METANOIA [C]

By yuyun309

26.8K 2.5K 108

Kisah seorang gadis malang yang hidup dalam penuh penderitaan, kesakitan dan kekosongan. Tanpa kasih sayang... More

Chapter 1
Chapter 2 - Scarlet
Chapter 4
Chapter 5 - The color of Scarlet
Chapter 6 - Darkness
Chapter 7 - Stranger's place
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10 - Scarlet and Magic
Chapter 11
Their Styles
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31: It's a 'GoodBye'
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Extra - Lillian Maigness
Extra - Lillian Maigness (2)
Extra - Yulia Astra
Extra - Scarlet

Chapter 3 - Like father, like daughter

855 75 2
By yuyun309

Scarlet menuruni tangga dari tingkat dua rumahnya. Dia telah bersedia dengan pakaian latihannya yang serba hitam dari atas hingga bawah. Dia terus melangkah kebilik latihan dimana 'ayah'nya menunggu.

Sebaik sahaja dia menutup pintu bilik latihan itu, satu benda perak terus melayang kearah mukanya. Namun dengan lincah, Scarlet mengelak dan benda perak tadi tersangkut di pintu tepat dihadapan mata Scarlet.

Scarlet tidak terkejut sedikit pun walaupun sebilah pisau kecil itu hampir sahaja membuat lubang diwajah cantiknya.

Scarlet melihat 'ayah'nya yang sedang berdiri ditengah-tengah bilik latihan. Tiada sedikit rasa bersalah pun terpampang diwajahnya. Dan itu membuatkan Scarlet rasa marah didalam hati.

'Jangan tunjukkan emosi pada sesiapa pun, lebih-lebih lagi musuh'

Dia mengingat 'peraturan' yang sering diingatkan oleh 'ayah'nya. Bertahun-tahun dia sorokkan emosi dari wajah dan hatinya. Tanpa dia sedar, sedikit demi sedikit emosinya hilang sekian hari.

Tiada rasa bahagia, sedih, marah, kecewa yang tersisa dimatanya.

"Maafkan saya kerana lambat, ketua" Scarlet menundukkan kepalanya dihadapan 'ayah'nya. Namun tiada jawapan diberikan untuk permintaan maaf dari Scarlet.

'Ayah' Scarlet berjalan ke penjuru bilik dan mengambil dua pedang yang dibuat dari buluh. Setelah itu dia berjalan semula ketengah bilik dan membaling satu pedang tadi kearah Scarlet.

Sekali lagi Scarlet dengan lincah menangkap pedang itu, menggenggamnya dengan erat dengan tangan kanannya dan mula bersedia untuk menyerang. Manakala 'ayah' Scarlet hanya menunggu dan tidak bergerak seinci pun.

Rusuk kanan menjadi sasaran pertama. Scarlet menyerang sambil mengayunkan pedangnya dengan pantas dan penuh tenaga. Namun 'ayah'nya dapat menahan serangan Scarlet dengan mudah.

Setelah itu dia menyerang balas Scarlet dengan satu libasan menyerong kekiri. Scarlet dapat menyekat serangan dari 'ayah'nya, tapi disebabkan perbezaan antara kekuatan mereka, Scarlet mengalami kesusahan untuk menyekat dengan sempurna.

Setelah bertahun-tahun berlatih dengan 'ayah'nya, Scarlet dapat membaca gerakan yang dibuat olehnya. Namun, sekuat mana pun Scarlet cuba, satu pukulan pun tidak berjaya dia berikan kebadan 'ayah'nya itu.

Mereka berdua hanya saling menyerang dan menyekat antara satu sama lain. Tiada satu perkataan dikongsi antara mereka. Hanya bunyi pedang buluh yang saling berlanggar menjadi perbualan mereka.

Setelah bertahun-tahun berlatih bersama 'ayah'nya, Scarlet dapat melatih staminanya agar tidak cepat berkurang. Bahkan setelah lebih dua jam mereka beradu pedang, masih tiada tanda bahawa mereka akan berhenti.

Peluh memenuhi pakaian mereka berdua. Kecepatan 'ayah' Scarlet mula berkurang disebabkan usianya yang makin tua dan Scarlet cuba untuk ambil peluang.

