Reality 🦋|| Huang Renjun ✓ [...

By aevwaryn

10.6K 1.7K 350

" remember. " cover credit by : minmin graphic shop// @-zhongc buku ni dah lama, buku first wawa lak tu so k... More

🦋 prolog
-Bab 1🦋-
-Bab 2 🦋-
- Bab 3 🦋-
- Bab 4 🦋-
- Bab 5 🦋-
- Bab 6 🦋 -
- Bab 7 🦋 -
- Bab 8 🦋 -
- Bab 9 🦋 -
- Bab 10 🦋 -
- Bab 11 🦋 -
- Bab 12 🦋 -
- Bab 13 🦋 -
- Bab 14 🦋 -
- Bab 15 🦋 -
- Bab 16 🦋 -
- Bab 17 🦋 -
- Bab 18 🦋 -
- Bab 19 🦋 -
- Bab 20 🦋 -
- 🇾 🇪 🇴 🇳 🇦 ❁ -
- 🇳 🇦 🇷 🇮  ❁ -
- 🇯 🇮 🇪 🇻 🇳  ❁ -
- Bab 21 🦋 -
- Bab 22 🦋 -
- Bab 23 🦋 -
- Bab 24 🦋 -
- 𝘺𝘦𝘰𝘯𝘢 𝘱𝘵 2 -
- 𝘺𝘦𝘰𝘯𝘢 𝘱𝘵 3 -
- Bab 25 🦋 -
- Bab 26 🦋 -
- Bab 27 🦋 -
- Bab 28 🦋 -
- Bab 29 🦋 -
- Bab 30 🦋 -
- Bab 31 🦋 -
- bab 32 🦋 -
𝘦𝘯𝘥? 🦋
ʏᴇʏ ! ▼・ᴥ・▼
im bbackk !

- 𝘺𝘦𝘰𝘯𝘢 𝘱𝘵 1 -

140 27 4
By aevwaryn

Baru saja aku mahu menapakkan kaki ke dalam kelas, aku melihat jikalau dia sudah sampai terlebih dahulu

"Fuhh"

Aku mengeluh lega dan meletakkan begku di kerusi

"Hm? Biasanya Joo Won datang awal kan?"

Sahabat baikku, Areum, meletakkan begnya dan duduk di sebelahku

"Eh? Kalau dia datang nanti macam mana?"

"Tak, tak mungkin"

"Kenapa pula?"

"Kau tak tahu lagi? Sejak pagi tadi aku dengar orang ramai berbual tentang dia yang syarikat ayah dia dah muflis teruk sampaikan ibu dengan ayah dia setiap hari gaduh"

"Biar betul kau ni?"

"Eh takkan lah perkara macam ni aku nak bawa main? Aku pun kesian kat si Joo Won tu dah lah anak sulung. Hahh satu lagi, aku dengar dia lari dari rumah lepas tak tahan ibu dengan ayah dia gaduh teruk"

'Patutlah dia tak jawab mesej aku'

"Aku ada tanya peminat-peminat dia tadi, kau tahulah kan dia tu tak kurang popular juga? Peminat dia cakap dia sekarang tinggal kat rumah sewa kecil"

Aku mula merasa serba salah terhadap perlakuanku dengannya semalam

"Oh ya kau tahu tak mana rumah Joo Won sekarang?"

👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨👩🏻‍🎨

Selepas saja pulang daripada sekolah, aku memberitahu ibuku bahawa aku akan keluar dan pulang lewat sedikit daripada biasa.

Mestilah aku nak minta maaf dekat Joo Won sebab aku kasar sangat dengan dia. Aku dah mesej dia tapi sampai sekarang mesej tu tak dibalas

"Eh? Bukan Yeona nak keluar dengan Jaemin? Dia dah tunggu dah kat luar"

"Haah lah! Aduh, macam mana pula boleh lupa ni"

Aku baru saja teringat yang aku sudah berjanji dengan Jaemin pergi ke kedai buku untuk membeli novel terbaharu penulis kesukaanku

"Err, kalau macam tu Yeona jalan dulu ek"

Ibuku tersenyum dan mengangguk ke arahku yang berlalu pergi

Aku melihat Jaemin yang sedang berdiri menungguku di tepi kereta. Dia terus tersenyum manis apabila terlihat kelibatku yang baru saja keluar daripada rumah lalu aku mendekatinya

"Saya pun nak beli novel yang awak nak beli nanti"

"Jaemin pasal tu, boleh tak kita pergi hari lain?"

"Hm? Kenapa?"

"Sebab saya nak pergi rumah kawan. Hmm lebih tepat hal penting"

"Hal penting?"

"Err macam mana ek? Err hah! Hal persahabatan!"

Aku melihat waktu di skrin telefonku

3:10 p.m

Tiba-tiba, aku teringat kata-kata Areum tadi bahawa Joo Won mungkin berkemungkinan akan berpindah ke rumah sewa yang lebih murah dan itu membuatkan aku untuk sukar menemui lelaki itu

"HAH SAYA PERGI DULU"

"YAH YEONA! AKU BOLEH HANTARKAN!"

"ERR TAKPE TAKPE SAYA BOLEH NAIK BAS HEHEHE I LOVE YOU!"

Nasib baik aku sempat naik bas dan tak payah nak tunggu lagi bas yang seterusnya

Jaemin pov

"Hm"

Setelah kejadian tadi aku membuat keputusan untuk balik semula tetapi sejak aku memikir-mikirkan perlakuannya tadi aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena

"Ni pertama kali dia batalkan janji temu"

Aku menggeleng-gelengkan kepalaku untuk tidak memikir-mikirkan hal yang negatif

"Mungkin kawan dia sakit"

...

