The Lost Princes | BBB |

By Kuroo_12

2.8K 340 320

[Hiatus until entahlah tak pasti] Nama aku Gempa dan aku nak tanya korang sesuatu. Apa feel kau bila hidup de... More

01 - Start
02
03
04 - Perjumpaan
05 - Sekolah?
06 - Akademi Bandar Rintis
07 - Roommate
08 - Hari Pertama

00 - Prolog

469 48 57
By Kuroo_12

Flashback 16 tahun lepas


Perang. Itu sahaja yang dapat dikatakan.

Semakin lama, semakin dahsyat pertarungan antara kedua-dua belah pihak.

Masing-masing tidak mahu kalah dalam pertempuran ini.

Perang antara puak manusia dan puak kegelapan.

"Tuanku cepat pergi dari sini! Bawa anak-anak tuanku keluar!" Kata salah seorang panglima.

"Tch...jangan risau semua! Beta akan kembali untuk bertempur bersama kamu semua!"

"Jangan tuanku! Biarkan kami sahaja yang melawan mereka. Tuanku pergi dari sini!" Kata tentera di sebelahnya.

"Beta takkan biarkan tentera beta sahaja yang bertempur! Beta akan turun padang sekali! Sebelum itu, beta akan bawa anak-anak beta dari sini."

"Tapi tuanku-"

"Beta tidak mahu dengar sebarang bantahan!"

"Kalau begitu, baiklah tuanku. Kami akan cuba bertahan dahulu." Maka mereka pun terpaksa akur dengan arahannya.

Sang raja menganggukkan kepala lalu beredar sambil membawa anak-anaknya yang masih kecil.

Setelah sekian lama berlari, baginda berhenti di tepi sungai.

"Tsk...tak boleh jadi ni...aku kena bawa mereka jauh dari sini."

Kemudian, si raja mengambil pedang yang terdapat disisinya lalu mencucuk tanah.

"Sinar terkunci kembali terbuka,
Kuasa terpendam bangkit semula,
Keluarlah kamu, naga-naga elemental,
Dengan kuasa yang ada, hiduplah semula!"

Tiba-tiba, tujuh cahaya keluar dari pedang tersebut. Lama-kelamaan, cahaya-cahaya tersebut mula bertukar menjadi tujuh ekor naga.

"Kenapa kau tiba-tiba panggil kami? Perang terjadi semula ke?" Tanya naga yang berwarna perang keemasan.

"Entahnya...dah la aku mengantuk ni. HUWARRRGHH." Si naga berwarna biru aquamarine mula menguap.

"Ya, perang berlaku semula...tapi..."

"Tapi apa?" Tanya naga berwarna putih.

"Aku bukan mahu minta tolong untuk berperang, tetapi..."

"Aku nak minta bantuan kamu semua."

"Apa dia?" Ketujuh-tujuh mereka tanya serentak.

"Tolong jagakan...anak-anak aku."

"APA??!! KAU BIAR BETUL NI? KAU DAH KENAPA NAK TINGGALKAN ANAK-ANAK KAU? KAU TAK SEDAR KE YANG MEREKA PERLUKAN KASIH SAYANG KAU?"

"Aku tak boleh biarkan mereka tinggal di sini. Setiap seorang daripada mereka ada kuasa-kuasa tersendiri."

"Aku takkan biarkan mereka jatuh ke tangan puak kegelapan..."

"Jadi...aku merayu sangat...tolong jagakan anak-anak aku"

"Tolong latih mereka sehingga mereka mampu mengawal kuasa masing-masing dengan baik."

"Tapi kenapa kau minta tolong pada kami?" Si naga berwarna merah mula bersuara.

"Sebab...aku percayakan kamu semua, wahai naga-naga elemental."

Naga-naga tersebut memandang ke arah satu sama lain lalu berkata...

"Kalau itu apa yang kau hajatkan, maka kami akan cuba tunaikan...














Raja Amato."

End flashback



Ape aku buat ni ;-;
Rilek gais, nanti aku delete cite merapu ni

Continue Reading

You'll Also Like

83.1K 11.2K 160
Di sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan...
4K 715 1
"Tak guna punya jantan!" KEPERCAYAAN Jina punah serta-merta apabila hubungannya bersama Tengku Hayyan diputuskan atas pemakaiannya pada malam itu. R...
55.6K 479 6
duniaku yg penuh dgn dugaan
8.5K 62 5
NEW STORY !! YANG LAMA TU WATTPAD DAH REMOVED...TAKK MARAH WATTPAD SEBAB IT'S MY FAULT LETAK GAMBAR 18 BANYAK !! HEHEHEHE SO ENJOY OKAY..MAYBE AKAN S...