Scarlet mengambil ruang kebelakang dan dengan cepat menyerang semula. Dia memberikan serangan lurus mensasarkan dada 'ayah'nya.

Dengan kecepatan Scarlet dan posisi badannya yang tepat, serangan Scarlet amatlah susah untuk ditahan untuk orang biasa.

Tapi, 'ayah' Scarlet bukanlah orang biasa. Dia melibas pedang Scarlet dari bawah ke atas dan disebabkan kekuatannya, Scarlet terlepas genggaman pedangnya.

Scarlet kalah.

Scarlet terpaku melihat pedangnya yang terjatuh diatas lantai. Nafasnya tidak teratur kerana penat.

"Kau makin pantas" puji 'ayah'nya. Atau adakah ianya satu pujian?

Scarlet melihat orang dihadapannya. Dia membetulkan posisi badannya menjadi tegak dan berterima kasih kepada ayahnya.

"Nanti malam, kau pergi ambil 'stok' di pelabuhan." Scarlet faham apa yang dimaksudkan oleh 'ayah'nya dan dia tiada pilihan lain selain mendengar arahan darinya.

"Baiklah, ketua"

"Tapi sebelum tu.."

Pintu bilik latihan terbuka dan dua orang lelaki yang merupakan anak buah keluarga Scarlet masuk. Salah satu dari mereka menyeret seorang lelaki yang penuh dengan luka yang masih segar. Tangannya diikat dibelakang dan mulutnya ditutup dengan kain. Lelaki itu dibaling dihadapan Scarlet.

"Siapa dia?" Tanya Scarlet kepada anak buahnya.

Salah satu mereka menjawab.

"Dia orang asing yang cuba memecah masuk rumah malam semalam. Kami berjaya menangkapnya dan cuba untuk buka mulutnya, tapi dia berkeras untuk tak bercerita, Miss"

"Ah.. Anjing yang setia kepada tuannya" Scarlet memandang rendah lelaki dihadapannya.

Luka-luka yang masih segar menjadi bukti bahawa anak-anak buah Scarlet memang menyiksa lelaki itu untuk membuka mulutnya.

Kemudian Scarlet memandang 'ayah'nya menunggu arahan.

"Bunuh dia." ujarnya pendek.

Salah satu anak buah Scarlet menghulurkan Glock 38 hitam kepada Scarlet dan diambil oleh Scarlet.

Scarlet memasang satu 9mm Parabellum dalam lelopak peluru dan memasukkannya kedalam Glock ditangannya. Dia meletakkan hujung pistol itu didahi lelaki itu.

Scarlet melihat mata lelaki yang akan dibunuhnya. Air mata laju mengalir dari matanya seakan-akan meminta ampun dari Scarlet. Malang untuk lelaki itu, hati Scarlet telah hilang rasa kasihan.

BANG

Dengan satu tembakan, hilang nyawa lelaki malang tadi. Badannya tersungkur lemah diatas lantai. Darahnya mengalir laju dari lubang yang tertanamnya peluru.

Scarlet menjatuhkan Glocknya dan mula berjalan keluar dari bilik latihan tanpa menoleh kebelakang.
_________________

Malam tiba dan Scarlet telah sampai di pelabuhan dimana dia akan mengambil 'stok' seperti arahan 'ayah'nya.

Scarlet memakai t-shirt crop top hitam dengan seluar jeans hitam dibawah pusat membuatkan lambang singa diatas kulitnya jelas kelihatan. Ditambah dengan jaket tebal berwarna merah untuk menghangatkan badan.

Pintu kereta dibukakan untuk Scarlet. Belum sempat dia keluar, dia melihat satu tangan telah dihulurkan kepadanya.

Scarlet mengangkat kepala ingin melihat pemilik tangan dihadapannya. Seorang lelaki berambut perak dengan mata hitam gelap sedang memberikan senyuman manis kepada Scarlet.

Tanpa mengambil kisah kepada lelaki itu, Scarlet keluar dari kereta dan berjalan menuju tempat tujuan diekori dua anak buahnya.

"Isn't it rude to ignore my polite hand after a long time not seeing me, Princess?" Usik lelaki itu tanpa menurunkan senyumannya. Dia berjalan disebelah Scarlet.