"Ataupun.. KAWAN DIA DALAM MASALAH?"

Akhirnya, aku bercadang untuk mengekori bas yang dinaikinya daripada belakang disebabkan fikiran negatifku

Yeona pov

Aku melihat suasana sekitar rumah kecil itu.

Sunyi

'Seram pula aku dahlah takde jiran'

Aku dengan berhati-hati mengetuk pintu rumah itu

Tok! Tok! Tok!

"Joo Won?"

Tok! Tok!

"Joo Won? Aku ni, Eunji"

Aku mendekatkan telingaku ke pintu rumah itu untuk mendengar apa yang berlaku di dalam

"Eun-"

Memandangkan pintu rumah itu juga sudah rosak dan mempunyai lubang-lubang kecil, aku dapat mendengar suara yang cukup ku kenali yang memanggil namaku

"YAH! JOO WON?! KAU TAK APA-APA KE?!"

Aku dengan panik mencuba memecahkan pintu apabila mendengar suara itu semakin tersekat-sekat memanggil namaku seperti sedang dicekik

"ARGHH TAKDE BENDA YANG KERAS KE KAT SINI?!"

Setelah aku mendapati sebuah tukul yang terletak berdekatan longokan sampah itu, aku mengambilnya lalu memecahkan tombol pintu itu

"HARGH!"

Selepas beberapa pukulan, pintu itu dapat dibuka dan aku mendapati badan seorang lelaki sedang terapung-apung di atas dan berusaha untuk melepaskan kepalanya daripada lilitan tali

"JOO WON!!"

Aku dengan pantas mengambil sebuah kerusi dan memotong tali itu menggunakan pisau mini pemberian Kak Eunji untuk keselamatanku

"ARGH- OHOK OHOK"

Setelah aku berjaya memotong tali itu, dia segera terjatuh dan memegang lehernya kesakitan

"YAH KAU NAK BUNUH DIRI KE APA?!!"

"Aduh.."

"Sini aku tengok"

Aku melarikan tangannya dan mendapati luka di lehernya akibat tali tadi

Aku menolongnya berbaring di tilam kepunyaannya

"Kau ada emergency kit ke?"

Dia mengangguk lemah dan menunjukku bahagian atas almari bajunya

Aku mengambilnya dan mula mengubati luka di lehernya lalu memberinya air suam

"Thanks"

"Beritahu aku kenapa kau nak cuba nak gantung diri tadi??"

Dia tersenyum nipis ke arahku

"Aku pasti yang kau dah tahu tentang keluarga aku macam mana kan sekarang?"

"Tapi tu tak bermaksud kau kena bunuh diri"

"Kalau kau takde tadi mesti aku dah mati"

"YAH JANGAN CAKAP-"

Tiba-tiba, dia memelukku dan menyebabkan aku tercegat di pelukannya

"Hmm, sekurang-kurangnya aku masih dapat rasai pelukan orang yang aku sayang selain ibu aku"

Tanpa kusedari, air mataku mengalir akibat mendengar kata-katanya tadi. Aku faham bagaimana perasaanya hilang akan seseorang yang kita sayangi bahkan itu ialah keluarga kita seperti mana kejadiannya ayahku meninggalkan kami untuk perempuan yang lebih baik daripada ibuku

Aku tidak mampu berkata apa-apa waktu itu. Aku hanya tahu bahawa aku dapat mendengar dengupan jantungku dan jantungnya yang tidak kurang sama kuatnya

"Hm?"

Dia yang mendapati air mataku mengalir dan membasahi bahunya, mengelap lembut pipiku yang basah

"Janganlah menangis, aku yang sepatutnya menangis tahu tak?"

"Aku nak minta maaf"

"Hm? Kenapa pula?"

"Aku biadab sangat dengan kau, padahal aku boleh cakap baik-baik"

Dia mendekati wajahku menyebabkan mata kami bertemu

"Itu tak ubah pun perasaan aku terhadap kau"

"Hm?"

"Aku dah suka kat kau lama dah, sebelum lelaki yang dapat hati kau tu"

Dia memandang ke bawah sebelum kembali memandangku.

"Walaupun aku tak tahu siapa lelaki tu, aku takkan putus asa untuk buatkan kau jatuh cinta dengan aku"

Jaemin pov

Aku mula risau apabila Yeona tidak keluar daripada rumah itu sejak beberapa minit selepas dia membuka pintu itu

'Siapalah tinggal kat sini, takde jiran pula tu'

Aku mendekati sedikit rumah kecil itu untuk melihat sama ada Yeona baik-baik saja

Dan aku dapati dia sedang berpandangan dengan seorang lelaki dengan jarak yang begitu dekat

Continue Reading

You'll Also Like

4.2K 547 68
Bukan Hero Romantik mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Emma atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem yang mempunyai sifat seperti wanita. Rambutn...
18.1K 520 16
"we meet again my love" -Tengku Adrian Arasyah Seorang jejaka Yang merupakan musuhnya ketika waktu kecil muncul kembali Dalam hidup Mikayla. Dipaks...
224 55 5
Orang selalu kata, mencintai tak semestinya memiliki. Dan, Maisya Daniyah merasakan perkara itu tepat mengenai batang hidungnya sendiri. Lama dia mem...
3K 445 49
WAYV AF :: COMPLETED ✔ Saya bukan berasal dari dunia awak. Saya datang hanya sebagai pengganti Dan saya datang hanya untuh meneruskan jalan cerita aw...