut. Semuanya bercampur baur.

Susuk tubuh tinggi itu tiba di hadapannya. Lelaki itu menundukkan sedikit badannya sebelum tangannya dihulurkan.

Alisa memandang tangan itu dengan rasa aneh. Motif?

"Rais," kata lelaki itu sepatah.

Seakan baru tersedar, pantas tubuh kecil Rais diserahkan. Lelaki itu mengambil Rais lalu dipeluk sebelum berjalan ke dapur dengan bersahaja. Meninggalkan kedua-dua gadis itu tergamam.

"What... was that?" Perlahan Sarah bertanya. Otak masih mencerna apa yang berlaku. Tiba-tiba rasa keadaan rumah yang tadinya ceria dan selesa menjadi tegang dan janggal. Hanya dengan kehadiran lelaki itu.

Alisa menggeleng. "Tak tahu."

"Tu ke anak Aunty Mardhiah? Handsome. Tapi poyo. Tak macam family dia yang lain," kutuk Sarah selamba.

"Ish! Janganlah cakap kuat-kuat. Kang dia dengar, terus dihalaunya keluar," marah Alisa.

"Lagipun kalau aunty dengar, mesti dia terasa. Jomlah pergi dapur. Apa pula katanya nanti," ajak Alisa.

Dia segera bangun lalu menepuk-nepuk seluarnya.

Sarah turut bangun sebelum mereka berdua berjalan ke arah dapur yang kedengaran meriah dari luar.

Maybe cerita ni tak akan sempat habis dalam waktu terdekat sebab I'm going to hostel soon. SPM'21 be like... 😥 BTW I'm sorry for that 🙏

ŁˆŲ§ŲµŁ„ Ų§Ł„Ł‚Ų±Ų§Ų”Ų©

Ų³ŲŖŲ¹Ų¬ŲØŁƒ Ų£ŁŠŲ¶Ų§Ł‹

311K 31.6K 53
2020. Firjani Adiratna akhirnya dapat menghembus nafas lega setelah melangkah keluar daripada Henry Gurney School. Aku bukan tipikal gadis ayu seper...
576K 16.1K 39
KEPADA SESIAPA YANG DAH PERNAH BACA, AISHA NAK INGTKAN NI VERSI EDIT YE. JALAN CERITA AKAN SEDIKIT BERUBAH ā¤ Menjadi anak buangan tidak pernah diimp...
2.1M 97.9K 80
"Senyum! Senyum! Senyum! Tu ja kau tahu?! Hey perempuan , sekali lagi kau senyum depan aku, siap kau." -Afkar Irsyad "Awak buatlah apa yang awak nak...
771K 30.4K 44
Detik pertama mata Una melekat pada wajah kacak Rees. Hati Una sudah terpaut. Tanpa ragu, Una dah letak nama Rees di tempat paling tinggi dalam carta...