"Shut your mouth, you fox"

"Aww. That's a cute nickname. But you can just call me Reynard y'know. Like you always did before."

Scarlet berhenti melangkahkan kakinya dan berpusing menghadap lelaki bernama Reynard itu.

Wajah tampannya terserlah apabila rambut peraknya disinari cahaya bulan. Ditambah dengan baju putih dan jeans hitam membuatkan struktur badannya yang tinggi semakin sempurna.

"Apa yang kau buat kat sini?" Tanya Scarlet tanpa senyuman.

"Aku diarahkan oleh ketua untuk temankan Princess selepas si 'Singa' kata anaknya akan ambil 'stok' malam ni" kata Reynard.

Scarlet tahu 'ketua' yang dimaksudkan Reynard adalah ayahnya sendiri manakala 'Singa' pula adalah 'ayah' kepada Scarlet.

"Kau tak perlu masuk campur dalam urusan aku. Aku boleh urus semuanya sendiri." Scarlet memberikan Reynard tatapan tajam seakan memberi amaran kepadanya.

"But you're my fiancé, dear Princess. Mestilah aku kena tolong." Ujar Reynard sambil perlahan-lahan mengambil tangan kanan Scarlet dan mengucup lembut belakang tangannya. Dan mengakhirinya dengan senyuman manis.

"Cih" Scarlet menarik paksa tangannya. Dia tahu bahawa semua senyuman yang diberikan oleh Reynard sedari tadi adalah palsu.

Scarlet meneruskan perjalanannya tanpa menghiraukan godaan palsu Reynard yang saling berjalan seiring dengannya.

Reynard yang juga merupakan pewaris Mafia, telah dijodohkan dengan Scarlet untuk menambahkan kuasa untuk kedua keluarga. Walaupun benci, Scarlet tetap merasa Reynard ialah satu-satunya orang yang faham akan rasa sakit yang Scarlet lalui.

Reynard dan Scarlet tiba di hujung pelabuhan dimana 'stok' telah sedang menunggu.

Scarlet membelek-belek invois yang diberikan oleh pedagang. Manakala Reynard membantu dengan memeriksa barang-barang. Diatas invois itu, tertulis nama-nama barang yang akan dibawa pulang oleh Scarlet.

'9mm Parabellum'

'10mm auto'

'45 ACP'

'Glock 37'

'Grenade'

Setelah memeriksa kesemua barang-barangnya, Scarlet menandatangan dan menyerahkan invois tadi kepada pedagang. Setelah itu, dia melihat barang-barang yang telah menjadi miliknya.

"Wow ,That's a lot of grenade! Enough to destroy your whole house."

Scarlet terkejut dengan ucapan yang baru sahaja dikeluarkan oleh Reynard. Kali ini bukan senyuman manis yang dia berikan, malah senyuman licik terpampang diwajahnya.

Scarlet mengeluarkan Glocknya dan mengarahkan pistolnya kewajah Reynard.

"What do you mean by that, fox?" Mata Scarlet dipenuhi amarah.

"You know what I mean." Satu senyuman licik diberikan oleh Reynard.

"Cih" Tidak ingin membuat kekacauan. Scarlet menurunkan pistolnya. Dia mengarahkan anak buahnya untuk membawa 'stok' itu. Dengan gejolak dihati, Scarlet terus menuju pulang

Continue Reading

You'll Also Like

148K 22.3K 141
[Sila baca book 1 (season 1 & 2) dahulu. Ini adalah book 2 (season 3) sambungan karya itu.] Setelah 3 tahun Irene menghilang dari Verish, dia akhirn...
34.5K 2.3K 67
Euku' Permata Iris merupakan seorang puteri mahkota di negara Landrya. Hidupnya tidak tumpah seperti seorang Cinderella. Permata di kurung dalam ista...
4.5K 406 30
read this first.. cerita ni mengisahkan tentang dua orng pelajar yg perghhhh... gile gangster... masing masing ade puak masing masing... yg penting p...
35.9K 3.4K 50
CRYSTAL QEY QUIN adalah seorang wanita berkulit semula jadi cerah dan memiliki sepasang mata berwarna keemasan mampu menarik perhatian sesiapa saja...